MEH LAH KLIK...

Wednesday, March 4, 2009

Teater Kisah Dua Puteri- the review

Tadi aku pergi menonton teater persembahan dari pelajar seni kreatif, sekolah seni, UMS. kebetulan aku ternampak poster teater itu pada awal minggu ni. memandangkan aku pun tiada kelas, dan masuk adalah percuma.. aku pun pergi lah menonton. berseorang diri (abis tak kan nak ajak cheif cashier giant tu pulak... hehehe). sampai si ajk protokol tanya... 'seorang diri saja?'. tak kisah lah... lagipun i prefer enjoy preformance alone, nanti ajak orang lain mesti ada sembang2 punya...

ini kali ke-2 aku tonton teater. kali pertama masa aku freshie dulu. teater dulu hasil persembahan pelajar yang mengambil teater sebagai subjek ko-kurikulum, berserta juga dengan beberapa ahli kelab teater di ukm. ukm tiada sekolah seni, maka yang main teater tu semua kiranya rojak lah.. ada ambil sains, ada ambil undang2, ekonomi etc...

dulu aku ambil ko-kurikulum seni muzik gamelan. (ramai yang tak sangka aku ambil ni, mereka ingat aku prefer sukan... oh tidak!). so by the end of semester kami pelajar ko-ku seni akan buat persembahan semasa minggu seni sebagai separuh dari penilaian. hehe... aku dapat A ok. dulu aku main gendang masa gamelan tu.. (ini pun ramai yang tak sangka, sebab biasanya budak lelaki yang main).

ok, setelah segmen imbas kembali, mari kita teruskan dengan teater ums tadi. tajuk teater puteri santubong. apasal lah nama sorang ni saja yang disebut, no wonder si sejinjang marah. kononnya dari kayangan lah ni... lagenda dulu2. yang cuba menjelaskan pembentukkan pulau kera, dan gunung santubong, dan gunung serapi. kiranya cerita lagenda ini ialah pelajaran geografi dan geologi zaman dahulu kala...
ini opening persembahan. tarian asli (i am not sure what?)... but this is a tribute to their dance teacher who passed away. the late teacher was an expert in traditional dance. kiranya ini memperingati legasi arwah.

yang 2 org berdiri kena fokus dengan limelight tu lah pengacara majlis. agak tunggang langgang juga sikit. tapi still ok.. bukan senang ok nak mengemcee kan majlis. si pengacara lelaki kata baju dia kena sponsor..
antara babak yang dipersembahkan... ini babak dikayangan ni.. siap ada smoke machine kat belakang. konon kayangan lah ada awan2.

emm... kalau ikutkan perbandingan.. dengan teater yang aku lihat dulu (teater hang jebat). produksi kali ini agak longgar. tambahan mereka ini semua berada dalam bidang seni kreatif. bila mereka selitkan lawak2 jenaka contoh raja kayangan meminta bendahara cermin mata beliau semasa meneliti siaran tempayan emas sakti (yang ala2 webcam untuk melihat keadaan bumi). dan lawak raja kayangan bercakap guna english.

lawak2 sedemikian menunjukkan anda kurang serius dalam mempersembahkan karya. ya, penonton ketawa. tapi aku lebih suka mereka berlakon seprofessional mungkin.

aku rasa ada beberapa individu yang boleh berlakon dengan baik, watak pengawal... walaupun cuma pak pacak... tapi aku rasa everytime dia punya cue dia stand out. another watak puteri santubong, bukan semata2 watak itu protogonis (betul kah ejaan??) tapi si pelakon kiranya ok lah juga...

putera serapi (walaupun cuma tayangan video untuk menghighlight dia sebagai punca sengketa 2 puteri)... dia ni ok.. berlakon. tapi skrip beliau agak caca merba... kejap dia panggil pengawal tu pengawal, kejap dia panggil bendahara... (editing department x buat kerja???). lepas tu baru pengawal cerita ada 2 puteri dinegeri sebelah... dan dan dia nak kawin dengan 2 puteri itu. kenal pun tidak... (atau memang hikayat malaysia, asal sebut puteri mesti cantik jelita agaknya...)
ini babak 2 puteri tengah bergaduh kot....

ok babak putera serapi tu ada baiknya dipentaskan di teater bukan dibuat dalam tayangan video. mungkin akibat kekangan masa... maka mereka pun buat secara video saja... (nasib baik masa shooting tiada bunyi motor atau bas lalu dibelakang putera serapi tu, sebab shooting dalam kawasan ums saja tu... hehe).

tapi aku nak puji dari segi kostum lah... (nak juga puji walaupun dah berbakul aku kutuk). pakaian raja kayangan dengan bendahara kayangan tu... pergh.. berkerlip2. aku rasa glow in the dark.. untuk watak sokongan yang lain pun ok... contoh pakaian dayang2+penduduk kampung. yang pelakon nak pakai tudung tu pakai juga lah tudung tapi fesyen mak andeh lah (kain batik jadikan tudung). tapi still aku rasa pakaian puteri sejinjang agak mendedah juga... heheh (puteri kan..). lain2 all of them seem not really comfortable in sarong.
ini lah senarai pelakon pentas yang menjayakan teater puteri santubong. kumpulan 3 atau kumpulan legend. ada lagi 2 puteri belum keluar.. aku dah snap gambar.

dengan latihan yang lebih, bukan saja teknik lakonan individu.. tapi nak blend mereka sebagai team... aku rasa mereka boleh hasilkan produksi yang lebih baik. oh ya... bahagian teknikal tu perlu lah sharping their tempo.. muzik latar boleh2 abruptly stopped.. masuk muzik latar lain... yang juga abruptly played.. mula muzik intense pastu muzik relaks... emm.. tak kemas..

dan pelakon latar terlebih sudu dari kuah... i guess sepatutnya pengarah yang tegur bab ni masa rheasal. sebab bila si dayang/orang kampung tu menangis2 lapar nasi (as sejinjang ni turun ke bumi supaya hasil petani bertambah, tapi dia buat hal pulak, makin kurang beras). si pelakon extra tu beriya menangis atau lebih tepat meraung2. sehinggakan dialog utama (penduduk yang menghadap puteri sejinjang untuk minta belas kasihan) tenggelam oleh raungan mereka yang lapar. moral nya i guess dont mess with hungry people lah kot. bila kau sebagai latar so jadi latar sahaja... jangan overdo sampai dialog utama tu tenggelam kaw2.

tak kisah lah kau watak kecil.. watak utama... yang penting lakonkan watak sebaik mungkin dan overdo pada masa yang tepat. bukan overdo main taram saja... tadi tu aku yang tak tau teater boleh menyampah dengan dayang/orang kampung yang meraung tu... ini kan pulak pensyarah teater yang ada kat situ... tak tahu lah apa kritikan mereka.

dulu masa teater hang jebat yang buat teknikal memang budak2 kelab teknikal... means mereka ni memang trained sebagai ajk belakang tabir yang pasang lampu, sound check etc... and most of them were engineering student. so seharusnya... lah pelajar seni kreatif yang nak jadi ajk belakang tabir ni sharping their skill, jika perlu belajar dari pelajar yang mengkhusus dibidang teknikal atau engineering..

last sekali.... ok lah juga. mereka pun baru lagi. walaupun agak longgar, still aku belum serik nak tengok teater sekolah seni ums, as i planned nak tengok next production, teater ramayana. pulak.. yang ni aku tahu sebab si emcee yang announce. harap2 masa teater ramayana aku tak busy, malahan ada kelapangan masa untuk menonton teater.

actually ada teater lain lagi lepas teater puteri santubong, tajuknya 'besar itu cantik'. teater moden aku tak minat sangat. lagipun dah nak pukul 4 tak mula2. so aku blah.. sebab tak nak sangkut di trafik jam.

p/s: gambar tak berapa jelas, sebab hp aku tak boleh zoom untuk mode auto... kamera hp saja... hehe.

p/s 2: jumpa suhaimi tadi.





No comments: