MEH LAH KLIK...

Thursday, February 19, 2009

meet the expert

tadi aku berkobar2 nak tulis blog. internet pula bagus. lepas tu kelepup... black out. betulkah kata orang, sabah lebih banyak mengalami gangguan elekterik dari semenanjung? jika betul, sila gunakan duit hasil mahsul minyak dan gas sabah untuk keselesaan seluruh warganegara sabah. hokeh jangan nak berdolak dalik, federal dah kasi sekian percent, sekian billion... wei tak cukup lah kau punya sekian persen tu... we want more.

ada plan nak buat power plant arang batu di sabah, dengar2nya lah? amacam jadi atau tidak? ni siapa yang dapat projek ni?? berapa persen pulak dia cut? nanti con atas sub con atas sub con.. lampu tak menyala-nyala juga. pas tu salahkan kelembapan ekonomi.

yang pakatan rakyat tu pula jangan nak mencelah dengan slogan 'kami akan berkhidmat dengan lebih baik untuk rakyat.' dah cukup dah jangan nak bagi harapan palsu. nanti korang berkuasa pun korang pun sama jahanam sub con atas sub con atas cronies bawah cronies.

huisyh... apa aku mengarut ni... ni semua black out punya pasal lah ni.

dah tutup cerita pasal bekalan elekterik kepada warganegara sabah kejap.

tadi aku jumpa em... macam mana nak describe ya... seorang expert dalam bidang aku. dia ni terkenal diseluruh rantau asia tenggara dan juga beberapa bahagian di barat (us n eropah), mungkin juga jepun. korang tak kenal lah... tapi dalam bidang aku memang beliau sangat terkenal.

kiranya kalau dalam bidang sukan badminton dia ni setaraf dengan misbun sidek lebih kurang. cuma beliau tak dapat pangkat dato' saja lagi. berdebar dan segan aku masa introduce dengan beliau. hehehe.... analoginya korang wakil badminton sekolah, lepas tu tiba2 dapat jumpa misbun sidek. ha kira macam tu lah lebih kurang.

ikutkan susur galur perguruan, dia ni pangkat granpa kat aku. dia tak lah tua sangat, baya2 my parents. dia cakap english, aku jawab berterabur juga lah english campur melayu. segan beb, nanti dia tanya soalan power2 apa aku nak jawab, aku ni baru nak belajar baca kitab. kami berbicara lebih kurang lah. tapi semuanya berkaitan dengan bidang. happen to be dia tahu bekas site (kawasan) aku dulu. aku pun kasi tahu lah dulu aku buat kat selatan, begini begitu.

dia siap bagitau aku kawasan tu ada benda baru dijumpa,sangat menarik kerana tanah kawasan tu berasid (acidic soil). perghh.... berdebar aku kejap... kan aku dah terlepas cakap, aku dulu study kawasan tu, mana tau dia tertanya soalan ilmiah. aku tak lah tahu kawasan tu asid kah alkali kah tawar kah keras kah masin kah. aku pun cepat2 minta diri. walaupun sebenarnya teruja nak bincang2, tapi dia pun busy. lagipun aku sedar diri, ilmu aku ni sangat lah cetek kalau aku nak bincang dengan dia, aku rasa memang aku tak boleh catch up lah.

kawan aku, Gio bagitau, yang the expert tu suka berbincang yang ilmiah2 sahaja. hehe.. nampak sangat jauh beza aku dengan the expert, gossip2 artis suka lah aku nak diskas, yang ilmiah2 ni time nak jawab exam saja aku baru nak bincang2. hehehehe

apa pun rasa agak best sebab dapat jumpa beliau. future guru??? tengok lah macam mana ya...

No comments: