MEH LAH KLIK...

Monday, March 23, 2009

5 sen

screamyx buat hal lagi lah... emm.. aku dah memang malas nak merungut. tapi termerungut juga. nak relax2 sebab berita baik sudah sampai. iaitu presentation tak jadi diadakan pada lusa, kerana pertindihan jadual. terima kasih kepada sikap malas ku yang akhirnya membuahkan hasil. iaitu penangguhan.

sebenarnya penangguhan ni bukan lah secara total nya adalah baik. cuma dari segi delaying sahaja. sooner or later pun tetap kena present juga. apapun aku terima berita ini sebagai berita baik.
..........................................................................................................................................................................
oh ya... lagu dan sebenarnya dendangan yuna itu sedap didengar, walaupun ada beberapa komen dalam youtube katakan ia sama dengan lagu siapa ntah. apa pun masa Aishah Af7 nyanyikan dikonsert pertama, aku sudah tertarik. ya aku suka suara aishah. tapi tak undi.

..........................................................................................................................................................................

kadang-kadang kita tak sedar bagaimana masa mampu mengubah seseorang. dan perubahan itu boleh jadi sangat-sangat mengejutkan atau mengejut sikit2 lah kan. ya.. ramai kawan yang dulu nampak hell dont care about future, sekarang sudah ada berkahwin dan punya tanggungjawab terhadap keluarga sendiri. ada juga kawan yang dulu nerd nak mampos, sekarang sudah menjadi party animal. ada kenalan yang hampir2 keluar dari gerobok orientasi sebenar mereka. ada juga kenalan yang sudah embrace Islam (Alhamdullilah).

yeah, perkara seperti berkahwin, pengakuan orientasi dan menukar agama adalah satu giant leap dalam kehidupan. dan kadang-kadang apa yang mereka lakukan ini buat aku rasa plain.
aku syukur aku ini plain. biasa-biasa saja. syukur Alhamdullilah.

aku tak kisah sangat. asalkan aku bersama yang disayangi hidup dengan baik. sebab tak selesa untuk memikirkan penyelesaian segala macam permasalahan.

my SIL said, masalah orang di Afrika (kebuluran, perang saudara) is endless. kita tak dapat selesaikan 100% cuma mungkin dapat meringankan. ada bantuan world food program, ada bantuan palang merah, ada bantuan tentera pengaman, tapi aku tak nampak masalah di afrika akan selesai dalam tempoh yang sekejap. kita terima lah masalah itu seadanya ku rasa.

oh ya, bila nak makan fast food ahad lepas, aku bangkitkan seketika rangkaian fast food itu adalah milikan yahudi. my partner in crime said, biarlah... masalah orang palestin tu sebenarnya ada punca dari mereka juga.

aku tak nafikan orang palestin diperlakukan kejam dibumi sendiri. mereka sudah tahu mereka ditindas tapi mereka masih berpecah. Hamas dengan Hamasnya, Fatah dengan Fatahnya. apa sudah jadi?. dan entah berapa lagi kumpulan2 kecil yang lebih radikal seperti hizbollah. bila umat palestin berpecah. maka musuh mereka akan bersorak gembira.

ya. ramai yang mungkin terlepas pandang masalah Hamas dan Fatah ini. teras perpaduan orang palestin ini tidak kukuh. orang Arab apatah lagi. dan ini adalah contoh pengajaran kepada orang Islam di Malaysia, berkaitan dengan keburukkan persengketaan sesama saudara.

apapun tiada yang dapat justify kekejaman yang diterima oleh penduduk palestin.

p/s: Time will heal all wound.

No comments: