MEH LAH KLIK...

Sunday, March 15, 2009

Ahad

aku kalau boleh dan seboleh-bolehnya nak kurangkan mencarut. terutama dihujung minggu ni. tapi nak buat macamana mencarut ialah terapi termurah dan tercepat untuk mengurangkan ketidakpuashatian atau kemarahan. walaupun masalah sebenar tak akan selesai dengan mencarut.

carut #1
semalam kan ramai peminat bolasepak inggeris di malaysia menonton siaran langsung perlawanan man u lwn. liverpool. maka yang peminat man u mencarotzz lah kerana kalah, akan pertahankan mereka lost the battle but will win the war... like watever lah kan... yang liverpool/man u hater.. aku rasa mereka kini masih meraikan hari raya di bulan rabiulawwal gitu... kononnya man u is not that good after all.

sebagai bekas peminat man u aku ambil tahu juga lah pasal futbol ni. tapi macam boo layan saja kecewa mewa ni sebab kalah 1 game. hal ini kerana waddahell aku nak minat sokong berlebih-lebih kelab dari kota manchester tu, aku bukan manchesterian pun. tak pernah pun tinggal di manchester. same thing goes to liverpool fan... korang pernah tinggal di liverpool??? atau chelsea... pernah orang london acknowledge korang sebagai peminat tegar?? yang claim diri sendiri so call die hard fan ialah diri korang sendiri. the real fan, yang tinggal di kota london yang bergolok gadai nak dapat season ticket tengok bola tu belum tentu mengaku korang peminat macam mereka.

bagi aku peminat bola sepak inggeris di malaysia ni ialah devotee without temple. sebab ada orang (penulis sukan inggeris) kata football ni new religion. so ke mana peminat ni nak tunjukkan kesetiaan mereka?? kedai mamak dengan tv lcd 60 inci berhampiran?? atau tampal sticker banyak-banyak di kereta perodua masing2??

peminat bola sepak tempatan terpaksa melampiaskan keinginan mereka menjadi penyokong pasukan yang menang dengan menjadi peminat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kelab bolasepak luar (terutamanya inggeris). kan??? iya lah nak sokong bolasepak tempatan??? asyik kecewa manjang kan? last time pun menang piala merdeka...

bola sepak tempatan ni terlampau tangle dengan politik. so KJ nak juga jadi orang besar fam. dia juga jadi mp, dia juga jadi anak menantu, dia juga jadi penerbit eksekutif. nampak tak betapa orang malaysia mementingkan kepelbagaian bakat? akhirnya versetttyyyle lebih... hasil tak ada.

pemain bola malaysia??? mereka ni layak jadi model iklan gel rambut saja. masing-masing perasan kalau dapat kontrak nike tu konon-konon setaraf cristiano ronaldo. tapi tak sedar diri... kau tu pemain bola... orang tetap akan nilai prestasi berapa banyak piala menang main bola yang kau kutip... bukan rambut kau cacak ke tidak.. (yang rambut bergel ni biasanya cuma untuk female fan sahaja).

kesudahannya, kita semua ni perasan sahaja. perasan pasukan manchester united kita menang piala juara juara. perasan pasukan liverpool kita menang lawan man u. perasan. padahal kelab-kelab inggeris tu milik peminat dan penyokong inggeris.

apapun bola sepak ialah open religion. haha sesiapa boleh masuk keluar entah apa2 semua. maka kau boleh lah jadi die hard fan untuk liverpool tapi later on boleh tharsh pasukan england dan sokong pasukan kebangsaan itali atau german atau brazil atau even worse argentina.... kinda lucu aku rasa.

majulah sukan untuk negara.

carut#2

melodi bersusah payah hantar krew mereka buat assignment sampai ke bandung untuk mencari pendapat berkenaan adakah populasi indonesia mendengar muzik malaysia. atau adakah muzik malaysia mendapat tempat untuk disiarkan oleh media indonesia. tup tup diakhir rancangan melodi, lagu penyanyi Anggun diputarkan. Anggun bukan dari indonesia kah? (aku tahu dia juga menyanyi di eropah).

ironi kan?? sibuk lah melodi nak mengada2 kononnya nak cari bukti muzik malaysia tak mendapat tempat diindonesia. tapi yang memberi tempat (secara berlebihan) kepada muzik indonesia ialah mereka dan sekutu mereka sendiri. buang duit saja korang hantar wartawan tu pergi indonesia. dah nampak lagi bersuluh media malaysia terlalu buka peluang untuk muzik indonesia. tak paham-paham lagi??

oh ya muzik juga seperti bola sepak. open religion. oleh itu ikut suka hati macam mana pun. good music is a good music. nota muzik ada 7 katanya.

no doubt michelle IS a good driller. nampak macam mana dia drill noryn and atilia masa nak korek cerita???. wah... michelle you rock!. putar sana, korner sini... with hope noryn and atilia will crack. luckily, atilia and noryn tak lah crack mana pun. bagus!! artis malaysia perlu tebalkan cengkerang hal peribadi mereka supaya tak semudah itu didrill oleh wartawan.

awas!... ada spy melodi di LCCT. siapa yang nak cari glamour cepat guna lah LCCT pastu buat2 jalan dengan somebody. tak lama lepas tu ada lah driller bermikrofon datang jumpa kau tanya macam2.

plus suara latar melodi tu sila tukar orangnya... suka hati kutuk local band tadi kan... hai suara latar.. kau dah pernah buat lagu?? biarlah band tu nak puji lagu dia baik. lagipun stesen radio kau bukan nak putar lagu local band sangat pun... sebab tu stesen radio kau dah bau bakso made in rumah kongsi.

carut #3

AF 7. suara semua sedap-sedap. kiranya betul lah cakap pengkritik tu (edrie) bahawa team yang pergi buat audition did a very good job.

i wonder... why AC??? sarimah is far a better host for AF than him.

apa pun aku masih nak kempen supaya orang ramai berhenti membazir duit untuk stesen tv yang dah kaya raya berkoyan2. korang nak buang duit juga??? buang lah... duit korang kan...

carut #4

kompite aku tak boleh nak surf internet cissssss bedebah!!. internet di kf pula macam bullshit. cissss bedebah.

No comments: