MEH LAH KLIK...

Thursday, April 2, 2009

khidmat masyarakat

* awas entry sangat panjang dan penuh dengan teks.

hehe.. aku baru suruh si green apple kemaskini blog beliau (melalui facebook). hehe.. jangan marah ya green apple.

lega rasanya dapat menaip entry guna kompite sendiri di dalam bilik sendiri. walaupun dah disambungkan semula dengan dunia maya, tapi kelajuaan internet sangat tak memuaskan. aku nak masuk dalam blogger ni pun.. ya hampooon... punya seksa.. aku kena berwhuduk dan bersolat baru boleh masuk.

ni nak cerita panjang-panjang pasal ada seorang pelajar ni.. dia ni cha ya nun alif (bukan aku nak sengaja jadi rasis, terpulang lah kepada persepsi masing-masing sama ada aku rasis atau tidak). kemarin dia duduk sebelah aku masa dalam lab kompite (kan internet rosak kemarin, terpaksa lah aku bergaul dengan spesies sendiri semata2 nak update blog). dia tengah sibuk menaip projek tahun akhir beliau. dalam bahasa melayu.

agak lucu dan lucah (maksud: lucu yang amat sangat sampai kau rasa kesian nak ketawa) juga bahasa melayu dia. macam menggunakan terjemahan google gitu. aku tak tahu lah penyelia beliau dah periksa belum draf tu. aku rasa dia sedang betulkan draf lah tu. dia siap tanya aku macam mana nak eja perkataan 'manusia' aku pun tak lah kedekut sangat, setakat nak suruh aku eja 'manusia' aku tolong secara percuma saja. aku sambung menaip-naip dan main2 facebook serta buat-buat cari bahan akademik melalui online. lepas tu pelajar tu tanya aku lagi kali ni pasal format lah pulak. aku pun bagitahu juga.. secara percuma. siap cadangkan lagi bahan rujukan untuk beliau. (walaupun dalam hati berkata, kau ponteng kelas komunikasi saintifik ke bai?).

aku sambung layan internet percuma semula. tak lama lepas tu, dia tanya lagi, pasal imbuhan dan tatabahasa pulak. aku pun ambil pen.. coret dan betulkan ejaan dan tatabahasa beliau yang lucah dan melucukan itu. juga dilakukan secara pro bono publico. dia cakap susah dia nak tulis dalam bahasa melayu sebab selalu belajar dalam bahasa inggeris (subjek sains kan..). aku cadangkan dah kau rasa tercekik nak tulis bahasa melayu apasal kau tak tulis kertas ilmiah kau tu dalam inggeris. dia jawab, dia takut salah kalau tulis inggeris dan takut yang ditulis tak sama dengan apa yang dimaksudkan.

nah aku nak saja laser depan-depan. ini bukan masalah bahasa. ini kau yang bermasalah. bahasa melayu tak boleh, bahasa inggeris tak boleh, habis tu kau nak tulis bahasa apa? mayan? inca? hebrew? siam? latin? yunani kuno? choi....

aku sangat lah tak suka orang salahkan ketidakbolehan berbahasa melayu (sama ada menulis atau bertutur atau kedua-dua) kerana kononnya biasanya kelas mereka dibuat menggunakan bahasa inggeris sebagai pengantara. atau vice versa, tak boleh berbahasa inggeris kerana kelas selalu dibuat dalam bahasa melayu. untuk kes pertama, kau tinggal di malaysia, sekolah di malaysia. dah berbelas-belas tahun tak kan lah nak eja perkataan pun tak boleh. kalau buat ayat kau terkangkang-kangkang lagi, itu aku boleh terima. tapi ejaan.. itu sangat asas ok. untuk kes kedua, apa salahnya kita banyakkan lagi usaha supaya boleh lah (bukan lah pakar... nak pakar kena usaha lebih berganda-ganda) menggunakan kedua-dua bahasa dengan ok.

aku bukan lah pakar bahasa. penguasaan bahasa inggeris dan bahasa melayu kira ok. tak lah mantap dan bermutu tinggi. boleh lah. masih belajar juga. ini antara sebab aku mula tulis blog. supaya aku boleh belajar menulis. (walaupun draf kertas ilmiah aku belum siap siap lagi). kadang-kadang aku tulis dalam teks penuh bahasa inggeris, kadang-kadang teks penuh bahasa melayu tidak formal, dan kerap sekali aku campur aduk.

aku kalau nak tulis teks yang serius dengan bahasa yang (agak-agak) standard, aku tak suka tulis dalam blog. aku lebih suka tulis guna kertas dan pensil atau guna MS word. semalam aku sedang merangka draf satu karangan akademik. (pergh.... songsang 180 darjah aku nak tulis). pada masa yang sama internet rosak. aku rujuk 100% bahan bercetak ok... perit rasanya. tambahan pula kena tulis dalam bahasa inggeris. nak buat setengah muka surat pun aku rasa pening. tapi tak apa, kalau ada salah, kita belajar. salah lagi, belajar lagi, betulkan lagi. aku mengaku lah kemampuan akademik aku ni biasa-biasa saja. sebab tu nak buat karangan aku kena rujuk buku, buka internet, belek kamus, belek thesaurus. tak boleh aku nak keluarkan idea yang mengalir dengan lancar tanpa menggunakan rangsangan bahan rujukkan.

ini hakikat sebenar yang berlaku di ipta ya tuan-tuan dan puan-puan. selalu kita anggap pelajar bumiputra pemalas, pointer rendah, belajar sekadar lulus. tapi disebalik hal ini, masalah pelajar pemalas, pointer macam ayam kena sembelih, belajar ala kadar ini bukan sahaja melanda pelajar bumiputera tapi semua jenis pelajar. tak kira bangsa. ada saja pelajar bumiputera yang rajin dan aku tak nafikan ada yang malas dan tangkap muat. ada pelajar bumiputra yang leka dan sambil lewa... aku tak nafikan yang ini. tapi bukan semua. masa aku belajar dulu, asal nampak muka bumiputra saja dicop pemalas, pointer rendah, asal nampak di cha ya nun alif, oh gemilangnya dia... bikin panas ok. sampai ada seorang pemandu bas pun cop anak bangsa dia ni belajar sekadar lulus. macam lah dia tahu sangat apa yang sebenarnya berlaku.

apa korang ingat pelajar bukan bumiputera tu semua rajin lah. mentang-mentang dia hangkut laptop ke sana-sini bajet dia kuat belajar lah. aku rasa mereka ni sama (bukan semua lah, aku akui ada yang betul-betul rajin) ada juga jenis yang hampas sehampas-hampasnya, yang kaki bodek, kaki kelepet nota senior, yang tak mahir berbahasa melayu dan berbahasa inggeris. yang kaki tiru buat assignment pun bertimbun raban juga. dan pointer mereka pun ada yang hampas juga. yang dia sangat pandai ialah menghafal nota bulat-bulat. mereka tak membudayakan ilmu (pelajar bumiputra pun ada ramai yang begini). dan ignorance tentang apa yang berlaku disekeliling. yang dia tahu jay chou, rain dan bergigabyte gigabyte drama korea dan jepun.

sebab tu ada yang mengaku jadi rakyat malaysia tapi jadi pengecut pergi taiwan kutuk lagu kebangsaan guna identiti samaran. lepas tu boleh pula tuduh orang lain perkauman. tak malu.

terima lah produk terbesar yang dihasilkan oleh institut pendidikan tinggi negara iaitu, golongan ignorance. bagaimana dengan slogan modal insan yang diwar-warkan?? bagaimana dengan saranan kemahiran berfikir diluar kotak?. hanya slogan. orang masuk universiti sebab nak dapat sijil sarjana muda lah lepas tu boleh dapat kerja baik (kononnya) bukan nak berfikir diluar kotak.

lagi satu, oleh kerana teks ini ada unsur pseudo rasis, ketahuilah sebenar-benarnya aku suka dengan keharmonian perpaduan yang hakiki. lagipun kita semua rakyat malaysia. tapi ingat bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. mengwujudkan perpaduan sebenar di malaysia bukan seindah wayang bikinan yasmin ahmad. ya, yasmin ahmad sudah bikin filem-filem berwajah malaysia. jika perpaduan sebenar-benarnya dapat dicapai dan tanggungjawab untuk bertolak ansur dibahagikan secara adil, percayalah wajah malaysia akan jadi lebih indah. lebih indah dari wayang bikinan yasmin ahmad.

p/s: wayang bikinan yasmin ahmad bagus. tapi aku tak berapa minat. setakat ini belum ada wayang beliau yang aku tonton di pawagam. sekadar tonton di TV. secara percuma. (cuma perlu bayar karan dan bil astro~ bukan aku yang bayar pon...).

p/s 2: aku rasa wayang melayu berwarna yang paling aku suka ialah ali setan dan leftenan adnan.

No comments: