MEH LAH KLIK...

Monday, March 30, 2009

Tanjug Aru Beach, Kota Kinabalu





p/s: sambil dengar lagu 'jauh' dar zainal abidin masa post entry ni

p/s 2: masih batuk dengan teruk... emm.. tak selesa lah.

pasal weekend lah apa lagi..

whooaaa... what a long weekend. as usual i want to share quick review of my weekend's stuff.

mr kenny roger's sandwich

1. My parents and my sis spent their weekend attended my sis graduation in Johore. congratulation, for her PGDip. me and the rest of orang kampung were stranded in Putatan, so i didnt sleep on my own smelly warm bed this weekend. just happily surfing channel and eat a lot of food. and also catching up with push-down-to-throat by elections news. juga pergi berjalan-jalan, and acted like arab emir. (soka hati saja berbelanja boros. haha).

actually i wanted to buy few new shirtS, and the blue colour polo shirt really caught my eyes. but i keep on thinking and re-thinking about i have enough clothes for now. then i abruptly canceled my not so good plan for much better cause. like kanye said, we buy a lot of cloth but we dont reallly need'em. (speak for yourself kanye).

kenny roger's sandwich: ok lah... but i expected them to use real chunky chicken flesh, not cold salty chicken ham. dont really like chicken ham... too salty.

2. earth hour. yes i did switch lights off, about an hour. but tv pasang, bcoz of af lah... after reading obefiend's entry about earth hour, i wonder why the organizer choose saturday to do the campaign. somehow i do think its realated to sabbath. whatever it is, i am supporting effort to save energy.

3. AF, obri and rini are out. macam tak best sebab aishah preform tak berapa best. and aril did better than last week. Isma also did much much better, and hafiz pun ok juga. ok semua boleh berhenti merembes, we have a winner.. hafiz.

4. i watched a very hisap gam movie on cinemax... i think it is a hollywood version of zombie kampung pisang. entah lah apa title, but seriously, very insulting intelligence kind of movie. a girl's leg had been eaten by zombies and she had a machine gun to replace her missing limb. and she could fire the machine gun without pulling the trigger. antara pelakon2 ialah kurt russel and bruce willis.

Friday, March 27, 2009

kocakkan emosi

i have light fever and very heavy chesty cough. i dont really have mood to do anything. perghh... malasnya nak tulis engrish ni.

internet slow mo.. tadi kilat sabung menyabung. tapi screamyx ni cuaca molek macam mana pun kalau dah memang dia nak slow slow jugak.

malam tadi tengok diari af. peserta lelaki bernama akim tengah bermelodrama kerana tiada orang backup vokal untuk lagu dia. this boy must be stupid or pelupa. lest you forget, it is a competition. dan aku setuju dengan rubisa dalam hal ini. bangang lah sibuk nak ketatkan semangat adik beradik tapi persembahan kau sendiri pun tak tentu betul ke tidak. lebih bersaing. kalau aku, biar lah peserta tu eat each other alive. maksud bersaing dengan gigihnya. baru ada thrill. kalau ada peserta terkeluar tak payah nak mengalir air mata. tapi berasa lega kerana persaingan dah kurang.

mereka ni patut diajar biological interaction dan survival of the fittest. bila aku cakap pasal interaction disini, antara peserta af ialah interaksi persaingan, persaingan dan persaingan. bukan mutualism atau symbiosis. tu pasal lah aku rasa tindakan rubisa tu betul, dia bersaing. and as for akim, be creative and be a man. a man tak ada lah nak merajuk bagai semata2 tak ada orang nak backup vokal. setakat tak ada orang nak backup vokal kau nak merajuk or menangis, macam mana kau nak jadi penyanyi pro?? what doesnt kill you makes you stronger. not sissy-er. in akim's case he is definetly not getting stronger.

and zizi, please cut the crap. jangan kasi malu orang sabah. you are taped. you know the production will manipulate the main main cinta story and make it dramatic. i understand if you are shallow but please have some dignity. because its look like very murah ok.

oh ya oleh kerana ini juga pertandingan meraih undi. jadi lemah juga mungkin satu kelebihan. it is about timing. bila kau nak nampak vulnerable dan bila nak nampak gagah perkasa. time it right.

meh aku kasi cerita panjang. nak raih undi, sila nampak vulnerable semasa diari. bukan lah kau kena 5 hari 4 malam menangis sebab lagu kau tu lagu gloria estefan dan kau tak hafal lirik. aku kata vulnerable tapi boleh strike dengan berkesan (undian sms tinggi). untuk lebih faham apa yang aku sampaikan. sila rujuk watak micheal corleone dalm godfather 1 dan bandingkan dengan watak micheal corleone dalam godfather 2. terutama masa sebelum dan ketika fredo corleone dibunuh.

jadi vulnerable macam micheal dalam godfather 1. nampak bodo dan lemah sebab dia tak nak ikut family. bukan jadi macam fredo yang bukan saja vulnerable tapi forgettable. juga jadi deadly striker macam don micheal corleone. your own brother wanted to kill you. kill him first and regret later. thats why aku rasa tak payah nak diadakan semangat adik beradik didalam AF.

itu bila nak nampak vulnerable. bila pulak kau nak jadi gagah perkasa?. masa buat persembahan. ok.. kiranya kau ni study, dan konsert tu kau punya final exam. ada faham?? all out lah. jangan simpan2. at least kalau kau terkeluar awal pun at least kau bukan the most forgettable.

AF bukan sekadar pertandingan nyanyian tapi juga satu aktiviti pengocakkan emosi penonton untuk meraih keuntungan. ya lah tak kan emosi penonton saja yang dikocakkan. dah alang2. mari kita kocak semua emosi yang ada. dah alang-alang bullshit, jangan simpan2.

sebab dah 6 tahun, diamalkan semangat adik beradik af. this thing makes peserta tu lembut. less killer instinct. lembik. bila af dah tamat ramai yang lembik ini akan drifted. even yang ada vokal baik pun akan drifted.

let them (peserta af) eat each other alive. as long as tiada yang mengalami kecederaan fizikal mental yang parah lah... let see who has the strongest bone and the thickest skin for this industry. let see who is the fighter who wants sooo badly to be somebody. fight tooth and nail to be the best. itu lah tv reality. baru dramatik. bukan sekadar nak pergunakan cinta akademi sepanjang musim. guna emosi sebenar. be nasty sikit (sikit aja tau).

aku tak pakai dah formula kesian2 ni.... sebab bukan semua yang lucky like mawi.

Thursday, March 26, 2009

jom masuk library

pagi tadi batuk dengan teruk. tekak sakit, leher sakit. ada bengkak sikit... mungkin antibodi tubuh bekerja keras melawan penyakit. aku malas nak masuk lab sebab aircond yang kuat tu boleh buat badan aku panas balik (demam).

lab aku lain sikit, lab bertaraf icebox aircond kuat sebab memang fungsi nya untuk mengawet spesimen. masuk dengan aku aku sekali jadi spesimen dalam tu.

err.. jom ke library pulak.. hehe.. gurau saja. malas nak keluar. kita cuba sambung buat kerja dalam bilik tidur pulak.. hehe

p/s: ada gangguan blogspot sekitar pukul 4 pm selama setengah jam.

gambar dari sini

suddenly i remember

do you know about this keanu reeves' movie? the title is a walk in the cloud. quite outdated and forgettable movie. initially me myself forgot what the title is.

the picture above is one particular scene i remember the most. in one night, the temperature is suddenly dropped, and they need to keep the vineyard warm to prevent grapes being spoiled by frost. yes i remember the scene very well.

i think i watched this movie sometime in late 1990's maybe around 1998 or 1999. about 10 years ago huh... i dont really remember the whole story. but i think keanu's character is a man who is sebatang kara (live on his own) and lived in orphanage when he was a boy. and the main female character is a confused rich woman who are knocked up and the so called boyfriend left her.

he needs family and she needs father for her baby.. i guess. i dont know whether this is a good movie or not. since i like period movie, so i kinda like it. if i am not mistaken the movie is setting back into post world war period.

Pemuda Projek

aku telah bersetuju untuk mencemar blog ini dengan isu politik

ok.. dah tau kan siapa ketua pemuda umno baru. KJ. yang ok nya umur dia belum sampai 40. sesuai dengan nama pemuda. yang tak ok nya.. anda fikir lah sendiri.

Aku nak cerita pasal pemuda projek. mesti anda pun tahu apa jenis pemuda projek ni. meh aku berikan ciri-ciri biasa pada pemuda projek.

1. mereka ini buta sejarah. masuk umno (selepas ini dirujuk sebagai parti) tak tahu hujung pangkal tak tahu matlamat. tiba-tiba masuk parti kerana nak dapat projek. aku tak pasti lah siapa punya ayat, tapi semalam aku ada baca pasal satu petikan ayat ini.. 'people who dont want to learn about history will be doomed to repeat it.'

2. mereka ini mata duitan yang amat rakus. aku suka duit kau suka duit aku rasa masyarakat yang menggunapakai sistem barter 100% dalam kehidupan saja yang tak suka duit. pemuda projek.. sesuai dengan nama tu, dihati, jantung dan pembuluh darah mereka ialah projek projek projek. aku bukan lah warganegara cemerlang. tapi cuba tanya pemuda projek ni siapa yang dipertuan Agong pertama, kedua, ketiga.. dan seterusnya. oppss.. tak payah tanya, sila rujuk kembali ciri nombor 1. mereka buta sejarah. mereka masuk parti bukan untuk berkhidmat untuk parti. apatah lagi kepada masyarakat atau memperjuangkan nasib anak bangsa. tetapi untuk projek projek projek.

3. mereka ini sangat pandai bermuka-muka. you calonkan i, i calonkan you. sudahnya tak tau lah kan.. kertas undi masing-masing. yang penting dapat jawatan. supaya dengan jawatan AJK pemuda bahagian dll. maka senang lah nak foward kan permintaan projek kepada datuk itu dato ini. kesudahannya projek projek projek.

4. rasuah. do i need to write about this???. aku tak tahu lah it just in Malaysia, atau ini memang masalah negara membangun. sepatutnya aku letak ni di no.0 sebelum no. 1. to cut thing short. we have very good law, but very weak enforcement (sama dengan penguatkuasaan undang2 alam sekitar, hanya berharap dengan laporan karam singh walia, bagus kasi karam ni jawatan menteri alam sekitar thru senatorship. amacam ada berani??)

5. they are simply useless fat arse bastard. why?? sepatutnya bila ada jawatan tolong lah bangsa sendiri. bukan hanya tahu kopak duit rakyat dan minta projek dari menteri. oh ya mereka ini bukan lah totaly useless. kadang-kadang berguna juga. jadi pembayar minuman di kedai kopi. tahu kan tugas ajk2 pemuda, iaitu membayar minuman kedai kopi. terutama masa berkempen dan sebagainya. senang cerita sila kembali ke ciri 3.

5 ciri ni bukan lah segalanya. cuma ini saja yang aku dapat fikir sekarang. nak berprojek nak berkontrak nak bertender boleh. apa salahnya. tapi kalau kau sekadar jadi kontraktor dan kau memburu projek siang dan malam, tu kira memang dah kerja kau. ni ha.. yang siap berjawatan, ketua lah, timbalan ketua lah, ajk bahagian lah, pencacai najis ketua lah, tukang bayar minuman kedai kopi... nak ada jawatan tapi tak nak bertanggungjawab.

aku tak nampak lah hal ehwal lain sangat. yang selalu aku perhatikan ialah exco pelajaran... atau ajk pemuda projek bahagian yang bertanggungjawab di bahagian pelajaran. setakat yang aku nampak lah kan.. aktiviti pemuda parti ni cuma yang komersial. seperti perlawan sepak takraw, atau futsal. untuk memenangi hati belia. kononnya. itu pun bagus juga. tapi tak kan itu saja. lagipun berapa kali setahun pemuda projek ni menganjurkan perlawanan sukan ni?? biasanya bila menganjur ni masa pemilihan atau masa pilihanraya. nampak sangat nak pancing undi. bukan berkhidmat dan rasa tanggungjawab dengan jawatan yang disandang.

kalau aku perhati apa yang berlaku dalam masyarakatku, aku selalu memerhati bahagian pendidikan. biasanya ketua pemuda parti nasional akan diberikan jawatan ment. pelajaran. sebab tu lah aku rasakan bahawa anak anak buah ketua pemuda ni sepatutnya memberi sumbangan di bidang itu. (jangan lurus bendul pulak.. kata aku suruh pemuda projek berhenti jadi kontraktor lepas tu apply jadi cikgu).

pemuda projek boleh membantu dalam bidang pelajaran murid-murid dengan memberi bantuan dari segi bahan. contohnya, alat tulis, buku rujukkan, kamus, pakaian sekolah. atau sumbangan kepada pusat sumber sekolah, atau bantuan seperti alat bantu mengajar. kiranya aku cadangkan pemuda projek ni menderma kepada sekolah lah. (kan mereka dah dapat untung jota-jota duit rakyat dari hasil scavanging projek-untuk-rakyat-tapi-yang-untung-pemuda projek).

aku tak rasa pemuda projek ni pernah turun ke sekolah-sekolah rendah di kawasan ulu dan pedalaman untuk tengok sendiri masalah kekurangan yang dihadapi oleh murid-murid itu. apa salahnya pemuda projek yang dah jadi macam young napoleon atau young turks ni beri sedikit sumbangan kepada anak-anak sekolah.

pendapat aku ni boleh lah dikecilkan skopnya kepada masyarakat aku. bukan lah aku nak kata ini lah sikap pemuda parti seluruh malaysia. tapi aku berani cakap ini lah sikap pemuda parti di kawasan aku. pemuda projek.

kenapa aku fokus kutukan kepada pemuda. bukan wanita, puteri atau senior???.

pertama yang senior (sayap utama) tu aku rasa dah tak boleh nak ditegur, dah keras, bak buluh dah keras kalau dilentur pecah, tangan yang melentur pula boleh luka berdarah. biarlah orang lain korbankan tangan untuk melentur buluh yang keras ini. kerana aku tahu tangan aku ni tak cukup kuat untuk melenturnya.

wanita dan puteri aku rasa sebab yang sama. berapa ramai dari sayap puteri dan wanita yang projek monger macam pemuda??. mungkin ada, tapi tak lah seramai pemuda. lagi pun peluang untuk seorang dari sayap pemuda untuk jadi KETUA PARTI lebih tinggi dari ahli dari sayap wanita dan puteri.jelas lah pemuda ni boleh dikatakan leader of the future (kalau umur panjang dan tak kena cantas).

apa akan jadi kalau leader of the future ini tak groomed as the true leader but merely project monger?? project monger= moron for now and forever.

kepada pemuda projek... korang memang pandai tapi tak guna.

say no to pemuda projek.

p/s: the blogger is a registered voter in Kimanis. she casted her vote for the first time in GE12, March 2009, and feel relief she is not member of umno.

Wednesday, March 25, 2009

berehat sebentar bersama youtube

cuma dapat membayangkan diriku ditepi desa yang nyaman

baru tadi habis membentang kertas cadangan terlajak. kenapa terlajak? sebab kajian dah berjalan pun. cuma bentang sebab mesti bentang. maka dapatlah beberapa ulasan dan juga soalan. Alhamdullilah ada yang berjaya dijawab dengan ilmiah ada yang dijawab dengan hentam keromo.. asal jawab walaupun berbunyi kurang bijak.

sebelum kami bentang, ada satu calon Ph.D. yang bentang. perghh... abang phd ni memang bersiap sedia dengan mantap, slaid ppt beliau pun padat dan bermaklumat penuh. nak dijadikan cerita sebenarnya beliau sudah berada paling kurang 3 tahun dalam bidang yang beliau nak kaji ni. siap terbitkan journal nah... setakat soalan2 biasa tu berdehem2 saja dia jawab.

cuma aku nak komen, (komen yang baik tau). bahasa Melayu beliau sangat lah baik. sampaikan aku tertanya-tanya maksud beberapa kosa kata yang beliau gunakan. nampak sangat beliau ini produk ukm, masa dia bentang tadi aku teringat waktu aku kuliah dulu-dulu.

walaupun dalam arus pertelingkahan bahasa apakah yang sewajarnya digunakan untuk mengajar matematik dan sains, masih ada juga produk ukm yang meneruskan usaha penghasilan thesis phd dalam Bahasa Melayu. aku rasa ramai yang tahu ni kisah sejarah penubuhan ukm kan..

sebenarnya tadi paling kurang ada 4 produk ukm di dalam bilik seminar tu tadi, termasuk aku. universiti lain pun ok juga sebenarnya. aku cakap pasal ukm ni sebab dulu aku belajar di sana. mungkin ramai yang sangka produk ukm ni hanya terhad penguasaan bahasanya kepada bahasa melayu.. tak kisah lah.. mungkin betul, mungkin kurang betul sangkaan ini.

jangan risau, kalau kau nak tingkatkan bahasa inggeris kau campak lah ke ukm kah, harvard kah, bhutan kah.. tak kisah, boleh saja kalau nak. memanglah kalau kau tercampak ke harvard tu lebih lah kot peningkatannya, dah tinggal di amerika abis tu kena lah cakap bahasa amerika kan... (kalau dapat ke bhutan pun, dapat juga belajar bahasa bhutan).

sebenarnya tadi ada banyak majlis berlangsung pada satu masa. sebelah menyebelah bilik tu dihurung manusia. kami buat pembentangan, sebelah kanan buat mesuarat, sebelah kiri buat kursus. maka agak kurang lah yang menonton persembahan kami tadi. sebab masing-masing ada hal yang penting.

apapun syukurlah sudah selesai satu perkara. sekarang kita tumpukan dan gembelengkan tenaga untuk melaksanakan langkah-langkah seterusnya. supaya kerja kita siap pada masa yang sepatutnya. finish on time kata orang inggeris.

Tuesday, March 24, 2009

contradic


sepatutnya macam ni...


bukan macam ni...
gambar dari sini

Bila berita baik ditarik balik


Dequalinium chloride + Paracetamol
aku malas,
ingin senang senang-an

berita baik ditarik balik,
usah kaget
esok ada pembentangan

gambar milikan orang lain dari google

102 sains sekitaran

ke arah usaha untuk memelihara bumi agar tidak terus diancam oleh pencemaran yang diakibatkan oleh warganya sendiri, saya ingin kongsikan bersama beberapa pendapat berkenaan dengan isu ini. mungkin anda semua pernah mendengar yang seumpamanya. rasanya tak salah untuk kita ingatkan diri kita semula.

tong kitar semula. semua tahu tidak lama dahulu ada kempen berkenaan tong kitar semula kan. tong ini memudahkan kita untuk mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Tin aluminium dan plastik- tong jingga
Kertas- tong biru
Kaca- tong coklat

entah kenapa saya rasakan usaha kitar semula di Malaysia ini masih dibawah tahap standard. kawan yang mengambil major dalam sains sekitaran pernah berkongsi maklumat bahawa, walaupun bahan-bahan kitar semula tersebut diasingkan mengikut tong, tetapi, kesemua tong dilonggok ke dalam lori yang sama. pendek kata, jika ini benar berlaku, sia-sia lah usaha pengasingan bahan-bahan tersebut.

usaha kitar semula ini juga tidak berterusan. bagai pahat dan penukul. seperti kita semua harus diingatkan setiap kali.

selain dari kitar semula kita juga boleh mengamalkan guna semula dan mengurangkan penggunaan sumber dan pembuangan bahan cemar dalam usaha memelihara bumi.

sebab itu saya tekankan berkenaan dengan pengurangan plastik dalam kehidupan seharian kita. kerana plastik ini ialah bahan yang boleh mencemar bumi. pengurangan sumber boleh dilakukan seperti penjimatan air dan tenaga.

saya tidak mahu menyentuh berkenaan dengan pemanasan global, kerana baru-baru ini saya terpengaruh dengan idea lain yang agak bertentangan dengan aliran yang menyokong pemanasan global. (sila tengok filem The Day after Tomorrow untuk gambaran idea ini).

walaupun usaha kita diperingkat domestik mungkin agak kecil skalanya. tapi jika semua orang berusaha untuk memelihara bumi ini, Insya Allah, pencemaran dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.

pembuat polisi dan kumpulan industri juga hendaklah lebih peka dalam usaha mengurangkan pencemaran. kerana pihak industri lah yang penyumbang utama bahan cemar kepada bumi dan mereka ini sepatutnya tertakluk dalam bidang kuasa pembuat polisi.

ke arah Bumi yang lebih baik.

cheers!

Monday, March 23, 2009

5 sen

screamyx buat hal lagi lah... emm.. aku dah memang malas nak merungut. tapi termerungut juga. nak relax2 sebab berita baik sudah sampai. iaitu presentation tak jadi diadakan pada lusa, kerana pertindihan jadual. terima kasih kepada sikap malas ku yang akhirnya membuahkan hasil. iaitu penangguhan.

sebenarnya penangguhan ni bukan lah secara total nya adalah baik. cuma dari segi delaying sahaja. sooner or later pun tetap kena present juga. apapun aku terima berita ini sebagai berita baik.
..........................................................................................................................................................................
oh ya... lagu dan sebenarnya dendangan yuna itu sedap didengar, walaupun ada beberapa komen dalam youtube katakan ia sama dengan lagu siapa ntah. apa pun masa Aishah Af7 nyanyikan dikonsert pertama, aku sudah tertarik. ya aku suka suara aishah. tapi tak undi.

..........................................................................................................................................................................

kadang-kadang kita tak sedar bagaimana masa mampu mengubah seseorang. dan perubahan itu boleh jadi sangat-sangat mengejutkan atau mengejut sikit2 lah kan. ya.. ramai kawan yang dulu nampak hell dont care about future, sekarang sudah ada berkahwin dan punya tanggungjawab terhadap keluarga sendiri. ada juga kawan yang dulu nerd nak mampos, sekarang sudah menjadi party animal. ada kenalan yang hampir2 keluar dari gerobok orientasi sebenar mereka. ada juga kenalan yang sudah embrace Islam (Alhamdullilah).

yeah, perkara seperti berkahwin, pengakuan orientasi dan menukar agama adalah satu giant leap dalam kehidupan. dan kadang-kadang apa yang mereka lakukan ini buat aku rasa plain.
aku syukur aku ini plain. biasa-biasa saja. syukur Alhamdullilah.

aku tak kisah sangat. asalkan aku bersama yang disayangi hidup dengan baik. sebab tak selesa untuk memikirkan penyelesaian segala macam permasalahan.

my SIL said, masalah orang di Afrika (kebuluran, perang saudara) is endless. kita tak dapat selesaikan 100% cuma mungkin dapat meringankan. ada bantuan world food program, ada bantuan palang merah, ada bantuan tentera pengaman, tapi aku tak nampak masalah di afrika akan selesai dalam tempoh yang sekejap. kita terima lah masalah itu seadanya ku rasa.

oh ya, bila nak makan fast food ahad lepas, aku bangkitkan seketika rangkaian fast food itu adalah milikan yahudi. my partner in crime said, biarlah... masalah orang palestin tu sebenarnya ada punca dari mereka juga.

aku tak nafikan orang palestin diperlakukan kejam dibumi sendiri. mereka sudah tahu mereka ditindas tapi mereka masih berpecah. Hamas dengan Hamasnya, Fatah dengan Fatahnya. apa sudah jadi?. dan entah berapa lagi kumpulan2 kecil yang lebih radikal seperti hizbollah. bila umat palestin berpecah. maka musuh mereka akan bersorak gembira.

ya. ramai yang mungkin terlepas pandang masalah Hamas dan Fatah ini. teras perpaduan orang palestin ini tidak kukuh. orang Arab apatah lagi. dan ini adalah contoh pengajaran kepada orang Islam di Malaysia, berkaitan dengan keburukkan persengketaan sesama saudara.

apapun tiada yang dapat justify kekejaman yang diterima oleh penduduk palestin.

p/s: Time will heal all wound.

hujung minggu- the review

malas nya... biasalah isnin kan.

ok ini review hujung minggu:

manchester united kalah lagi. kan... kali ini di caravan cottege(??) tak kisah lah. (katanya). sememangnya MU bukan ada rekod yang cemerlang menentang fulham. kepada penyokong MU yang bukan manchesterian ehem... cool ok. manchester united milik peminat inggeris. sedar diri.

melodi tiada topik hangat memikat. cuma sekadar highlight faizal tahir potong rambut. walaupun macam tak best. tapi aku suka rambut faizal tahir tu. haha melodi beware... if video kills the radio star, then gossip blogs kill the mainstream media (at least in Malaysia). ya lah.. website gossip ni kadang2 lebih berkesan dalam menyebar gossip. memang lah impak tersiar di melodi masih lebih kuat... tapi tahu2 lah kan... gossip melodi hari ahad sudah diketahui oleh orang ramai dipejabat masing-masing pada hari isnin. so kurang lah panasnya

AF7. konsert pertama jauh lebih baik. ehem.. malas nak komen lebih2 sebab aku tak tau vokal teknik bagai dan blogger lain pun sudah ada yang review pasal teknikal ni. as much we hate it, we cant deny AF still pilihan malam minggu for the next 3 months(??), at least for me and my family. yang aku suka lagu jat da da da. (lagu ini juga disiarkan bersama video klipnya di akhir melodi). kenapa aku jarang dengar lagu jat da da da ni di radio. yeah the lyric sound lame. tapi catchy.. (ikut telinga aku lah). still aku suka aishah. she is not the another aishah (dilambung angan-angan song). but she is Aishah. peserta af 7.

ok hafiz is good. i think the best male student (if not student), cool, deliver masa konsert, just nice lah. and pliz... no aril. tak kisah lah apa... this boy is prone to berlagak tak pasal kind of kid. plus i dont fond his far eastern good look. claudia, dan rubisa pun ok.. (mestilah aku kan orang sabah).

oh ya my former schoolmate, azizi got hitched last weekend. so selamat pengantin baru. seriously, aku suka tak ada jemputan ke majlis perkahwinan. i hate wedding and it is not a secret.

p/s: memang biasanya tiada jemputan ke majlis perkahwinan untuk aku. terima kasih kawan-kawan kerana memahami.

Sunday, March 22, 2009

Thomas & Friends Pirated Versions

Satu mata lebam mungkin kes kena dera kat rumah ataupun nakal masa di sekolah...
Satu ni juling sikit... mungkin pasal tengok tv terlampau dekat

Sungai Padas, Beaufort, Sabah



KFC Moments





Saturday, March 21, 2009

i listen to...

always be my baby- david cook's version >> feeling yang hamat...
dead and gone- T.I feat J.T>>mula soka yang hamat.. lepas tu suam suam sahaja.
mad- ne yo >> soka yang hamat.. tapi video biasa biasa saja.
miss independent- ne yo
just like me- jamie foxx feat T.I (macam lagu touch my body jak..)
halo- beyonce>> ada part dalam videonya aku suka sangat.
ego- beyonce (betulkah tajuk?)
taylor swift's- ntah apa tajuk.. yang ada sebut pasal prince lah.. apa ntah (macam budak 16 tahun pula aku rasanya...).
R&B stuff...

and of khoz
.
.
.
.
coldplay.

ntah apa2 kejap dengar rock band, kejap rap, kejap R&B. tiada format lansung.. hehe

cerita kampung kampung

aku cuba tak nak blog pasal ni tapi tipu lah kalau aku tiada rasa negatif kan. jadi jalan mudah untuk nursing my heart ialah curahkan disini.

emm.. mungkin sesetengah orang perasan dan berangan. pijak lah bumi yang nyata. i feel disgusting with people who are very loud and proud about their sins. yes sin. i am not angelic good, your sins, thats between you and God. tapi tak kan lah sampai dosa pun kau boleh buat modal berlagak atau perasan. come on... is this some kind new trend. who commit more or bigger sins is the winner?. is people start to elbow each other to book first class ticket to hell?. and proud of it.

confess about your sins is one thing. proud of committing it is another. yes you are not hypocrite (by confess your sin). but feel proud of it??? doesnt make sense. at least not to me. but who am i to tell people what to feel. i aint no communist. fikir sendiri lah..

banyak lagi benda kau boleh buat modal nak berlagak, kasut, baju, duit, tu nak kelentong kelentong lah,. i think biasa. boleh terima lah setakat perasan pasal barangan bag or baju or kasut. tapi nak jadi luar biasa sangat, tertonjol sangat. then berlagak pasal dosa. adoi... metro sangat lah tu konon. sangat liberal. tidak orthodox. wait... for whom lah semua ni? self satisfaction?

ok.. nak juga berlagak dengan endless list of your liberalism or freestyle of thinking?? dah pergi jauh2. bila rasa nak pause kejap pasal berlagak yang ntah apa2 tu. then baru datang dekat. kalau nak mula balik. pergi jauh. paham kan?

and about sex story atau cerita with your partner and so.... keep it to yourself. i dont need to know damn detail about personal relationship. i like gossip. well who doesnt?? tapi aku tak ingin pun nak tahu cerita where and what to pegang. how its feel like. i dont need that kind of detail. it is not for me. internet has countless byte of such stuff. so tak payah nak tambah rencah. just in case i want to know about your personal romance or your opinion regarding that matter, i promise i'll ask you. save your breath from sharing something i dont even want.

ada beza tau antara matured dengan matured wannabe. cool lah.. apa barang... you think by telling and showing others your dalam selimut cerita (or suppose to be dalam selimut) will make you a matured person? or will prevent you labeled as orang kampung? by showing more skin then you are less kampung?? huhu.. less civilized lagi ada.

i am quite happy i come from kampung. if some people label me as 'kampung-kampung'. they are right. i am 'kampung-kampung'.

i am not preaching or bersyarah(yang part dosa-dosa tu). tapi ni apa yang aku rasa lah kan. in personal capacity. biasalah juga kita ada ill feeling toward somebody. as i said, i am not angelic good.

p/s: dah tau tinggal malaysia buat cara tinggal malaysia. ini tak... pasport pun tiada... berlagak macam pernah tinggal di london 14 tahun or born and breed di manhattan.

p/s 2: jahat mana sekali pun jangan lah halang orang nak buat baik.

Friday, March 20, 2009

101 sains sekitaran

post entry sudah lebih 400, bila lah duit nuffnang ni mau beranak pinak... emm...

ok, kali ni nak cerita pasal alam sekitar. mesti anda sudah dengar di media tentang dark hour. bila ada 1 jam tu kita tutup segala lampu, sebagai tanda kita nak menjimat tenaga. satu usaha yang baik. you do the maths lah kan...

ok itu usaha gergasi pihak prihatin bertahap gergasi. maka kempennya pun seluruh planet gitu kan. mari saya kongsikan usaha apa yang boleh kita buat untuk memelihara planet kita ini.

mula-mula plastik. ya banyak kan plastik di rumah kita, botol shampoo dari plastik, botol minuman, plastik giant, plastik masa beli ikan, plastik itu plastik ini. pendek kata hidup kita sama ada kita sedar atau tidak, berkait rapat dengan plastik.

plastik ini pencemar alam. susah dinyah oleh bumi. maksudnya kalau kita buang pampers ke dalam tong sampah. pampers itu akan kekal dibumi ini untuk satu tempoh yang lama. begitu juga dengan plastik-plastik lain.

untuk tidak mengguna plastik 100% adalah mustahil. cadangan saya ialah KURANGkan penggunaan plastik. contohnya, jika anda pergi membeli belah di pasaraya, bawa lah bag plastik sendiri. contohnya pasaraya giant kan ada jual bag untuk shopping tu (sah sah aku duta tak rasmi giant). beli tu cuma berharga kurang 3 ringgit, dan boleh pakai ulang. setiap kali anda shopping bawa siap2. bila nak letak barang, tak perlu lagi plastik, cuma letak saja dalam beg itu.

mungkin lah mustahil untuk setiap kali ke pasaraya kita kena bawa bag shopping tu (in case terlupa macam aku tadi). tapi contoh lah dalam 4 kali shopping 2 kali kita bawa bag shopping tu. ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan penggunaan plastik. tak pun bawa lah plastik sendiri. reuse gitu.

kedua, kurangkan pembelian air minuman dalam botol. bukan jangan ya (nanti habis bankrap syarikat jual air, ramai pula yang hilang pekerjaan), kurangkan. baru baru ini saya baca majalah, ada tulis bahawa kualiti air minuman dalam botol tak jauh beza dengan air paip kita. cadangan saya, beli satu botol stainless steel atau botol tumbler yang biasa pun boleh. masak air sendiri di rumah (kerana kualitinya sama dengan air botol), so you may tote you own drink in your reuseable bottle. lepas pakai boleh cuci, dan guna semula. ini dapat mengurangkan penggunaan plastik.

lagipun sudah beberpa kali saya baca tentang botol air mineral yang diguna berulang2 tu mengandungi bakteria. so kurangkan penggunaan botol plastik mineral water tu ok. cadangan yang lain tapi kurang praktikal ialah simpan air anda dalam botol kaca. macam zaman dulu ingat tak sirap sun valley tu dijual dalam botol kaca, dan kita boleh guna semula botol kaca tu (yang lahir in 90's sila tanya ibu anda). cuma kekurangannya kaca pecah lah kan kalau mishandle. kaca lebih mesra alam berbanding plastik.

ok next, masa kita cuci muka, shave, atau berus gigi, jangan lah biarkan paip tu terbuka, biar saja air tu mengalir. tutup paip air semasa tak guna air. tak biasa? cuba biasakan. ini dapat menjimat air. air sumber kehidupan bukan? air dibumi ni yang boleh digunakan untuk minuman sangat kecil peratusnya. banyak dilaut (air masin) dan locked di dalam ais.

pengguaan elektrik, tak perlu tunggu semasa dark hour, kiranya kita sendiri boleh buat dark hour kita. tutup lampu bila tak digunakan/diperlukan. contoh yang paling biasa ialah lampu tandas atau lampu bilik air yang selalu dibiarkan terpasang.

pembungkus makanan/tapau warna putih tu. ini susah sikit, sebab untuk saya sendiri sukar mengamalkan sebab kedai makan yang saya selalu makan tu tak sediakan tapau yang boleh diguna semula. saya cuba bawa kontena sendiri nanti (soon lah hopefully). ok ini nak puji sikit usaha pihak ums untuk mengurangkan pengguaan tapau putih yang tak mesra alam tu. di ums tapau makanan di kafe adalah bekas yang boleh diguna semula. dia charge lah kalau kau guna tapau dia, tapi boleh bawa sendiri kontena (yang about the same saiz) untuk bungkus makanan.

tak banyak kedai makan yang mengamalkan sistem begini. harap-harap cara begini akan digunapakai secara meluas. tapau putih tu sangat mencemar alam, itu belum kira lagi akan mencemar makanan anda dengan bahan kimia (erkk... makanan aku pun sama).

jimat kan kertas. untuk pelajar mesti banyak guna kertas. jadi cuba sedaya upaya untuk re-use kertas2 anda. ya kalau nak dapatkan maklumat tentang barangan seperti handphone atau gadget, tak perlu lah ambil risalah atau broshure barangan itu, anda boleh periksa melalui internet. maka tak perlu lah kertas2 broshure tersebut. be creative macam mana anda boleh menjimatkan penggunaan kertas.

seorang coursemate saya dulu di ukm (yang agak kedekut) pernah menulis nota nya diatas kertas kalender lama yang tak berguna lagi. beliau bukan saja dapat menjimat kertas malahan menjenamakan semula istilah bakhil (sempat aku kutuk orang youuu....). maksudnya sikap terlalu berjimat cermat beliau tu ada kebaikkan (menjimat kertas) dan ada lah keburukkan (ko salin nota atas kalander beb, kalau aku tak lalu nak baca dah). apa pun pointer cgpa akhir si kedekut ni adalah mencecah 3.7. dan antara ahli tetap penerima anugerah dekan.

dengan menjimat kertas kita juga dapat mengurangkan penebangan pokok. bila pokok kurang ditebang, habitat pun kurang musnah. dan ini berita yang paling ditunggu-tunggu oleh badak sumbu borneo (dan organisma lain yang terancam, gajah, Bos sp.).. yang kemandiriannya bagai telur dihujung tanduk.

eh.. jangan pula korang bagi alasan tak salin nota atau tak submit assignment sebab nak kurangkan penebangan pokok. i did mention about be creative kan dalam pengurangan kertas, mesti semua boleh fikir kan.

oh ya saya berharap kerajaan dan kita semua bersungguh sungguh dalam menaik taraf dan memperbaiki sistem pengangkutan awam. saya harap sangat yang ini, as i am not a good driver. penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan perlepasan karbon. so to aweks2 jangan pandang sebelah mata mat mat bas ni ya. mungkin mat bas tak secool mat rempit, tapi mereka ada menyumbang usaha dalam memelihara planet kita.

you do your part and i do mine. sedikit sebanyak kita dapat memelihara planet kita. ya, kiamat tu pasti tiba, abis tu tak kan lah.. kita nak biar melepak macam tu saja... biar saja bumi ni tercemar kan?

cheers!

ada orang tanya, saya bagi jawapan

a person asked me about comparison between my 2 alma maters, ukm and ums. i hate such question, because i am grateful i have enroll in 2 varsities. to cut thing short i usually give the cliche standard answer, both have pros and cons.

but from what i see... umsian is a waayyyyy better party people than ukmian. yes, ukm is closer to the KL, but in term of having fun or partying, umsian is much better, at least relatively. i think this happy-party-people trait is heavily related to the fact that ums is in KK. people in kk is happy kind of people.

for example, in ukm, venue for annual dinner/senior night will always be the sacred DECTAR. all residential college will use the same ol' hall. but here in ums, annual dinner usually take place in hotel ballroom around KK. and there is not so much trouble to ask favour (e.g. bus, sponsor) from admin to organize a dinner. (compare to ukm lah...)

in Bangi lepak in mamak is a routine. especially during study week (no class and you have plenty of time for yourself). but here in kk, there is not so many mamak, and not so many people lepak at mamak. so it is simply a lame place to lepak. and Bangi has so many pasar malam... here in KK not so. yes i like teh tarik at mamak and nasi kerabu from pasar malam.

i love kk more than i love bangi. hands down. i always like ukm, but i never really fit into the town. (no offense to Bangi people...because tauhu bakar in Bangi is the best. hahaha)

Thursday, March 19, 2009

visitor

yes i kinda ignore mr.B since yesterday. the reason is my friend is in the town for visit. so i offered her my place, to crash. i think the last time we met was about almost 2 years ago, during her graduation. i am not a good driver. so our jalan-jalan is limited to my suburb area.

went to 1b, and of course makan2. and compulsory sin, mengumpat. gossip here and there. catch up our what and about, digging out the past and oh lelaki's story.

now she is going out with her bf. i dont tag along. anyway, her bf kindly paid for my dinner. thank you mister.

emm.. i actually can enjoy human as company.

Tuesday, March 17, 2009

ada apa dengan nama.

aku sedang konon-konon nya belajar lah ni. biologi populasi. pergh... who care damsflies only has 1 day life span. orang ambil ekologi entomologi lah tu yang peduli...

aku slow mo.. bila masuk bab ekologi sebab ada matematik. perghh boleh bikin begaduh ini. bukan lah sesusah kalkulus. tapi susah juga.

jadual hidup statik pergh... apa barang lah ni. setakat ini ada contoh sejenis rumput, lepas tu sejenis serangga, lepas tu sejenis rusa.. tapi rusa punya lain sikit. malas mo cerita.

meh aku cerita panjang2. aku cuma layak ambil biologi. biologi ya tuan tuan dan puan puan. bukan perubatan M. D. atau MBBS. bezanya, orang MD atau MBBS study pasal spesies manusia atau Homo sapien. yang susah amat. kerana jika si MD ini silap, Homo sapien ialah sejenis spesies yang boleh menyaman spesiesnya sendiri di mahkamah atas kesilapan amalan professional, professional malpractice.

spesies yang dipelajari oleh ahli biologi atau BIOL. ialah segala jenis spesies selain dari spesies Homo sapien. tak susah secara relatif. tapi kadang-kadang kau jadi bahan ketawa diri sendiri. itu belum masuk kau jadi bahan ketawa orang lain.

aku sudah jelik (ini kosa kata lazim di Tawau), dengan pertanyaan 'kerja apa?'. apa kah kerja yang boleh dilakukan oleh ahli biologi. jawapannya senang... nak jadi angkasawan pun boleh. nak jadi ostad pun boleh. hatta nak jadi jkk kampung pun boleh.

dan yang paling mengecewakan sekali ada yang sangka BIOL ini sebagai dokter. halu... berapa kali aku mau jelaskan... aku bukan dokter manusia MD. apa kau mau aku belah dadamu untuk membuktikan aku bukan dokter manusia?


kenapa di malaysia gelaran DR. atau doktor tidak dihadkan kepada pemegang lesen perubatan dan dentist sahaja??. agak janggal ada orang pangkalnya berDR. tapi hakikatnya lesenya ialah veteriner. bukan kah ini sesuatu yang misleading? sama juga dengan yang PhD. apa kata gantikan gelaran DR. itu kepada "nama, PhD." contoh: Jimmy Supardi, PhD. instead of Dr. Jimmy Supardi.

untuk veteriner pula gantikan dengan, "Vet. nama" contoh: Vet. Salvatore Iskandar, instead of Dr. Salvatore Iskandar.

ini tak, longgok semua, yang vet pun dr. yang dentist pun dr. yang phd pun dr. then people easily confused. nanti orang kata, abis tu macam mana nak panggil kata ganti nama untuk Jimmy Supardi PhD. cadangan aku ialah, kekalkan panggilan encik supardi, atau encik jimmy supardi. nantu orang kata kan dia ada pangkat phd... jawapan aku: ular menyusur akar tak kan hilang bisanya. kalau kau ada PhD. orang panggil kau pak cik/mak cik skalipun, PhD. kau tu tak terhakis. (abis lah... marah semua yang ada phd dengan aku).

just hit the banner. the cash will roll...

rampah rampah pisang

aduh malas sungguh hari selasa ni. aku selesa tinggal dirumah sambil ketuk kibod untuk kemas kini blog.

baru tadi ada panggilan telefon tanyakan pasal lab equipment yang sudah rosak. emm... beli yang lain saja lah oii... dah benda tu rosak.

malaysia ni memang mampu nak membeli kemudahan. cuma malas nak selenggara. tak gitu. same ol' same ol' kata david beckham. ini lah cara malaysia.

serius beb aku nak pergi pulau... cuci2 kaki. atau berperasaan jadi selebriti hollywood yang bercuti di tropika.

p/s: bukan selama ni aku memang tinggal di Pulau Borneo kah? pergi pulau apa nya lagi.... hahaha

Orenje


Sini bukan Belanda
Kencing ada kannabis
ditangkap polis


gambar dari sini


Monday, March 16, 2009

sunburstKL09- the charotzz

eh korang mesti dah dengar iklan2 sunburst KL ni kan... festival muzik katanya. ramai artis amerika yang dijemput hadir membuat persembahan. artis regional dan tempatan pun ada.

macam tahun lepas yang aku ingat ada john legend, dan kanye west. lain2 tu artis indonesia lah dan juga artis malaysia seperti band hujan (aku prefer meet uncle husin), dan lain2 tak ingat...

ok tahun ni yang digembar gembur akan datang, ialah erykah badu, NERD (pharell williams), korn, nidji. local pula bunkface, (itu saja yang aku tahu). ok tak kisah lah kan siapa nak nyanyi.

aku baru saja melompat blog. jadi aku jumpa blog yang cerita pasal konsert ni, siap tunjuk layout arena konsert tersebut. ada 2 pentas, satu nama pentas matahari, satu lagi pentas langit. ok lah yang tak best sangat-sangat ni ada beer garden katanya. t

yang konsert tu memang dah sah sah lah kan tak elok. ya aku tahu nanti adalah yang liberal kutuk aku ni konservatif lah, pas lah, so on... kononnya mereka cuma mahu merayakan dan menikmati muzik yang bagus. cut the crap lah.. korang nak dengar muzik dan berparti kan??

ok lah konsert tu walaupun kira tak elok juga. aku yang tak berapa alim ni boleh lah kata ok. tapi part beer garden tu. apa halnya. nak buat konsert buat saja konsert. beer garden tu kenapa?

kenapa pihak berkuasa approve permit yang include beer garden tu sekali? beer garden tu tak perlu. aku tak tahu lah beer garden tu free flow of beer atau guna kupon atau beli cash macam di bar. tak kisah lah method yang dipakai untuk menghidang beer kepada peminum. beer garden tak sepatutnya berada dikawasan (turf) yang sama dengan konsert tersebut.

apa kau ingat ini munchen, deutschland??? kalau mereka ada oktoberfest korang nak buat a la mereka juga lah... cuma bulan saja lain. ya oktoberfest lebih lebih lah beernya ya tak... tapi still aku rasa beer garden di kawasan konsert itu sesuatu tidak boleh.

ok mungkin akan ada kata, ala without beer garden pun penganjur tak boleh nak sekat pengunjung boleh bawa beer sendiri. atau ala tanpa konset pun ramai juga yang minum beer. whateva lah kan... mereka punya hujah.

tapi kalau beer garden tu ada bukan kah konsumasi beer tu bertambah. kalau ditiadakan pula konsumasi beer tu berkurang. ya aku tahu yang untung dan rugi disini ialah brewer.

ditambah dengan adrenalin melonjak2 gembira tengok konsert, endofrin, peluh, hormon segala. kau kasi tambah lagi beer. nah itu cocktail for disaster. kamu pun lebih tahu pasal ni kan...

tak payah lah nak bertekak panjang2. yang penting i make my point clear. beer garden itu tak boleh ada dikawasan konsert sunburst 2009. kerana lebih banyak mendatangkan keburukkan.

p/s: beer memang banyak keburukkan pun.

Melanthak

melanthak. 2 sets hotdog+bun+tartar sauce+chili. 3 sausages+tartar sauce+chili. ha.. tu dia macam tanpa belas kasihan aku makan hotdogs tadi tu. nasib baik versi rebus. kalau goreng lagi bertambah tambah lemak aku.

kenapa sos tartar? sebab aku nak taste lah. belum pernah lagi (seingat aku lah). tadi ada mayo biasa dan sos ala barat.. (lebih kurang lah... ) tapi oleh kerana aku plan malam nak makan hotdog, aku pun pilih sos tartar. sos tartar mengandungi pickles timun. yang sangat get along dengan hotdog.

kalau pickles mentah2/bodo-bodo memang aku tak suka makan. tapi dengan hotdog yang ada pickles memang aku suka sangat sangat. sebab tu kalau aku order hotdog mahal/mewah (mahal apa nya... yang jual tepi panggung gsc tu). mesti lah chicago beef. tak mainlah aku nak makan ayam new york.

ok itu yang aku suka. yang aku tak suka. hotdog dengan sos lada hitam. burger sos lada hitam pun aku tak berapa suka. terlalu orient rasanya untuk makanan amerikaaaz seperti burger dan sausage (bukan 2 benda ni made in german kah?? HAMBURGer dan FRANKFURTer). bak kata chef wan... black pepper flavour the world... (lebih kurang lah ya..). black pepper sedap dengan grilled succulent lamb. absoult meat. bukan dengan daging palsu seperti patty burger dengan sosej itu. black pepper ni kira spices royalty atau royal of spices. so kinda hormat sikit lah tekak aku dengan black pepper ni (ntah apa apa..)

mungkin itu sebabnya aku tak suka makan prosperity burger. plus dalam iklan besar gedabak dong dong chan... sekali beli pergh... pegang guna 2 jari pun boleh.

dan nak wartakan juga disini. i made my own dinner tonight. boleh lah kan... (walaupun bukan aku yang bela ayam, lepas tu sembelih, lepas tu kisar daging, roll, jadi kan hotdog). siapa kata dinner sorang2 tak best?, lagipun social dinner party.. buat anda tidak kenyang (padahal.... selalu teringin nak pergi).

err... aku n partner in crime selalu main2 perkataan glutton atau gluttony. kalau ikutkan ini tersenarai dalam 7 deadly sins (ajaran kristian kot...). ikutkan terjemahannya 'lahap'. atau bahasa tabloidnya Burok Lanthak. bersama lah kita hindarkan tabiat glutton ini (hahaha...).

Sunday, March 15, 2009

Ahad

aku kalau boleh dan seboleh-bolehnya nak kurangkan mencarut. terutama dihujung minggu ni. tapi nak buat macamana mencarut ialah terapi termurah dan tercepat untuk mengurangkan ketidakpuashatian atau kemarahan. walaupun masalah sebenar tak akan selesai dengan mencarut.

carut #1
semalam kan ramai peminat bolasepak inggeris di malaysia menonton siaran langsung perlawanan man u lwn. liverpool. maka yang peminat man u mencarotzz lah kerana kalah, akan pertahankan mereka lost the battle but will win the war... like watever lah kan... yang liverpool/man u hater.. aku rasa mereka kini masih meraikan hari raya di bulan rabiulawwal gitu... kononnya man u is not that good after all.

sebagai bekas peminat man u aku ambil tahu juga lah pasal futbol ni. tapi macam boo layan saja kecewa mewa ni sebab kalah 1 game. hal ini kerana waddahell aku nak minat sokong berlebih-lebih kelab dari kota manchester tu, aku bukan manchesterian pun. tak pernah pun tinggal di manchester. same thing goes to liverpool fan... korang pernah tinggal di liverpool??? atau chelsea... pernah orang london acknowledge korang sebagai peminat tegar?? yang claim diri sendiri so call die hard fan ialah diri korang sendiri. the real fan, yang tinggal di kota london yang bergolok gadai nak dapat season ticket tengok bola tu belum tentu mengaku korang peminat macam mereka.

bagi aku peminat bola sepak inggeris di malaysia ni ialah devotee without temple. sebab ada orang (penulis sukan inggeris) kata football ni new religion. so ke mana peminat ni nak tunjukkan kesetiaan mereka?? kedai mamak dengan tv lcd 60 inci berhampiran?? atau tampal sticker banyak-banyak di kereta perodua masing2??

peminat bola sepak tempatan terpaksa melampiaskan keinginan mereka menjadi penyokong pasukan yang menang dengan menjadi peminat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kelab bolasepak luar (terutamanya inggeris). kan??? iya lah nak sokong bolasepak tempatan??? asyik kecewa manjang kan? last time pun menang piala merdeka...

bola sepak tempatan ni terlampau tangle dengan politik. so KJ nak juga jadi orang besar fam. dia juga jadi mp, dia juga jadi anak menantu, dia juga jadi penerbit eksekutif. nampak tak betapa orang malaysia mementingkan kepelbagaian bakat? akhirnya versetttyyyle lebih... hasil tak ada.

pemain bola malaysia??? mereka ni layak jadi model iklan gel rambut saja. masing-masing perasan kalau dapat kontrak nike tu konon-konon setaraf cristiano ronaldo. tapi tak sedar diri... kau tu pemain bola... orang tetap akan nilai prestasi berapa banyak piala menang main bola yang kau kutip... bukan rambut kau cacak ke tidak.. (yang rambut bergel ni biasanya cuma untuk female fan sahaja).

kesudahannya, kita semua ni perasan sahaja. perasan pasukan manchester united kita menang piala juara juara. perasan pasukan liverpool kita menang lawan man u. perasan. padahal kelab-kelab inggeris tu milik peminat dan penyokong inggeris.

apapun bola sepak ialah open religion. haha sesiapa boleh masuk keluar entah apa2 semua. maka kau boleh lah jadi die hard fan untuk liverpool tapi later on boleh tharsh pasukan england dan sokong pasukan kebangsaan itali atau german atau brazil atau even worse argentina.... kinda lucu aku rasa.

majulah sukan untuk negara.

carut#2

melodi bersusah payah hantar krew mereka buat assignment sampai ke bandung untuk mencari pendapat berkenaan adakah populasi indonesia mendengar muzik malaysia. atau adakah muzik malaysia mendapat tempat untuk disiarkan oleh media indonesia. tup tup diakhir rancangan melodi, lagu penyanyi Anggun diputarkan. Anggun bukan dari indonesia kah? (aku tahu dia juga menyanyi di eropah).

ironi kan?? sibuk lah melodi nak mengada2 kononnya nak cari bukti muzik malaysia tak mendapat tempat diindonesia. tapi yang memberi tempat (secara berlebihan) kepada muzik indonesia ialah mereka dan sekutu mereka sendiri. buang duit saja korang hantar wartawan tu pergi indonesia. dah nampak lagi bersuluh media malaysia terlalu buka peluang untuk muzik indonesia. tak paham-paham lagi??

oh ya muzik juga seperti bola sepak. open religion. oleh itu ikut suka hati macam mana pun. good music is a good music. nota muzik ada 7 katanya.

no doubt michelle IS a good driller. nampak macam mana dia drill noryn and atilia masa nak korek cerita???. wah... michelle you rock!. putar sana, korner sini... with hope noryn and atilia will crack. luckily, atilia and noryn tak lah crack mana pun. bagus!! artis malaysia perlu tebalkan cengkerang hal peribadi mereka supaya tak semudah itu didrill oleh wartawan.

awas!... ada spy melodi di LCCT. siapa yang nak cari glamour cepat guna lah LCCT pastu buat2 jalan dengan somebody. tak lama lepas tu ada lah driller bermikrofon datang jumpa kau tanya macam2.

plus suara latar melodi tu sila tukar orangnya... suka hati kutuk local band tadi kan... hai suara latar.. kau dah pernah buat lagu?? biarlah band tu nak puji lagu dia baik. lagipun stesen radio kau bukan nak putar lagu local band sangat pun... sebab tu stesen radio kau dah bau bakso made in rumah kongsi.

carut #3

AF 7. suara semua sedap-sedap. kiranya betul lah cakap pengkritik tu (edrie) bahawa team yang pergi buat audition did a very good job.

i wonder... why AC??? sarimah is far a better host for AF than him.

apa pun aku masih nak kempen supaya orang ramai berhenti membazir duit untuk stesen tv yang dah kaya raya berkoyan2. korang nak buang duit juga??? buang lah... duit korang kan...

carut #4

kompite aku tak boleh nak surf internet cissssss bedebah!!. internet di kf pula macam bullshit. cissss bedebah.

Thursday, March 12, 2009

Pagi


bila malam, tak sabar nak tunggu pagi
bila pagi, bangun masih sendiri sendiri

photo was taken around 7 am, ibtp, ums.

bila dengki

i just found out that my former class buddy, ah siang went to coldplay concert in Australia. what a lucky guy!!. emm i envy him to the max..

ah siang shares first name with the front man of the band. Christhoper. all the best to ah siang. (i think it is me who need the 'all the best' wish.... hahahaha).

p/s: just in case you read this siang, ring me if you are balik kampung ok!

ada kutu dicelah lemurs.

ceh aku ingat bertong-tong lah maklumat tentang evolusi lemur. cuma sekadar sedikit maklumat tentang penspesisan akibat pengasingan oleh halangan sungai. tapi ok lah mereka temui 2 spesies baru katanya. tambahan pula organisma itu adalah 100% endemik

selebihnya lebih kepada pemuliharaan. apa pun penyelidikan itu nampak cool dan mahal. tapaknya pula di madagascar. pendek kata tadi macam tengok filem animasi madagascar minus lawak.

lepas tu pasal kelawar. aku tak berapa sangat kelawar. tambahan pula tajuk tentang kelakuan kelawar. kalau pasal evolusi mungkin aku semangat sikit nak ambil tahu. pakar kelawar itu boleh bezakan bunyi kelawar mengikut emosi dan kelakuan kelawar. beliau siap buat demo clicking.. dan ntah apa entah tapi dia kata begitu lah bunyi kelawar. berbeza-beza sebenarnya.

bukan senang kau nak intai kelawar sampai tahu beza bunyi kelawar mengikut emosi. aku rasa saintis jerman tu faham bahasa kelawar. serius beb...

rasanya ramai yang hadir tadi tu sibuk layan kuih-muih dan minum pagi yang disediakan. bukan kerana talk yang memberangsangkan saraf mengantuk anda itu. mesti orang jerman dan amerika tu hairan kenapa orang malaysia tea break 2 kali dalam tempoh tak sampai 3 jam.

maka secara puratanya orang malaysia tea break sejam sekali. kita makan breakfast sama portion dengan lunch. kalau orang jerman itu tahu langsung mereka masuk hutan.

p/s: aku nak sangat roti jala tu tapi segan yang hamat...
p/s 2: jumpa orang dari jabatan beruk. mari berangan dan senyum sampai ke telinga. =)

fikir-fikir sendiri


diskriminasi atau cuma aku saja berilusi
harap ini sekadar paranoid

oh tidak
ini bukan nazi tapi diskriminasi
gambar dari sini

jadi bila?


bila bulan berapit
jangan sibuk nak buat kenduri
orang sibuk nak pergi haji

aktiviti dinihari


main ragbi
adrenalin merembes
peluh meleleh
tengok bola inggeris
sanggup bangun sebelum dinihari

Wednesday, March 11, 2009

Kerja hari esok ialah tentang


Evolusi
bila bicara,
salahkan charlie
tapi semua lupa tentang alfie.
teori bagaimana untuk mandiri
bukan mandi sendiri!!!

dok amerika doh saing ore sejid.......

Tuesday, March 10, 2009

sekadar pandangan peribadi

wah mengantuk juga aku lepas minum milo ni. hehe.. masa di camp, kami minum milo sambil sembang-sembang. pendek kata dari timur sampai ke barat lah cerita yang dilipurlarakan.

sambil itu ada juga diselit cerita AF. kami ni orang sabah, jadi cerita AF dikira sebagai satu ritual tahunan disini. haha... sudah 7 tahun masih survive juga program ini. satu-satu nya AF yang aku ikuti dan minat ialah AF 3. bukan sebab mawi tapi felix. dimana felix sekarang pun tiada siapa peduli... kan. mawi mawi mawi. itulah kemuncak AF. kejayaan AF ialah mawi, dan kejayaan mawi ialah kejayaan astro.

AF ialah sebuah perniagaan. penonton/pengguna tiada dapat apa-apa keuntungan selain hiburan sahaja. Astro lah yang paling untung, mungkin separuh kos produksi sudah tertampung dengan sokongan pihak penaja, itu belum kira jumlah keuntungan iklan, penjualan barangan, dan yang paling penting sms.

apa yang saya boleh katakan dan kempenkan ialah berhenti mengundi untuk peserta AF. kepada pengundi mawi apa yang anda dapat??? kepuasan sementara sahaja. mawi menang AF, lepas tu??

program seperti AF ini ada kelompok peminat tegar, melalui beberapa blog, ada yang berpendapat antara kelompok peminat tegar AF ialah golongan transeksual. sejauh mana kebenarannya tak tahu. dan Astro sudah mensasarkan kumpulan ini sebagai niche market.

dulu masa dikampus, bila saja masa konset AF golongan lelaki lembut/pondan lah yang akan duduk paling depan sekali ketika menonton. selalu juga diselang seli dengan jeritan suara mereka. ya tidak dinafikan golongan lelaki lembut is next to akak-akak masa tengok AF. mereka sangat minat AF. atau lebih tepat, kalah the most pms akak bila pondan-pondan tengok AF.

aku tonton dalam trek selebriti ada satu paparan seorang pondan pergi audition. aku tak ingat lah dia nyanyi apa. tapi bibir itu aku ingat sangat. kenapa astro highlight video pondan pergi audition ini? dalam ramai orang pergi audition, video pondan ni juga yang ditayangkan mereka...

apa tujuan astro? nak glorify pondan? atau sengaja mengkocak emosi? (ramai yang tak suka pondan diluar sana).

tak perlu lah video pondan tu dipaparkan kerana aku rasa kesian dengan pondan tu yang dikutuk-kutuk oleh orang ramai selepas video disiarkan. aku pun bukan lah suka sangat pondan. setakat ini aku tak lah benci sangat. bak kata ghandi hate the sin not the sinner. dulu pun pernah juga ada seorang pondan bernama ridzuan, dia pelajar akaun. baik saja ridzuan ni dengan aku. walaupun kami tak kenal sangat. cuma kenal sebab selalu naik bas sama-sama. ridzuan ni selalu saja bertegur sapa dengan aku. and he is a clean guy, bau pun flowery saja bila naik bas... hehe.

dulu ada juga abang di lab, abang ni pondan lah juga. tapi bila waktu solat jumaat, dia tukar pakaian, pakai kopiah, pergi juga solat jumaat. at least deep inside, dia ingat juga asal usul dia. walaupun i saw this very pondan, wore a girly dress and wig masa pesta konvo. but he is just ok lah.. from my friend, abang ni pernah beritahu dia, bahawa abang tu nak juga kembali ke bentuk asal satu hari nanti. bila hari nya? sama-sama lah kita berdoa hari itu sudah tiba.

ada pondan yang ok. i mean just fine lah... apart from he is being a pondan, lain-lain hal dia sama juga macam manusia biasa. makan, minum, semua sama. i dont know lah about their extra activity (read: involving in prostitution). if any, i am totally against it lah.

saya betul-betul simpati dengan pondan ni. walaupun saya tahu mereka tak perlu simpati saya. at least saya tak membenci mereka. how about pengkid??? kepada pengkid cepat-cepat lah bertaubat.

ok tutup cerita pasal pondan dan AF.

aku nak tonton rancangan melodi ahad lepas, tapi tak dapat akses, tv3 dah tak sepemurah dulu. tak apa lah..

aku baru baca laman gossip ni. pasal AC mizal lagi. the eX-factor lah ni kan... i think it is better for them (he and the Ex) keep this court battle away from media. i know media dah pun terjah menerjah nak dapat his say and her say. tapi cukup cukup lah..

and as for media, tak payah lah korek detail kisah cerai berai orang ni. sekadar laporkan mereka bercerai. thats it. tak perlu lah dirty laundry thrown to public kan...

i said once about divorce is not good but sometime the best. susah juga kan.. still i am not in position to talk about this nikah cerai rujuk thingy. harap-harap AC and the eX dapat cari jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah mereka. period.

lagi satu aku nak cerita pasal doa. tak perlu doa yang tak elok sesama islam. ni banyak saja aku baca komen orang (terutama dalam blog politik), orang PAS doakan orang umno (and vice versa) yang bukan-bukan. thats very unislamic. kalau ya pun tak suka, tak perlu lah nak doakan kemunahan kepada saudara sendiri. kutuk-kutuk dah lah.. ini siap dengan bismillah, pastu minta perkara tak elok untuk saudara sendiri.

aku bukan lah alim sangat. tapi... itu lah pandangan aku.

walaupun aku secara umumnya tak suka anwar bin ibrahim. bukan lah kerana anwar bin ibrahim ni pernah kacau aku. cuma, aku rasa sejak anwar bin ibrahim kembali ke kancah politik negara, politik dah jadi macam yang ada sekarang. nak-nak lagi dengan PM sekarang ni..

dengan ekonomi yang lembab. lepas tu MP bukan nak bincang selesai masalah negara dan rakyat di parlimen. tetapi parlimen dah jadi tempat mereka melampiaskan keegoan tak berpenghujung mereka. em.. salah siapa tu? salah kita kah sebagai pengundi??

tak pernah pula aku nak doakan anwar bin ibrahim tu yang tak elok. aku cuma harap andai beliau ada buat kesilapan kepada negara, bangsa dan agama aku harap beliau segera bertaubat. hahaha... siapa lah aku nak suruh anwar bin ibrahim bertaubat kan?? karpal pun pernah suruh dia bertaubat.

ada beberapa lah juga artikel dan blog yang aku baca memberikan bukti kaitan kukuh anwar dengan yahudi amerika. dan sebuah akhbar yahudi juga telah terang-terangan memberikan sokongan kepada anwar (masa lepas pru12 dulu).

semoga ALLAH SWT sentiasa bersama kita dalam menghadapi segala bentuk ujian yang ada sekarang.

dengan orang melayu yang berpecah. Islam cuba diperkotak katikan. isu pendidikan. isu moral pemimpin. masalah ekonomi.

as for Pak Lah, walaupun banyak gila cerita tak elok tentang beliau. aku rasa sumbangan Pak Lah bukan dari segi pembenterasan rasuah, tetapi dari segi pertanian. usaha untuk merevive pertanian. aku rasa itu satu usaha yang baik.

benteras rasuah?? hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha. yang kecik yang besar semua pun sama saja. bezanya jumlah rasuah itu. ini kebenaran dan ia pahit bukan..??

aku nak ucap terima kasih dengan MP Imam Taib Azamuddin, atas hujah beliau semasa perbahasan isu penggunaan perkataan ALLAH dalam teks kristian. penggunaan perkataan ALLAH dalam teks kristian di Malaysia adalah tidak perlu. sila guna perkataan 'TUHAN'. mana ulamak PAS yang lain??? tak kan nak tunjuk lebai masa avril datang buat kosert jak?? kita perlukan ulamak macam MP Imam Taib Azamuddin.

kepada yang berkaitan tak perlu nak mengada-ngada mengemukakan tuntutan yang tak perlu dan hanya mencetus reaksi pelbagai. selama bertahun-tahun ni tiada tiba-tiba out of nowhere dia nak tuntut itu ini pula. aku pernah baca tentang projek joshua. maka umat Islam hendaklah lebih berhati-hati sekarang.

melayu semakin berpecah, no thanks to the return of maverick, anwar bin ibrahim. kalau setakat parti nak asing-asing, aku tak kisah lah kan. ideologi politik ini adalah hak peribadi. tapi aku pelik bila bangsa diperkotak-katikan dan agama Islam dicabar, ada juga melayu islam terlebih liberal yang cuba menjustifikasi hujah musuh Islam. melayu terlebih liberal ini lebih bahaya dari musuh. bila Islam dicabar cepat-cepat lah re-group. kita sebagai satu unit yang kukuh mempertahankan Islam.

ni tak.. ada lah tu puak-puak yang mula merasa benci mereka kepada umno lebih penting dari mempertahankan agama Islam. sama halnya denga pasal hal sultan. yang umno pula tak habis-habis dengan elitism mereka. do i need to eloberate further??? projek-kontrek-tender talk.. tak habis-habis. bila ada isu, suruh lah sayap pemuda (yang dah tak muda dan ramai yang dah boroi) pergi berhimpun, bermemorandum segala buat laporan polis bagai, tapi bangsa masih juga jadi punching bag di tanah sendiri. apa salah nya pas-umno-pkr(nak juga include parti anwar bin ibrahim ni) ini mempunyai common interest bila menyelasaikan isu berkenaan islam-bangsa-sultan.

ada pula peguam-peguam di Malaysia ni yang berlebih2. dia anak beranak saja yang tahu dan faham perlembagaan gamaknya. manipulative sungguh. oleh itu melayu islam perlukan lebih banyak peguam seperti YB Zul untuk menyanggah kelakuan sumbang peguam kurang ajar tu. peguam yang konon-kononnya untouchable.

di malaysia politik tak matang. bila nak mengundi untuk sesuatu law mesti ikut parti punya pilihan. jika pas mencadang umno tak nak undi walaupun cadangan itu adalah baik... (kalau ada pun jarang lah nak undi kan...) begitulah vice versa.

ppsmi??? dah berapa tahun ni baru nak kecoh buat demonstrasi. lepas tu kata bukan bermotif politik... emm.. siapa lu nak tipu ni bai???

betul kah korang nak perjuangkan bahasa ni? atau korang saja nak kutuk che det. dah.. dah... jangan terlebih-lebih. kata nak perjuangkan bahasa melayu... lepas tu yang dalam poster tu ada tulisan cina apa hal???

perjuangkan bahasa melayu tapi ketuanan melayu kau campak kat mana-mana... yang aku nak tergelak ni ada pula tukartiublexuscamry yang kononnya memperjuangkan bahasa melayu tapi menyokong penubuhan republik. wei bai.. bila dah jadi republik... kita tak ubah jadi singapura. lepas tu bahasa kebangsaan pula dah ada 4 jenis.

kepada hindraf, sila jangan beri cemar nama ghandi dengan membawa poster ghandi apabila kamu berdemonstrasi. ghandi banyak memberikan sumbangan kepada negara bangsa beliau, apa sumbangan hindraf kepada negara ini??? tak malu kah? jadi jangan cuba nak kaitkan ghandi dengan kumpulan kamu.

ghandi seorang nasionalis. hindraf bukan.


sekian mengarut untuk entry ini.

p/s: teringat-ingat rafiq rasyidi sejak beberapa jam ini.

My 2nd trip to my study site

the water fall


perasan ala di temperate gitu... but this is tropical rainforest. wheather is constantly changing from rain to misty to hot every few hours.

700 meters a.s.l

heavy mist.


the mandi-mandi boys. sejuk gila itu air kolam

while waiting for the bus lah ni... bawah jambatan.

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

penat sudah beransur kebah, cuma ada sedikit kesan2 gigitan serangga yang masih di garu-garu.

bila keluar dari hutan keadaan malaysia masih sama dengan sebelum masuk. semua tengah sibuk sepak terajang sesama sendiri tengok ego siapa lebih besar. aku pun nak menyelit juga cerita pasal isu bahasa.

tak kisah lah nak ajar sains dan matematik itu dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu, yang penting buat satu keputusan jitu, dan amalkan. ini ramai sangat yang memandai, yang orang politik tu memang sama bongok... dalam fikiran dia bukan nak pentingkan perjuangan bahasa. tapi nak jaga kepentingan politik.

apa salahnya kalau kita perkasakan kedua2 bahasa inggeris dan bahasa melayu? yang pejuang bahasa melayu jangan pula sangka yang penggunaan bahasa inggeris tu membunuh bahasa melayu, yang berbahasa inggeris pula jangan lah asyik nak guna bahasa inggeris sampai tak tahu bahasa melayu.

bahasa melayu ialah bahasa penyatuan kepada orang malaysia.

sebut pasal orang malaysia, baru-baru ini aku berkesempatan bergaul dengan pelajar cina, ini cina malaysia bukan cina taiwan atau hong kong. aku dapati bahasa melayu mereka sangat teruk. sepeti seorang pelajar cina bernama suet yin. beliau dan rakan-rakan tak boleh berbahasa melayu dengan baik.

oppss... belum habis cerita lagi... sudah lah bahasa melayu suet yin dan rakan-rakannya sangat teruk, bahasa inggeris mereka pun bukan lah bagus sangat. terkial-kial juga suet yin dan rakan-rakan sebangsa beliau.

habis tu inggeris pun bodoh, nak cakap bahasa melayu pun tak pandai. sudahnya dia cakap bahasa cina. sampaikan perbincangan kumpulan bila aku sebagai demonstrator lapangan pun mereka bercakap cina. dah rasa macam hong kong, shanghai, taipei pula aku rasa. sedangkan ini malaysia. nak mengumpat aku pun dalam bahasa cina. wei... pengecut pemakan babi saja nak umpat macam tu... itu namanya penyakit sial berketurunan. (ya, aku kini bersikap perkauman, dan mengguna pakai konsep melawan perkauman dengan perkauman-balas).

DAP sebuah parti cina yang rasis, sibuk nak sama rata, seorang adun di johor pula tuduh terdapat dasar apartheid. bagi DAP, adun johor tersebut, dan semua persatuan cina dan NGO, ada baiknya kamu lihat anak-anak kamu itu. macam mana nak dilaksanakan konsep bahasa malaysia, kalau anak-anak cina itu tak tahu pun nak bercakap bahasa kebangsaan dengan betul.

biasiswa nak sama rata, tanah dia nak juga, itu dan ini nak juga sama rata, pendek kata semua hak keistimewaan bumiputera dia nak. tapi tengok lah anak cina di malaysia, lebih hongkong dari malaysia. lebih cina dari beijing. lepas tu nak minta semua hak sama rata... sedangkan mereka ini bersikap kurang malaysia (less malaysian). dari segi bahasa, asyik nak cakap cina sepanjang masa. nak cakap inggeris macam bodoh, cakap bahasa kebangsaan pun macam entah apa2. ini lah yang nak hak sama rata tu??? lupakan... baiki dulu penguasaan bahasa kebangsaan kau tu...

yang baik nya ada pula kaum bumiputra yang terlampau baik (dan alpa) yang menjustifikasi segala tindak tanduk suet yin dan rakan2 nya. kononnya mereka ini faham inggeris, boleh berbahasa inggeris lebih baik dari orang melayu. pendek kata semua itu adalah karut.

suet yin rajin? itu mitos. aku duduk bersama mereka untuk mengulang kaji pelajaran, mereka main-main. suet yin dan rakan-rakan hanya tahu mengampu dan menipu, tiada intipati ilmu yang mereka serap. mereka tiada keikhlasan. jangan pula kita tertipu dengan topeng suet yin ini. mereka bukan rajin mereka ini pemalas, tapi mereka ada satu sikap pendorong iaitu sikap kuat mengampu. sanggup buat apa saja dan bercakap bohong semata-mata nak mengampu. kebodohan dan kesombongan suet yin terserlah (dalam konteks ilmu, bukan konteks, gred A atau pointer semester).

yang membangga sangat konon boleh cakap bahasa inggeris tu, tolong lah cepat-cepat sedar diri. ya tinggal dinegara orang putih mungkin satu kelebihan untuk anda mengasah kemahiran bahasa inggeris. tapi ingat, ada orang yang seumur hidup sekolah di malaysia yang boleh berbahasa inggeris lebih baik dari orang pernah sekolah di england. ini adalah kisah sebenar.

tak perlu nak menghina, oh inggeris pelajar melayu broken, inggeris si anu tu broken, my english is perfectly heaven... (kononnya) tolong cepat-cepat sedar diri. apasal tak dipersoalkan bahasa melayu suet yin yang patah riuk tu? dia orang malaysia, sekolah di malaysia, pinjam ptptn malaysia (bukan hongkong bukan taiwan), kenapa tak boleh berbahasa malaysia? lepas tu mengada-ngada nak kesamarataan seperti bumiputra. aku rasis sebab mereka rasis. aku tiada beza dengan mereka dari segi sikap perkauman. tapi aku nak juga isytihar aku lebih malaysia dari golongan seperti suet yin.

ini Malaysia. jangan malu untuk menggunakan bahasa melayu. tingkatkan penguasaan bahasa inggeris. pelihara bahasa melayu. setiap orang malaysia mesti boleh berbahasa melayu. itu lah yang menyatukan kita sebagai orang malaysia. bahasa melayu lah bahasa malaysia.

suet yin cuma boleh bercakap cina. itu saja. dan jangan pula ada yang jadi tolol menjadi tukang sorak berperisai nak menjustifikasi kelakuan suet yin ini.

sudah jangan main wayang. guna bahasa kebangsaan sebanyak mungkin, dan juga pertingkatkan penguasaan bahasa asing. kepada golongan seperti Theresa Kok, tulisan jawi ialah bahasa melayu atau bahasa kebangsaan, bukan bahasa arab. bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan.

kepada pelajar UMS, sila gunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris sahaja ketika dalam pembelajaran dan aktiviti kampus. bahasa ibunda (termasuk mandarin) kamu boleh digunakan ketika waktu kurang formal seperti semasa bersama keluarga atau aktiviti lain.

Monday, March 9, 2009

back from the trip.

i'm tired. will be updated later

Friday, March 6, 2009

pra-lapangan

tu dia... ada 3 beg utama... ada lagi satu sling bag dengan pouch... tapi 2 ni kecil boleh selit dalam beg besar... beg besar sekali itu tentu sekali mengandungi baju2 dan pakaian hari2.

yang beg biru di depan tu untuk beg aktiviti. bawa lunch, botol air, pisau rambo, wind breaker... (tak kan lah nak bawa beg gedabak tu kan... itu sah2 tinggal di camp.).

beg biru akak2 yang tepi tu... yang tu beg bawa barang tambahan. seperti makanan, minuman, snek.. makanan nanti disponsor... yang ni extra.. mana tau tengah malam aku nak munchie2.. tak payah lah aku selongkar kotak makanan orang. disamping itu juga beg ini ada plastik2, tisu dan ziplock. yang sangat berguna di lapangan


aku bawa 5 seluar, 6 baju.. untuk 4 hari 3 malam trip.... hehe.. dats y aku teragak2 nak apply yang field sampai sebulan... bayangkan berapa banyak baju aku hangkut.. semua aku asingkan dan simpan dalam ziplock berasingan. baju and baju, seluar and seluar.. and so on... lah.. nanti tak lah teburai raban aku nak cari sapu tangan... abis terburai aku selongkar. (ini berdasarkan pengalaman). simpan dalam ziplock juga untuk safety... mana tau kan letak belakang lori... hujan kah.. at least tak lah lecun...

ok... i heard kawasan field agak basah sekarang ni. tadi hujan disana.. so paham2 lah ya mana tau hujan.. then baju get nasty lecun berkepam sampai tak bley nak recycle pakai... at least aku ada backup. plus aku memang tak suka pakai baju ulang2 (seluar ok lagi.. tapi sama juga.. lah) unless terpaksa...

aku lupa pula nak pinjam fisherman hat em.. tak apa lah ni pun dah terlebih sudah... dah test pikul tadi... boleh angkat.. tapi kalau jalan kaki naik bukit... seram juga aku nak memikul benda ni.

esok kami bertolak awal bangat... so ini saja lah nak cerita, sama-sama lah kita berdoa untuk keselamatan kita semua.. amin.

p/s: aku cuma bawa bergantung dengan kamera phone. so tak lah berharap dapat capture banyak gambar. as... tempat tu cuma bergantung dengan generator saja.

p/s 2: me myself also feel slightly uncomfortable with my previous entry... but i just leave it there lah... malas nak fikir.

Thursday, March 5, 2009

reverse tatarakyat

*CAUTION: entry could be very offensive. read at your own risk.

aku memilih untuk membalas. sebab nak buatkan exchange spat ini lebih menarik. memandangkan she is just my punching bag. so lets throw some upper cut. shall i?

*the entry is re-edited as it is too abusive for minor. i am sorry to those who already read the original posting and feel offended by it. i am fully responsible for my text.

ok kah aku tulis english?

contra to my appearance, actually i am not really like outdoor activity. outdoor to me is dinner outing or strolling in nearby supermarket with my love ones.

i will off to the field this weekend. well as usual my packing panic attacks me just in time. yes i have been packing my belongings since last monday. keep on checking my list and adding 1 or 2 things everytime. biasalah perempuan... like i am going to pack half of my closet... hahaha

i called my mom earlier, and re-informed her about my trip. emm.. as usual she reminds me everything that she always remind me when i off to the wild. love you beyond words.

actually this is my second time to explore and re-explore my site. this morning i checked my map... emm... not really accurate. but i know i havent cover very large and could be significant area. the ridge connected the mount and the water fall. i have been told you need to spend a night or 2 in the middle of forest before reach the peak if you wish to hike via the ridge. and the river or stream is not likely near you. so water should be a problem up there.

the elevation is below 2000 m a.s.l. but this is seldom explored mount we are talking about and the trail is not established one. so if you are being cocky about your countless times conquering peak of Kinabalu, then i suggest you to explore few less known mounts in Sabah, which has no trail and hiking guide is not really available. then we know.

during my first time in the site, emm... at some point i did ask question to myself... what the hell i am doing here? and keep on reminding myself, i will never let my love one to climb the relatively unknown mount. i was like... really drama queen. it is a fine place actually, but since i am lazy bum who consider bloghopping is a recreational activity, so below 2000 m a.s.l is big challange for me.

you know what, Kalimantan is a place with bountiful floras and faunas. it is like the gold mine for the true naturalist. yes i said the true. Kalimantan is relatively under explore side of Borneo. but i think it is not easy to penetrate the thick jungle, let alone to spend few days or weeks to collect data. i said to myslef, 'setakat nak buat PhD nak pergi Kalimantan, sanggup aku ambil sijil kursus ternak lintah'. the sentence keep on echoing in my mind.

my brother will tangle in post spm education system soon. i am so relief he is not in science stream. me, i am doing pure science. and it takes very long time to be a professional. it has been about 6 years or so since i left school to read science, biology to be percise, and still i am not even close to be professional. emmm.. not very far, but not close either.

so to college applicant, if you really want to read pure science, trust me this field is not as rosy as you science teacher said it is. well i am not mean to be offensive, as teachers, it is their nature or job to encourage student, but what i want to pen down here is the reality. so when you choose to study science (let say, starting form 4), aim for medicine, dentistry and pharmacy, or engineering. to make it short choose applied science, which you first degree is enough for you to be professional.

dont be sooo happy when you are offered matriculation course. i mean it is not the right time be extremely happy, because it is still long way to go.

and to 3 former, dont worry about not getting seat in science class next week. art is still a good option. science will give you broad opportunities, when you are in it, it is how you grab your chance. and dont rule out luck factor too soon. sometime some people is very lucky and some is very not.

as for me... i like natural science. i like what i read. i face some difficulties along the way. sometime it gives me enough reason to start trying something else. but like the love song lyric said, when i fall in love it would be forever.

no matter where science will take me. no matter whether i remain loyal to it or not. it always part of my life. (ok i may sound really geek).

it is about keep the passion alive. keep the fire fiery. keep the objective straight. quitting is always an option. for now i rather not choose it.

p/s: grammatical error? language butchering? leave some comment lah....

p/s 2: if only write up academic paper as easy as writing entry.... macam laju semacam jak menaip.

Wednesday, March 4, 2009

Teater Kisah Dua Puteri- the review

Tadi aku pergi menonton teater persembahan dari pelajar seni kreatif, sekolah seni, UMS. kebetulan aku ternampak poster teater itu pada awal minggu ni. memandangkan aku pun tiada kelas, dan masuk adalah percuma.. aku pun pergi lah menonton. berseorang diri (abis tak kan nak ajak cheif cashier giant tu pulak... hehehe). sampai si ajk protokol tanya... 'seorang diri saja?'. tak kisah lah... lagipun i prefer enjoy preformance alone, nanti ajak orang lain mesti ada sembang2 punya...

ini kali ke-2 aku tonton teater. kali pertama masa aku freshie dulu. teater dulu hasil persembahan pelajar yang mengambil teater sebagai subjek ko-kurikulum, berserta juga dengan beberapa ahli kelab teater di ukm. ukm tiada sekolah seni, maka yang main teater tu semua kiranya rojak lah.. ada ambil sains, ada ambil undang2, ekonomi etc...

dulu aku ambil ko-kurikulum seni muzik gamelan. (ramai yang tak sangka aku ambil ni, mereka ingat aku prefer sukan... oh tidak!). so by the end of semester kami pelajar ko-ku seni akan buat persembahan semasa minggu seni sebagai separuh dari penilaian. hehe... aku dapat A ok. dulu aku main gendang masa gamelan tu.. (ini pun ramai yang tak sangka, sebab biasanya budak lelaki yang main).

ok, setelah segmen imbas kembali, mari kita teruskan dengan teater ums tadi. tajuk teater puteri santubong. apasal lah nama sorang ni saja yang disebut, no wonder si sejinjang marah. kononnya dari kayangan lah ni... lagenda dulu2. yang cuba menjelaskan pembentukkan pulau kera, dan gunung santubong, dan gunung serapi. kiranya cerita lagenda ini ialah pelajaran geografi dan geologi zaman dahulu kala...
ini opening persembahan. tarian asli (i am not sure what?)... but this is a tribute to their dance teacher who passed away. the late teacher was an expert in traditional dance. kiranya ini memperingati legasi arwah.

yang 2 org berdiri kena fokus dengan limelight tu lah pengacara majlis. agak tunggang langgang juga sikit. tapi still ok.. bukan senang ok nak mengemcee kan majlis. si pengacara lelaki kata baju dia kena sponsor..
antara babak yang dipersembahkan... ini babak dikayangan ni.. siap ada smoke machine kat belakang. konon kayangan lah ada awan2.

emm... kalau ikutkan perbandingan.. dengan teater yang aku lihat dulu (teater hang jebat). produksi kali ini agak longgar. tambahan mereka ini semua berada dalam bidang seni kreatif. bila mereka selitkan lawak2 jenaka contoh raja kayangan meminta bendahara cermin mata beliau semasa meneliti siaran tempayan emas sakti (yang ala2 webcam untuk melihat keadaan bumi). dan lawak raja kayangan bercakap guna english.

lawak2 sedemikian menunjukkan anda kurang serius dalam mempersembahkan karya. ya, penonton ketawa. tapi aku lebih suka mereka berlakon seprofessional mungkin.

aku rasa ada beberapa individu yang boleh berlakon dengan baik, watak pengawal... walaupun cuma pak pacak... tapi aku rasa everytime dia punya cue dia stand out. another watak puteri santubong, bukan semata2 watak itu protogonis (betul kah ejaan??) tapi si pelakon kiranya ok lah juga...

putera serapi (walaupun cuma tayangan video untuk menghighlight dia sebagai punca sengketa 2 puteri)... dia ni ok.. berlakon. tapi skrip beliau agak caca merba... kejap dia panggil pengawal tu pengawal, kejap dia panggil bendahara... (editing department x buat kerja???). lepas tu baru pengawal cerita ada 2 puteri dinegeri sebelah... dan dan dia nak kawin dengan 2 puteri itu. kenal pun tidak... (atau memang hikayat malaysia, asal sebut puteri mesti cantik jelita agaknya...)
ini babak 2 puteri tengah bergaduh kot....

ok babak putera serapi tu ada baiknya dipentaskan di teater bukan dibuat dalam tayangan video. mungkin akibat kekangan masa... maka mereka pun buat secara video saja... (nasib baik masa shooting tiada bunyi motor atau bas lalu dibelakang putera serapi tu, sebab shooting dalam kawasan ums saja tu... hehe).

tapi aku nak puji dari segi kostum lah... (nak juga puji walaupun dah berbakul aku kutuk). pakaian raja kayangan dengan bendahara kayangan tu... pergh.. berkerlip2. aku rasa glow in the dark.. untuk watak sokongan yang lain pun ok... contoh pakaian dayang2+penduduk kampung. yang pelakon nak pakai tudung tu pakai juga lah tudung tapi fesyen mak andeh lah (kain batik jadikan tudung). tapi still aku rasa pakaian puteri sejinjang agak mendedah juga... heheh (puteri kan..). lain2 all of them seem not really comfortable in sarong.
ini lah senarai pelakon pentas yang menjayakan teater puteri santubong. kumpulan 3 atau kumpulan legend. ada lagi 2 puteri belum keluar.. aku dah snap gambar.

dengan latihan yang lebih, bukan saja teknik lakonan individu.. tapi nak blend mereka sebagai team... aku rasa mereka boleh hasilkan produksi yang lebih baik. oh ya... bahagian teknikal tu perlu lah sharping their tempo.. muzik latar boleh2 abruptly stopped.. masuk muzik latar lain... yang juga abruptly played.. mula muzik intense pastu muzik relaks... emm.. tak kemas..

dan pelakon latar terlebih sudu dari kuah... i guess sepatutnya pengarah yang tegur bab ni masa rheasal. sebab bila si dayang/orang kampung tu menangis2 lapar nasi (as sejinjang ni turun ke bumi supaya hasil petani bertambah, tapi dia buat hal pulak, makin kurang beras). si pelakon extra tu beriya menangis atau lebih tepat meraung2. sehinggakan dialog utama (penduduk yang menghadap puteri sejinjang untuk minta belas kasihan) tenggelam oleh raungan mereka yang lapar. moral nya i guess dont mess with hungry people lah kot. bila kau sebagai latar so jadi latar sahaja... jangan overdo sampai dialog utama tu tenggelam kaw2.

tak kisah lah kau watak kecil.. watak utama... yang penting lakonkan watak sebaik mungkin dan overdo pada masa yang tepat. bukan overdo main taram saja... tadi tu aku yang tak tau teater boleh menyampah dengan dayang/orang kampung yang meraung tu... ini kan pulak pensyarah teater yang ada kat situ... tak tahu lah apa kritikan mereka.

dulu masa teater hang jebat yang buat teknikal memang budak2 kelab teknikal... means mereka ni memang trained sebagai ajk belakang tabir yang pasang lampu, sound check etc... and most of them were engineering student. so seharusnya... lah pelajar seni kreatif yang nak jadi ajk belakang tabir ni sharping their skill, jika perlu belajar dari pelajar yang mengkhusus dibidang teknikal atau engineering..

last sekali.... ok lah juga. mereka pun baru lagi. walaupun agak longgar, still aku belum serik nak tengok teater sekolah seni ums, as i planned nak tengok next production, teater ramayana. pulak.. yang ni aku tahu sebab si emcee yang announce. harap2 masa teater ramayana aku tak busy, malahan ada kelapangan masa untuk menonton teater.

actually ada teater lain lagi lepas teater puteri santubong, tajuknya 'besar itu cantik'. teater moden aku tak minat sangat. lagipun dah nak pukul 4 tak mula2. so aku blah.. sebab tak nak sangkut di trafik jam.

p/s: gambar tak berapa jelas, sebab hp aku tak boleh zoom untuk mode auto... kamera hp saja... hehe.

p/s 2: jumpa suhaimi tadi.