MEH LAH KLIK...

Saturday, April 11, 2009

hujung minggu yang panjang.

minggu ini sabah cuti am pada hari jumaat, sempena cuti good friday. easter sunday lah hari ahad ini. ada juga rakan2 yang merayakan nya. selamat merayakan hari easter. 

sekarang juga musim spring (dah easter tu, maksudnya dah musim spring lah tu), jadi bila buka blog orang malaysia yang tinggal di eropah dan amerika, maka dapat lah tengok gambar bunga blossoming. ada bekas coursemate saya yang berada di amerika sekarang ini, maka saya selalu harap dia akan upload gambar spring di fb beliau.

hari ini, mengambil kesempatan cuti am, ada sedikit aktiviti keluarga. sambutan hari jadi anak sepupu saya, si irfan. tiada gambar, malas nak ambil, dan malas nak upload (kalau ambil). sambutan ringkas2 saja. yang penting kami telah berjaya melapah ayam2 dengan banyak sekali. 

oh ya.. baru2 ini laman gossip yang kerap saya kunjungi ohbulan.com telah *kedapatan (kantoi) mencuri photo milikan en. gidong dan rakan beliau, en. benny. laman gosip ini mendapat keuntungan yang tinggi hasil dari kunjungan gossip addict seperti saya. adalah tidak betul jika mereka mengguna photo curi sebagai bahan entry dan claim itu adalah milik mereka dengan menambah watermark sendiri tanpa kredit kepada tuan punya. pihak ohbulan sudah juga minta maaf. tapi kelakuan mereka itu sama seperti perompak yang meminta maaf dari orang yang dirompak. fikir sendiri lah.

saya juga sudah join satu forum. saja untuk kembangkan network. dan tukar2 pendapat. tak dapat join semua discussion thread, jujurnya saya banyak dengar lagu pop dan rnb. band kegemaran ialah coldplay bukan iron maiden. memang agak misfit untuk saya mingle di forum itu. apa pun mereka ini ada interest lain juga, seperti politik, agama, dan fotografi. terhibur juga baca post respon dari fellow forumer. kepada fellow forumer yang lawat blog saya, terima kasih.

hal2 lain, saya perlukan bussines suit baru untuk hadir simposium hari isnin. boleh saja saya hadir dengan seluar saya yang koyak rabak hujung kakinya, tapi saya nak bergaya sikit. tiba2 macam minta dinotice pula.. hehe.. bukan begitu cuma mahu nampak presentable and feel good about myself. lagipun jika poster saya diterima penganjur, saya berkemungkinan menjadi pembentang pada simposium tersebut. 

maka untuk tidak memakai seluar yang rabak di kaki, saya mesti merabakkan dompet saya untuk membeli suit baru. 

No comments: