MEH LAH KLIK...

Monday, February 23, 2009

alam fantasi orang melayu

artikel yang panjang ini mungkin berbunyi serius dan mengandungi bahasa kasar.

orang melayu atau bukan melayu selalu stereotyping orang melayu sebagai malas. ada betul ada salah. bukan semua melayu malas, bukan semua melayu rajin. korang tak boleh tuduh mak cik senah penjual nasi lemak sebagai malas. dia bangun pukul 3 atau 4 pagi, masak nasi lemak, kukur kelapa, potong daun pisang, pukul 6 pagi dah meniaga, sampai pukul 10 pagi. petang start pukul 3 petang meniaga lagi jual goreng pisang. malas kah mak cik senah itu??? ya. mak cik senah malas nak kecoh dia tak dapat kontrak projek berjuta2. dia jual berniaga dengan gigih pun ada rezeki juga.

jay chou, seorang pelajar ipt. tak datang kuliah, nota guna nota senior, thesis plagiat thesis senior, final exam dah ada skema jawapan dari senior cuma perlu hafal, menyorok buku library sebagai harta peribadi dan dipasing sesama kawan2nya supaya orang lain tak boleh pinjam. assignment tumpang nama sahaja. mid sem score dapat tips hasil mencium punggung (bermaksud ampu bukan kelakuan luar tabiee) pensyarah. bila ada dapat soalan spot, dia sorok untuk dia supaya graf jatuh dan dia boleh score A. akhirnya jay chou bergraduasi dan dapat kerja di syarikat pak ciknya di singapura. rajin kah jay chou???

anil kapor. mandi 3 kali sehari. gosok gigi, well shaven, sikat rambut, kuku pendek, baju sterika, kasut kilat. lepas tu dia bantu auntie karen mok siram pokok bunga, sebab karen mok pergi bercuti di macau. lepas tu dia menasihatkan mahindra chopra supaya jangan suka songlap duit jualan mesin kashier haji abdul. mahindra chopra insaf dan memulangkan semua duit kepada haji abdul. penipukah anil kapor???

jangan lah menstereotype-stereotype lagi hokeh.

korang perasan tak masalah yang terhidang kepada orang melayu di Malaysia ni? yang berpangkat tinggi sibuk nak kaut hasil mahsul kontrak projek, yang berpangkat biasa2 sibuk dengan hiburan terkini.

sebut lah apa jenis hiburan, dari yang hiburan biasa sampai lah hiburan yang insulting intelligence. contoh lah kan.. ni aku sebut nama terus, rancangan bolos di astro tu... apa benda punya rancangan lah tu, dengan hos nya menjerit2 entah apa2 dengan pesertanya pakai baju yang sesuai untuk game tersebut, tapi agak2 ketat yang amat untuk wanita.

bila ada realiti tv menyanyi saja maka berbondong2 berpusu berkaum kerabat lah melayu beratur isi borang. kononnya kalau menang nanti boleh mengubah nasib keluarga. well bukan semua orang boleh jadi bertuah macam mawi tu. nyanyi off pitch kah pitchy kah tetap ada show berlambak2. ini lah fantasi melayu, masuk af lepas tu boleh jadi macam mawi, kawin ditaja, kawin sampai 3-4 majlis, ada live telecast, kawin naik kuda, naik helicopter.

ha fantasi macam tu lah yang ditanam dalam kepala hotak dan jiwa raga kita. masuk realiti tv hidup change overnight. ya hidup mawi berubah, dah rezeki dia. itu ok. tapi jangan pula kita penuh dengan harapan dapat mengubah nasib diri dengan hanya memasuki rancangan realiti.

aku tengok iklan rancangan my star di tv 3. kasihan. ya itu sahaja. peserta2 tu tahu kah bahawa mereka itu cuma sebahagian dari rancangan tv. yang hanya ruled by 1 word; 'rating'. mereka ingat lepas ni mereka akan menjadi penyanyi disinari dengan lampu limpah dan beberapa groupie yang mengejar nak bergambar?? ya mungkin lah sebulan 2 ada lah juga. then what??? tak apa asal dapat masuk TV katanya.

mungkin secara tidak langsung asmawi sudah merevolusikan satu opsyen dalam kehidupan orang muda di Malaysia. bahawa ada sebuah akademi yang boleh bergraduasi dalam tempoh 3 bulan dan kemudian disorak sorai sebagai melayu's most favourite son. at least for emm... beberapa tahun.

ok.. next up aku nak bash... sistem pelajaran. bila graduan menganggur dikaitkan dengan melayu atau bumiputra. asal graduan menganggur dikaitkan dengan bumi putra/melayu. bukan melayu pun ada juga yang menganggur. tapi orang melayu ni aku nak lah juga kata memilih kerja. ya ada kerja kosong. nah kerja kosong itu memerlukan kau bercakap mandarin. berapa ramai graduan melayu boleh cakap mandarin??? kerja kosong itu di singapura... nah berapa ramai orang melayu sanggup pergi merantau disingapura dengan kos tiket/pasport/visa yang mahal.... siapa nak bagi modal?

ramai orang melayu masuk ipta. full stop. masalahnya dengan ipta malaysia, ipta tak berapa nak bebas dalam mencorak hala tuju. asyik2 ada lah tu ketua cawangan umno campur tangan. hatta berkenaan perlantikan NC pun aku ada dengar ada masalah. macam mana lah para ahli akademik tu nak majukan universiti, asyik2 dapat arahan orang2 atas kementerian. siapa orang atas kementerian ni??? berapa keping kertas akademik dia dah tulis?? ohhh rupanya orang atas ni budak baru lulus exam PTD.

leave academic matters to academicians. they are expert. apa kau expect politician boleh buat kerja akademik??? dah dah sila berhenti berharap. mengharapkan politician buat kerja akademik sama seperti mengharap akademician buat kerja politik... ya kadang2 ada masanya 2 dunia ini bercampur. tapi kalau dah campur tangan lebih2 tu tak elok lah untuk universiti kita.

lagi satu pasal bahasa penghantar dalam pengajaran. bak kata2 orang yang dirahsiakan namanya, 'buka pasal ini cerita, beer 3 krek pun boleh abis, tapi cerita ni nda juga abis2 lagi'. bila ada kelemahan dalam sistem. kita baiki. bukan cepat melatah, tukar ke inggeris tukar ke melayu... apa hal? yang pihak pembangkang pun jangan lah jadi kan ini sebagai modal nak nail kerajaan. ya ada kelemahan. oleh kerana kita semua orang malaysia, maka kita semua betulkan lah kelemahan yang ada. ini tambah ada kelemahan tambah pula dia nak jadikan modal nak menghentam, mempolitikkan, mensiyal-siyalkan lagi keadaan yang ada.

kata nak bekerja untuk rakyat??? yang aku nampak mereka sesama mereka sibuk smashing each other, lepas tu asyik2 buat laporan polis. laporan polis yang tak perlu tu tak payah lah buat, banyak lagi kes yang lebih penting nak diselesaikan polis. ya lah politician ni ramai peguam dan ramai yang boleh upah peguam. tapi ingat majikan anda, iaitu rakyat jelata. politician di malaysia ni semua vote whore. tak cukup dengan itu mereka juga power whore. woi... tak takut balasan neraka kah???

kita mesti kerja dengan lebih kuat. pernah tengok orang jepun bekerja?? (alert bukan semua sikap orang jepun boleh ditiru). aku tak pernah lah ke jepun tu. tapi aku pernah tengok orang jepun kerja, dia tak ada pun tea time dari pukul 10 pagi sambung terus ke lunch. jepun yang aku tahu ni, pangkatnya professor. tapi kerja dengan sangat rajin. (kalau dia malas tak kan lah dapat jawatan proff kan?).

tambahkan ilmu pengetahuan. ilmu pengetahuan ni bukan boleh diukur dengan berapa keping sijil kau ada.. (boleh juga.. tapi macam sangat shallow lah kan nak kira dia pandai ke tak tengok result exam berapa deret A). dah bekerja pun tambahkan juga ilmu tu. jadi suri rumah pun tambahkan juga ilmu itu.

ilmu menjahit pun ilmu juga. ok.. contoh, seorang suri rumah belajar menjahit. lepas setahun lebih kurang, beliau berupaya menjahit uniform sekolah anaknya sendiri.. tengok.. kan ada kebaikkan tu.

berapa ramai graduan universiti yang membaca sesuatu diluar bidang mereka??? yang aku tahu selalunya, yang belajar sejarah tu memanjang lah dia baca sejarah, yang belajar biologi tak hadap lah dia nak baca sains politik, yang belajar kimia tak lalu lah dia nak baca sejarah. yang belajar math asyik punch calculator... tak hadap dia nak tahu geografi kah... yang ostad pun macam tu juga. jangankan graduan mentah2 yang ahli akademiknya pun lebih kurang juga.

hafal2 pas tu score A. biasa lah kan. ini semua pun buat. justifikasi aku; kau dah bayar yuran tak kan nak dapat C, right?? membayar C. apa hal...

orang bumiputra/melayu ada hak keistimewaan. aku tak malu aku ada hak keistimewaan. apa hal pula... ada kelebihan boleh dapat masuk ipta, aku rebut, ada kelebihan kuota itu dan ini aku ambil peluang (at least memohon), sebab bangsa lain pun kalau diberi peluang dia rembat juga. tapi tak lah selama2 bangat aku nak bersandar kepada hak keistimewaan ni. kita sempat rasa hak keistimewaan anak-anak kita tak tentu lagi.

satu lagi melayu kena jujur dengan diri sendiri lah. kalau dah keputusan exam tu yang lulus sains 75% (contoh), bila umum, kata 75%. tak payah nak kasi turun graf kasi up itu adjust ini, pas tu umum yang lulus 99%. tak ada untungnya buat macam ni. apa yang dapat ditegakkan dengan menipu diri sendiri.

yang dapat menyelamatkan kita ialah ajaran Islam, Al-Quran dan Hadis. Islam itu agama adil, menjaga orang Islam, dan juga menjamin kesejahteraan yang bukan penganut selagi mereka tidak melampaui batas2 yang normal. kau nak ubah jenama kerajaan pun, kalau kerajaan baru tu sama juga menyimpang menyiur... tak ada juga kebaikkannya.

so korang jangan percaya sangat lah kata2 retorik ahli politik macam anwar tu, hari ini kata lain esok lain. hari ini berpelembagaan esok konspirasi, sekejap polis salah sekejap minta tolong polis. bagus betul kosa kata beliau. tapi kekayaan kosa kata tak kan cukup menyembunyikan attribut gila kuasanya.

akhir sekali, hindarkan rasuah. jauhi rasuah. jangan dekat, dekat pun tak boleh buat apatah lagi. ada faham.....

No comments: