MEH LAH KLIK...

Monday, March 16, 2009

sunburstKL09- the charotzz

eh korang mesti dah dengar iklan2 sunburst KL ni kan... festival muzik katanya. ramai artis amerika yang dijemput hadir membuat persembahan. artis regional dan tempatan pun ada.

macam tahun lepas yang aku ingat ada john legend, dan kanye west. lain2 tu artis indonesia lah dan juga artis malaysia seperti band hujan (aku prefer meet uncle husin), dan lain2 tak ingat...

ok tahun ni yang digembar gembur akan datang, ialah erykah badu, NERD (pharell williams), korn, nidji. local pula bunkface, (itu saja yang aku tahu). ok tak kisah lah kan siapa nak nyanyi.

aku baru saja melompat blog. jadi aku jumpa blog yang cerita pasal konsert ni, siap tunjuk layout arena konsert tersebut. ada 2 pentas, satu nama pentas matahari, satu lagi pentas langit. ok lah yang tak best sangat-sangat ni ada beer garden katanya. t

yang konsert tu memang dah sah sah lah kan tak elok. ya aku tahu nanti adalah yang liberal kutuk aku ni konservatif lah, pas lah, so on... kononnya mereka cuma mahu merayakan dan menikmati muzik yang bagus. cut the crap lah.. korang nak dengar muzik dan berparti kan??

ok lah konsert tu walaupun kira tak elok juga. aku yang tak berapa alim ni boleh lah kata ok. tapi part beer garden tu. apa halnya. nak buat konsert buat saja konsert. beer garden tu kenapa?

kenapa pihak berkuasa approve permit yang include beer garden tu sekali? beer garden tu tak perlu. aku tak tahu lah beer garden tu free flow of beer atau guna kupon atau beli cash macam di bar. tak kisah lah method yang dipakai untuk menghidang beer kepada peminum. beer garden tak sepatutnya berada dikawasan (turf) yang sama dengan konsert tersebut.

apa kau ingat ini munchen, deutschland??? kalau mereka ada oktoberfest korang nak buat a la mereka juga lah... cuma bulan saja lain. ya oktoberfest lebih lebih lah beernya ya tak... tapi still aku rasa beer garden di kawasan konsert itu sesuatu tidak boleh.

ok mungkin akan ada kata, ala without beer garden pun penganjur tak boleh nak sekat pengunjung boleh bawa beer sendiri. atau ala tanpa konset pun ramai juga yang minum beer. whateva lah kan... mereka punya hujah.

tapi kalau beer garden tu ada bukan kah konsumasi beer tu bertambah. kalau ditiadakan pula konsumasi beer tu berkurang. ya aku tahu yang untung dan rugi disini ialah brewer.

ditambah dengan adrenalin melonjak2 gembira tengok konsert, endofrin, peluh, hormon segala. kau kasi tambah lagi beer. nah itu cocktail for disaster. kamu pun lebih tahu pasal ni kan...

tak payah lah nak bertekak panjang2. yang penting i make my point clear. beer garden itu tak boleh ada dikawasan konsert sunburst 2009. kerana lebih banyak mendatangkan keburukkan.

p/s: beer memang banyak keburukkan pun.

No comments: