MEH LAH KLIK...

Saturday, April 18, 2009

103 sains sekitaran

tiba2 ada mood mau cerita pasal sekitaran.

saya dengar ada satu projek stesen jana kuasa arang batu yang akan dibuat di sandakan. projek itu lebih kurang sudah bermula lah kerja asasnya. ada satu laman web di tubuhkan untuk menyelematkan sekitaran semulajadi daerah sandakan dari tercemar oleh projek ini.

macam biasa, mesti ada libatkan projek. saya tidak tahu apa yang disebaliknya. jika saya lahirkan pandangan saya dengan berat ke arah cakap-cakap politik, orang tuduh saya ni orang umno. saya mahu komen lebih kepada dari sudut sekitaran dan manusia sahaja.

saya orang sabah. saya rasa orang sabah lain pun tahu, di sabah selalu ada ganguan bekalan elektrik. secara perbandingan agak kerap lah berbanding di semenanjung. oleh itu, ada rasional juga kalau ada satu stesen janakuasa arang batu di buat.

apa yang penting ialah projek itu harus dibuat dalam keadaaan tidak mengancam sekitaran. minimumkan ancaman terhadap persekitaran. EIA dan semua yang berkaitan harus dilakukan. sebab nanti kalau tiada janakuasa, elektrik pula asyik putus. buat stesen janakuasa, sekitaran pula terancam.

apa yang saya mahu kongsikan disini, kalau nak buat pembangunan, biarlah pembangunan secara lestari. pada pendapat saya, ada atau tidak stesen janakuasa arang batu, bumi tetap akan semakin panas. tapi setesen janakuasa itu pasti ada impak kepada persekitaran, (kualiti air dan udara).

sekarang terpulang kepada penduduk sabah amnya, dan sandakan khususnya. jika dihentikan projek itu secara muktamad, maka perlu cari ikhtiar lain untuk selesaikan isu masalah gangguan bekalan elektrik di sabah. jika diteruskan, ada impak dengan persekitaran, tapi ada peluang masalah gangguan bekalan elekterik di selesaikan.

lihat isu ini dari segi sekitaran dan manusia. sebab biasanya ahli politik hanya capitalized isu ini kerana nak cari political gain.

ke arah bumi yang lebih baik.

posting lalu mengenai sekitaran di sini dan sini

No comments: