MEH LAH KLIK...

Tuesday, February 3, 2009

Alhamdullilah Syukur

jarang2 ya aku bermukadimmah sopan dan islamik.

petang tadi dapat result sem lepas, yang telah di tunggu2 sejak hampir 3 bulan. pending kerana karenah birokrasi?? nasib baik kerani tu tadi baik. dia memang selalu layan juga desakkan dan demand aku minta result keluar cepat. apa kan daya... bukan salah kerani tu. salah bos dia lah kot...

apa pun alhamdullilah, lulus, walaupun tak lah gemilang, tak lah 4.00. ok lah yang penting proceed. cgpa tu biasa2 sebab nak cover sem 1 punya pointer yang tak berapa nak ummpphh kerana ada paper yang dapat B. Gred B tu cukup2 lulus. hehehe... tak apa, kata kuncinya, 'yang penting proceed'.

ya untuk proceed bukan saja nak maintain pointer 3.00 ke atas, tapi mesti settle segala mak nenek yuran, attend semua kelas yang tiada final exam (walaupun kadang2 nampak unrelevant saja kelas tu) tapi in order to lulus, bagi kelas yang tiada final, ko kena attend semua kelas dan buat lah assignment (jika ada).

lain2 hal, hari ini juga dah hantar surat hal2 kewangan tu. aku tak lah bagi harapan tinggi dia nak urus cepat, sebab aku tahu memang mereka tak pernahnya cekap dalam berurusan terutama sekali berkaitan duit aku. aku bagi tempoh sampai habis semester. habis semester, duit aku tak ada, baru lah make a scene nanti... haha

dengan adanya result itu juga menandakan aku boleh buat (dan beli) segala benda aku dah rancang nak buat (dan beli) selepas dapat result. contohnya, bussines suit murah2, print2 segala journal dan buku, start cari bahan untuk subjek sem ini (hehe rajin lah sangat... ) dll.

oh ya aku dapat flyers yang difowardkan melalui email, berkenaan dengan Harvard program tu. spring pun belum, dah start dah summer program mereka tu. start cari orang. Harvard program ni bakal dijalankan pada musim panas akan datang, tempatnya bukan lah di Harvard tu... tapi di Sabah, dan sekitar Borneo (tak tahu lah kalau mereka nak buat di pulau Vanuatu pulak tahun ni). apa jadah lah orang harvard nak melepak di harvard masa summer kan... program musim panas ini adalah kerjasama antara Harvard dan beberapa institut dari seluruh Asian, biasanya yang asian tu Malaysia lah tu..

ikut history. aku pernah apply program ni untuk sesi tahun lepas. tapi tak berjaya. kecewa juga. tapi aku mengubat kekecewaan dengan membuat summer program sendiri iaitu memanjat gunung buat kali pertama. bukan soka-soka... huisyhh... tak lah aku nak menggadai nyawa panjat gunung yang tak ada establish trail tu kerana soka- soka... hehehe.. tapi panjat juga lah. first time lah katakan. aku panjat kerana itu site project aku.

sekarang project aku sedang on going, walaupun progress agak lambat, still jalan. itu lah yang aku hadap 2-4 jam sehari sekarang ni. aku tak lalu nak buat lebih2 sampai 6-8 jam sehari kerana.. aku cepat lapar duduk dalam air-cond lama2. yang bestnya juga masa aku panjat gunung tu aku telah dijadikan field assistant bidan terjun, yang dibayar, thanks boss.

untuk summer program kali ini, prof harvard tu dalam emailnya terdahulu galakkan aku apply sekali lagi. sebab kan aku tak dapat masa first time apply. tapi aku putuskan (baru saja tadi lepas solat isyak), aku tak nak apply. bukan lah aku nak berpatah arang dengan Harvard tu.. (nak patah arang apa benda... kenal pun tidak), tapi kerana ada wedding pada musim panas akan datang. biasak lah family aku ni kadang2 ke-emerikaan sikit, wedding pun buat masa musim panas (ceh... sebab cuti skola sebenarnya).

just in case aku apply dan berharap tak dapat, atau apply dan dapat, neither akan membawa kebahagiaan kepada aku. sebab the former tu mengabiskan masa saja aku buat resume, email kan survey, convert word jadi pdf segala, the latter pula akan membuatkan aku dalam dilemma, nak pergi summer wedding atau pun summering dengan orang ivy league tu...

*line internet lip lap lip lap semasa posting ini dibuat

No comments: