MEH LAH KLIK...

Thursday, February 12, 2009

kenapa kertas litmus bertukar warna

bila wanita bicara. mesti mahu cerita pasal membeli. beli bag beli kasut beli baju beli seluar beli makanan.

dan aku juga termasuk. (buat lah penaakulan mantik sendiri)

baru-baru ini aku nak beli satu yang jarang2 aku teringin. iaitu clutch, atau tas tangan, atau purse atau kampil. (guna lah mana2 perkataan yang kau suka).

sooo not me. but i like it. period. (baca dalam nada anti bimbo)

harganya yang original mahal. aku tahu. tidak mampu.

aku tak tahu satu habuk pun tentang jenama ini. adakah milikan orang china orang amerika atau orang orang. dan aku tak kisah tentang jenamanya.

cuma rekabentuknya telah buat aku tertambat. aku bukan brand freak. sekurang-kurangnya tidak lagi.

aku tahu tiub atau tops tanpa lengan MNG dan singlet pagoda itu ada bezanya. aku lebih suka tengok persamaannya. iaitu tanpa lengan dan seksi jika dipakai begitu sahaja. singlet cap buaya 10 ringgit 3 helai dari kain kapas pun sama dengan tank top dari adidas 100 ringgit sehelai. ada bezanya juga. dan aku tak beli tank top adidas.

sudah tentu anda tak akan kelihatan seperti jetsetter jika pakai singlet putih cap pagoda. kecuali anda sangat hensem/cantik seksi yang amat. maka pakai apa pun nampak umph.

No comments: