MEH LAH KLIK...

Friday, March 20, 2009

101 sains sekitaran

post entry sudah lebih 400, bila lah duit nuffnang ni mau beranak pinak... emm...

ok, kali ni nak cerita pasal alam sekitar. mesti anda sudah dengar di media tentang dark hour. bila ada 1 jam tu kita tutup segala lampu, sebagai tanda kita nak menjimat tenaga. satu usaha yang baik. you do the maths lah kan...

ok itu usaha gergasi pihak prihatin bertahap gergasi. maka kempennya pun seluruh planet gitu kan. mari saya kongsikan usaha apa yang boleh kita buat untuk memelihara planet kita ini.

mula-mula plastik. ya banyak kan plastik di rumah kita, botol shampoo dari plastik, botol minuman, plastik giant, plastik masa beli ikan, plastik itu plastik ini. pendek kata hidup kita sama ada kita sedar atau tidak, berkait rapat dengan plastik.

plastik ini pencemar alam. susah dinyah oleh bumi. maksudnya kalau kita buang pampers ke dalam tong sampah. pampers itu akan kekal dibumi ini untuk satu tempoh yang lama. begitu juga dengan plastik-plastik lain.

untuk tidak mengguna plastik 100% adalah mustahil. cadangan saya ialah KURANGkan penggunaan plastik. contohnya, jika anda pergi membeli belah di pasaraya, bawa lah bag plastik sendiri. contohnya pasaraya giant kan ada jual bag untuk shopping tu (sah sah aku duta tak rasmi giant). beli tu cuma berharga kurang 3 ringgit, dan boleh pakai ulang. setiap kali anda shopping bawa siap2. bila nak letak barang, tak perlu lagi plastik, cuma letak saja dalam beg itu.

mungkin lah mustahil untuk setiap kali ke pasaraya kita kena bawa bag shopping tu (in case terlupa macam aku tadi). tapi contoh lah dalam 4 kali shopping 2 kali kita bawa bag shopping tu. ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan penggunaan plastik. tak pun bawa lah plastik sendiri. reuse gitu.

kedua, kurangkan pembelian air minuman dalam botol. bukan jangan ya (nanti habis bankrap syarikat jual air, ramai pula yang hilang pekerjaan), kurangkan. baru baru ini saya baca majalah, ada tulis bahawa kualiti air minuman dalam botol tak jauh beza dengan air paip kita. cadangan saya, beli satu botol stainless steel atau botol tumbler yang biasa pun boleh. masak air sendiri di rumah (kerana kualitinya sama dengan air botol), so you may tote you own drink in your reuseable bottle. lepas pakai boleh cuci, dan guna semula. ini dapat mengurangkan penggunaan plastik.

lagipun sudah beberpa kali saya baca tentang botol air mineral yang diguna berulang2 tu mengandungi bakteria. so kurangkan penggunaan botol plastik mineral water tu ok. cadangan yang lain tapi kurang praktikal ialah simpan air anda dalam botol kaca. macam zaman dulu ingat tak sirap sun valley tu dijual dalam botol kaca, dan kita boleh guna semula botol kaca tu (yang lahir in 90's sila tanya ibu anda). cuma kekurangannya kaca pecah lah kan kalau mishandle. kaca lebih mesra alam berbanding plastik.

ok next, masa kita cuci muka, shave, atau berus gigi, jangan lah biarkan paip tu terbuka, biar saja air tu mengalir. tutup paip air semasa tak guna air. tak biasa? cuba biasakan. ini dapat menjimat air. air sumber kehidupan bukan? air dibumi ni yang boleh digunakan untuk minuman sangat kecil peratusnya. banyak dilaut (air masin) dan locked di dalam ais.

pengguaan elektrik, tak perlu tunggu semasa dark hour, kiranya kita sendiri boleh buat dark hour kita. tutup lampu bila tak digunakan/diperlukan. contoh yang paling biasa ialah lampu tandas atau lampu bilik air yang selalu dibiarkan terpasang.

pembungkus makanan/tapau warna putih tu. ini susah sikit, sebab untuk saya sendiri sukar mengamalkan sebab kedai makan yang saya selalu makan tu tak sediakan tapau yang boleh diguna semula. saya cuba bawa kontena sendiri nanti (soon lah hopefully). ok ini nak puji sikit usaha pihak ums untuk mengurangkan pengguaan tapau putih yang tak mesra alam tu. di ums tapau makanan di kafe adalah bekas yang boleh diguna semula. dia charge lah kalau kau guna tapau dia, tapi boleh bawa sendiri kontena (yang about the same saiz) untuk bungkus makanan.

tak banyak kedai makan yang mengamalkan sistem begini. harap-harap cara begini akan digunapakai secara meluas. tapau putih tu sangat mencemar alam, itu belum kira lagi akan mencemar makanan anda dengan bahan kimia (erkk... makanan aku pun sama).

jimat kan kertas. untuk pelajar mesti banyak guna kertas. jadi cuba sedaya upaya untuk re-use kertas2 anda. ya kalau nak dapatkan maklumat tentang barangan seperti handphone atau gadget, tak perlu lah ambil risalah atau broshure barangan itu, anda boleh periksa melalui internet. maka tak perlu lah kertas2 broshure tersebut. be creative macam mana anda boleh menjimatkan penggunaan kertas.

seorang coursemate saya dulu di ukm (yang agak kedekut) pernah menulis nota nya diatas kertas kalender lama yang tak berguna lagi. beliau bukan saja dapat menjimat kertas malahan menjenamakan semula istilah bakhil (sempat aku kutuk orang youuu....). maksudnya sikap terlalu berjimat cermat beliau tu ada kebaikkan (menjimat kertas) dan ada lah keburukkan (ko salin nota atas kalander beb, kalau aku tak lalu nak baca dah). apa pun pointer cgpa akhir si kedekut ni adalah mencecah 3.7. dan antara ahli tetap penerima anugerah dekan.

dengan menjimat kertas kita juga dapat mengurangkan penebangan pokok. bila pokok kurang ditebang, habitat pun kurang musnah. dan ini berita yang paling ditunggu-tunggu oleh badak sumbu borneo (dan organisma lain yang terancam, gajah, Bos sp.).. yang kemandiriannya bagai telur dihujung tanduk.

eh.. jangan pula korang bagi alasan tak salin nota atau tak submit assignment sebab nak kurangkan penebangan pokok. i did mention about be creative kan dalam pengurangan kertas, mesti semua boleh fikir kan.

oh ya saya berharap kerajaan dan kita semua bersungguh sungguh dalam menaik taraf dan memperbaiki sistem pengangkutan awam. saya harap sangat yang ini, as i am not a good driver. penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan perlepasan karbon. so to aweks2 jangan pandang sebelah mata mat mat bas ni ya. mungkin mat bas tak secool mat rempit, tapi mereka ada menyumbang usaha dalam memelihara planet kita.

you do your part and i do mine. sedikit sebanyak kita dapat memelihara planet kita. ya, kiamat tu pasti tiba, abis tu tak kan lah.. kita nak biar melepak macam tu saja... biar saja bumi ni tercemar kan?

cheers!

No comments: