MEH LAH KLIK...

Monday, February 16, 2009

pengurusan kewangan yang tak berapa bijak??

internet tersangkut-sangkut. biasa lah tu kan... boleh dikatakan hari-hari ada masalah ini. rasa nak sangat beli broadband. aku ada baca beberapa blog bahawa broadband celcom servisnya kurang memuaskan. servis dari syarikat lain tak pernah pula aku baca komen, neither good or bad.

baru-baru ini ketika duduk menunggu di sebuah gedung kain, aku membaca majalah Malaysia Tatler. wah.. didalamnya penuh dengan aktiviti sosialit malaysia. ramai orang kenamaan, ranging from royal to politician to bussinesman to actors. who's who dalam malaysian high society circuit. agak menarik. dan tebal.

oh tidak, bukan nak berangan menghadiri parti koktail seperti itu. (aku tak akan dapat menyesuai dengan majlis sedemikian, plus i hate the aroma of alcohol). cuma tertarik dengan gaya mereka. atau haruskah aku sebut gaya elegan mereka. we know it is all about money right??. macam menonton gossip girl atau the o.c saja aku rasa. but this is for real.



kebetulan lepas aku membaca majalah itu (membaca? tengok gambar lah...). aku menonton pula filem count of monte cristo yang disiarkan di astro. terfikir2 pula jika nak bergaul dengan sosialit ini kena buat parti. bukan sekadar parti tapi parti dalam skala semuanya besar. macam edmond dantes dalam filem itu. ya... parti pelancaran atau housewarming (cuma sekadar alasan untuk berparti???) siap dengan persembahan akrobatik dan dendangan nyanyian dari John Legend.

ada yang kata evening cocktail, ada yang kata soiree. mana2 pun itu parti kan..

ok tutup pasal majalah.

bagaimana nak survive dengan rm50 untuk tempoh seminggu??

kalau aku dikampung. rm 50 itu besar sangat jumlahnya. sebab makan minum disediakan oleh parents. maka rm 50 itu untuk topup hp (jika mahu..) tak pun untuk beli snek, seperti ayam panggang atau hotdog.

disini, emm.. rm 50 itu untuk makan pun belum tentu cukup. nasib baik lah, kedai makan aku selalu pergi (selalu?? hari hari lah...) tu harganya agak berpatutan. so jimat. malam lagi jimat sebab selalunya maka megi.

aku cuba untuk minimumkan perbelanjaan. sebab... aku tiada income (if any pun.. bukan pendapatan yang tetap. ada job2 part time, itu pun like twice a year??) walaupun duit itu cukup. tapi duit itu tidak banyak. since i used chunk of cash to pamper myself last weekend. so my financial is pretty off balance. its ok... memang dah lama nak pampering diri sendiri.. (ceh.. korang bole muntah).

sebenarnya aku tunggu2 bila lah akaun nuffnang ni nak swelling se-bengkak yang boleh. ingat kan hasil mahsul blogging tu nak dibuat beli2 barangan kompite. itu lah plan aku, dari kompite untuk kompite. nampaknya long wayyy to go.

nak beli kasut. tapi aku tak perlukan sangat. cuma nak tukar selera. i wear the same 1 year old black pvc shoes. tapi selalu juga aku selang seli pakai sandal aku yang 20 ringgit tu... so i am looking for something yang affordable dan tak lah konservatif sangat. loafers lah selalunya yang cocok dengan selera aku. mary jane tu nampak memang cantik, tapi for me to wear?? tak payah lah.

what else?? oh ya.. goblet dan wine glass di giant tu aku tertarik juga. actually dah lama gila dah aku tertarik.. cuma tak beli2 lagi. 4 biji rm 20++ ada yang 3 biji rm 20++. rock tu pun hokeh. emm.. i spend about rm 70. aku boleh dapat goblet, wine glass, dan rock, 4 biji setiap satu, menarik. tapi lari budget lah kalau aku tiba2 keluarkan duit 70 ringgit nak beli gelas.
ini wain


ini rock
ini goblet

bukan nak pakai untuk minum sangat pun... cuma nak miliki sahaja. tengok... asyik2 nak beli barang tak perlu. aku ingat satu lagu kanye west, dia kata we buy a lot of clothes but we dont really need them. aku ingat juga dalam pelajaran akhlak waktu sekolah dulu, zuhud ialah sifat yang baik.

apa pun mengumpul gelas mungkin satu perkara baru yang boleh dipertimbangkan sebagai hobi. hobi???

No comments: