MEH LAH KLIK...

Thursday, April 16, 2009

Gadis Gembala Angsa

Al-kisah satu cerita, seorang puteri berambut blonde berbadan langsing (bayangkan heidi klum) tinggal di Istana negara antah berantah.

biasa lah kan dah cerita puteri2 mesti cerita kahwin2. Ibu bapa puteri tu nak kahwinkan puteri dengan putera negara sebelah. si puteri akur.

sebelum pergi, ada farewell party, ibu puteri menghadiahkan cawan minuman (bukan holy grail) kepada puteri, ayahanda menghadiahkan satu servant. kira tak payah lah susah payah puteri angkut beg sendiri, ada PA. maka bermula lah perjalanan menaiki rata (chariot) diheret oleh satu ekor kuda kesayangan puteri, yang boleh berkata2 bernama Flada. (ini set up, kuda boleh berkata2, ingat tu)

dalam perjalanan,puteri haus. dia minta PA nya ambilkan air minuman. bila mereka berhenti untuk minum, tiba2 si PA tolak puteri, lalu puteri jatuh. PA cakap, "sekarang aku puteri, kau ialah servant, pergi ambil air minum untuk aku. sampai di negara seberang nanti aku yang kawin dengan putera raja tersebut. kau punya luggage tu semua aku punya.." (bodo pulak puteri tu tidak melawan). puteri tu hanya menangis lah... (again.. bodoh).

ok to cut thing short, sampai lah di negara sebelah. sudah ready pihak istana buat majlis pre-sambut menantu. si PA, mengaku dia puteri, lalu dia lah dapat royal treatment, karpet merah untuk yang berdarah biru.

macam kita juga, dah beramai2 mesti ada makan2. si PA duduk dikerusi yang sepatutnya milik puteri, si puteri jadi cinderella di dapur, bersama servant yang lain, tolong serve makanan. tiba2 si PA puteri palsu bersuara. "err.. Tuanku, bakal ayah mertua, boleh tak anakanda mohon sedikit permintaan". so si raja respon, tanya apa benda yang dia boleh tolong? PA jawab, "my servant badan langsing rambut blonde tu saya tak suka sangat service dia, boleh tak hantar dia pergi jabatan lain, kandang biri2 atau ladang gandum.. mana2 lah.. asalkan jauh dari anakanda" (belum jadi menantu, dah macam siyall).

raja berfikir kejap (buat2 berfikir supaya tak nampak flip flop), "emm bahagian ladang perlukan pertolongan untuk jaga angsa2, pak cik Mc Laren tonggek tak menang tangan nak setel hal ladang, hantar servant badan langsing rambut blonde tu ke ladang pak cik mac laren saja lah..."

terkejut si puteri sebenar bila dia dengar kata2 raja tu... "aduh jadi geng pak cik Mc Laren tonggek lah aku lepas ni" katanya dalam hati.

PA palsu tak puas hati lagi, "err... Tuanku bakal ayah mertua ku, ada satu permintaan lagi, kuda yang anakanda guna untuk ke sini tu dah tua, i mean... dah tak best. boleh tolong bunuh tak?" Raja pun hangguk saja lah. sambil kunyah anggur, "emm.. boleh, nanti beta suruh algojo buat".

si puteri sebenar tu... lagi terkejut... dan sedih.. sebab Flada kesayangan bakal dibunuh.

si puteri berusaha cari siapa algojo bertugas pada hari Flada akan di bunuh. nasib baik jumpa. lepas tu, Puteri minta abang algojo tu, letak kepala Flada di pintu gerbang ladang pak cik mc laren.

bermula lah kisah si puteri menjadi gembala angsa di ladang mc laren tonggek. sambil tunggu angsa makan, mandi manda, puteri menyikat rambut blondenya, sambil menyanyi2... setiap pagi bila puteri masuk ke ladang, dan lalu di bawah pintu gerbang sambil memandang Flada, dia berkata 'Flada oh Flada kau tergantung di atas sana, aku pula hanyalah gembala angsa.' kepala Flada menjawab (i know sangat horror kepala kuda boleh menjawab). 'Puteri oh Puteri kalau ibu mu tahu tentu hati nya sedih dan pilu'. hari2 begitu lah dia dan Flada... (pay off.. kuda menjawab puteri).

satu hari Raja berkenan nak lawat ladang pakcik mc laren.. dia nampak puteri tu berkata2 dengan kepala kuda... musykil juga dia.. bila dia telek lebih dekat.. "wah perempuan ini tak nampak macam servant.. " Raja datang lagi, tanya puteri apa khabar (konon berjiwa rakyat), apa masalah.. Puteri enggan beritahu, dia takut.

Raja kata, kalau dia takut nak beritau, beritahu saja dengan fire place (again, sound shallow) fire place tu tak boleh buat apa2 dengan dia. tak perlu takut. so lunch hour, puteri masuk ke bangsal (kuartes pekerja) dia pun beritahu masalah segala kekusutan dalam hati kepada fire place.

tahu2 si Raja, ni pasang telinga di tepi chimney. maka dia dengar lah segala2 nya pasal puteri. dan juga pasal si PA puteri palsu tu. Raja dalam hati berkata "patut lah servant lebih cun dari bakal menantu aku, puteri palsu rupanya".

bebrapa malam kemudian Raja organize dinner party beramai2. untuk merai, putera mahkota balik dari outstation alasannya. si PA, macam biasa tak tahu malu, duduk di kerusi Puteri. sebelah Putera mahkota (yang belum tentu hensem atau bijak).

sambil makan, Raja, tanya kepada si PA, "anakanda, apa kah hukuman yang anakanda rasa paling setimpal kepada seorang penipu dan penderhaka". si PA, dengan lantas menjawab " heret saja penipu tu ke luar kota, baling dengan telur dan sayur busuk, halau dia".

Raja, (dengan nada cool dan suave) "itu lah hukuman yang akan kamun terima wahai PA tak tahu malu". si PA, tu apa lagi, meraoonnggg... Raja kata " Puteri sebenar ialah, gadis gembala angsa yang rambut blonde dan berbadan langsing".

ending standarad lah... live happily ever after...

p/s: thanks to my parents, belikan buku2 cerita untuk kami masa dulu2. propagating reading habit since our early age.

2 comments:

Jairo said...

berjalan ke bandar zamrud

Jlascanteen said...

return to the oz kah?