MEH LAH KLIK...

Tuesday, March 24, 2009

102 sains sekitaran

ke arah usaha untuk memelihara bumi agar tidak terus diancam oleh pencemaran yang diakibatkan oleh warganya sendiri, saya ingin kongsikan bersama beberapa pendapat berkenaan dengan isu ini. mungkin anda semua pernah mendengar yang seumpamanya. rasanya tak salah untuk kita ingatkan diri kita semula.

tong kitar semula. semua tahu tidak lama dahulu ada kempen berkenaan tong kitar semula kan. tong ini memudahkan kita untuk mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Tin aluminium dan plastik- tong jingga
Kertas- tong biru
Kaca- tong coklat

entah kenapa saya rasakan usaha kitar semula di Malaysia ini masih dibawah tahap standard. kawan yang mengambil major dalam sains sekitaran pernah berkongsi maklumat bahawa, walaupun bahan-bahan kitar semula tersebut diasingkan mengikut tong, tetapi, kesemua tong dilonggok ke dalam lori yang sama. pendek kata, jika ini benar berlaku, sia-sia lah usaha pengasingan bahan-bahan tersebut.

usaha kitar semula ini juga tidak berterusan. bagai pahat dan penukul. seperti kita semua harus diingatkan setiap kali.

selain dari kitar semula kita juga boleh mengamalkan guna semula dan mengurangkan penggunaan sumber dan pembuangan bahan cemar dalam usaha memelihara bumi.

sebab itu saya tekankan berkenaan dengan pengurangan plastik dalam kehidupan seharian kita. kerana plastik ini ialah bahan yang boleh mencemar bumi. pengurangan sumber boleh dilakukan seperti penjimatan air dan tenaga.

saya tidak mahu menyentuh berkenaan dengan pemanasan global, kerana baru-baru ini saya terpengaruh dengan idea lain yang agak bertentangan dengan aliran yang menyokong pemanasan global. (sila tengok filem The Day after Tomorrow untuk gambaran idea ini).

walaupun usaha kita diperingkat domestik mungkin agak kecil skalanya. tapi jika semua orang berusaha untuk memelihara bumi ini, Insya Allah, pencemaran dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.

pembuat polisi dan kumpulan industri juga hendaklah lebih peka dalam usaha mengurangkan pencemaran. kerana pihak industri lah yang penyumbang utama bahan cemar kepada bumi dan mereka ini sepatutnya tertakluk dalam bidang kuasa pembuat polisi.

ke arah Bumi yang lebih baik.

cheers!

No comments: