MEH LAH KLIK...

Thursday, February 19, 2009

cravat

kali ini nak cerita pasal cravat. cravat ni macam necktie lah juga. cuma dia old skool. nak tahu apa bendanya sejarah cravat ni. tu ha kat wikipedia ada tulis panjang2 dari zaman dulu2 lagi tu ha... nanti boleh baca kemudian.
meh tengok gambar dulu... ini lah cravat... boleh ikat macam ni atau...


ikat macam dibawah ni pun boleh. ada juga panggil neckcloth. macam neck tie biasa tapi besar sikit kain dia tu. tidak lah aku tahu apa motif ada cravat ni... mungkin kat croatia tu sejuk sangat, mereka pun bungkus lah leher pakai kain, lepas tu ikat stailo2.
yang fesyen ikat macam ni AC mizal selalu pakai. apa baju bon zainal ka apa??... tapi tidak lah lah aku sanggup nak letak muka ac kat blog aku... heheheha ini lah jejaka hensem, pakai apa pun nampak hensem, suara pun sedap, Anuar Zain. dia punya dia ikat macam skaf. sedondon dengan pocket hanky dia. dipadankan dengan double breasted itu. classic gitu.
pak haji aznil, dia pula padankan warna cravatnya dengan cummerband. selalu orang pakai cummerband warna burgundy atau hitam atau putih, sekali pak haji pakai corak batik. bagus juga ada malaysian flavour kan.
dafi pun pakai juga tu. dia pakai dengan jaket 1 butang, cantik, ada detail unik pada lengan jaket.

aku ternampak pasal cravat ni masa aku google pasal pocket hanky, tapi aku ingat dalam filem count of mount cristo, costum pelakon banyak pakai cravat ni. sesuai lah dengan setting masa dalam filem tersebut.

boleh lah ya cuba2 pakai cravat.

p/s: gambar bukan milik aku. aku hentam google saja lepas tu tempek balik. credit kepada semua pemilik gambar. Photos are randomly downloaded and re-produce. so jangan lah marah2 aku cilok gambar korang..

No comments: