MEH LAH KLIK...

Tuesday, March 10, 2009

sekadar pandangan peribadi

wah mengantuk juga aku lepas minum milo ni. hehe.. masa di camp, kami minum milo sambil sembang-sembang. pendek kata dari timur sampai ke barat lah cerita yang dilipurlarakan.

sambil itu ada juga diselit cerita AF. kami ni orang sabah, jadi cerita AF dikira sebagai satu ritual tahunan disini. haha... sudah 7 tahun masih survive juga program ini. satu-satu nya AF yang aku ikuti dan minat ialah AF 3. bukan sebab mawi tapi felix. dimana felix sekarang pun tiada siapa peduli... kan. mawi mawi mawi. itulah kemuncak AF. kejayaan AF ialah mawi, dan kejayaan mawi ialah kejayaan astro.

AF ialah sebuah perniagaan. penonton/pengguna tiada dapat apa-apa keuntungan selain hiburan sahaja. Astro lah yang paling untung, mungkin separuh kos produksi sudah tertampung dengan sokongan pihak penaja, itu belum kira jumlah keuntungan iklan, penjualan barangan, dan yang paling penting sms.

apa yang saya boleh katakan dan kempenkan ialah berhenti mengundi untuk peserta AF. kepada pengundi mawi apa yang anda dapat??? kepuasan sementara sahaja. mawi menang AF, lepas tu??

program seperti AF ini ada kelompok peminat tegar, melalui beberapa blog, ada yang berpendapat antara kelompok peminat tegar AF ialah golongan transeksual. sejauh mana kebenarannya tak tahu. dan Astro sudah mensasarkan kumpulan ini sebagai niche market.

dulu masa dikampus, bila saja masa konset AF golongan lelaki lembut/pondan lah yang akan duduk paling depan sekali ketika menonton. selalu juga diselang seli dengan jeritan suara mereka. ya tidak dinafikan golongan lelaki lembut is next to akak-akak masa tengok AF. mereka sangat minat AF. atau lebih tepat, kalah the most pms akak bila pondan-pondan tengok AF.

aku tonton dalam trek selebriti ada satu paparan seorang pondan pergi audition. aku tak ingat lah dia nyanyi apa. tapi bibir itu aku ingat sangat. kenapa astro highlight video pondan pergi audition ini? dalam ramai orang pergi audition, video pondan ni juga yang ditayangkan mereka...

apa tujuan astro? nak glorify pondan? atau sengaja mengkocak emosi? (ramai yang tak suka pondan diluar sana).

tak perlu lah video pondan tu dipaparkan kerana aku rasa kesian dengan pondan tu yang dikutuk-kutuk oleh orang ramai selepas video disiarkan. aku pun bukan lah suka sangat pondan. setakat ini aku tak lah benci sangat. bak kata ghandi hate the sin not the sinner. dulu pun pernah juga ada seorang pondan bernama ridzuan, dia pelajar akaun. baik saja ridzuan ni dengan aku. walaupun kami tak kenal sangat. cuma kenal sebab selalu naik bas sama-sama. ridzuan ni selalu saja bertegur sapa dengan aku. and he is a clean guy, bau pun flowery saja bila naik bas... hehe.

dulu ada juga abang di lab, abang ni pondan lah juga. tapi bila waktu solat jumaat, dia tukar pakaian, pakai kopiah, pergi juga solat jumaat. at least deep inside, dia ingat juga asal usul dia. walaupun i saw this very pondan, wore a girly dress and wig masa pesta konvo. but he is just ok lah.. from my friend, abang ni pernah beritahu dia, bahawa abang tu nak juga kembali ke bentuk asal satu hari nanti. bila hari nya? sama-sama lah kita berdoa hari itu sudah tiba.

ada pondan yang ok. i mean just fine lah... apart from he is being a pondan, lain-lain hal dia sama juga macam manusia biasa. makan, minum, semua sama. i dont know lah about their extra activity (read: involving in prostitution). if any, i am totally against it lah.

saya betul-betul simpati dengan pondan ni. walaupun saya tahu mereka tak perlu simpati saya. at least saya tak membenci mereka. how about pengkid??? kepada pengkid cepat-cepat lah bertaubat.

ok tutup cerita pasal pondan dan AF.

aku nak tonton rancangan melodi ahad lepas, tapi tak dapat akses, tv3 dah tak sepemurah dulu. tak apa lah..

aku baru baca laman gossip ni. pasal AC mizal lagi. the eX-factor lah ni kan... i think it is better for them (he and the Ex) keep this court battle away from media. i know media dah pun terjah menerjah nak dapat his say and her say. tapi cukup cukup lah..

and as for media, tak payah lah korek detail kisah cerai berai orang ni. sekadar laporkan mereka bercerai. thats it. tak perlu lah dirty laundry thrown to public kan...

i said once about divorce is not good but sometime the best. susah juga kan.. still i am not in position to talk about this nikah cerai rujuk thingy. harap-harap AC and the eX dapat cari jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah mereka. period.

lagi satu aku nak cerita pasal doa. tak perlu doa yang tak elok sesama islam. ni banyak saja aku baca komen orang (terutama dalam blog politik), orang PAS doakan orang umno (and vice versa) yang bukan-bukan. thats very unislamic. kalau ya pun tak suka, tak perlu lah nak doakan kemunahan kepada saudara sendiri. kutuk-kutuk dah lah.. ini siap dengan bismillah, pastu minta perkara tak elok untuk saudara sendiri.

aku bukan lah alim sangat. tapi... itu lah pandangan aku.

walaupun aku secara umumnya tak suka anwar bin ibrahim. bukan lah kerana anwar bin ibrahim ni pernah kacau aku. cuma, aku rasa sejak anwar bin ibrahim kembali ke kancah politik negara, politik dah jadi macam yang ada sekarang. nak-nak lagi dengan PM sekarang ni..

dengan ekonomi yang lembab. lepas tu MP bukan nak bincang selesai masalah negara dan rakyat di parlimen. tetapi parlimen dah jadi tempat mereka melampiaskan keegoan tak berpenghujung mereka. em.. salah siapa tu? salah kita kah sebagai pengundi??

tak pernah pula aku nak doakan anwar bin ibrahim tu yang tak elok. aku cuma harap andai beliau ada buat kesilapan kepada negara, bangsa dan agama aku harap beliau segera bertaubat. hahaha... siapa lah aku nak suruh anwar bin ibrahim bertaubat kan?? karpal pun pernah suruh dia bertaubat.

ada beberapa lah juga artikel dan blog yang aku baca memberikan bukti kaitan kukuh anwar dengan yahudi amerika. dan sebuah akhbar yahudi juga telah terang-terangan memberikan sokongan kepada anwar (masa lepas pru12 dulu).

semoga ALLAH SWT sentiasa bersama kita dalam menghadapi segala bentuk ujian yang ada sekarang.

dengan orang melayu yang berpecah. Islam cuba diperkotak katikan. isu pendidikan. isu moral pemimpin. masalah ekonomi.

as for Pak Lah, walaupun banyak gila cerita tak elok tentang beliau. aku rasa sumbangan Pak Lah bukan dari segi pembenterasan rasuah, tetapi dari segi pertanian. usaha untuk merevive pertanian. aku rasa itu satu usaha yang baik.

benteras rasuah?? hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha. yang kecik yang besar semua pun sama saja. bezanya jumlah rasuah itu. ini kebenaran dan ia pahit bukan..??

aku nak ucap terima kasih dengan MP Imam Taib Azamuddin, atas hujah beliau semasa perbahasan isu penggunaan perkataan ALLAH dalam teks kristian. penggunaan perkataan ALLAH dalam teks kristian di Malaysia adalah tidak perlu. sila guna perkataan 'TUHAN'. mana ulamak PAS yang lain??? tak kan nak tunjuk lebai masa avril datang buat kosert jak?? kita perlukan ulamak macam MP Imam Taib Azamuddin.

kepada yang berkaitan tak perlu nak mengada-ngada mengemukakan tuntutan yang tak perlu dan hanya mencetus reaksi pelbagai. selama bertahun-tahun ni tiada tiba-tiba out of nowhere dia nak tuntut itu ini pula. aku pernah baca tentang projek joshua. maka umat Islam hendaklah lebih berhati-hati sekarang.

melayu semakin berpecah, no thanks to the return of maverick, anwar bin ibrahim. kalau setakat parti nak asing-asing, aku tak kisah lah kan. ideologi politik ini adalah hak peribadi. tapi aku pelik bila bangsa diperkotak-katikan dan agama Islam dicabar, ada juga melayu islam terlebih liberal yang cuba menjustifikasi hujah musuh Islam. melayu terlebih liberal ini lebih bahaya dari musuh. bila Islam dicabar cepat-cepat lah re-group. kita sebagai satu unit yang kukuh mempertahankan Islam.

ni tak.. ada lah tu puak-puak yang mula merasa benci mereka kepada umno lebih penting dari mempertahankan agama Islam. sama halnya denga pasal hal sultan. yang umno pula tak habis-habis dengan elitism mereka. do i need to eloberate further??? projek-kontrek-tender talk.. tak habis-habis. bila ada isu, suruh lah sayap pemuda (yang dah tak muda dan ramai yang dah boroi) pergi berhimpun, bermemorandum segala buat laporan polis bagai, tapi bangsa masih juga jadi punching bag di tanah sendiri. apa salah nya pas-umno-pkr(nak juga include parti anwar bin ibrahim ni) ini mempunyai common interest bila menyelasaikan isu berkenaan islam-bangsa-sultan.

ada pula peguam-peguam di Malaysia ni yang berlebih2. dia anak beranak saja yang tahu dan faham perlembagaan gamaknya. manipulative sungguh. oleh itu melayu islam perlukan lebih banyak peguam seperti YB Zul untuk menyanggah kelakuan sumbang peguam kurang ajar tu. peguam yang konon-kononnya untouchable.

di malaysia politik tak matang. bila nak mengundi untuk sesuatu law mesti ikut parti punya pilihan. jika pas mencadang umno tak nak undi walaupun cadangan itu adalah baik... (kalau ada pun jarang lah nak undi kan...) begitulah vice versa.

ppsmi??? dah berapa tahun ni baru nak kecoh buat demonstrasi. lepas tu kata bukan bermotif politik... emm.. siapa lu nak tipu ni bai???

betul kah korang nak perjuangkan bahasa ni? atau korang saja nak kutuk che det. dah.. dah... jangan terlebih-lebih. kata nak perjuangkan bahasa melayu... lepas tu yang dalam poster tu ada tulisan cina apa hal???

perjuangkan bahasa melayu tapi ketuanan melayu kau campak kat mana-mana... yang aku nak tergelak ni ada pula tukartiublexuscamry yang kononnya memperjuangkan bahasa melayu tapi menyokong penubuhan republik. wei bai.. bila dah jadi republik... kita tak ubah jadi singapura. lepas tu bahasa kebangsaan pula dah ada 4 jenis.

kepada hindraf, sila jangan beri cemar nama ghandi dengan membawa poster ghandi apabila kamu berdemonstrasi. ghandi banyak memberikan sumbangan kepada negara bangsa beliau, apa sumbangan hindraf kepada negara ini??? tak malu kah? jadi jangan cuba nak kaitkan ghandi dengan kumpulan kamu.

ghandi seorang nasionalis. hindraf bukan.


sekian mengarut untuk entry ini.

p/s: teringat-ingat rafiq rasyidi sejak beberapa jam ini.

No comments: