MEH LAH KLIK...

Wednesday, February 11, 2009

Legend-dary


aku sekarang ni menjalani sedikit 'latihan disiplin dalam permakanan'. aku tidak makan nasi pada waktu malam. tapi bila waktu siang aku makan nasi dengan penuh semangat. siap dengan kuah gulai santan. malam aku gantikan nasi dengan 2 bungkus maggi. ya 2 bungkus maggi untuk menggantikan sepinggan nasi bukan lah diet yang baik dari segi kalori dan juga khasiat. malam tadi aku cuba ganti maggi dengan tuna mayo dan 3 keping cracker dan setin air soya. aku ingat ini berkesan. rupanya tidak. aku tambah lagi makan 4 keping cookies dan habislicinkan setin tuna itu. still belum kenyang cuma tidak lah berasa kebulur.

aku tak mahu makan roti (white bread) pada waktu malam. sebab kesannya sama dengan nasi. atau worse sebab ada yeast. whole grain bread terlalu 'ringan' aku hanya akan kenyang dan puas selepas makan sebuku roti. lepas tu lapar balik dalam masa 3 jam. jadi roti2 semua tolak tepi.

protein diet? aku nak. tapi mahal. (ayam lebih mahal dari magi atau nasi).

kini aku tak ubah macam will smith dalam i am legend. tertunggu2 waktu siang. bezanya will smith tunggu waktu siang sebab dia tak nak di makan oleh zombie. aku pula tunggu waktu siang sebab aku nak makan nasi.

p/s: minum kopi atau minuman berkaffien sebelum jogging adalah kurang baik. sebab anda akan berasa haus like hell.

No comments: