MEH LAH KLIK...

Tuesday, February 10, 2009

berita baik kepada sesiapa yang mencari pekerjaan.

big phil scolari sacked!

hari ini aku semangat nak buat lab. ngam2 aku siap specimen ke-2 tiba ada juruteknik ketuk pintu. dia kata dia dari syarikat lensa, datang nak baiki apa yang patut. aku ingat seorang sahaja. rupanya berdua. yang satu lagi nampak macam boss lah.

sebenarnya baru 2-3 minggu lalu ada juruteknik dari syarikat yang sama buat servis. kali ini mereka nak servis bahagian software. juruteknik tu tanya apasal asyik rosak sahaja. sebab juruteknik yang datang ni bukan dari cawangan tapi dari syarikat lensa O*** Malaysia. aku rasa mereka install saja pun software tu. if i am not mistaken such software ada yang boleh download percuma. tapi yang masalah besarnya nak calibrate software tu dengan equipment syarikat lensa tu. mereka siap tinggalkan manual for dummies. bukan manual standard (aku rasa handbook manual dah hilang, sebab tadi mereka sibuk cari2 dalam kotak segala), hasilnya mereka buat manual sendiri. taip dalam ms words.

itu part biasa2. mari masuk part tak berapa best. masa buat manual tu ada lah bahagian yang dia kena taip bahasa Melayu. dia siap gelak2 sebab dia kena taip bahasa melayu. dia dengan kawan dia cong ceng cong ceng lah. aku tak lah paham.

aku tak kisah lah dia nak cong ceng cong ceng. tapi dia kan orang Malaysia. maka aku rasa tak patut dia ada masalah dalam menulis bahasa kebangsaaan, (bahasa Melayu yang biasa2 lah bukan yang lengakap nahu hukum tatabahasa semua). aku kasi contoh lah ya.. ini contoh sahaja. jennifer lopez tu anak imigran dari amerika latin (puerto rico). tapi dia bila jawab soalan wartawan sentiasa dia jawab dalam bahasa Inggeris tak ada pulak dia mencanak jawab dalam bahasa sepanyol. bila dia ditanya dalam bahasa sepanyol tu dia jawab lah dalam sepanyol, karang jawab inggeris orang kata lupa asal usul.

Lucy Liu, asian american, dia pun cakap Inggeris, ada lah juga masanya mereka berbicara dalam bahasa ibunda. tapi mereka masih menggunakan bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa utama. aku bukan lah nak rasis atau apa... cuma aku fikir, Bahasa Kebangsaan lah yang menyatukan rakyat yang berbeza latar belakang dan keturunan.

tengok Lucy Liu berketurunan asian, Jennifer Lopez berketurunan puerto rican. tapi kita dan mereka merujuk Lucy dan Jennifer sebagai american. aku kasi contoh amerika ni bukan sebab aku sudah diamericanized (ada kah perkataan ni???) tapi nanti aku kasi contoh ali, ah meng, rajoo, nanti ada pula yang tersinggung. memandangkan tiada atau sangat kurang yang berketurunan puerto rican di Malaysia maka aku ambil lah contoh jennifer lopez

so tak kisah lah asal usul bagai semua... selagi kau orang Malaysia, bahasa kebangsaan kau ialah Bahasa Melayu.

lagi satu contoh america. aku tak lah pernah merasa sampai ke amerika ni. tapi aku selalu tengok tv. contoh lah kan di bronx new york, penduduk nya ramai berketurunan imigran, dari america latin, dari africa, dari eropah dan macam2 lah. tak pula aku pernah dengar cerita atau berita pasal orang puerto rican-american nak tulis papan tanda jalan dalam bahasa sepanyol, orang afrika-american nak tulis papan tanda dalam bahasa swahili atau bahasa samburu, orang italy nak tulis dalam bahasa italy, orang ireland nak tulis dalam irish. bahasa dipapan tanda tetap Bahasa Kebangsaan yang menjadi bahasa utama. bubuh nama inggeris satu sahaja... hidup juga. nak tulis semua bahasa kat papan tepi jalan, tak boleh jalan lah, sebab jalan dah penuh dengan tanda.

beza nya ejaan inggeris ditulis dalam satu sistem tulisan sahaja, ni lah abjad2 rumi ni. Bahasa Melayu unik kau boleh tulis dalam tulisan rumi dan tulisan jawi. bunyi maksud semua serupa. B.U.K.U dan ba wau kaf wau, tu bunyi dan maksud dia sama, huruf tulisan saja nampak lain.

nampak tak betapa aku boleh divert. bukan anwar sahaja boleh divert aku pun boleh juga... hehehe

ok balik kepada cerita syarikat lensa tu. aku tak tunggu mereka siap buat kerja aku blah lah, sebab, aku nak buat kerja pun tak selesa dan tak fokus. walaupun boleh saja aku nak buat ignore dont know dont care dengan kehadiran 2 juruteknik yang membebel2 setting kompite tu.

petang, datang balik ada pula orang guna kompite tu (dah dibaiki kan). masalah lain pula, pin untuk power ada tiga. satu untuk lensa, 2 untuk kompite. so untuk lensa yang aku guna tak boleh nak plug and play lah. pin tu dah fully occupied. aku nak cabut macam tak best pula sebab member tu dah sampai dulu. lagipun aku memang tak ada mood sangat nak buat lab. kompite tu ada pelik sikit. selain dari saiz besar gedabak (juruteknik 2 orang tu bergandingan tangan nak angkat cpu tu tadi) dan reka bentuk konservatif, power supply pula kena ada 2 plug. juruteknik tu kata cpu tu bentuk macam server... aku rasa cpu tu untuk kegunaan heavy duty. sebab aku dengar dulu orang run data sampai 2 hari non stop. kompite tu ehsan orang asing sebenarnya. tak payah lah reveal siapa.

nanti aku sambung cerita2 lain pula. nak cuci kain... hehehe.

3 comments:

Nama saya M said...

eh mane part cari kerja nye?

Nama saya M said...

btw, aku dah delete blog aku.

Jlascanteen said...

jawatan kosong: pengurus chelsea.
la apasal delete?