MEH LAH KLIK...

Monday, February 16, 2009

senarai 15 soka soka

1. aku suka sangka buruk bahawa penyanyi hiphop antarabangsa yang kaya raya tu buat album untuk bersihkan wang haram (duit hasil dadah, pelacuran), ya lah buat lagu bunyi 'kluk klak kluk' pun boleh untung juta juta dollar.

teori ku: mereka buat album dengan duit sendiri menggunakan label syarikat sendiri dan mereka juga beli album mereka sendiri lepas tu edarkan secara percuma kepada pengunjung konsert atau gig mereka. so rotate balik lah duit tu masuk sebagai keuntungan syarikat. pembersihan wang haram.

aku tahu macam serkap jarang saja fikiran ni. memang serkap jarang pun. ada sekali tu aku dengar komen ashton kutcher dalam satu rancangan bual bicara, dia kata... 'artis hiphop betul2 bawa pistol yang betul'.

nampak sangat aku terpengaruh sangat2 dengan wayang tony montana.

2. aku suka tengok men's apparel. jaket, sport jaket, coat, shirt, dress shirt.. bla bla bla.

3. aku suka fikir bahawa banyak yang silap dalam sistem pendidikan/pelajaran di Malaysia. bukan lah maksudnya buruk sangat. tapi jika holes in the system have patched. maka anak-anak malaysia akan dapat menikmati satu sistem yang lebih baik.

4. aku suka band aid. dulu aku ada kumpul banyak band aid sampai tak guna pun. sekarang dah tak sangat kumpul2. tapi aku masih suka.

5. aku suka ubat-ubatan. bukan makan ubat. (aku makan ubat jika perlu sahaja). pil-pil/kapsul/kaplets didalam botol boleh mengasyikkan dengan sekadar menontonnya.

6. aku suka sejarah, geografi, american studies, dan politik. walaubagaimanapun, aku tak berapa suka baca sejarah Malaysia.

7. aku suka belajar bahasa. walaupun tahap penguasaan mana-mana bahasa yang aku pernah dan cuba pelajari tidak lah bagus atau lebih tepat lagi buruk.

8. aku suka tengok rancangan Melodi di TV 3. walaupun aku suka kutuk cara mereka serbu/terjah artis. aku tetap suka tengok tiap2 minggu. aku tahu mereka (wartawan melodi) tak boleh kisah aku kutuk sebab yang penting aku telah menyumbang kepada peningkatan rating mereka.

9. aku suka bloghopping yang amat sangat.

10. aku suka menyibuk. aku lebih suka tengok berita dari tengok kartun. satu2 nya kartun yang aku bersemangat waja nak tengok ialah kartun rugrats terbitan nikolodeon. i am news junkie. tapi tak pula aku set my hp supaya dapat feed news alert dari bbc atau nst atau star... (aku takut benda tu berbayar).

dulu masa sekolah, tidak membaca berita harian akan buat aku rasa tak best.
bila masuk u, tidak membaca NST akan buat aku rasa tak best. ya, saya suka media cetak yang dikawal oleh kerajaan.

11. aku suka duit.

12. bila aku tengok filem gangster jual dadah, seperti scarface, american gangster, blow, aku rasa sedih bila pengedar dadah dalam filem itu ditangkap. tapi bila tengok berita aku rasa lega bila polis berjaya menumpaskan sindiket2 dadah.

13. aku lebih suka tengok movie yang disiar di TV dari pasang DVD.

14. aku suka fikir bahawa satu masa nanti di masa hadapan, aku akan berehat diwaktu malam dengan menghisap shishah (paip berasap orang arab) sambil main pool, seorang diri diruang tamu. bunyi yang aku dengar ialah suara pemberita yang disiar dalam TV besar. paip shisah itu diletakkan diatas bar. setiap kali aku poketkan bola pool aku akan hirup tea lemon ais. (dapat bayangkan???).

15. aku suka terbayang aku mengajar murid didalam kelas berkaitan dengan pelajaran evolusi. dan aku kerap terbayang tempat aku mengajar itu ialah kolej matrikulasi labuan.

No comments: