MEH LAH KLIK...

Thursday, March 26, 2009

Pemuda Projek

aku telah bersetuju untuk mencemar blog ini dengan isu politik

ok.. dah tau kan siapa ketua pemuda umno baru. KJ. yang ok nya umur dia belum sampai 40. sesuai dengan nama pemuda. yang tak ok nya.. anda fikir lah sendiri.

Aku nak cerita pasal pemuda projek. mesti anda pun tahu apa jenis pemuda projek ni. meh aku berikan ciri-ciri biasa pada pemuda projek.

1. mereka ini buta sejarah. masuk umno (selepas ini dirujuk sebagai parti) tak tahu hujung pangkal tak tahu matlamat. tiba-tiba masuk parti kerana nak dapat projek. aku tak pasti lah siapa punya ayat, tapi semalam aku ada baca pasal satu petikan ayat ini.. 'people who dont want to learn about history will be doomed to repeat it.'

2. mereka ini mata duitan yang amat rakus. aku suka duit kau suka duit aku rasa masyarakat yang menggunapakai sistem barter 100% dalam kehidupan saja yang tak suka duit. pemuda projek.. sesuai dengan nama tu, dihati, jantung dan pembuluh darah mereka ialah projek projek projek. aku bukan lah warganegara cemerlang. tapi cuba tanya pemuda projek ni siapa yang dipertuan Agong pertama, kedua, ketiga.. dan seterusnya. oppss.. tak payah tanya, sila rujuk kembali ciri nombor 1. mereka buta sejarah. mereka masuk parti bukan untuk berkhidmat untuk parti. apatah lagi kepada masyarakat atau memperjuangkan nasib anak bangsa. tetapi untuk projek projek projek.

3. mereka ini sangat pandai bermuka-muka. you calonkan i, i calonkan you. sudahnya tak tau lah kan.. kertas undi masing-masing. yang penting dapat jawatan. supaya dengan jawatan AJK pemuda bahagian dll. maka senang lah nak foward kan permintaan projek kepada datuk itu dato ini. kesudahannya projek projek projek.

4. rasuah. do i need to write about this???. aku tak tahu lah it just in Malaysia, atau ini memang masalah negara membangun. sepatutnya aku letak ni di no.0 sebelum no. 1. to cut thing short. we have very good law, but very weak enforcement (sama dengan penguatkuasaan undang2 alam sekitar, hanya berharap dengan laporan karam singh walia, bagus kasi karam ni jawatan menteri alam sekitar thru senatorship. amacam ada berani??)

5. they are simply useless fat arse bastard. why?? sepatutnya bila ada jawatan tolong lah bangsa sendiri. bukan hanya tahu kopak duit rakyat dan minta projek dari menteri. oh ya mereka ini bukan lah totaly useless. kadang-kadang berguna juga. jadi pembayar minuman di kedai kopi. tahu kan tugas ajk2 pemuda, iaitu membayar minuman kedai kopi. terutama masa berkempen dan sebagainya. senang cerita sila kembali ke ciri 3.

5 ciri ni bukan lah segalanya. cuma ini saja yang aku dapat fikir sekarang. nak berprojek nak berkontrak nak bertender boleh. apa salahnya. tapi kalau kau sekadar jadi kontraktor dan kau memburu projek siang dan malam, tu kira memang dah kerja kau. ni ha.. yang siap berjawatan, ketua lah, timbalan ketua lah, ajk bahagian lah, pencacai najis ketua lah, tukang bayar minuman kedai kopi... nak ada jawatan tapi tak nak bertanggungjawab.

aku tak nampak lah hal ehwal lain sangat. yang selalu aku perhatikan ialah exco pelajaran... atau ajk pemuda projek bahagian yang bertanggungjawab di bahagian pelajaran. setakat yang aku nampak lah kan.. aktiviti pemuda parti ni cuma yang komersial. seperti perlawan sepak takraw, atau futsal. untuk memenangi hati belia. kononnya. itu pun bagus juga. tapi tak kan itu saja. lagipun berapa kali setahun pemuda projek ni menganjurkan perlawanan sukan ni?? biasanya bila menganjur ni masa pemilihan atau masa pilihanraya. nampak sangat nak pancing undi. bukan berkhidmat dan rasa tanggungjawab dengan jawatan yang disandang.

kalau aku perhati apa yang berlaku dalam masyarakatku, aku selalu memerhati bahagian pendidikan. biasanya ketua pemuda parti nasional akan diberikan jawatan ment. pelajaran. sebab tu lah aku rasakan bahawa anak anak buah ketua pemuda ni sepatutnya memberi sumbangan di bidang itu. (jangan lurus bendul pulak.. kata aku suruh pemuda projek berhenti jadi kontraktor lepas tu apply jadi cikgu).

pemuda projek boleh membantu dalam bidang pelajaran murid-murid dengan memberi bantuan dari segi bahan. contohnya, alat tulis, buku rujukkan, kamus, pakaian sekolah. atau sumbangan kepada pusat sumber sekolah, atau bantuan seperti alat bantu mengajar. kiranya aku cadangkan pemuda projek ni menderma kepada sekolah lah. (kan mereka dah dapat untung jota-jota duit rakyat dari hasil scavanging projek-untuk-rakyat-tapi-yang-untung-pemuda projek).

aku tak rasa pemuda projek ni pernah turun ke sekolah-sekolah rendah di kawasan ulu dan pedalaman untuk tengok sendiri masalah kekurangan yang dihadapi oleh murid-murid itu. apa salahnya pemuda projek yang dah jadi macam young napoleon atau young turks ni beri sedikit sumbangan kepada anak-anak sekolah.

pendapat aku ni boleh lah dikecilkan skopnya kepada masyarakat aku. bukan lah aku nak kata ini lah sikap pemuda parti seluruh malaysia. tapi aku berani cakap ini lah sikap pemuda parti di kawasan aku. pemuda projek.

kenapa aku fokus kutukan kepada pemuda. bukan wanita, puteri atau senior???.

pertama yang senior (sayap utama) tu aku rasa dah tak boleh nak ditegur, dah keras, bak buluh dah keras kalau dilentur pecah, tangan yang melentur pula boleh luka berdarah. biarlah orang lain korbankan tangan untuk melentur buluh yang keras ini. kerana aku tahu tangan aku ni tak cukup kuat untuk melenturnya.

wanita dan puteri aku rasa sebab yang sama. berapa ramai dari sayap puteri dan wanita yang projek monger macam pemuda??. mungkin ada, tapi tak lah seramai pemuda. lagi pun peluang untuk seorang dari sayap pemuda untuk jadi KETUA PARTI lebih tinggi dari ahli dari sayap wanita dan puteri.jelas lah pemuda ni boleh dikatakan leader of the future (kalau umur panjang dan tak kena cantas).

apa akan jadi kalau leader of the future ini tak groomed as the true leader but merely project monger?? project monger= moron for now and forever.

kepada pemuda projek... korang memang pandai tapi tak guna.

say no to pemuda projek.

p/s: the blogger is a registered voter in Kimanis. she casted her vote for the first time in GE12, March 2009, and feel relief she is not member of umno.

No comments: