MEH LAH KLIK...

Tuesday, March 17, 2009

ada apa dengan nama.

aku sedang konon-konon nya belajar lah ni. biologi populasi. pergh... who care damsflies only has 1 day life span. orang ambil ekologi entomologi lah tu yang peduli...

aku slow mo.. bila masuk bab ekologi sebab ada matematik. perghh boleh bikin begaduh ini. bukan lah sesusah kalkulus. tapi susah juga.

jadual hidup statik pergh... apa barang lah ni. setakat ini ada contoh sejenis rumput, lepas tu sejenis serangga, lepas tu sejenis rusa.. tapi rusa punya lain sikit. malas mo cerita.

meh aku cerita panjang2. aku cuma layak ambil biologi. biologi ya tuan tuan dan puan puan. bukan perubatan M. D. atau MBBS. bezanya, orang MD atau MBBS study pasal spesies manusia atau Homo sapien. yang susah amat. kerana jika si MD ini silap, Homo sapien ialah sejenis spesies yang boleh menyaman spesiesnya sendiri di mahkamah atas kesilapan amalan professional, professional malpractice.

spesies yang dipelajari oleh ahli biologi atau BIOL. ialah segala jenis spesies selain dari spesies Homo sapien. tak susah secara relatif. tapi kadang-kadang kau jadi bahan ketawa diri sendiri. itu belum masuk kau jadi bahan ketawa orang lain.

aku sudah jelik (ini kosa kata lazim di Tawau), dengan pertanyaan 'kerja apa?'. apa kah kerja yang boleh dilakukan oleh ahli biologi. jawapannya senang... nak jadi angkasawan pun boleh. nak jadi ostad pun boleh. hatta nak jadi jkk kampung pun boleh.

dan yang paling mengecewakan sekali ada yang sangka BIOL ini sebagai dokter. halu... berapa kali aku mau jelaskan... aku bukan dokter manusia MD. apa kau mau aku belah dadamu untuk membuktikan aku bukan dokter manusia?


kenapa di malaysia gelaran DR. atau doktor tidak dihadkan kepada pemegang lesen perubatan dan dentist sahaja??. agak janggal ada orang pangkalnya berDR. tapi hakikatnya lesenya ialah veteriner. bukan kah ini sesuatu yang misleading? sama juga dengan yang PhD. apa kata gantikan gelaran DR. itu kepada "nama, PhD." contoh: Jimmy Supardi, PhD. instead of Dr. Jimmy Supardi.

untuk veteriner pula gantikan dengan, "Vet. nama" contoh: Vet. Salvatore Iskandar, instead of Dr. Salvatore Iskandar.

ini tak, longgok semua, yang vet pun dr. yang dentist pun dr. yang phd pun dr. then people easily confused. nanti orang kata, abis tu macam mana nak panggil kata ganti nama untuk Jimmy Supardi PhD. cadangan aku ialah, kekalkan panggilan encik supardi, atau encik jimmy supardi. nantu orang kata kan dia ada pangkat phd... jawapan aku: ular menyusur akar tak kan hilang bisanya. kalau kau ada PhD. orang panggil kau pak cik/mak cik skalipun, PhD. kau tu tak terhakis. (abis lah... marah semua yang ada phd dengan aku).

No comments: