MEH LAH KLIK...

Thursday, March 12, 2009

ada kutu dicelah lemurs.

ceh aku ingat bertong-tong lah maklumat tentang evolusi lemur. cuma sekadar sedikit maklumat tentang penspesisan akibat pengasingan oleh halangan sungai. tapi ok lah mereka temui 2 spesies baru katanya. tambahan pula organisma itu adalah 100% endemik

selebihnya lebih kepada pemuliharaan. apa pun penyelidikan itu nampak cool dan mahal. tapaknya pula di madagascar. pendek kata tadi macam tengok filem animasi madagascar minus lawak.

lepas tu pasal kelawar. aku tak berapa sangat kelawar. tambahan pula tajuk tentang kelakuan kelawar. kalau pasal evolusi mungkin aku semangat sikit nak ambil tahu. pakar kelawar itu boleh bezakan bunyi kelawar mengikut emosi dan kelakuan kelawar. beliau siap buat demo clicking.. dan ntah apa entah tapi dia kata begitu lah bunyi kelawar. berbeza-beza sebenarnya.

bukan senang kau nak intai kelawar sampai tahu beza bunyi kelawar mengikut emosi. aku rasa saintis jerman tu faham bahasa kelawar. serius beb...

rasanya ramai yang hadir tadi tu sibuk layan kuih-muih dan minum pagi yang disediakan. bukan kerana talk yang memberangsangkan saraf mengantuk anda itu. mesti orang jerman dan amerika tu hairan kenapa orang malaysia tea break 2 kali dalam tempoh tak sampai 3 jam.

maka secara puratanya orang malaysia tea break sejam sekali. kita makan breakfast sama portion dengan lunch. kalau orang jerman itu tahu langsung mereka masuk hutan.

p/s: aku nak sangat roti jala tu tapi segan yang hamat...
p/s 2: jumpa orang dari jabatan beruk. mari berangan dan senyum sampai ke telinga. =)

No comments: