MEH LAH KLIK...

Tuesday, February 17, 2009

Adun, cikgu, dan ostad.

* awas entry panjang yang amat, sila klik iklan nuffnang sekiranya anda sakit hati atau bosan

macam tahu tahu saja. baru saja aku tonton rancangan 15 sex scandal in politic, di saluran E! (seriusnya, datuk bandar san francisco itu sangat hensem). kedebom... politik di malaysia terus subur dengan cerita2 panas dan menarik untuk dijadikan modal menulis entry dan juga umpatan di kedai kopi.

nudie photo atau gambar bogel, tak kisah lah full atau partial. bagi aku apa yang terjadi kepada adun tu sangat kesian lah. sebagai perempuan aku kesian juga dengan mangsa. dan yang sepatutnya ditangkap dan dihukum ialah penyebar gambar tersebut. dia (adun itu), kata photos were taken without her consent. nah.. dia ni mangsa. perlukah dia letak jawatan. aku rasa kalau nak letak jawatan pun, letak jawatan exco sudah lah. but she may keep the YB title.

dan malangnya ada pula yang cepat2 jump into conclusion atau serkap jarang, bahawa penangkapan dan penyebaran gambar ialah bermotif politik, konspirasi menjatuhkan kerjaya politik, konspirasi itu dan ini. bagi aku, ya, Adun itu ialah mangsa, dan tak kisah lah apa motif, in the end motifnya jahat. tak semestinya bermotif politik. motif dengki, motif balas dendam, motif peribadi, motif khianat, dan banyak lagi motif di donia ni, tapi memandangkan orang malaysia suka berpolitik. maka motif politik juga lah yang dipilih.

kepada adun YB E. Wong, diharap bersabar dan bersemangat, anda adalah mangsa, dan penjenayah yang mengainaya anda seharusnya dihukum.

terus terang, aku tak suka pkr, (sebab banyak bunyi bising dari buat kerja). tapi sokongan aku untuk adun wanita itu tak ada kaitan dengan ideologi politik, memandangkan dia wanita dan rakyat malaysia yang terainaya, maka aku haraplah kes beliau selesai dengan baik. dan beliau dan keluarga boleh hidup aman damai.

ok tutup kes adun itu.

lagi pasal isu semasa, iaitu pembelajaran math dan sains dalam inggeris. apa hal lah tak sudah2 lagi isu ini. apa korang ingat murid sekolah tu tikus makmal???

soalan 1. siapa yang sebenarnya tak nak pembelajaran sains dan math dalam inggeris ni??
ahli politik? tokoh akademik? anak murid? ibu bapa? orang ramai? ahli bahasa? guru-guru??

aku rasa guru2 lah yang tak nak. ini pendapat aku sajalah, jangan marah pulak guru-guru semua. cikgu ni tak nak menambah ilmu bahasa inggeris mereka. sukar lah, susah lah, murid tak paham lah... padahal bahasa inggeris dia yang karat, dia tak nak mengaku. maka aku cadangkan, instead change and re-change the policy (pembelajaran dalam inggeris), why not paksa cikgu2 (yang berkaitan) mengasah kemahiran berbahasa inggeris mereka. cikgu dapat lebih ilmu, anak murid dapat perkhidmatan yang lebih baik.

aku tulis paksa ok. mandatory. ya ini malaysia bukan soviet union. tapi kau nak ubah sistem macam main yo-yo. nanti produk (murid) pun tak berapa nak berkualiti. bahasa melayu tak pakar, bahasa inggeris tak pakar. matematik tak pakar, sains tak pakar. and i am not talking about batches but about generations.

bahasa inggeris aku pun tak berapa bagus. tapi memandangkan aku bukan cikgu, maka, kesannya untuk diri sendiri sahaja. tapi andai seorang cikgu math atau sains yang tak boleh menguasai inggeris, kesannya boleh melarat kepada anak murid.

lagipun paksaan yang aku cadangkan itu, bukan lah suruh cikgu2 tu berkawad atau berenang dari pulau kapas sampai ke pantai marang, aku cadangkan supaya cikgu2 tu diajar semula bahasa inggeris. aku tahu mesti ada masalah disana sini. tapi cuba tengok kebaikkannya.

lagi satu aku nak tumpang kecoh2. berkaitan cikgu dan ijazah. aku dengar dulu ada dasar (dasar atau ntah apa ntah) yang mengkehendaki semua cikgu memiliki ijazah. maka yang cikgu pemegang diploma perguruan mesti belajar balik supaya dapat ijazah. so apa cerita dengan dasar tu sekarang. aku rasa ramai lagi cikgu diploma ni tak buat ijazah.

kepada cikgu yang kurang 10 tahun lagi berkhidmat tu tak payah lah perambat mereka buat ijazah, dah nak pencen dah pun. itu boleh dikecualikan lah, maksud aku optional, mereka nak buat pun lebih digalakkan (in the sense of menuntut ilmu).

ni cikgu yang umur tak sampai 35 tahun tapi masih liat nak belajar ni apa hal???? oh... gaji tak naik banyak. ya memang tak naik banyak. orang suruh menuntut ilmu tu. yang kau persoalkan tak lain gaji gaji gaji. pergi tanya dengan ostad apa hukum menuntut ilmu. ohh... susah nak tinggal keluarga bila sambung belajar... emm part ni susah sikit, tapi yang aku boleh cadangkan ialah kau pilih lah universiti yang paling dekat dengan keluarga ataupun hangkut lah keluarga kau temankan kau belajar. (mana2 yang kau suka).

cadangan bagaimana nak suruh cikgu sambung belajar: sama macam isu bahasa inggeris tadi. paksa mereka buat ijazah. tak buat kalu, kenaikkan gaji tahunan dibekukan. dan kenaikkan pangkat adalah pudar.

i have nothing against teacher. my concern is for those school kids. our kids.

ok tutup cerita bahasa inggeris ni kejap.

nak mengarut pasal ostad2 pula. aku tak tahu lah kenapa aku ada benda saja tak berkenan dengan ostad. ostad atau ustaz ni ikut harfiahnya cikgu. tapi di malaysia sebut ostad konfem dikaitkan dengan cikgu agama atau bahasa arab atau orang yang banyak pengetahuan agama.

ikutkan cikgu PJK bernama micheal william tarantino pun boleh panggil ostad, sebab dia cikgu. (apa aku mengarut ni....). ada ostad yang namanya saja ostad atau gelaran saja ostad. tapi tak berapa nak ostad (dalam konteks keagamaan). maksud aku ala... untuk orang lain, lain hukumnya untuk dia lain hukumnya. 'buat yang ana cakap jangan buat apa yang ana buat' . iya lah kalau ostad tu buat perkara menjahanamkan tak kan lah kita nak ikut sama kan...

mungkin lah aku tergeneralized sikit. tapi ini ikut pengalaman dulu2. dulu kan masa aku sekolah ada ostad2 yang tackle murid. eventually kawin lah juga. tak salah. tapi ostad sebagai seorang cikgu haruslah beretika. maksud aku kalau nak bercinta for real pun, tunggu lah murid kau abis belajar dulu. iya aku tahu ikut ajaran agama, boleh kawin sebelum ambil spm.

bukan ostad saja yang buat macam tu, cikgu2 lain pun ada juga yang tackle murid. bukan 1-2 kes tapi ada banyak kes. tak salah tu memang tak salah. tapi.... entahlah mungkin aku lebih suka murid habiskan dulu belajar sekolah menengah, lepas tu baru lah nak cinta2 semua ni.

dah jodoh kan nak buat macam mana. lepas kawin pun boleh sambung belajar. tapi susah lah sikit kan. pilihan masing2 lah kan. tak kan nak ini pun aku nak buat cadangan pemaksaan.

apa pun kepada ostad2 diharap anda tak lah cakap tak serupa bikin. bukan sekadar berdakwah di mulut, tapi perangai pun kena sejajar dengan dakwah, iya lah kan ada title ostad tu... jangan pula dalam ceramah kutuk orang, tapi bila sendiri buat silap terkulat2 justify perbuatan sendiri, konon2 secara teknikalnya 'ana tak buat silap sebab ana cuma tengok wayang larut malam'. itu menegakkan benang yang basah namanya.. tak begitu ostad??

1 comment:

Jairo said...

ko p sini...
http://www.bloggerunited.com/blog