MEH LAH KLIK...

Tuesday, February 3, 2009

bab dalam buku dan sejarah tingkatan 4 revisited.

*berikut adalah ulasan bab dalam buku, ditulis bedasarkan pemahaman penulis sendiri, sebarang pendapat adalah di alu-alukan.

*dalam ulasan ini juga diselit kan petikan ayat dari buku, diselang seli dengan pendapat dan hal2 lain (jika ada)

Tajuk Buku: The 100: A Ranking of Most Influential Persons in History
Penulis: Micheal H. Hart.
first publish in 1989. my book versi 2005.

berikut adalah senarai top 10 orang yang paling berpengaruh yang telah ditulis dalam buku tersebut
1. Nabi Muhammad SAW
2. Issac Newton
3. Jesus Christ
4. Buddha
5. Confucius
6. St. Paul
7. Ts' Ai Lun
8. Johan Gutenberg
9. Christopher Colombus
10. Albert Einstein

Nabi Muhammad SAW telah diletakkan di tempat pertama dalam senarai ini. Aku juga bersetuju.

'He was the only man in history who was supremely succesful on both religious and secular level'
- Micheal H. Hart.
berikutlah antara ayat2 pertama penulis buku tersebut dalam hujah beliau meletakkan Baginda Rasullallah SAW, sebagai orang yang paling berpengaruh dalam sejarah.

hujah ;lain;

'He played the key role in proselytizing the new faith, and in establishing the religious practices in Islam. No such detailed compilation of teachings of Christ has survived'
-Micheal H. Hart.

Newton diletakkan sebelum Jesus, agak mengejutkan. menurut Hart, sumbangan Newton yang terbesar ialah dalam bidang matematik iaitu mencipta intergal-calculus. sumbangan lain yang penting ialah dalam bidang mekanik. mungkin kah segala asas dalam kejuruteraan mekanik adalah sumbangan Newton??? (aku tak tahu).
memandangkan aku bukanlah suka dengan matematik maka, Newton bukan lah figure sejarah yang selalu aku ambil kisah sangat.

ke-3 ialah Jesus Christ. kenapa Jesus tidak di tangga pertama? menurut Hart, dalam buku beliau, yang menjadi ukuran ialah pengaruh relatif seorang individu, dan bukannya pengaruh agama. (agama kristian adalah salah satu agama yang paling berpengaruh di dunia).

dalam buku ini ada dituliskan;
'Christianity, unlike Islam, was not founded by single person but by 2 people- Jesus and St. Paul- and the principal credit for its developement must therefore be appointed between those two figure'.
-Micheal H. Hart.
itulah hujah Hart dalam bukunya.

nak saya tambah ialah, Al-Quran ada dalam Bahasa Arab, iaitu Bahasa petuturan Baginda Rasulallah SAW. terdapat terjemahan ke Bahasa2 lain. tapi Al-Quran tetap terpelihara kesuciannya. Kisah hidup Nabi Muhammad SAW juga sangat jelas, keturunan Baginda, tarikh lahir, tempat lahir, tempat wafat, pendek kata semuanya sangat jelas.

tempat ke 4, Buddha, ialah seorang putera di sebuah wilayah di India. ajaran Buddha tidak ditulis sehingga lah beberapa abad selepas kematiannya (Hart).

beberapa tahun lalu (sekitar 2003-2004) aku pernah baca tentang buku agama2. pelbagai agama ditulis dalam buku itu, selain agama2 utama di dunia, agama lain seperti agama bahai, judaism, jannism, juga ditulis. dalam buku yang aku baca itu, berpendapat, Buddha was a good hindu. aku pun tak pasti which one came first, hinduism atau buddhism. Buddhism juga terbahagi kepada 2 ajaran, iaitu Theravada dan Mahayana.

no.5 confucius, ajarannya telah ada di China sejak beribu2 tahun lalu. apabila China dikuasai komunis, ajaran confucius telah dipinggirkan dengan hebat. yep komunis dulu salah satu yang sangat glamer di planet bumi. komunis ni start sebelah mana kat donia ni? russia kah? ingat tak sejarah tingkatan 4

no 6. St Paul. seorang yang sangat berpengaruh dalam teologi kristian. Jewish by birth. berpengaruh dalam perkembangan agama kristian dengan 3 cara 1). kejayaan missionary 2) tulisan nya yang menjadi perkara penting dalam new testament 4) peranan dalam perkembangan teologi kristian.

aku ada tengok dalam history channe (digging for the truth atau city underworld)l... tapi yang aku ingat dalam history channel tu dia jumpa sebuah gua yang dikatakan pernah dilawat/dihuni oleh John the baptist. siap ada bekas tempat letak kaki... so on lah.. pas tu mereka (host dan krew) pun confuse/tertanya2 sama ada Jesus guna bahasa hebrew atau aramaic.

n0 7. Ts' Ai Lun. dia adalah orang yang menemui kaedah membuat kertas. sebelum ada kertas, tulisan ditulis pada helian kain atau kepingan kayu atau kulit binatang. dulu cikgu sejarah pernah ajar, bahawa orang mesir purba telah membuat kertas dengan menggunakan tumbuhan papyrus. tapi tak pernah pula nama seorang individu dikitiraf sebagai pencipta teknik pembuatan kertas dari papyrus.
aku rasa firaun mesir purba tu dulu sedaya upaya melow profilekan penemu kaedah membuat kertas dari papyrus, sebab nak sembunyikan teknologi tu ... (aku rasa lah ntah betul ntah tidak).

no8. Guttenberg, dia ni jumpa teknik printing. aku ingat dulu2 masa kelas sejarah form 4, penemuan teknik pencetakkan di Mainz, Germany, salah satu sebab yang menyumbang kepada renaissance. rupanya si Guttenberg lah tu yang jumpa teknik pencetakkan terbaru tu. sebab bila ada teknik pencetakkan maka buku2 semua boleh dicetak dengan lebih banyak, ilmu pun lebih banyak tersebar... hasilnya.. masyarakat berilmu ialah masyarakat maju. so apa lagi... pergilah membaca dan menimba ilmu.

tapi kena ingat juga, pengetahuan yang di otak mesti selari dengan hati nurani. sebab nanti pandai sangat, mula lah cipta barang2 yang memudaratkan (contoh: bom Phosphorus, syabu-yang asalnya untuk tentera, supaya tak takut masa bertempur). tu yang cipta benda2 memudaratkan semata2 tu ialah orang yang pandai tapi tiada hati nurani.

no.9. colombus. pelik tapi benar, aku rasa mula2 aku tahu pasal ada seorang lelaki yang bernama christopher colombus ni ialah masa aku baca majalah ujang, way back then tahun 1990's. masa tu sekolah rendah lagi, tiada internet. dalam ujang tu memang lah dia tulis colombus ni seorang pelayar yang telah berjaya berlayar sekian2... tapi dia tulis dalam bentuk lawak2 sengal2.. lah macam twist2 sikit supaya cerita pasal colombus tu jadi lawak.

aku rasa dalam sejarah tingkatan 4 mention secoit saja pasal colombus. ya lah banyak nama lagi dia nak tulis, thomas jefferson, ratu victoria lah... Lakan Dula, raden adjeng kartini, Pak Sako, Jose rizal, sun yat sen.. raja Mongkut, Raja Louis ke 16, Ibrahim Yaccob, george stephenson.... aku tahu ramai yang tak suka subjek sejarah kan... aku pun dapat 3B masa spm dahulu... hehehe

dulu aku ingat colombus lah orang yang pertama mengelilingi dunia. aku pun tak pasti lah siapa yang pertama mengelilingi dunia. Ibn Battutah? Marco Polo? Vasco da Gama (eh.. ni yang jumpa jalan laut ke timur kah??)... entah lah siapa.. colombus ni itallian tapi belayar dari spain.

no 10. einstein. ni siapa yang ambil engineering atau fizik mesti tau lah dia ni E=MC2 kan korang mesti tau kan. seorang yahudi asalnya di germany, sekolah di switzerland, pandai.. publish paper, ada phd. pas tu hitler berkuasa, dia pun ketar lutut lah. kan hitler ni pakar membunuh2 yahudi. dapat pindah ke america.. endingnya dia jadi famous lah. lahir sebagai yahudi german, mati sebagai yahudi amerika.. (nampak sangat yahudi ni ditakdirkan hidup merempat).

korang ingat tak filem Beautiful Mind, kisah seorang genius, john nash. ini kisah betul. dia conteng kaca tingkap buat maths. dulu aku ada hadir satu presentation sempena makan malam fakulti sains, dalam presentation tu, pensyarah tu tunjuk gambar tingkap yang berconteng dengan kiraan maths si nash tu lah... gambar betul sendiri ambil, guna kamera sendiri. means pensyarah tu pergi lah princeton tu. dia pensyarah jabatan fizik(tak silap aku lah). einstein juga pernah bekerja di princeton.

tak tahu lah kalau gambar tingkap berconteng tu bukan milik pensyarah tu. tapi seingat aku memang gambar dia. dia siap tunjuk gambar anak2 dia sekali berlatarkan princeton. dan juga gambar lama berusia lebih kurang 18 tahun. gambar lama tu menunjukkan gambar adiknya (masih kecil) dan ibunya dibawah pokok redwood yang besar gabak.

No comments: