MEH LAH KLIK...

Friday, April 3, 2009

gambaran cinta yang berdarah biru

aku teringat satu tayangan video lama yang disiarkan dalam saluran E!. video temuramah King Gustav of Sweden dan kekasihnya.

suka aku melihat gaya King Gustav menceritakan detik pertemuan dia dengan kekasihnya (kini isteri) semasa sukan olimpik di Jerman.

King Gustav gambarkan kisah dia jatuh cinta dengan frasa 'click'. ya, cuma 'click'. satu patah cukup untuk gambaran raja sudah ketemu ratunya.

Baru-baru ini, aku tonton dalam rancangan Nona di TV3, kisah perkahwinan kerabat diraja Terengganu dengan seorang ahli muzik. puteri raja juga ahli muzik. (malas nak sebut nama). majlis berlangsung normal. sesuai dengan adat raja-raja. tiada pesta meleret-leret atau helikopter atau sarkas arab. simple and sweet kata orang inggeris.

bila pasangan pengantin ditanya apa yang istimewa mengenai pasangan pilihan. si pengantin lelaki sekadar menjawab 'everything, just everything' seraya memandang isterinya.

aku suka cara ahli muzik itu memandang isterinya semasa upacara bersiram.

ya yang ringkas-ringkas saja. cukup.

p/s: still i hate wedding.

No comments: