MEH LAH KLIK...

Wednesday, March 25, 2009

berehat sebentar bersama youtube

cuma dapat membayangkan diriku ditepi desa yang nyaman

baru tadi habis membentang kertas cadangan terlajak. kenapa terlajak? sebab kajian dah berjalan pun. cuma bentang sebab mesti bentang. maka dapatlah beberapa ulasan dan juga soalan. Alhamdullilah ada yang berjaya dijawab dengan ilmiah ada yang dijawab dengan hentam keromo.. asal jawab walaupun berbunyi kurang bijak.

sebelum kami bentang, ada satu calon Ph.D. yang bentang. perghh... abang phd ni memang bersiap sedia dengan mantap, slaid ppt beliau pun padat dan bermaklumat penuh. nak dijadikan cerita sebenarnya beliau sudah berada paling kurang 3 tahun dalam bidang yang beliau nak kaji ni. siap terbitkan journal nah... setakat soalan2 biasa tu berdehem2 saja dia jawab.

cuma aku nak komen, (komen yang baik tau). bahasa Melayu beliau sangat lah baik. sampaikan aku tertanya-tanya maksud beberapa kosa kata yang beliau gunakan. nampak sangat beliau ini produk ukm, masa dia bentang tadi aku teringat waktu aku kuliah dulu-dulu.

walaupun dalam arus pertelingkahan bahasa apakah yang sewajarnya digunakan untuk mengajar matematik dan sains, masih ada juga produk ukm yang meneruskan usaha penghasilan thesis phd dalam Bahasa Melayu. aku rasa ramai yang tahu ni kisah sejarah penubuhan ukm kan..

sebenarnya tadi paling kurang ada 4 produk ukm di dalam bilik seminar tu tadi, termasuk aku. universiti lain pun ok juga sebenarnya. aku cakap pasal ukm ni sebab dulu aku belajar di sana. mungkin ramai yang sangka produk ukm ni hanya terhad penguasaan bahasanya kepada bahasa melayu.. tak kisah lah.. mungkin betul, mungkin kurang betul sangkaan ini.

jangan risau, kalau kau nak tingkatkan bahasa inggeris kau campak lah ke ukm kah, harvard kah, bhutan kah.. tak kisah, boleh saja kalau nak. memanglah kalau kau tercampak ke harvard tu lebih lah kot peningkatannya, dah tinggal di amerika abis tu kena lah cakap bahasa amerika kan... (kalau dapat ke bhutan pun, dapat juga belajar bahasa bhutan).

sebenarnya tadi ada banyak majlis berlangsung pada satu masa. sebelah menyebelah bilik tu dihurung manusia. kami buat pembentangan, sebelah kanan buat mesuarat, sebelah kiri buat kursus. maka agak kurang lah yang menonton persembahan kami tadi. sebab masing-masing ada hal yang penting.

apapun syukurlah sudah selesai satu perkara. sekarang kita tumpukan dan gembelengkan tenaga untuk melaksanakan langkah-langkah seterusnya. supaya kerja kita siap pada masa yang sepatutnya. finish on time kata orang inggeris.

No comments: