MEH LAH KLIK...

Thursday, February 5, 2009

the winner get Silver.

*awas entry panjang yang amat, dan juga mengandungi spoiler, sila click iklan nuffnang yang ada di atas page ini semasa bosan.

siapa ingat perlawanan akhir piala liga juara-juara antara Liverpool dan AC Milan? aku tengok perlawanan tu melalui siaran langsung. tapi tak lah tengok dari A to Z. aku tengok separuh2 macam tu sahaja. tak ingat mengapa... mungki kerana sudah larut malam atau memang aku tak nak tengok.
selingan: filem yang sudah tidak ditayangkan dipawagam berhampiran

aku rasa itu antara perlawanan yang paling cantik dan paling menarik dalam banyak2 perlawanan bola yang pernah aku tengok. bukan senang untuk cover difisit 3 gol ketika menentang pasukan seperti AC Milan itu. dan Gerrad ialah Ketua Pasukan yang bagus. aku rasa Gerrad lebih sesuai diletakkan sebagai kapten England yang utama berbanding John Terry.

aku bukan lah nak cerita kenangan tengok bola tapi nak mencemar blog ini dengan tulisan berbaur drama politik di Malaysia. cerita nya bagai telenovela dari amerika selatan yang penuh dramatik, skandal, pengkhianatan, cuma bezanya less boobies sahaja. dan keadaan sekarang ini pun tak ubah macam perlawanan Liverpool dan Ac Milan yang penuh dramatik dan mendebarkan itu.

macam lawak pun ada. kalau tak lawak pun aku rasa kisah keluar parti lah, atau lompat melompat dan bubar membubar ni sudah pun menjadi laughing stock. laman web/weblog politik dan portal berita pun sudah bertukar menjadi laman web humor

mereka ini (ahli politik tingtong) lelaki2 yang sudah cukup dewasa ada anak isteri. mungkin juga menantu dan cucu. tapi perangai mereka tak ubah seperti budak. bezanya mereka dengan budak ialah mereka lebih tamak. tamak haloba. tak sedarkah mereka jawatan yang mereka sandang itu penuh dengan tanggungjawab dan amanah? dan amanah itu adalah amat berat. tapi mereka mempermain2kan amanah yang telah mereka bersedia untuk terima.

nak diajar nampak seperti sudah pintar. nak diikut nampak seperti belum cukup ajaran. apa yang ahli politik tingtong ini lakukan akan mengakibatkan ketidak stabilan. jika tidak stabil bagaimana keputusan eksekutif, keputuasan2 penting, perlaksanaan janji2 pilihanraya hendak dilaksanakan.

yang terhidang untuk rakyat cuma lah politiking politiking politiking. dan sepak terjang politik. kisah lelaki2 dewasa yang tamak haloba, yang sudah jadi kurang jantan kerana mereka ini membelit2 menipu mengkelentong menikam belakang menikam depan berpecah belah berkronisme berlepas tangan mementingkan diri sendiri tak sedar diri dan segala kosa kata yang merujuk kepada perlakuan yang kontra dengan sikap seorang lelaki budiman yang penuh hormat dan dihormati.

apa mereka ingat dengan melakukan press conference demi press conference, press statement after press statement itu akan dapat memakmurkan lagi negara???

dulu ada seorang cikgu lelaki yang dengan semangatnya bercerita bahawa beliau tak tengok tv. dengan gaya2 menunjukkan dia tak mengendahkan hiburan dalam TV (atau maksud tersiratnya dia asyik belajar sahaja semasa zaman sekolahnya). dia kata tv itu cuma dipasang ketika waktu berita sahaja. ayat yang beliau ucapkan itu bermaksud dia mengambil tahu hal ehwal semasa.

dan ini bukan zaman cikgu itu lagi. andai kamu ada anak2 bawah umur, maka bila waktu berita (tak kira lah pukul 8 malam atau pukul 12 tgh hari atau bila2 masa) maka cepat2 suruh mereka tutup tv atau tukar ke saluran MTV atau saluran ceria. kerana aku pasti berita2 di Tv sekarang sarat dengan unsur2 yang sangat bahaya untuk anak2 yang masih belum corrupt mindanya, iaitu sarat dengan politik politik politik.

nah ternyata bukan semua cerita dari seorang cikgu boleh dipakai... hahahaha( apa motif??).

bila terlalu tepu dengan humor atau hiburan berbaur politik ini maka aku cepat bosan. bosan dengan karenah mereka yang seolah2 championing nasib rakyat, membela nasib rakyat, demi negara bangsa. kerana segala slogan atau retorik atau apa2 suku kata yang terkeluar dari mulut ahli politik tingtong itu adalah bercirikan bullshit. patah kata yang bullshit datang dari lelaki2 dewasa yang kurang jantan.

kenapa tidak terus terang sahaja cakap, 'aku berhempas pulas untuk berkuasa kerana aku nak senang dapat projek, kontrak, tender, mengaut hasil mahsul negara untuk kesenangan aku dan keturunanku'. walaupun berbunyi bodoh andai seorang ahli politik untuk mengucapkan kata2 sedemikian tapi at least kata2 seperti itu tidak akan menyebabkan kejantanan berkurangan. amacam ada berani??? berhentilah menjadikan 'pembelaan nasib rakyat' sebagai topeng untuk mengaut untung berbillion2. just kata sahaja.. nak kaut hasil mahsul negara. senang!.i always tell the truth even when i lie.

harapkan pagar, pagar makan padi. harapkan yang berhormat yang berhormat tak boleh dihormat.

angin perubahan lah, new dawn lah, hidup rakyat lah, demi negara bangsa lah, demi perpaduan, ini semua adalah cuma kata2. yang dalam kepala hotak kerusi kerusi kerusi.... kontrak, tender, hasil mahsul, syarikat itu syarikat ini, pengerusi itu pengerusi ini.... nak kaut harta negara macam tok nenek dia yang punya.tak cukup kerusi, ambil lah kerusi tony montana.

nak kongsi sikit cerita lain. aku rasa ramai yang tahu tentang fidel seorang pemimpin Cuba. fidel ini seorang yang berani mati, petah berkata, dalam satu rancangan dokumetari buatan amerika, ada disebutkan, fidel menghimpunkan orang ramai dalam sebuah stadium fidel akan berucap selama 3 jam. dan ucapan beliau akan membuatkan pendengarnya beremosi/bersemangat.

fidel boleh lah mengikut fahaman ku sendiri ku labelkan sebagai man of two extremes, iaitu beliau boleh saja menaiki jipnya pergi ke sebuah kawasan kampung dan menegur penduduk kampung dengan ucapan seperti 'hi sister how those chickens today' (dia cakap spanish lah, ini aku translate sendiri2 saja ni) begitu mesra rakyat sekali fidel ini. bagaikan seorang pak ngah yang menegur jiran tetangga sahaja lagaknya. tapi ingat fidel juga pernah membiarkan penentangnya yang mogok lapar mati kehausan. apabila dilaporkan kepada nya ada seorang tahanan sedang bermogok lapar, dengan ringkasnya dia mengarahkan 'jangan beri dia air biar dia mati' (lebih kurang lah...). sila tonton filem scarface.

fidel seorang peguam by profession, yang mengerakkan revolusi, ataupun 'perubahan'. bijak memainkan tau merollercosterkan emosi orang, petah berkata2, mesra rakyat, sehinggakan ada yang mengatakan banyak keputusan eksekutif negara yang dibuat ketika dia diatas jip. (kira macam board room lah jip beliau tu, autokratik).

selebihnya lihat lah Cuba sekarang ini? ya mungkin segala maklumat yang aku (dan kau) tahu berkaitan Cuba adalah sogokan amerika semata2, tak semua betul dan tak semua tak betul (tak kan lah aku nak baca maklumat Cuba yang buatan Cuba, sebab konfem dia tulis bahasa sepanyol)

adakah seorang pemimpin yang hanya tahu berkata2, memberi ucapan, berslogan, bersyarah dengan memberi harapan perubahan (palsu) ini pemimpin yang cukup baik? tapi apa opsyen yang kita ada?

aku boleh rasa ada seorang di Malaysia yang rising bagai fidel. setiap kali tonton aksinya berpolitik setiap kali itu aku ingat fidel. dan kita tak perlu orang macam fidel. percayalah. kita tak perlu orang yang cuma petah berkata2 dan bijak merollercosterkan emosi khalayak umum.

aku rasa siapa pun berkuasa, cerita nya tetap sama, cuma watak saja lain2. macam filem remake lah. berebut kerusi kuasa tak ubah seperti berebut menggalas beban yang berat. sedar2 lah diri tu, andai tak berupaya tak payah lah nak memikul.

tak cukup kerusi nah... apa susah, minta saja sponsor dari kedai2 perabot. apa susah, tak payah tanya rakyat. rakyat ni bila tak ditanya berdentum2 beri pendapat, bila ditanya diam. di malaysia diam tu tanda setuju. tapi che gueveraa cakap, 'diam itu satu penentangan dalam bentuk lain'.

p/s: no offense to fidel. aku tak sokong fidel, tapi dalam banyak2 pemimpin komunis di donia aku hanya autobiografi fidel aku pernah baca, (versi amerika dan versi interview bersama fidel yang diterjemah ke English). ya bukan lenin, bukan stailin, bukan mao, tapi fidel. (filem dia pun aku pernah tengok, tapi tak abis..).

No comments: