MEH LAH KLIK...

Thursday, February 26, 2009

Geng Pengembaraan Bermula- The Review.

baru semalam menonton wayang animasi Geng ni. atau nama glemer wayang ini ialah upin ipin the movie. untuk wayang animasi tempatan, filem ini jauh dihadapan. cerita bagus, teknikal bagus, lucu bertempat. ada keseimbangan antara hiburan dan penyampaian nilai berguna, seperti perpaduan dan kemasyarakatan.

tahniah kepada pasukan produksi filem Geng. ini lah baiknya jika tugasan dalam produksi dibahagikan, mengikut kepakaran masing. Pengarah, pengarah audio, pengarah grafik, dan pengarah2 lain, orang berlainan. sebab jika sorang nak hangkut semua... semput lah. atau idea tu berlegar2 dikotak yang sama. kalau ada satu team yang punya bakat dalam bidang masing2, digabungkan kepakaran tu... hasilnya satu produk yang baik.

nah ini adalah contoh kepada pembikin wayang tempatan. jangan nak bolot semua, pelakon, pengarah, penyunting, penerbit, pengarah audio semua orang yang sama.

Geng ni pasal cerita 2 remaja iaitu Badrol dan Lim pergi balik kampung.. (somehow... aku rasa kampung tu di Banting.. entah kenapa)... ala sinopsis ni korang boleh tengok dalam web lain.

ok mula2 cerita agak slow.. sebab aku rasa nak perkenalkan watak2 tu semua.. nak kasi intro jalan cerita. slow.. tapi masih boleh diterima. ada juga lawak2 seperti cara tok dalang beritahu pasal tapak kaki hantu durian.. pasal monyet minum air kelapa. dan the most memorable scene mestilah masa Muthu bercakap tentang menu.. lucu.. hahaha.. masa tengok the making pun scene Muthu itu lah yang aku paling berkenan dan menyebabkan rasa teringin sangat nak tengok.

scene lain flow dengan bagus. terselit lawak2 upin dan ipin bersama kak ros. so on... dan yang terlawak aku rasa masa upin,ipin dan rajoo di cliff nak terjatuh... 'fikir masa depan'... then 1 of the twin salah faham, lalu dia lompat ke depan maka.. maka terjatuh lah. pas tu diakhir movie pun perkara sama berlaku kepada tok dalang, mak uda, dan muthu. lawak yang amat... soka-soka...

scene menyanyi sekampung (yang sebenarnya bayangan rajoo). ok just nice. tak terlebih2. secukup rasa. walaupun lirik agak tak berapa best. still ok.

lain2 scene yang aku suka, scene pemandu bas dengan angsa, Badrol dan Lim merempit.. (i think aku pernah tengok scene ini sebelum ni.. hehehe, sneak peak 2 tahun lalu di lab anatomi????), oh ya badrol yang macam tertarik dengan ros.. tapi attraction yang natural... normal lah budak lelaki suka dengan perempuan kan... part ni pun nice juga.. dalam tertarik2 tu tak lah sampai jadi kuch kuch hota hey.

ok dah puji2 kena ada kritik2 sikit.

scene ular tu... agak overdo. overdo macam lepas hisap gam. ada ular ada lintah yang saiz semua bertahap jurasik. tapi nama pun kartun kan. kalau lilo n stitch kita boleh terima alien2 nya... setakat ular besar dalam Geng ni aku boleh terima. then Opeet (??) sejenis binatang alam lain, pun ada overdo juga. macam saduran ice age. still ok. walaupun ada unsur2 fantasi melampau. kalau madagascar kita boleh feeling unsur hisap gamnya, maka ini pun aku ada feeling2 juga. hisap gam tu i mean mengarut lah... halusinasi atau bahasa halusnya kreativiti hehe...

aku dah agak dah... yang hantu bertanduk2 besar tu singh dan salleh or sally. oh ya scene salleh eja namanya sally.. jadi s.i.l.l.y tu... emm aku rasa ini lawak lama.. kalau tak silap entah mana komik lah aku baca (gila-gila atau ujang) dulu ada lawak mengeja2 nama S.A.L.L.Y ni.. ke ini lawak imuda dalam sitkom dulu2??? either way... watak sally itu kira rempah ratus juga lah dalam cerita ni. rempah yang ok.. secukup rasa juga.

aku tonton filem Geng bukan atas dasar patrotik atau sokong produk tempatan (rayuan basi penggiat filem Malaysia). tapi aku tonton Geng kerana kualiti, aku rasa filem ini bagus dan aku boleh menjadi tidak kisah dengan scenes yang mengarut2. mengarut ok.. insulting intelligence no no no. so just nice untuk Geng. apa lagi... tonton lah (ceh promo percuma... hehehe..).

produk baik. no wonder lah producer pun target kutipan tinggi... keep up the good work!

No comments: