MEH LAH KLIK...

Thursday, February 19, 2009

Tumbuhan Herba

Apabila mengatakan berkaitan dengan tumbuhan herba, ramai membayangkan tentang tumbuhan yang memberi manafaat kepada kesihatan. Antara yang paling popular ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi.

Saya rasa berlaku satu kesilapan dalam pemahaman apakah tumbuhan herba yang sebenarnya. Tumbuhan herba merujuk kepada tumbuhan yang tidak berkayu keras, seperti pokok pisang. Selain dari herba, tumbuhan spermatophyta (tumbuhan tinggi) juga dibahagikan kepada kategori 'Pokok' dan 'Shrub'. Pokok merujuk kepada tumbuhan yang mempunyai batang monopodial seperti pokok durian, pokok mangga, manakala Syrub pula merujuk kepada tumbuhan mempunyai batang kecil seperti tongkat ali, bunga raya.

Maka adalah silap jika melabel tongkat ali sebagai herba sedangkan tongkat ali ialah sejenis shrub. Kita tidak seharusnya berfikir semua herba itu adalah tumbuhan ubatan dan semua tumbuhan ubatan itu adalah dari jenis herba. Pemahaman seperti ini terjadi kerana kita tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan herba itu.

Daun yang dipetik dari tumbuhan syrub dan kemudian diracik-racik sehingga halus bukan herba. Kayu atau akar yang diracik-racik sehingga halus dan dicampur ke dalam kopi bukan minuman herba. Kopi herba? teh herba? herba apa? apa yang dicampur kedalamnya. Adakah dinyatakan peratus campuran 'herba' tersebut.

Di pasaran terdapat lambakkan produk seperti kopi tongkat ali, kopi pra campur herba akar serapat. Adakah pengguna sedar apa yang mereka minum? adakah kandungan didalam kopi tersebut seperti yang ditulis diatas label?. jika dilabel ditulis akar tongkat ali, adakah pasti serbuk akar tongkat ali yang dicampur kedalam serbuk kopi? dan bukannya batang tongkat ali?. khasiat batang dan akar tongkat ali adalah berbeza.

pernah sekali saya diberitahu satu kes lama dahulu apabila ada pihak yang ingin mengaut keuntungan cepat hingga sanggup mencampur serbuk kayu pokok getah dengan kuinin, dan menjualnya sebagai tongkat ali.

Jangan pula ada pengguna yang tersilap anggap bahawa meminum kopi campuran dengan tongkat ali akan memberikan tenaga tambahan atau hilang mengantuk. hal ini kerana bukan tongkat ali itu yang buat anda bertenaga, tetapi kesan kaffein dalam kopi itu yang membuat anda boleh menahan mengantuk.

Jadi lah pengguna yang bijak. Jangan hanya mendengar perkataan minuman herba lekas-lekas pula kita beranggapan iya adalah minuman yang memberi lebih manafaat kepada kesihatan. mungkin minuman seperti itu tiada banyak berbeza dari secawan kopi kampung yang biasa.

No comments: