MEH LAH KLIK...

Tuesday, March 3, 2009

There Will Be Blood-The review

hujung minggu lepas aku tengok filem yang aku sangat beriya nak tengok sebelum ini. There will be blood. lakonan Daniel Day Lewis. seingat aku antara filem Lewis yang aku sudah tonton ialah in the name of father, gang of new york, the last mohican (tapi not compelete... nanti aku akan cari).

ok kembali ke there will be blood. cerita pasal cari gali minyak, Lewis sebagai mr. plainview merupakan oil driller. bila mr. plainview berunding berkenaan bisnes minyaknya dengan tuan tanah atau sesiapa (dari syarikat gergasi) caranya mengingatkan aku tentang watak Frank Lucas lakonan denzel washington.

banyak lah kisah suka duka. kiranya masa tu america tengah membangun dengan pesat... oh ya setting masa ialah sebelum the great slump (lebih kurang 10 tahun sebelum)... about the same year titanic tenggelam... dan juga zaman emas (lah sangatt...) red sox boston. (soka aku relate2 kejadian ni hehe).

kiranya si mr. plainview ni petronas cari gali lah... banyak lah halangan dan dugaan yang plainview lalui semasa mencari emas hitam. antaranya... anak beliau menjadi pekak apabila telaga minyak meletup. dan selepas kemalangan ini hubungan plainview dengan h.w plainview menjadi renggang. plainview terpaksa menghantar h.w ke san fransisco untuk hadir ke sekolah khas.

halangan yang lain ialah apabila plainview diperas oleh golongan mormon.. si Eli. Eli ialah penduduk tempatan, dimana plainview mnggali minyak. Eli juga seorang reverend. sebenarnya abang Eli, Paul yang menemui plainview untuk bagitau kawasan kampungnya ada minyak.

Eli ini beriya2 lah minta si plainview sponsor church. being money (or oil) oriented person.. plainview is more or less born as christian but live as free thinker christian. so dia tak berapa layan sangat church ni. tapi Eli punya lah beriya2. sampai satu tahap bila plainview terpaksa menjalani pembaptisan semata-mata untuk mendapatkan consent penanaman paip minyak dari tuan tanah (william something... aku tak ingat...). masa pembaptisan tu lah... Eli malu2 kan si plainview.

dipendekkan cerita... plainview telah menjadi kaya raya (sama macam keluarga ghetty lah kot tym tu..). but he and his son become estrange to each other. his son, married Eli's sister Mary. dan dari perwatakkan plainview... nampak sangat he gulped down too much whiskey and bourbon. then... his relationship with his only son is beyond repair. the son decide to start his own oil company and move to mexico with his wife.

diakhir cerita, Eli datang jumpa si plainview... demand lah derma 5000 dollar bersama bunga yang plainview pernah janjikan kepada church waktu dulu2. rupanya si Eli ni bukan lah alim sangat pun... dia pun sebenarnya revrend palsu penipu. kerana economy jatuh, Eli banyak hilang duit dalam investment. masa ni lah plainview balas balik, dia buat balik macam mana Eli malukan dia masa pembaptisan (kerana paip minyak) dulu2. last2 plainview yang mabuk wiski itu balun kepala Eli dengan pin bowling. tamat...

komen: jalan cerita bagus. aku suka sebab aku suka filem setting dulu2 (period movie eh orang panggil??). pasal minyak, pasal ekonomi, jadi ada relate2 lah juga dengan hal ehwal semasa sekarang. sebenarnya produksi ni membuat pilihan tepat memilih Lewis sebagai lead cerita ni. sebab kalau orang lain... agak hambar lah cerita ni. walaupun jalan cerita best....

dalam cerita ni... watak plainview tu sangat2 lah mengingatkan aku watak bill the butcher dalam geng of new york... dah pelakonnya sama kan... especially part misai tu... (emm... wonder kenapa lah mereka tak cuba stail lain... macam.. kasi jambang.. or.. tanpa misai tapi blonde.... atau red, Lewis ni separuh irish separuh yahudi tak silap aku... then harus lah rambut beliau hitam gitu... dan hidung cenggitu...

Lewis menang oscar dan award lain melalui watak ini... pergh... mantap lah dia (ceh aku sokong yahudi ni...).

.........................................................................................................................................................................

ok... dah terlanjur cakap pasal yahudi ni... aku tulis bm lah ya... nanti tulis bi senang pula mereka detect... hehe (padahal tulis lah bahasa apa pun kalau mereka nak detect mmg dapat... ).

kate winslet menang oscar kan tahun ni... untuk lakonannya dalam cerita reader, (pasal holocaust). adrien brody pun pernah menang oscar, dari filem the pianist, juga cerita pasal yahudi zaman2 perang.

korang ingat tak cerita Life is Beautiful, kisah keluarga yahudi yang terpisah semasa perang... then sikit lagi perang nak abis... sikit lagi nak dibebaskan... si suami tu mati kena tembak dalam tahanan. Pelakon lelaki dalam filem ini juga menang oscar. (aku nangis tengok movie ni...).

nampak tak pattern penganugerahan oscar.. atau anugerah akademi. yang diconsider pingat emas olimpik dalam dunia filem?? kalau cerita tu pasal drama atau true story (i.e the prusuit of happynes, capote, beautiful minde) memang chance tinggi lah nak menang sebarang kategori... dats y ada juga rule out heath ledger akan menang menerusi watak joker. sebab filem tu kan base on komik... but since it is hollywood and hollywood wants ledger to win.. even saying that... i am still agree ledger's preformance in dark knight was very impresive... very into his character.

ok itu kalau cerita tu drama... kalau cerita tu drama holocaust... lagi lah chance kau nak menang meningkat 200%. so pemberi oscar ni sangat favour dengan filem yang ada tema holocaust..

aku tak lah kata semua... contoh, capote menang oscar tak pula tema dia holocaust. tapi teori aku... penggiat filem hollywood kalau kemaruk sangat nak oscar, sila lah buat filem holocaust. begitu juga pelakon, sila ambil watak yahudi zaman holocaust.

teka teki: siapa pemberi anugerah akademi ini??? apa motip lah favour sangat dengan filem holocaust, walaupun tak dinafikan persembahan pelakon2 dan produksi boleh tahan mantap.

p/s: tadi aku tonton video muzik band hujan, 'bila aku sudah tiada'. video ok... cuma dari segi idea asal... tu aku rasa ada teknik replika. sebab masa tengok, aku asyik teringat video muzik band coldplay, 'the scientist'. (aku bukan lah tahu sangat pasal teknik bikin video... tapi aku suka tengok video muzik...). apa pun video ini much much better lah dari video muzik mawi yang modal banyak... tapi hasilnya cumalah video jalan2 di bandar australia dan mauritius.

p/s 2: video muzik band hujan tu aku tengok bad timing, sebab baru ahad lepas aku tengok mangsa kemalangan maut. dengan mayat masih terlantar dijalan raya... emm.. makin lah aku asyik teringat.

2 comments:

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Jlascanteen said...

i dont know.