MEH LAH KLIK...

Friday, February 13, 2009

nasi sedap!!!

*awas entry panjang yang hammat....

cuba tengok entry di bawah yang bertajuk 'Legend-dary' cerita di sebalik nya ialah. malam kemarin (rabu malam khamis) aku mengikuti rejim mengurangkan makan nasi seperti biasa. aku makan 2 bungkus magi. tapi tak licin. ada tinggal segenggam. (mungkin kerana selalu sangat makan... jadi dah tak berapa sedap).

dipendekkan cerita 2-3 jam selepas dinner aku tak bertenaga tapi tak lapar. lepas aku cuci kain tu memang flat. kebetulan pula internet sangkut. mula2 plan nak buat kerja. tapi jangan kan nak buat kerja menaip2 ni. hatta nak dengar lagu mp3 pun aku tak bernafsu.

petang sebelum tu cuaca sangat baik. terang benderang setelah beberapa hari mendung. aku pun dengan cerianya lari extra lap. dengan kelajuan extra. lagipun masa tu kawasan jogging tu agak meriah dengan orang sekeliling dan anak2 mereka. maklumlah cuaca elok kan. aku buat kardio lebih kurang 30 minit. lepas tu sambung dalam 10-20 minit senaman otot. (crunching, squatting, kicking) semua aku buat extra.

dengan larian extra, tapi tak makan nasi. aku flat yang tak lah lapar. tapi penat. badan aku tak lah sakit2. tak tahu macam mana aku nak huraikan kepenatan itu. aku cuba divert perhatian dengan mencari bacaan ringan. masalahnya aku tak ada bahan bacaan ringan. semua yang ringan2 aku baca online. internet pula sangkut. nak selongkar dalam almari buku. aku tak bertenaga. lagipun yang bahan baca teringan didalam simpanan ku cuma lah buku 100 most influential person. last2 aku capai apa yang paling dekat. iaitu senaskah thesis.

try baca. nak divert lah konon supaya jangan fikir pasal makan. hahahaha.... kalau majalah urtv kah astro tv guide kah.. laman web gossip, atau omg yahoo logik jugalah aku terdivert. ini thesis. lagi lapar dan penat aku rasa. aku tutup thesis itu dan baring sahaja.

aku sms kaka kata keadaan aku macam mana. dia suruh minum susu. masa tu dalam pukul 11.00-11.30 pm.

lepas aku makan cookies 4 keping baru rasa tenaga datang balik. fuh... then aku tak lah buat kerja. tapi sambung aktiviti2 membaca. buku lain.. bukan thesis itu. itu aku rujuk2 macam tu sahaja... (hehehe..). kebaikkan internet teroffline ialah, aku membaca hard copy stuff. aku plan nak beli majalah di masa datang. at least almari buku ku nampak lebih berwarna warni.

malam ni, aku pun langgar lah pantang konon tak nak makan nasi malam. aku makan nasi goreng usa. tinggal bawang besar tu saja aku tak lahap. yang lain2 aku makan semua. nikmatnya lain dari biasa. hehehe... selalu minum air kosong dengan megi. tadi siap order air cincau. tapi manis sangat lah minuman tu. aku siap tambah air masak lagi depan2 tuan kedai tu. tu lah dinamakan diet hangat2 tahi ayam.

pantang makan nasi saja aku langgar. jogging, dan aktiviti mengurangkan extra luggage tetap diusahakan. hari ini tambah 1 lagi aktiviti skipping tanpa tali skipping. (nanti2 lah aku beli).

aku jadi angkasawan sekalipun, aku tetap akan bawa nasi untuk dimakan di angkasa.

.........................................................................................................................................................................

aku dah suka dengan 'buku' itu. bukan lah seceria atau serelax membaca novel cintaku tertinggal dirumah susun. tapi amat berguna untuk orang macam aku. banyak method2. aku dah check online harganya usd126.60 (yang paling murah lah~ dari india sebab tu murah sikit.) tak termasuk shipping. agak mencekik darah juga tu. harap2 ada lah yang sudi menghadiahkannya (read: jangan Harap! ada yang sudi menghadiahkannya).

memandangkan aku suka memipis lada untuk burung yang terbang, tadi aku check2 onibersiti disebrang laut kawasan hemisfera selatan. bidang ada. tapi spesifik tu aku tak tahu lah ada atau tidak. lagi satu sistem onibersiti tu tak paham sangat. ada 0.5 EST ada 1.0 entah lah apa benda. aku rasa kod2 rahsia tu tunjukkan kau full/part time dan requirement durasi pengajian (macam kredit hours lah rasanya). aku tak paham.

yuran aku tak pasti juga, duit mereka dalam 5000++. ni pun aku tak tahu lah per year atau per sem. cuma dia ada mention 1 tahun ada 2 semester. malas nak konvert ke nilai ringgit.

di east lansing, michigan 10 ribu usd setahun. bidang nya ada. tapi tak tahu lah. lagipun aku memang tak minat langsung nak ke east lansing. walaupun...

lagipun ekonomi tak berapa nak baik sekarang ni. senior aku sekarang berada di sana. sebab tu aku siap tahu bayaran sekali tu.

england atau UK sila lupakan serta merta. sebab masalah aku sekarang (ceh part 2 belum habis sudah mencanak plan part 3, tak apa.... cita-cita mesti ada) aku malas nak cari penaja. so you know what i mean. ada penaja kau terikat. itu saja disadvantagenya. advantage nya banyak... seperti FREE CASH. it is free because it is priceless.. (ingat tu para penerima sponsor... ko makan duit pembayar cukai tu.. sila finish on time.)

hemisfera selatan murah sikit. sebab tukaran duit yang tak berapa nak mencekik darah. england dan europe. hehehe... without sponsor, pengajian akan jadi tak ubah seperti melukut di tepi gantang.

oh ya lupa how about local??? memang lah aku ada pertimbangkan. tak berhati perut lah jika aku tidak. nanti2 lah aku cerita apa kisah disebalik dan disebalik. SE-asia macam mana? yes.. bogor pun nampak hokeh, nsu pun nampak ok.. even ubd pun nampak ok.

mula2 aku tiba2 pertimbangkan NYB. bila dia mention terletak di Bronx. aku terus-terusan suam2 kuku dah. aku tahu aku paranoid. tahukah anda berapa jumlah orang mati kena tikam di bandar NY?? tahukah anda walaupun milawaukee (tak tahu eja) bandar tak berapa besar, tapi disana pernah berlaku kes bunuh yang feymes... ingat jeffy?? ni lah bahana terlampau tengok rancangan TV amerika. yang aku tahu pasal amerika cuma yang dalam tv. dan yang aku baca...

siakap sinohong gelama ikan duri. cuba check dalam tong. apa yang disembunyikan jeffery.

sebut pasal america. mereka pun ada their own version of diana daniaelle and syamsul haslam... cuma dalam bentuk rihanna dan chris brown. stop aggression against woman and children ok!

ok lah nanti sambung balik mengarut... line internet agak tidak stabil.

p/s: soalan kuiz: berapa peribahasa kah yang digunakan didalam entry ini?

1 comment:

Nama saya M said...

ko mmg true malaysian la. pegi angkasa pun kene bawak nasi. nasi dlm tiub ubat gigi agak2 sama tak nikmatnya dgn nasi dlm pinggan?