MEH LAH KLIK...

Monday, March 16, 2009

Melanthak

melanthak. 2 sets hotdog+bun+tartar sauce+chili. 3 sausages+tartar sauce+chili. ha.. tu dia macam tanpa belas kasihan aku makan hotdogs tadi tu. nasib baik versi rebus. kalau goreng lagi bertambah tambah lemak aku.

kenapa sos tartar? sebab aku nak taste lah. belum pernah lagi (seingat aku lah). tadi ada mayo biasa dan sos ala barat.. (lebih kurang lah... ) tapi oleh kerana aku plan malam nak makan hotdog, aku pun pilih sos tartar. sos tartar mengandungi pickles timun. yang sangat get along dengan hotdog.

kalau pickles mentah2/bodo-bodo memang aku tak suka makan. tapi dengan hotdog yang ada pickles memang aku suka sangat sangat. sebab tu kalau aku order hotdog mahal/mewah (mahal apa nya... yang jual tepi panggung gsc tu). mesti lah chicago beef. tak mainlah aku nak makan ayam new york.

ok itu yang aku suka. yang aku tak suka. hotdog dengan sos lada hitam. burger sos lada hitam pun aku tak berapa suka. terlalu orient rasanya untuk makanan amerikaaaz seperti burger dan sausage (bukan 2 benda ni made in german kah?? HAMBURGer dan FRANKFURTer). bak kata chef wan... black pepper flavour the world... (lebih kurang lah ya..). black pepper sedap dengan grilled succulent lamb. absoult meat. bukan dengan daging palsu seperti patty burger dengan sosej itu. black pepper ni kira spices royalty atau royal of spices. so kinda hormat sikit lah tekak aku dengan black pepper ni (ntah apa apa..)

mungkin itu sebabnya aku tak suka makan prosperity burger. plus dalam iklan besar gedabak dong dong chan... sekali beli pergh... pegang guna 2 jari pun boleh.

dan nak wartakan juga disini. i made my own dinner tonight. boleh lah kan... (walaupun bukan aku yang bela ayam, lepas tu sembelih, lepas tu kisar daging, roll, jadi kan hotdog). siapa kata dinner sorang2 tak best?, lagipun social dinner party.. buat anda tidak kenyang (padahal.... selalu teringin nak pergi).

err... aku n partner in crime selalu main2 perkataan glutton atau gluttony. kalau ikutkan ini tersenarai dalam 7 deadly sins (ajaran kristian kot...). ikutkan terjemahannya 'lahap'. atau bahasa tabloidnya Burok Lanthak. bersama lah kita hindarkan tabiat glutton ini (hahaha...).

No comments: