MEH LAH KLIK...

Wednesday, February 18, 2009

untuk lelaki kurus lagi. (sila baca dengan nada majalah intrend)

tertanya2 terfikir2 apa nak pakai untuk pergi dinner party atau senior night atau annual dinner? nah gambar2 dibawah mungkin beri sikit idea. fesyen untuk lelaki kurus dan tinggi kembali lagi.. hehehe
ini untuk casual. untuk aktiviti melepak2.


tengok seluar itu. skinny, amat sesuai untuk lelaki kurus yang mempunyai metabolisma yang tinggi. tapi untuk di malaysia, sila jangan pakai jaket panjang tersebut.


cargo short pants dengan kasut croc? sesuai untuk berjalan ditepi pantai. santai. padankan dengan koleksi t shirt mu.

kamu adalah seorang penunggang motor??, nah tinggalkan windbreaker atau jaket pvc hitam itu untuk mat rempit. sarung jaket seperti diatas, baru nampak menarik.

sesuai untuk annual dinner kolej kamu. ya sesuai untuk yang tak suka dilabel sebagai skema.

kombinasi warna menarik. jangan lupa detail seperti kain dikocek kamu itu buat kamu nampak lebih menonjol.

p/s: photos are not mine. randomly googled and re-produce.

No comments: