MEH LAH KLIK...

Thursday, February 5, 2009

from all around the nation

on Perak (again..)

mula2 sekali cerita pasal Perak. tak habis2 aku mencemar blog ni dengan kisah politik2 tingtong. secara umumnya itu coup. not illegal but also not ethical. mereka tu ahli politik, maka kisah beretika tak beretika ini jatuh di tangga2 bawah dalam soal kehidupan mereka. aku ada beberapa rakan yang merupakan rakyat perak seperti fathi, ani, dan lain2 lah malas aku nak tulis nama semua2. rasa simpati kepada mereka. nasib baik lah ada institusi beraja kan...

apa pun yang paling penting sekarang ialah Perak ada sebuah pentadbiran. administration. tanpa satu pasukan pentadbiran macam mana aktiviti2 pemerintahan boleh berjalan. ada YB dan exco pun kalau asyik buat sidang akhbar saja kerjanya satu kerja atau amanah rakyat pun tak boleh dilaksanakan

dalam sidang akhbar selepas sidang aku rasa ada seorang lelaki yang mesti senyap dan sebenarnya tak layak untuk membuat/menghadiri sebarang sidang akhbar. lelaki itu ialah Anwar bin Ibrahim.

amacam dato? sedap taste a dose of your own medicine?. the man is very talented in order to memporak perandakan keadaaan. i understand if he against his former party. tapi what he done to PAS is shameful. sampai PAS pun boleh berpecah dikerjakan oleh nuar beraim. PAS ada acuan Pas sendiri. tiba2 bila nuar masuk campur semuanya porak peranda.

nuar beraim breaks everything he touch.

walaupun aku tak setuju dengan kelakuan legal but not ethical (read: coup). tapi aku setuju dengan keputusan tidak ada pilihanraya. aku setuju dengan tindakkan Sultan Perak. sebab in case ada pilihanraya. there we go again. tak habis2 politik politik. bubar dun, pas tu penamaan calon. lagi satu pusingan panas. semua orang akan pikir dan bercakap pasal politik politik politik. mimpi politik makan politik. tu belum masuk fitnah dan maki hamun sesama sendiri, lobi melobi, kroni mengkroni. tak kisah lah apa brandnya, yang Perak perlukan sekarang ialah satu team pentadbiran. tak kisah, lah cop libra kah cop bulan kah hatta cop mata lebam sekali pun.

so tak payah lah nak berhimpun sampai 100k, i think it is unwise lah nak jadi penderhaka. harap2 yang terbaik untuk rakyat Perak.

agak power penangan kemelut politik yang penuh selut tu. sampaikan aku asyik baca blog politik sahaja. sampai tertidur2 aku rasa tadi. terignore segala cerita gossip2 artis malaysia. aku kurang menyumbang rating kepada blog gossip sejak tercetusnya sepak terajang politik terbaru.

tadi waktu di kedai makan pun asyik2 orang tunggu update terkini dari Perak. especially bapak-bapak. tapi baru kejap tadi aku baca komen blog PZ. perghh... menarik dan menghiburkan, even kat dalam tu pun masih juga ada terselit dicelah2 kisah perak. betapa Perak menjadi news of the week tak pun month. aku di kedai makan tadi terpikir ada 3 perkara yang boleh melakukan akhbar, 1) disaster 2) sex and scandal 3) politic. mungkin di malaysia kena tambah 1 lagi iaitu kisah2 mistik.

berubah kepada kes yang lebih serius.

baru2 tadi aku baca sebuah blog ni. kisah menarik, ada isi, bahasa inggeris yang mantap. sampai aku buka kamus kerana ada kosa kata beliau yang aku tak paham. aku kira penulis seorang yang pernah menetap di negara asing.

pergh... aku memang lah agak impress dengan penulisan yang punya kosa kata pelik2. disamping isi yang serius tapi gaya penyampaian yang bersahaja.

melalui blog beliau ini juga telah aku tahu bahawa ada sebuah gerakkan atau projek yang dinamakan Joshua Project. projek ini kiranya projek mengkristiankan unreached people. dan melayu semenanjung malaysia tersenarai dalam senarai unreached people ini. ada disiarkan sekali statistik berkenaan melayu semenanjung.

blog deminegara sudah mengulas panjang lebar dan memberi pendapat berkenaan dengan isu penggunaan perkataan 'ALLAH' dalam skrip bahasa melayu kristian. aku setuju pendapat beliau kerana perkataan 'God' boleh di translatekan ke bahasa melayu sebagai 'Tuhan'. jadi tak perlu nak buang masa pergi mahkamah segala. sebab this action hasilnya lebih ramai yang akan sakit hati atau tersinggung.

ya aku rasa juga menterjemah skrip kristian ke dalam bahasa melayu bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan pemahaman penganut sekarang ini terhadap ajaran kristian tapi lebih kepada satu metodologi untuk mendapatkan penganut baru. converting orang kepada agama kristian. sekarang kes sudah masuk mahkamah. all of sudden juga mendapat sokongan ahli politik yang supremist, atau hyper-whiner, ini pun termasuk dalam kelas ahli politik tingtong tak sedar diri. aku rasa tok nek dia yang hidup sebelum 1957 mesti kecewa dengan kelakuan sumbang cucu mereka ni.

asal ada saja isu yang berkaitan agama yang boleh mencetus sentimen di pihak orang Islam, dia mengetuai kumpulan untuk membuat further provocation. isu tulisan jawi, isu babi, isu DEB, isu pakaian, isu azan. pendek kata semua isu yang boleh diselesaikan dengan baik dia akan provoke untuk mendapat political gain. konon2 dia lah race champion. yang paling malang ada orang islam yang sanggup bersekongkol dengan penghancur islam ini semata2 kerana pangkat dan kuasa politik. tak ada sebab nak politikkan tulisan jawi. bubuh saja lah tulisan tu kat papan tanda, lepas tu apasal kau tak boleh nak bernafas pulak??? tak relevan nak politikkan tulisan jawi di papan tanda jalan. lain lah nak ajar tulisan jawi sebagai subjek wajib upsr. itu ada kes juga lah kau nak meroyan.

ya kristian ada tanggungjawab terhadap agama mereka untuk menyebarkan ajaran.

aku harap saudara muslimin dan muslimat, semua orang Islam di Malaysia ini (termasuk aku), menguatkan benteng agama kita. mengikut ajaran Islam sebenar. menyiapkan diri dengan segala yang perlu untuk mempertahankan akidah kepada Allah SWT.

musuh menyerang dari segenap sudut jika kamu baca dalam Joshua Project. mereka ada metodologi yang tersusun untuk mencari penganut baru. antara yang tersenarai termasuk lah ethnik2 dari dunia arab, arab afrika dan kawasan sekitar pedalaman di afgahanistan, mongolia central asia. melayu semenanjung Malaysia juga termasuk dalam senarai mereka sebagai unreached people. mereka berusaha mencari jalan untu reaching the unreach. salah satunya ialah dengan menterjemah bible ke bahasa2 tempatan yang sesuai dengan bahasa unreach people. projek joshua ini siap melabel bangsa2 yang hendak mereka nak convertkan dengan kod. seperti melabel barangan saja lagaknya.

berhenti menuding jari. berhenti bercakaran sesama sendiri, berhenti berebut kuasa. kerana musuh sedang memerhati dan mengkaji kelemahan umat Islam. musuh sedaya upaya menghancurkan umat Islam. berhati2. sekarang yang nyata terjadi dilihat di Gazza. tapi kekejaman terhadap umat Islam bukan saja ada di Gazza tapi juga di tempat2 lain. umat Islam dihalang untuk mengamalkan ajaran Islam di tanah air sendiri, seperti yang berlaku di asia tengah. kesudahannya umat Islam semakin melupakan ajaran Islam, generasi baru tak tahu menahu tentang agama mereka sendiri.

mungkin cara untuk mereka menarik penganut baru bukanlah dengan cara terang2 an. emm agak kurang bijak lah masuk sebuah kampung pas tu longgok segala syarahan agama baru. cikgu aku pernah kata, mereka (missionary) datang mula2 bawa makanan. sebagai umpan, target2 utama mereka (dengan cara bawa makanan) ialah orang2 miskin dan hidup susah. bila dah asyik masyuk dengan makanan ata barangan yang disogok. lepas tu baru lah ajaran disebarkan sedikit sedikit.

selain mengukuhkan pegangan Islam kita juga mesti kukuhkan ekonomi. kerana jika miskin kita akan ditindas dan diperkotak katikan. tak kira siapa, orang politik, orang bukan politik, orang kampung atau orang bandar. berpegang teguh lah kepada hukum ALLAH SWT berpegang teguh ajaran Al-quran, berpegang teguh dengan Sunnah Rasulallah SAW.

percubaan mengelirukan orang Islam dengan transkrip yang mengelirukan dan penuh seleweng itu mungkin cuma percubaan kecil. percubaan kecil ini jika tak dibendung dan dihentikan akan mendatangkan masalah kepada umat Islam pada masa akan datang.

apa yang saya nak highlight kan disini bukan lah isu penggunaan perkataan ALLAH SWT semata2 tetapi berkenaan dengan umat Islam mestilah berpegang teguh dengan ajaran Islam dan hukum ALLAH SWT berpegang teguh dengan kitab Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad, Rasullallah SAW. mempersiapkan diri agar dapat mempertahankan akidah dan agama Islam yang suci.

1 comment:

Anonymous said...

I'm sorry but I disagree with you on this. I have always known God as Allah in my church since I learnt to speak and that was a long time ago as I'm 21 now. You guys are just making a big hype because you're now only finding out about our religion and that,from the wrong source. If you have akidah, you will not be afraid of us using the name Allah. I believe we have the same God but you Muslims make it seem like our God is different, then how can you confess that Allah is the only God if you don't admit we worship Him as well. Even Nabi Muhammad recognize that Muslims, Christians & Jews worship the same God. You are very ignorant. Don't be afraid of us, learn from us what you'd like to know. Don't jump to conclusions. God Bless.