MEH LAH KLIK...

Friday, February 27, 2009

designer label: untuk lelaki

fesyen ini untuk lelaki kurus/body macam model, dan berduit sahaja. harap maklum

el-vee
cee kay

r & b
lacoste

p/s: photos are randomly google-d and reproduce.

101 Asas Perfileman

aku baru ja abis meeting ni. banyak kerja belum settle. macam biasa... kerja hanya akan settle bila semester tamat. opppss itu dulu... sekarang ni kerja hanya akan settle bila pengajian tamat.

you know what, it is kinda funny when people with highest academic certificate fighting like cat and dog or something like kettle said pot is black... macam tu lah lebih kurang. well politik dimana-mana kan...

aku ada baca blog orang amerika, dia kata, coldplay did blantant plagarism.. aku rasa blogger ni tak puas hati british menang song of the year untuk grammy tahun ni. biasak lah amerika asyik mereka saja nak betul... so AIM bila nak kasi coldplay piala??? pastu semua persatuan artis pakat berpiket macam protes shah rukh khan dapat dato'..

oh ya soon is spring di hemisfera utara (ke dah??). so para penggiat filem2 sila riliskan filem2 anda dipanggung seberapa segera. i mean 2 minggu sekali rilis sebuah filem. sebab by summer (around june-august), nanti jangan pula gatal2 nak rilis filem melayu banyak2.

pastu tak laku, salahkan penonton filem. tu kalau ada artis atau penggiat filem yang claim macam tu lagi tahun ni aku akan kutuk kaw kaw... macam yang lepas filem sepi flop... pas tu mula lah aktres jelita pemenang award ni tuduh penonton tak sokong filem tempatan.

slogan sokonglah produk tempatan tu agak2 lah bila nak guna. jangan asal nak jual filem saja.. suruh sokong produk tempatan. apa korang ingat tiket tu bayar dengan air ludah kah?? tiket wayang tu dibeli. sebagai pengguna mestilah mementingkan kepuasan. so bila tak laku, jangan salahkan pengguna jika tak pilih produk anda.

lagi satu bila dikritik filem tu terima lah seadanya, atau defense diri ke arah membaiki. memang lah orang macam aku ni bukan pembikin filem. tak tahu teknik shoot kah apa kah...entah apa2 tu semua. tapi aku penonton filem, so aku tahu juga bila aku puas hati bila aku tak puas hati. ni tak ada pembikin filem bila saja dikritik filemnya mula lah cakap seperti 'mereka yang kritik ni dah pernah buat filem' atau worse 'pandai buat filem' pastu suruh tengok dulu baru kritik..... ini pengarah agak egomaniac tak bertempat namanya...

kalau dah mesti tengok dulu baru nak kritik... maksudnya kena bayar tiket wayang dulu lah kan. so tak kisah lah pengkritik nak berbuih, janji filem kau laku tiket kan??? kau bikin produk, orang suka, puji, orang tak suka, kutuk. so bila kena kutuk produk kau tu tak ada lah gempak sangat pun.... jangan lah defensive sangat.. bersedia lah untuk terima kritikan atau kutukan. itu kan budi bicara atau soka hati penonton filem. ini tak, asal kena kritik filem dia tak best.. mula lah dia bercakap macam pembikin filem dah dapat oscar nominee... walaupun kutipan terbaik less dari 8juta ringgit. (8 juta tu pun dah kira accomplishment tinggi juga sebenarnya).

1 more thing, lawak gitu-gitu... aku rasa idea filem lawak komedi menghisap gam macam ni harus lah dihentikan pembikinannya. aku tahu ini cuma sekadar hiburan.. dan ada niche market (???) tapi aku rasa dah terlalu banyak dah lawak stereotype macam ni.

so bikin filem best2... selain belajar ilmu filem belajar ilmu marketing sekali. ok... itu pun kalau korang nak untung, kalau korang ni true full blooded artistic person... who dont give a damn about capitalism dan sekutunya... pergi lah buat filem ikut soka... tapi ingat. jangan guna slogan 'sokong lah produk tempatan'.

saya nak enjoy2 makan corntos.. sambil minum pepsi.

Thursday, February 26, 2009

Geng Pengembaraan Bermula- The Review.

baru semalam menonton wayang animasi Geng ni. atau nama glemer wayang ini ialah upin ipin the movie. untuk wayang animasi tempatan, filem ini jauh dihadapan. cerita bagus, teknikal bagus, lucu bertempat. ada keseimbangan antara hiburan dan penyampaian nilai berguna, seperti perpaduan dan kemasyarakatan.

tahniah kepada pasukan produksi filem Geng. ini lah baiknya jika tugasan dalam produksi dibahagikan, mengikut kepakaran masing. Pengarah, pengarah audio, pengarah grafik, dan pengarah2 lain, orang berlainan. sebab jika sorang nak hangkut semua... semput lah. atau idea tu berlegar2 dikotak yang sama. kalau ada satu team yang punya bakat dalam bidang masing2, digabungkan kepakaran tu... hasilnya satu produk yang baik.

nah ini adalah contoh kepada pembikin wayang tempatan. jangan nak bolot semua, pelakon, pengarah, penyunting, penerbit, pengarah audio semua orang yang sama.

Geng ni pasal cerita 2 remaja iaitu Badrol dan Lim pergi balik kampung.. (somehow... aku rasa kampung tu di Banting.. entah kenapa)... ala sinopsis ni korang boleh tengok dalam web lain.

ok mula2 cerita agak slow.. sebab aku rasa nak perkenalkan watak2 tu semua.. nak kasi intro jalan cerita. slow.. tapi masih boleh diterima. ada juga lawak2 seperti cara tok dalang beritahu pasal tapak kaki hantu durian.. pasal monyet minum air kelapa. dan the most memorable scene mestilah masa Muthu bercakap tentang menu.. lucu.. hahaha.. masa tengok the making pun scene Muthu itu lah yang aku paling berkenan dan menyebabkan rasa teringin sangat nak tengok.

scene lain flow dengan bagus. terselit lawak2 upin dan ipin bersama kak ros. so on... dan yang terlawak aku rasa masa upin,ipin dan rajoo di cliff nak terjatuh... 'fikir masa depan'... then 1 of the twin salah faham, lalu dia lompat ke depan maka.. maka terjatuh lah. pas tu diakhir movie pun perkara sama berlaku kepada tok dalang, mak uda, dan muthu. lawak yang amat... soka-soka...

scene menyanyi sekampung (yang sebenarnya bayangan rajoo). ok just nice. tak terlebih2. secukup rasa. walaupun lirik agak tak berapa best. still ok.

lain2 scene yang aku suka, scene pemandu bas dengan angsa, Badrol dan Lim merempit.. (i think aku pernah tengok scene ini sebelum ni.. hehehe, sneak peak 2 tahun lalu di lab anatomi????), oh ya badrol yang macam tertarik dengan ros.. tapi attraction yang natural... normal lah budak lelaki suka dengan perempuan kan... part ni pun nice juga.. dalam tertarik2 tu tak lah sampai jadi kuch kuch hota hey.

ok dah puji2 kena ada kritik2 sikit.

scene ular tu... agak overdo. overdo macam lepas hisap gam. ada ular ada lintah yang saiz semua bertahap jurasik. tapi nama pun kartun kan. kalau lilo n stitch kita boleh terima alien2 nya... setakat ular besar dalam Geng ni aku boleh terima. then Opeet (??) sejenis binatang alam lain, pun ada overdo juga. macam saduran ice age. still ok. walaupun ada unsur2 fantasi melampau. kalau madagascar kita boleh feeling unsur hisap gamnya, maka ini pun aku ada feeling2 juga. hisap gam tu i mean mengarut lah... halusinasi atau bahasa halusnya kreativiti hehe...

aku dah agak dah... yang hantu bertanduk2 besar tu singh dan salleh or sally. oh ya scene salleh eja namanya sally.. jadi s.i.l.l.y tu... emm aku rasa ini lawak lama.. kalau tak silap entah mana komik lah aku baca (gila-gila atau ujang) dulu ada lawak mengeja2 nama S.A.L.L.Y ni.. ke ini lawak imuda dalam sitkom dulu2??? either way... watak sally itu kira rempah ratus juga lah dalam cerita ni. rempah yang ok.. secukup rasa juga.

aku tonton filem Geng bukan atas dasar patrotik atau sokong produk tempatan (rayuan basi penggiat filem Malaysia). tapi aku tonton Geng kerana kualiti, aku rasa filem ini bagus dan aku boleh menjadi tidak kisah dengan scenes yang mengarut2. mengarut ok.. insulting intelligence no no no. so just nice untuk Geng. apa lagi... tonton lah (ceh promo percuma... hehehe..).

produk baik. no wonder lah producer pun target kutipan tinggi... keep up the good work!

sindrom semester akhir

*atas sebab paranoid entry ini terpaksa diedit.

emm.. entah lah minggu ini lebih malas dari biasa. memang minggu2 malas pun. aku rasa ini sindrom semester akhir. kalau nda silap sebelum ni pun aku mengalaminya, cuma lain sikit.

dalam minggu ni 1 kerja lab pun aku tidak buat kecuali membuat senarai inventori. itu pun kerja simple. dalam kerja menyiapkan projek ni, kerja menulis aku suka sikit. sebab yang aku buat ialah mambaca dan menulis. yes, writer reads.

kelas pun aku paksa untuk batal, sebab clash dengan meeting. kalau meeting yang tak penting tidaklah aku soka-soka hati hendak batalkan kelas. kelas kesukaan lagi tu. tapi kiranya meeting ni penting, sebab nak tahu apa nak dibuat untuk field akan datang.

minggu ni juga aku tiba2 pula bukan main lagi sibukkan diri cari kerja diinternet. emm blogger macam aku ni mana lah boleh mengharap pendapatan affliate iklan tu sahaja. berapa sen sangat... i think long way to go. no bukan putus asa dengan blogging. tapi aku nak buat real job lain.

setakat ni baru apply 1 kerja, lab assistant. ada 4-5 kerja clerical sekitar KK, tapi aku tak apply, sebab aku tahu aku tak boleh nak commit untuk sebarang kerja sekurang2 nya sampai bulan 6 tahun ni. then what??? took another gap year. i cannot afford another gap year. i dont want another 6 months gap. bikin gemuk saja tu.... hehehe but gemuk with clear mind.....

............................................................................................(edited).. tapi google tentang biogeo lebih menarik... ada vacancy lecturer bio tapi di KL, kolej. emm... i wont off to kl for job. at least not now. ya aku agak konservatif dalam mencari kerja ni. atau memilih. let say, aku sanggup jadi storekeeper di kk dari jadi lecturer di kl. period.

next up kereta. ya kereta kereta kereta. kalau kena kasi offer further study dengan kereta. i choose kereta. hands down.

study dengan aku ni dah terlebih gaul. baca nota sampai meleleh hingus berkerut dahi... well thats piece of cake. ada benda lebih menyampah lagi dalam dunia ni. aku nda macam dulu lagi, sekarang ni aku baca apa yang aku mahu. yang aku nda prefer tu aku baca lebih kurang................................................................................................... (edited). abis tu macam mana aku nak pastikan aku bayar dengan berbaloi??? rip off semua yang boleh dirip off??? hatta segala beaker, slide, gam2, stapler, segala ziplock.. tu nanti aku rip off... nak macam tu? aku jual timbang kati satu building baru tahu... then you know.... stop, you must stop you-ing.

aku rasa ...................................................................................................(edited). betul nda??? huhu.. now who is not well read???

i read what i want when i want................................................................. (edited) when i want your opinion i'll ask. ...................................................(edited). then when such event took place... in the end aku pun ketuk ketuk kibod mengutuk.

mau kasi habis cepat. thats it. selalu aku jumpa orang yang buat by research sebab tidak mau exam lagi. well thats them. apa yang kau takut sangat exam ni??? just exam. dulu memang aku takut lah pasal exam2 ni. sekarang pun. tapi bukan macam dulu. we are human. we are superior than papers. so... biasa2 saja. kalau takut pun i think takut yang normal.

mau saja aku jadi budak2 carefree... yang dont care, dont give a damn pasal exam. macam budak sekolah lah... kaka aku cakap ramai saja murid dia macam tu. bila lah aku boleh jadi macam tu??.

................................................................................. (edited). abis tu apa... surrender your heart and soul for your job??? then your keikhlasan untuk menimba ilmu akan terserlah. i quote fathi, 'ikhlas tu milik tuhan'. the face may look like not sincere... ......... (edited). dalam hati? then it is not for you to judge. sebab fathi cakap, 'ikhlas tu milik tuhan'. (fathi is a friend actually).

by the way... ..................................... (edited) kalau done crudely.. ok ada point nak start being sarcastic. tapi kalau mengikut standard? then.. ok lah kan. kita semua boleh hidup macam biasa semula.

i must start to not give a damn.

Nation first, Bullshit later

drama after drama, they just cannot stop can they??. then what??? another police report? hoi! sudah lah tu.

i remember, when Al Gore and George W Bush were running for President seat, their country was cut into half, to the red and blue. but after re-count, then Gore put his America first before his ambition to live in the White House. see that Anwar???

we need stability, not another drama in Dewan Rakyat, a place for politician to vent their ego, abhor against each other. the place called Dewan Rakyat not for nothing, but for Rakyat.

stop all these bullshit. stop. work together. make the best decision for Malaysia. please Yang Berhormats, you are not stupid. dont be.

Nation First. Bullshit later.

Tuesday, February 24, 2009

A rose by other name would smell as sweet

i ate the whole french loaf for dinner. the bread is too dry and chewy, because it is not as freshly bake as the label claimed. i am full, Alhamdullilah.

currently, i am so into this biogeography stuff. i always said, if i dont read biology then i think i'll read geology. palaeontology to be precise. as geek as its sound, i always fond evolution topic. combination of biology, geography and evolution are perfect enough to me.

after read some heavy texts, then i know, biogeography is not so rosy after all. but still i like it. it is kind of puzzles that need to be arranged in order to see the real picture. but i think there is no same picture for everyone. you and others may arrange the same puzzles, but you will see picture that you prefer to see.

i have another paper, involving statistic and may be some environmental laws or international treaties. i am not good with number and i dont really like language of law, so this other paper is the less prefer one.

anyway, i am hopeful to finish my study soon, as i need to start earning some real cash.

i will off to field next weekend. so there is some stuff need to be done.

kisah pemandu SAA 995* J yang tercirit

seorang lelaki yang memandu kereta myvi light gold dengan plat nombor SAA 995* J telah memandu secara kelam kabut kerana beliau hendak tercirit.

apabila sampai berhampiran bulatan beliau tidak dapat menahan ciritanya, lalu menghon-hon dengan harapan trafik akan bergerak lebih cepat. malangnya ketika bergerak dalam round about, beliau gagal menahan ciritan lalu tercirit didalam seluar.

kepada lelaki ini sila, berak siap2 sebelum memandu kereta supaya anda tidak kelam kabut semasa memandu dan akhirnya tercirit didalam kereta.

Monday, February 23, 2009

alam fantasi orang melayu

artikel yang panjang ini mungkin berbunyi serius dan mengandungi bahasa kasar.

orang melayu atau bukan melayu selalu stereotyping orang melayu sebagai malas. ada betul ada salah. bukan semua melayu malas, bukan semua melayu rajin. korang tak boleh tuduh mak cik senah penjual nasi lemak sebagai malas. dia bangun pukul 3 atau 4 pagi, masak nasi lemak, kukur kelapa, potong daun pisang, pukul 6 pagi dah meniaga, sampai pukul 10 pagi. petang start pukul 3 petang meniaga lagi jual goreng pisang. malas kah mak cik senah itu??? ya. mak cik senah malas nak kecoh dia tak dapat kontrak projek berjuta2. dia jual berniaga dengan gigih pun ada rezeki juga.

jay chou, seorang pelajar ipt. tak datang kuliah, nota guna nota senior, thesis plagiat thesis senior, final exam dah ada skema jawapan dari senior cuma perlu hafal, menyorok buku library sebagai harta peribadi dan dipasing sesama kawan2nya supaya orang lain tak boleh pinjam. assignment tumpang nama sahaja. mid sem score dapat tips hasil mencium punggung (bermaksud ampu bukan kelakuan luar tabiee) pensyarah. bila ada dapat soalan spot, dia sorok untuk dia supaya graf jatuh dan dia boleh score A. akhirnya jay chou bergraduasi dan dapat kerja di syarikat pak ciknya di singapura. rajin kah jay chou???

anil kapor. mandi 3 kali sehari. gosok gigi, well shaven, sikat rambut, kuku pendek, baju sterika, kasut kilat. lepas tu dia bantu auntie karen mok siram pokok bunga, sebab karen mok pergi bercuti di macau. lepas tu dia menasihatkan mahindra chopra supaya jangan suka songlap duit jualan mesin kashier haji abdul. mahindra chopra insaf dan memulangkan semua duit kepada haji abdul. penipukah anil kapor???

jangan lah menstereotype-stereotype lagi hokeh.

korang perasan tak masalah yang terhidang kepada orang melayu di Malaysia ni? yang berpangkat tinggi sibuk nak kaut hasil mahsul kontrak projek, yang berpangkat biasa2 sibuk dengan hiburan terkini.

sebut lah apa jenis hiburan, dari yang hiburan biasa sampai lah hiburan yang insulting intelligence. contoh lah kan.. ni aku sebut nama terus, rancangan bolos di astro tu... apa benda punya rancangan lah tu, dengan hos nya menjerit2 entah apa2 dengan pesertanya pakai baju yang sesuai untuk game tersebut, tapi agak2 ketat yang amat untuk wanita.

bila ada realiti tv menyanyi saja maka berbondong2 berpusu berkaum kerabat lah melayu beratur isi borang. kononnya kalau menang nanti boleh mengubah nasib keluarga. well bukan semua orang boleh jadi bertuah macam mawi tu. nyanyi off pitch kah pitchy kah tetap ada show berlambak2. ini lah fantasi melayu, masuk af lepas tu boleh jadi macam mawi, kawin ditaja, kawin sampai 3-4 majlis, ada live telecast, kawin naik kuda, naik helicopter.

ha fantasi macam tu lah yang ditanam dalam kepala hotak dan jiwa raga kita. masuk realiti tv hidup change overnight. ya hidup mawi berubah, dah rezeki dia. itu ok. tapi jangan pula kita penuh dengan harapan dapat mengubah nasib diri dengan hanya memasuki rancangan realiti.

aku tengok iklan rancangan my star di tv 3. kasihan. ya itu sahaja. peserta2 tu tahu kah bahawa mereka itu cuma sebahagian dari rancangan tv. yang hanya ruled by 1 word; 'rating'. mereka ingat lepas ni mereka akan menjadi penyanyi disinari dengan lampu limpah dan beberapa groupie yang mengejar nak bergambar?? ya mungkin lah sebulan 2 ada lah juga. then what??? tak apa asal dapat masuk TV katanya.

mungkin secara tidak langsung asmawi sudah merevolusikan satu opsyen dalam kehidupan orang muda di Malaysia. bahawa ada sebuah akademi yang boleh bergraduasi dalam tempoh 3 bulan dan kemudian disorak sorai sebagai melayu's most favourite son. at least for emm... beberapa tahun.

ok.. next up aku nak bash... sistem pelajaran. bila graduan menganggur dikaitkan dengan melayu atau bumiputra. asal graduan menganggur dikaitkan dengan bumi putra/melayu. bukan melayu pun ada juga yang menganggur. tapi orang melayu ni aku nak lah juga kata memilih kerja. ya ada kerja kosong. nah kerja kosong itu memerlukan kau bercakap mandarin. berapa ramai graduan melayu boleh cakap mandarin??? kerja kosong itu di singapura... nah berapa ramai orang melayu sanggup pergi merantau disingapura dengan kos tiket/pasport/visa yang mahal.... siapa nak bagi modal?

ramai orang melayu masuk ipta. full stop. masalahnya dengan ipta malaysia, ipta tak berapa nak bebas dalam mencorak hala tuju. asyik2 ada lah tu ketua cawangan umno campur tangan. hatta berkenaan perlantikan NC pun aku ada dengar ada masalah. macam mana lah para ahli akademik tu nak majukan universiti, asyik2 dapat arahan orang2 atas kementerian. siapa orang atas kementerian ni??? berapa keping kertas akademik dia dah tulis?? ohhh rupanya orang atas ni budak baru lulus exam PTD.

leave academic matters to academicians. they are expert. apa kau expect politician boleh buat kerja akademik??? dah dah sila berhenti berharap. mengharapkan politician buat kerja akademik sama seperti mengharap akademician buat kerja politik... ya kadang2 ada masanya 2 dunia ini bercampur. tapi kalau dah campur tangan lebih2 tu tak elok lah untuk universiti kita.

lagi satu pasal bahasa penghantar dalam pengajaran. bak kata2 orang yang dirahsiakan namanya, 'buka pasal ini cerita, beer 3 krek pun boleh abis, tapi cerita ni nda juga abis2 lagi'. bila ada kelemahan dalam sistem. kita baiki. bukan cepat melatah, tukar ke inggeris tukar ke melayu... apa hal? yang pihak pembangkang pun jangan lah jadi kan ini sebagai modal nak nail kerajaan. ya ada kelemahan. oleh kerana kita semua orang malaysia, maka kita semua betulkan lah kelemahan yang ada. ini tambah ada kelemahan tambah pula dia nak jadikan modal nak menghentam, mempolitikkan, mensiyal-siyalkan lagi keadaan yang ada.

kata nak bekerja untuk rakyat??? yang aku nampak mereka sesama mereka sibuk smashing each other, lepas tu asyik2 buat laporan polis. laporan polis yang tak perlu tu tak payah lah buat, banyak lagi kes yang lebih penting nak diselesaikan polis. ya lah politician ni ramai peguam dan ramai yang boleh upah peguam. tapi ingat majikan anda, iaitu rakyat jelata. politician di malaysia ni semua vote whore. tak cukup dengan itu mereka juga power whore. woi... tak takut balasan neraka kah???

kita mesti kerja dengan lebih kuat. pernah tengok orang jepun bekerja?? (alert bukan semua sikap orang jepun boleh ditiru). aku tak pernah lah ke jepun tu. tapi aku pernah tengok orang jepun kerja, dia tak ada pun tea time dari pukul 10 pagi sambung terus ke lunch. jepun yang aku tahu ni, pangkatnya professor. tapi kerja dengan sangat rajin. (kalau dia malas tak kan lah dapat jawatan proff kan?).

tambahkan ilmu pengetahuan. ilmu pengetahuan ni bukan boleh diukur dengan berapa keping sijil kau ada.. (boleh juga.. tapi macam sangat shallow lah kan nak kira dia pandai ke tak tengok result exam berapa deret A). dah bekerja pun tambahkan juga ilmu tu. jadi suri rumah pun tambahkan juga ilmu itu.

ilmu menjahit pun ilmu juga. ok.. contoh, seorang suri rumah belajar menjahit. lepas setahun lebih kurang, beliau berupaya menjahit uniform sekolah anaknya sendiri.. tengok.. kan ada kebaikkan tu.

berapa ramai graduan universiti yang membaca sesuatu diluar bidang mereka??? yang aku tahu selalunya, yang belajar sejarah tu memanjang lah dia baca sejarah, yang belajar biologi tak hadap lah dia nak baca sains politik, yang belajar kimia tak lalu lah dia nak baca sejarah. yang belajar math asyik punch calculator... tak hadap dia nak tahu geografi kah... yang ostad pun macam tu juga. jangankan graduan mentah2 yang ahli akademiknya pun lebih kurang juga.

hafal2 pas tu score A. biasa lah kan. ini semua pun buat. justifikasi aku; kau dah bayar yuran tak kan nak dapat C, right?? membayar C. apa hal...

orang bumiputra/melayu ada hak keistimewaan. aku tak malu aku ada hak keistimewaan. apa hal pula... ada kelebihan boleh dapat masuk ipta, aku rebut, ada kelebihan kuota itu dan ini aku ambil peluang (at least memohon), sebab bangsa lain pun kalau diberi peluang dia rembat juga. tapi tak lah selama2 bangat aku nak bersandar kepada hak keistimewaan ni. kita sempat rasa hak keistimewaan anak-anak kita tak tentu lagi.

satu lagi melayu kena jujur dengan diri sendiri lah. kalau dah keputusan exam tu yang lulus sains 75% (contoh), bila umum, kata 75%. tak payah nak kasi turun graf kasi up itu adjust ini, pas tu umum yang lulus 99%. tak ada untungnya buat macam ni. apa yang dapat ditegakkan dengan menipu diri sendiri.

yang dapat menyelamatkan kita ialah ajaran Islam, Al-Quran dan Hadis. Islam itu agama adil, menjaga orang Islam, dan juga menjamin kesejahteraan yang bukan penganut selagi mereka tidak melampaui batas2 yang normal. kau nak ubah jenama kerajaan pun, kalau kerajaan baru tu sama juga menyimpang menyiur... tak ada juga kebaikkannya.

so korang jangan percaya sangat lah kata2 retorik ahli politik macam anwar tu, hari ini kata lain esok lain. hari ini berpelembagaan esok konspirasi, sekejap polis salah sekejap minta tolong polis. bagus betul kosa kata beliau. tapi kekayaan kosa kata tak kan cukup menyembunyikan attribut gila kuasanya.

akhir sekali, hindarkan rasuah. jauhi rasuah. jangan dekat, dekat pun tak boleh buat apatah lagi. ada faham.....

together we protect the children

heart break, geram, sad, angry,.....

i have mix negative feeling when i read this news. what monster could do such cruel conduct against baby. yes a baby. the criminal is monster, evil from the deepest hell hidden behind human form. send the monster to the filthy ghouls. give him the maximum punishment.

i hope police can catch the monster soon. i am praying for the victim and the family, i pray for their safety and well being. hopefully they have strength to endure this.

protect the children. doesnt matter they are not yours, doesnt matter they are not related, doesnt matter what colour of their skin. we must protect the children. they are innocent and fragile.

to parents, be extra extra careful in trusting others to babysit your children. i mean super duper extra careful. install a CCTV or surveillance devices if necessary, so you can monitor your children as much as possible.

this case give me more points why i am not agree to send kid to baby sitter's house. hire a baby sitter who come to your house, or simply send your kids to nursery.


TOGETHER WE PROTECT THE CHILDREN.

Maki Monday

*entry may contain spoiler.

mula2 aku tengok oscar, award season lah katakan. bosan... sebab mana pialanya. asyik2 saluran E! tayangkan para selebriti berjalan di karpet merah, lepas tu tanya pakai apa.

aku tengok sambil selang seli surfing channel yang lain. apa pun slumdog millionaire menang. pakar mereview filem pun pilih slumdog, and yes it is sean penn and kate winslet. yang kate winslet tu macam konfem2 lah, tapi sean penn tu tak sangat sebab, ada mikey rourke. apa pun aku memang nak sean penn menang. ironinya, aku menentang segala usaha untuk menghalalkan liwat. whatever...

benjamin button? aku baru plan nak tengok...

ok next up... tadi aku pergi isi minyak dan pam tayar di stesen minyak yang berlainan tapi syarikat minyak yang sama. sebab masa aku isi minyak, stesen pertama tu ada construction sikit nak baiki2 entah apa... tapi kawasan tu agak messy, maka aku malas lah nak terkial2 tercari mana nak cucuk pam lah apa lah... quite busy lah tempat tu.

tak apa... aku pam tempat lain. sampai stesen minyak ke-2 aku terus lah menuju ke pam tayar tu. ada seorang ibu yang sedang mengguna pam itu, nampak macam beliau tak berapa mahir guna, kebetulan ada 2-3 orang anak2 didalam keretanya, maka lambat lah. tak apa aku tunggu. aku park betul2 belakang kereta ibu tu, sebelah kanan aku pam minyak diesel.

lepas tu datang sebuah pikap 4wd. dia betul2 belakang aku. aku nak berganjak pun tak boleh sebab ya lah aku nak guna pam, bukan nak isi minyak, so aku biar saja 4wd menunggu. aku pun sedang menunggu turn aku juga. tak lah sampai 10 minit tapi dalam 3-5 minit tu ada lah juga.

tiba2 si driver pikap 4wd siyall nak mampus tu hon hon..huisy releks lah ikut turn, bukan aku sengaja nak blok kereta kau babi!. dah pam kat depan tu ada orang guna. memang perempuan tu itik gantung macam siyall. dah lah kurang hajar, macam siyal, aku memang nak maki hamun saja tadi kalau dia hon kali kedua. lupa pula aku nak perati nombor kereta dia, kalau dapat, mau sahaja aku siarkan plat nombor perempuan horny sial nak mampus tu.

tak reti nak berbaris rasanya perempuan pikap 4wd ni. masa tu kat sebelah aku ada 2 pam minyak yang kosong. aku pun tak tahu kenapa perempuan haram jadah tu tak nak pergi saja ke pam2 yang kosong2 nak juga guna pam khas untuk disel. pam lain pun ada juga nozel untuk disel. aku pernah tengok lori2 isi minyak guna pam lain2. iya aku tahu dia nak isi disel. tapi kat pam lain yang kosong tanpa pelanggan tu pun jual disel juga. memang bodoh terlebih makan bak kut teh agaknya.

beratur lah bangang! makan semut!. apasal not getting laid kah? wait for your turn lah no need to honk like horny old drunken bitch.

ni first time aku guna pam tayar. aku baca instruction lebih kurang, lepas tu aku cucuk sahaja. aku cucuk.. bukan tayar makin banyak angin makin flat lagi ada. aku dah suspicious dengan pemahaman aku terhadap instruction. aku pun lambai2 tangan dengan pekerja kat situ. minta bantuan. lepas tu adalah sorang datang, dia pun cuba tolong. dia buat macam yang aku buat... lepas tu tayar makin kempis. pulak...

last2 dia cakap pam tayar tu rosak. aku dah sentap dah. tayar dah pancit like hell, baru dia sedar bahawa dia kempiskan tayar bukan kembungkan tayar. dia kata ada pam lagi satu.

aku pun dengan tayar yang kempis tu drive lah ke pam lagi satu. ada pula lori tangki tengah refill bekalan minyak. lori tu blocking pam tayar tu. aku kena reverse lah supaya hos pam boleh capai tayar. dah lah tayar kempis, nak reverse sikit punya berat. macam cilakak saja. aku nak maki pekerja tu pun tiada makna. aku cuma biar dia isi angin ke dalam tayar. dia punya pasal lah tayar makin kempis. cis bedebah. tapi still aku ucap thanks juga dengan pekerja tu sebab sudi tolong, walaupun menyusahkan.

tak apa aku maki dia sikit kat sini.
.........................................................................................................................................................................

tadi masa aku surf2 channel tu tertengok ape-ape aje... tak tahu lah apa jenis rancangan, macam talk show tak juga talk show, tv magazine.. tak tahu lah apa formatnya. pengacara shamsul dan amy.

cerita/bincang pasal lelaki dan perempuan.. kiranya ni rancangan mak-mak juga lah. mula2 ada pemanggil perempuan. dah cot cet2 cerita, tak lama ada pemanggil lelaki, dari lahad datu, sabah.

bila si pemanggil dari sabah tu mula bercakap, mestilah ada slang sabah. dah orang sabah kan.. tak kan nak slang british pula. lepas tu si shamsul started to add 'bah' dalam semua ayat dia. like.. 'apa kabar bah' betul bah' 'itu bah ini bah' 'shamsul cakap macam orang retarded bah' (ini ayat maki- harap maklum)

aku tak tahu dia nak cakap sabah atau dia nak ejek. tapi mengikut intonasi dia, aku pre-assume dia nak mengejek. sudah lah shamsul ghau ghau... kau nak mengejek pun agak2 lah... kalau tak pandai nak tambah 'bah'. baik jangan. macam siyall ok bunyi nya. he sound soooo SIYALLL tadi.

industri hiburan malaysia sudah tepu dengan kelakuan2 bodoh. shamsul tadi dah tambah perisa kebodohan. aku tak tahu lah dia nak embrace keunikkan malaysia kah apa... kalau nak pun, tak perlu buat macam tu. unless dia nak nampak bodoh. tapi tadi, instead of nampak bodoh, dia nampak bodoh dan siyall.

ada seorang lagi pengacara lelaki yang selalu mengajuk2 cakap orang sabah ni. pengacara melodi wahid senario. come on... kau ingat itu gurau senda? itu boleh ditafsirkan sebagai insult ok. semenanjung tak superior dari sabah sarawak, sabah sarawak tak superior dari semenanjung. kepada pengacara tv, jangan mengajuk/mengejek/menambah cara orang sabah bercakap. unless kau nak jadi siyall macam shamsul tadi.

dah lah cakap berlumba2 perkataan keluar dari mulut, tak tahu apa benda yang dia cakap pun. pengacara jenis macam ni pun tv 3 ambil jadi pengacara.

orang mengacara kau pun nak jugak... sudahnya tu lah terjerit2, partner nak bercakap kau pun menjerit.

rancangan pagi di era apa cerita? aku dah lama tak dengar. ada baiknya letak aznil sorang atau pasangkan dengan yang lain. si din beramboi tu menjerit, lepas tu buat suara pondan, ntah apa2 ni lagi satu contoh pengacara suka menjerit dan berkelakuan seperti lupa untuk berevolusi.

as kicap in tom tom bak pun dia yang buat spoil, ada ari tu jadi suara/audio untuk rancangan telematch, kira alih suara dalam bahasa melayu. pun dia juga buat slack. sudah lah nak buat bodoh, buat lah sembunyi2. ini buat dalam tv, kan dah kena kutuk.

dulu (long before rumah2 kat malaysia ada piring astro) rancangan telematch ni ada tayang kat tv 2. yang baiknya rtm 2 pasang audio sebenar. telematch ni kalau tak silap aku memaparkan sukaneka/sukan rakyat di eropah, i think kawasan german/austria sewaktu musim panas.

aku suka juga ni tengok sukan suka2 ni. lagi satu aku suka tengok sukan lumberjack, sukan kapak tunggul kayu, gergaji balak, and so on dalam espn.

Thursday, February 19, 2009

cravat

kali ini nak cerita pasal cravat. cravat ni macam necktie lah juga. cuma dia old skool. nak tahu apa bendanya sejarah cravat ni. tu ha kat wikipedia ada tulis panjang2 dari zaman dulu2 lagi tu ha... nanti boleh baca kemudian.
meh tengok gambar dulu... ini lah cravat... boleh ikat macam ni atau...


ikat macam dibawah ni pun boleh. ada juga panggil neckcloth. macam neck tie biasa tapi besar sikit kain dia tu. tidak lah aku tahu apa motif ada cravat ni... mungkin kat croatia tu sejuk sangat, mereka pun bungkus lah leher pakai kain, lepas tu ikat stailo2.
yang fesyen ikat macam ni AC mizal selalu pakai. apa baju bon zainal ka apa??... tapi tidak lah lah aku sanggup nak letak muka ac kat blog aku... heheheha ini lah jejaka hensem, pakai apa pun nampak hensem, suara pun sedap, Anuar Zain. dia punya dia ikat macam skaf. sedondon dengan pocket hanky dia. dipadankan dengan double breasted itu. classic gitu.
pak haji aznil, dia pula padankan warna cravatnya dengan cummerband. selalu orang pakai cummerband warna burgundy atau hitam atau putih, sekali pak haji pakai corak batik. bagus juga ada malaysian flavour kan.
dafi pun pakai juga tu. dia pakai dengan jaket 1 butang, cantik, ada detail unik pada lengan jaket.

aku ternampak pasal cravat ni masa aku google pasal pocket hanky, tapi aku ingat dalam filem count of mount cristo, costum pelakon banyak pakai cravat ni. sesuai lah dengan setting masa dalam filem tersebut.

boleh lah ya cuba2 pakai cravat.

p/s: gambar bukan milik aku. aku hentam google saja lepas tu tempek balik. credit kepada semua pemilik gambar. Photos are randomly downloaded and re-produce. so jangan lah marah2 aku cilok gambar korang..

Tumbuhan Herba

Apabila mengatakan berkaitan dengan tumbuhan herba, ramai membayangkan tentang tumbuhan yang memberi manafaat kepada kesihatan. Antara yang paling popular ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi.

Saya rasa berlaku satu kesilapan dalam pemahaman apakah tumbuhan herba yang sebenarnya. Tumbuhan herba merujuk kepada tumbuhan yang tidak berkayu keras, seperti pokok pisang. Selain dari herba, tumbuhan spermatophyta (tumbuhan tinggi) juga dibahagikan kepada kategori 'Pokok' dan 'Shrub'. Pokok merujuk kepada tumbuhan yang mempunyai batang monopodial seperti pokok durian, pokok mangga, manakala Syrub pula merujuk kepada tumbuhan mempunyai batang kecil seperti tongkat ali, bunga raya.

Maka adalah silap jika melabel tongkat ali sebagai herba sedangkan tongkat ali ialah sejenis shrub. Kita tidak seharusnya berfikir semua herba itu adalah tumbuhan ubatan dan semua tumbuhan ubatan itu adalah dari jenis herba. Pemahaman seperti ini terjadi kerana kita tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan herba itu.

Daun yang dipetik dari tumbuhan syrub dan kemudian diracik-racik sehingga halus bukan herba. Kayu atau akar yang diracik-racik sehingga halus dan dicampur ke dalam kopi bukan minuman herba. Kopi herba? teh herba? herba apa? apa yang dicampur kedalamnya. Adakah dinyatakan peratus campuran 'herba' tersebut.

Di pasaran terdapat lambakkan produk seperti kopi tongkat ali, kopi pra campur herba akar serapat. Adakah pengguna sedar apa yang mereka minum? adakah kandungan didalam kopi tersebut seperti yang ditulis diatas label?. jika dilabel ditulis akar tongkat ali, adakah pasti serbuk akar tongkat ali yang dicampur kedalam serbuk kopi? dan bukannya batang tongkat ali?. khasiat batang dan akar tongkat ali adalah berbeza.

pernah sekali saya diberitahu satu kes lama dahulu apabila ada pihak yang ingin mengaut keuntungan cepat hingga sanggup mencampur serbuk kayu pokok getah dengan kuinin, dan menjualnya sebagai tongkat ali.

Jangan pula ada pengguna yang tersilap anggap bahawa meminum kopi campuran dengan tongkat ali akan memberikan tenaga tambahan atau hilang mengantuk. hal ini kerana bukan tongkat ali itu yang buat anda bertenaga, tetapi kesan kaffein dalam kopi itu yang membuat anda boleh menahan mengantuk.

Jadi lah pengguna yang bijak. Jangan hanya mendengar perkataan minuman herba lekas-lekas pula kita beranggapan iya adalah minuman yang memberi lebih manafaat kepada kesihatan. mungkin minuman seperti itu tiada banyak berbeza dari secawan kopi kampung yang biasa.

meet the expert

tadi aku berkobar2 nak tulis blog. internet pula bagus. lepas tu kelepup... black out. betulkah kata orang, sabah lebih banyak mengalami gangguan elekterik dari semenanjung? jika betul, sila gunakan duit hasil mahsul minyak dan gas sabah untuk keselesaan seluruh warganegara sabah. hokeh jangan nak berdolak dalik, federal dah kasi sekian percent, sekian billion... wei tak cukup lah kau punya sekian persen tu... we want more.

ada plan nak buat power plant arang batu di sabah, dengar2nya lah? amacam jadi atau tidak? ni siapa yang dapat projek ni?? berapa persen pulak dia cut? nanti con atas sub con atas sub con.. lampu tak menyala-nyala juga. pas tu salahkan kelembapan ekonomi.

yang pakatan rakyat tu pula jangan nak mencelah dengan slogan 'kami akan berkhidmat dengan lebih baik untuk rakyat.' dah cukup dah jangan nak bagi harapan palsu. nanti korang berkuasa pun korang pun sama jahanam sub con atas sub con atas cronies bawah cronies.

huisyh... apa aku mengarut ni... ni semua black out punya pasal lah ni.

dah tutup cerita pasal bekalan elekterik kepada warganegara sabah kejap.

tadi aku jumpa em... macam mana nak describe ya... seorang expert dalam bidang aku. dia ni terkenal diseluruh rantau asia tenggara dan juga beberapa bahagian di barat (us n eropah), mungkin juga jepun. korang tak kenal lah... tapi dalam bidang aku memang beliau sangat terkenal.

kiranya kalau dalam bidang sukan badminton dia ni setaraf dengan misbun sidek lebih kurang. cuma beliau tak dapat pangkat dato' saja lagi. berdebar dan segan aku masa introduce dengan beliau. hehehe.... analoginya korang wakil badminton sekolah, lepas tu tiba2 dapat jumpa misbun sidek. ha kira macam tu lah lebih kurang.

ikutkan susur galur perguruan, dia ni pangkat granpa kat aku. dia tak lah tua sangat, baya2 my parents. dia cakap english, aku jawab berterabur juga lah english campur melayu. segan beb, nanti dia tanya soalan power2 apa aku nak jawab, aku ni baru nak belajar baca kitab. kami berbicara lebih kurang lah. tapi semuanya berkaitan dengan bidang. happen to be dia tahu bekas site (kawasan) aku dulu. aku pun kasi tahu lah dulu aku buat kat selatan, begini begitu.

dia siap bagitau aku kawasan tu ada benda baru dijumpa,sangat menarik kerana tanah kawasan tu berasid (acidic soil). perghh.... berdebar aku kejap... kan aku dah terlepas cakap, aku dulu study kawasan tu, mana tau dia tertanya soalan ilmiah. aku tak lah tahu kawasan tu asid kah alkali kah tawar kah keras kah masin kah. aku pun cepat2 minta diri. walaupun sebenarnya teruja nak bincang2, tapi dia pun busy. lagipun aku sedar diri, ilmu aku ni sangat lah cetek kalau aku nak bincang dengan dia, aku rasa memang aku tak boleh catch up lah.

kawan aku, Gio bagitau, yang the expert tu suka berbincang yang ilmiah2 sahaja. hehe.. nampak sangat jauh beza aku dengan the expert, gossip2 artis suka lah aku nak diskas, yang ilmiah2 ni time nak jawab exam saja aku baru nak bincang2. hehehehe

apa pun rasa agak best sebab dapat jumpa beliau. future guru??? tengok lah macam mana ya...

2 cents

if you are racist. then you are. no need to accuse others to be racist, just damn admit it.

somehow sometime we tend to be racist, right? whether we realize or not. well i think this racism circle is far from over. we are tend to be spliter rather then lumper. not even in post-obama time.

all people are singing the same melody, how malay/bumiputra graduate cannot write and speak well in english. how malay/bumiputra is left far behind in economy. how industry not prefer to hire bumiputra because they have poor command in english. english here english there.

i read various blog, and encounter some offensive blog against malay/bumiputra and Islam. by using my common sense i pre-assume those blogs belong to non malay. they are mocking malay and Islam as their wish. they write in english, as if the non liberal kampung malay wont understand a word of insult they wrote. when you are mocking malay just stop there. no need to extend any of your not so brainy poisonous words against Islam. DO NOT mocking Islam.

how many times you find in job advertisement, mandarin is a requirement? yes, we are in Malaysia, but they want you to speak mandarin. is mandarin is soo important? soon yes. in order to get job.

yes if you are linguist cunning, then speak in multi language will give you great advantages. hey how many malaysian out there who cannot speak proper bahasa Melayu, even though Bahasa Melayu is national language.

we are spending to much time for endless discussion about malay who cannot speak english. have we ever rise issue about Malaysian who cannot speak proper national language???.

i keep on reminding myself to read, read, read, and read.

learn not whine. learn english, learn mandarin, learn tamil, learn korean, learn japanese. learn as much as you can. read law. we need more bumiputra lawyer.

i think malay have too much hiburan. akademi fantasia, mystar lg, raja lawak, so on.. lah.

please behave. royals, politician, professional, white collar, blue collar, orang kampung, orang bandar... jadikan agama Islam sebagai panduan hidup.

you claim yourself as pemimpin masyarakat, wakil rakyat, pemimpin here pemimpin there. but all you do is not memimpin but talking about contract, tender, project, sub-con, cronies. nak kuasa sebab nak kumpul harta. nothing much different from cuban immigrant who cannot stop talking about money. (read: Tony Montana).

how can you help your bangsa if you are behave like that???

and to malay muslim, please stop label melabel; melayu pkr, islam pas, melayu umno, melayu pas, so on.... for Islam sake, we are brothers. we are Muslim. bersatu teguh bercerai roboh. tak faham-faham lagi.

enemys are sharpening their claws, waiting the right time to carve you for real. prepare yourself well like preparing warm clothing before your trip to alaska, may be in future you no longer can seek santuary behind your King or Sultan.

sadly, ada juga melayu muslim terlebih liberal, more american then american, more english than english. freedom to speak, freedom this, freedom that.

in the end, kembali lah kepada ajaran AL-Quran dan Hadis. Amalkan ajaran Islam yang sebenar-benarnya. dan tuntut lah ilmu, sebab wahyu pertama yang diturunkan adalah tentang 'membaca'.

Wednesday, February 18, 2009

untuk lelaki kurus lagi. (sila baca dengan nada majalah intrend)

tertanya2 terfikir2 apa nak pakai untuk pergi dinner party atau senior night atau annual dinner? nah gambar2 dibawah mungkin beri sikit idea. fesyen untuk lelaki kurus dan tinggi kembali lagi.. hehehe
ini untuk casual. untuk aktiviti melepak2.


tengok seluar itu. skinny, amat sesuai untuk lelaki kurus yang mempunyai metabolisma yang tinggi. tapi untuk di malaysia, sila jangan pakai jaket panjang tersebut.


cargo short pants dengan kasut croc? sesuai untuk berjalan ditepi pantai. santai. padankan dengan koleksi t shirt mu.

kamu adalah seorang penunggang motor??, nah tinggalkan windbreaker atau jaket pvc hitam itu untuk mat rempit. sarung jaket seperti diatas, baru nampak menarik.

sesuai untuk annual dinner kolej kamu. ya sesuai untuk yang tak suka dilabel sebagai skema.

kombinasi warna menarik. jangan lupa detail seperti kain dikocek kamu itu buat kamu nampak lebih menonjol.

p/s: photos are not mine. randomly googled and re-produce.

Klassic cool!

old picture. but not too old lah... my quiet empty room, taken from my bed.

hari ini kelas pertama untuk semester ini. esok ada lagi dan lusa pun ada lagi. dah lama aku ternanti2 kelas. nah sekali datang hambik aku, berdas-das dia bagi.

kelas tadi agak menarik. kagum. mula2 dengan tempat lepas. tempat menarik, first time pergi sana. tempat himpunan para rimbawan. sehinggakan semua daun pintu dicat dengan warna daun. hijau. tapi aku faced little trouble in my way to go there. sesat sikit, sebab keliru dengan simpang2 yang berbukit bukit.

kagum, ke -2. masuk bilik itu, bagai masuk dalam spa. bau minyak pati yang berfungsi sebagai aroma terapi menerjah deria bau. menarik. lihat di kiri rak buku yang penuh dengan buku-buku. oh tidak, bukan sekadar buku biologi, tapi buku seperti the last gospel, the knight tempeler, dan lonely planet juga ada. nampaknya range pembacaan beliau agak luas. bagus.

lihat ke kanan, gitar dan bass berserta amplifier, tersedia untuk after hour activities. yes, i have seen better guitar, but those in the room, are good enough. bagus untuk kali ke-2. ada punya citarasa muzik dan hobi yang cool. mungkin rock? mungkin jazz? mungkin country? tapi i bet it is rock. yang pandai main alat muzik lebih cool dari yang pandai nyanyi karaoke. i think.

kagum ke-3 sebuah tv LCD about 48 inches (may be). tersedia untuk dijadikan extended monitor kepada laptop. belajar menghadap tv LCD, korang ada??? hehehehe.... terus aku rasa macam nak join rimbawan.

kagum ke-4. dia tahu apa yang dia nak beritahu. bagus. baru semangat aku nak teroka bidang yang baru. he kinda put puzzles together. before, i read about biogeo, but not really get it. Insya Allah lepas ni tak lah pening2 sangat. after his explaination.

laptop ada at least ada 4. desktop 1 (i think belong to jabatan), printer 3, 2 darinya ialah laser jet. at least 1 scanner. has penchant for technology?? may be. banyak lagi barang menarik dalam bilik tu. macam tak sabar nak pergi next class.

i wish i can borrow the night tempeler book. cool!

Tuesday, February 17, 2009

Adun, cikgu, dan ostad.

* awas entry panjang yang amat, sila klik iklan nuffnang sekiranya anda sakit hati atau bosan

macam tahu tahu saja. baru saja aku tonton rancangan 15 sex scandal in politic, di saluran E! (seriusnya, datuk bandar san francisco itu sangat hensem). kedebom... politik di malaysia terus subur dengan cerita2 panas dan menarik untuk dijadikan modal menulis entry dan juga umpatan di kedai kopi.

nudie photo atau gambar bogel, tak kisah lah full atau partial. bagi aku apa yang terjadi kepada adun tu sangat kesian lah. sebagai perempuan aku kesian juga dengan mangsa. dan yang sepatutnya ditangkap dan dihukum ialah penyebar gambar tersebut. dia (adun itu), kata photos were taken without her consent. nah.. dia ni mangsa. perlukah dia letak jawatan. aku rasa kalau nak letak jawatan pun, letak jawatan exco sudah lah. but she may keep the YB title.

dan malangnya ada pula yang cepat2 jump into conclusion atau serkap jarang, bahawa penangkapan dan penyebaran gambar ialah bermotif politik, konspirasi menjatuhkan kerjaya politik, konspirasi itu dan ini. bagi aku, ya, Adun itu ialah mangsa, dan tak kisah lah apa motif, in the end motifnya jahat. tak semestinya bermotif politik. motif dengki, motif balas dendam, motif peribadi, motif khianat, dan banyak lagi motif di donia ni, tapi memandangkan orang malaysia suka berpolitik. maka motif politik juga lah yang dipilih.

kepada adun YB E. Wong, diharap bersabar dan bersemangat, anda adalah mangsa, dan penjenayah yang mengainaya anda seharusnya dihukum.

terus terang, aku tak suka pkr, (sebab banyak bunyi bising dari buat kerja). tapi sokongan aku untuk adun wanita itu tak ada kaitan dengan ideologi politik, memandangkan dia wanita dan rakyat malaysia yang terainaya, maka aku haraplah kes beliau selesai dengan baik. dan beliau dan keluarga boleh hidup aman damai.

ok tutup kes adun itu.

lagi pasal isu semasa, iaitu pembelajaran math dan sains dalam inggeris. apa hal lah tak sudah2 lagi isu ini. apa korang ingat murid sekolah tu tikus makmal???

soalan 1. siapa yang sebenarnya tak nak pembelajaran sains dan math dalam inggeris ni??
ahli politik? tokoh akademik? anak murid? ibu bapa? orang ramai? ahli bahasa? guru-guru??

aku rasa guru2 lah yang tak nak. ini pendapat aku sajalah, jangan marah pulak guru-guru semua. cikgu ni tak nak menambah ilmu bahasa inggeris mereka. sukar lah, susah lah, murid tak paham lah... padahal bahasa inggeris dia yang karat, dia tak nak mengaku. maka aku cadangkan, instead change and re-change the policy (pembelajaran dalam inggeris), why not paksa cikgu2 (yang berkaitan) mengasah kemahiran berbahasa inggeris mereka. cikgu dapat lebih ilmu, anak murid dapat perkhidmatan yang lebih baik.

aku tulis paksa ok. mandatory. ya ini malaysia bukan soviet union. tapi kau nak ubah sistem macam main yo-yo. nanti produk (murid) pun tak berapa nak berkualiti. bahasa melayu tak pakar, bahasa inggeris tak pakar. matematik tak pakar, sains tak pakar. and i am not talking about batches but about generations.

bahasa inggeris aku pun tak berapa bagus. tapi memandangkan aku bukan cikgu, maka, kesannya untuk diri sendiri sahaja. tapi andai seorang cikgu math atau sains yang tak boleh menguasai inggeris, kesannya boleh melarat kepada anak murid.

lagipun paksaan yang aku cadangkan itu, bukan lah suruh cikgu2 tu berkawad atau berenang dari pulau kapas sampai ke pantai marang, aku cadangkan supaya cikgu2 tu diajar semula bahasa inggeris. aku tahu mesti ada masalah disana sini. tapi cuba tengok kebaikkannya.

lagi satu aku nak tumpang kecoh2. berkaitan cikgu dan ijazah. aku dengar dulu ada dasar (dasar atau ntah apa ntah) yang mengkehendaki semua cikgu memiliki ijazah. maka yang cikgu pemegang diploma perguruan mesti belajar balik supaya dapat ijazah. so apa cerita dengan dasar tu sekarang. aku rasa ramai lagi cikgu diploma ni tak buat ijazah.

kepada cikgu yang kurang 10 tahun lagi berkhidmat tu tak payah lah perambat mereka buat ijazah, dah nak pencen dah pun. itu boleh dikecualikan lah, maksud aku optional, mereka nak buat pun lebih digalakkan (in the sense of menuntut ilmu).

ni cikgu yang umur tak sampai 35 tahun tapi masih liat nak belajar ni apa hal???? oh... gaji tak naik banyak. ya memang tak naik banyak. orang suruh menuntut ilmu tu. yang kau persoalkan tak lain gaji gaji gaji. pergi tanya dengan ostad apa hukum menuntut ilmu. ohh... susah nak tinggal keluarga bila sambung belajar... emm part ni susah sikit, tapi yang aku boleh cadangkan ialah kau pilih lah universiti yang paling dekat dengan keluarga ataupun hangkut lah keluarga kau temankan kau belajar. (mana2 yang kau suka).

cadangan bagaimana nak suruh cikgu sambung belajar: sama macam isu bahasa inggeris tadi. paksa mereka buat ijazah. tak buat kalu, kenaikkan gaji tahunan dibekukan. dan kenaikkan pangkat adalah pudar.

i have nothing against teacher. my concern is for those school kids. our kids.

ok tutup cerita bahasa inggeris ni kejap.

nak mengarut pasal ostad2 pula. aku tak tahu lah kenapa aku ada benda saja tak berkenan dengan ostad. ostad atau ustaz ni ikut harfiahnya cikgu. tapi di malaysia sebut ostad konfem dikaitkan dengan cikgu agama atau bahasa arab atau orang yang banyak pengetahuan agama.

ikutkan cikgu PJK bernama micheal william tarantino pun boleh panggil ostad, sebab dia cikgu. (apa aku mengarut ni....). ada ostad yang namanya saja ostad atau gelaran saja ostad. tapi tak berapa nak ostad (dalam konteks keagamaan). maksud aku ala... untuk orang lain, lain hukumnya untuk dia lain hukumnya. 'buat yang ana cakap jangan buat apa yang ana buat' . iya lah kalau ostad tu buat perkara menjahanamkan tak kan lah kita nak ikut sama kan...

mungkin lah aku tergeneralized sikit. tapi ini ikut pengalaman dulu2. dulu kan masa aku sekolah ada ostad2 yang tackle murid. eventually kawin lah juga. tak salah. tapi ostad sebagai seorang cikgu haruslah beretika. maksud aku kalau nak bercinta for real pun, tunggu lah murid kau abis belajar dulu. iya aku tahu ikut ajaran agama, boleh kawin sebelum ambil spm.

bukan ostad saja yang buat macam tu, cikgu2 lain pun ada juga yang tackle murid. bukan 1-2 kes tapi ada banyak kes. tak salah tu memang tak salah. tapi.... entahlah mungkin aku lebih suka murid habiskan dulu belajar sekolah menengah, lepas tu baru lah nak cinta2 semua ni.

dah jodoh kan nak buat macam mana. lepas kawin pun boleh sambung belajar. tapi susah lah sikit kan. pilihan masing2 lah kan. tak kan nak ini pun aku nak buat cadangan pemaksaan.

apa pun kepada ostad2 diharap anda tak lah cakap tak serupa bikin. bukan sekadar berdakwah di mulut, tapi perangai pun kena sejajar dengan dakwah, iya lah kan ada title ostad tu... jangan pula dalam ceramah kutuk orang, tapi bila sendiri buat silap terkulat2 justify perbuatan sendiri, konon2 secara teknikalnya 'ana tak buat silap sebab ana cuma tengok wayang larut malam'. itu menegakkan benang yang basah namanya.. tak begitu ostad??

Monday, February 16, 2009

pengurusan kewangan yang tak berapa bijak??

internet tersangkut-sangkut. biasa lah tu kan... boleh dikatakan hari-hari ada masalah ini. rasa nak sangat beli broadband. aku ada baca beberapa blog bahawa broadband celcom servisnya kurang memuaskan. servis dari syarikat lain tak pernah pula aku baca komen, neither good or bad.

baru-baru ini ketika duduk menunggu di sebuah gedung kain, aku membaca majalah Malaysia Tatler. wah.. didalamnya penuh dengan aktiviti sosialit malaysia. ramai orang kenamaan, ranging from royal to politician to bussinesman to actors. who's who dalam malaysian high society circuit. agak menarik. dan tebal.

oh tidak, bukan nak berangan menghadiri parti koktail seperti itu. (aku tak akan dapat menyesuai dengan majlis sedemikian, plus i hate the aroma of alcohol). cuma tertarik dengan gaya mereka. atau haruskah aku sebut gaya elegan mereka. we know it is all about money right??. macam menonton gossip girl atau the o.c saja aku rasa. but this is for real.



kebetulan lepas aku membaca majalah itu (membaca? tengok gambar lah...). aku menonton pula filem count of monte cristo yang disiarkan di astro. terfikir2 pula jika nak bergaul dengan sosialit ini kena buat parti. bukan sekadar parti tapi parti dalam skala semuanya besar. macam edmond dantes dalam filem itu. ya... parti pelancaran atau housewarming (cuma sekadar alasan untuk berparti???) siap dengan persembahan akrobatik dan dendangan nyanyian dari John Legend.

ada yang kata evening cocktail, ada yang kata soiree. mana2 pun itu parti kan..

ok tutup pasal majalah.

bagaimana nak survive dengan rm50 untuk tempoh seminggu??

kalau aku dikampung. rm 50 itu besar sangat jumlahnya. sebab makan minum disediakan oleh parents. maka rm 50 itu untuk topup hp (jika mahu..) tak pun untuk beli snek, seperti ayam panggang atau hotdog.

disini, emm.. rm 50 itu untuk makan pun belum tentu cukup. nasib baik lah, kedai makan aku selalu pergi (selalu?? hari hari lah...) tu harganya agak berpatutan. so jimat. malam lagi jimat sebab selalunya maka megi.

aku cuba untuk minimumkan perbelanjaan. sebab... aku tiada income (if any pun.. bukan pendapatan yang tetap. ada job2 part time, itu pun like twice a year??) walaupun duit itu cukup. tapi duit itu tidak banyak. since i used chunk of cash to pamper myself last weekend. so my financial is pretty off balance. its ok... memang dah lama nak pampering diri sendiri.. (ceh.. korang bole muntah).

sebenarnya aku tunggu2 bila lah akaun nuffnang ni nak swelling se-bengkak yang boleh. ingat kan hasil mahsul blogging tu nak dibuat beli2 barangan kompite. itu lah plan aku, dari kompite untuk kompite. nampaknya long wayyy to go.

nak beli kasut. tapi aku tak perlukan sangat. cuma nak tukar selera. i wear the same 1 year old black pvc shoes. tapi selalu juga aku selang seli pakai sandal aku yang 20 ringgit tu... so i am looking for something yang affordable dan tak lah konservatif sangat. loafers lah selalunya yang cocok dengan selera aku. mary jane tu nampak memang cantik, tapi for me to wear?? tak payah lah.

what else?? oh ya.. goblet dan wine glass di giant tu aku tertarik juga. actually dah lama gila dah aku tertarik.. cuma tak beli2 lagi. 4 biji rm 20++ ada yang 3 biji rm 20++. rock tu pun hokeh. emm.. i spend about rm 70. aku boleh dapat goblet, wine glass, dan rock, 4 biji setiap satu, menarik. tapi lari budget lah kalau aku tiba2 keluarkan duit 70 ringgit nak beli gelas.
ini wain


ini rock
ini goblet

bukan nak pakai untuk minum sangat pun... cuma nak miliki sahaja. tengok... asyik2 nak beli barang tak perlu. aku ingat satu lagu kanye west, dia kata we buy a lot of clothes but we dont really need them. aku ingat juga dalam pelajaran akhlak waktu sekolah dulu, zuhud ialah sifat yang baik.

apa pun mengumpul gelas mungkin satu perkara baru yang boleh dipertimbangkan sebagai hobi. hobi???

senarai 15 soka soka

1. aku suka sangka buruk bahawa penyanyi hiphop antarabangsa yang kaya raya tu buat album untuk bersihkan wang haram (duit hasil dadah, pelacuran), ya lah buat lagu bunyi 'kluk klak kluk' pun boleh untung juta juta dollar.

teori ku: mereka buat album dengan duit sendiri menggunakan label syarikat sendiri dan mereka juga beli album mereka sendiri lepas tu edarkan secara percuma kepada pengunjung konsert atau gig mereka. so rotate balik lah duit tu masuk sebagai keuntungan syarikat. pembersihan wang haram.

aku tahu macam serkap jarang saja fikiran ni. memang serkap jarang pun. ada sekali tu aku dengar komen ashton kutcher dalam satu rancangan bual bicara, dia kata... 'artis hiphop betul2 bawa pistol yang betul'.

nampak sangat aku terpengaruh sangat2 dengan wayang tony montana.

2. aku suka tengok men's apparel. jaket, sport jaket, coat, shirt, dress shirt.. bla bla bla.

3. aku suka fikir bahawa banyak yang silap dalam sistem pendidikan/pelajaran di Malaysia. bukan lah maksudnya buruk sangat. tapi jika holes in the system have patched. maka anak-anak malaysia akan dapat menikmati satu sistem yang lebih baik.

4. aku suka band aid. dulu aku ada kumpul banyak band aid sampai tak guna pun. sekarang dah tak sangat kumpul2. tapi aku masih suka.

5. aku suka ubat-ubatan. bukan makan ubat. (aku makan ubat jika perlu sahaja). pil-pil/kapsul/kaplets didalam botol boleh mengasyikkan dengan sekadar menontonnya.

6. aku suka sejarah, geografi, american studies, dan politik. walaubagaimanapun, aku tak berapa suka baca sejarah Malaysia.

7. aku suka belajar bahasa. walaupun tahap penguasaan mana-mana bahasa yang aku pernah dan cuba pelajari tidak lah bagus atau lebih tepat lagi buruk.

8. aku suka tengok rancangan Melodi di TV 3. walaupun aku suka kutuk cara mereka serbu/terjah artis. aku tetap suka tengok tiap2 minggu. aku tahu mereka (wartawan melodi) tak boleh kisah aku kutuk sebab yang penting aku telah menyumbang kepada peningkatan rating mereka.

9. aku suka bloghopping yang amat sangat.

10. aku suka menyibuk. aku lebih suka tengok berita dari tengok kartun. satu2 nya kartun yang aku bersemangat waja nak tengok ialah kartun rugrats terbitan nikolodeon. i am news junkie. tapi tak pula aku set my hp supaya dapat feed news alert dari bbc atau nst atau star... (aku takut benda tu berbayar).

dulu masa sekolah, tidak membaca berita harian akan buat aku rasa tak best.
bila masuk u, tidak membaca NST akan buat aku rasa tak best. ya, saya suka media cetak yang dikawal oleh kerajaan.

11. aku suka duit.

12. bila aku tengok filem gangster jual dadah, seperti scarface, american gangster, blow, aku rasa sedih bila pengedar dadah dalam filem itu ditangkap. tapi bila tengok berita aku rasa lega bila polis berjaya menumpaskan sindiket2 dadah.

13. aku lebih suka tengok movie yang disiar di TV dari pasang DVD.

14. aku suka fikir bahawa satu masa nanti di masa hadapan, aku akan berehat diwaktu malam dengan menghisap shishah (paip berasap orang arab) sambil main pool, seorang diri diruang tamu. bunyi yang aku dengar ialah suara pemberita yang disiar dalam TV besar. paip shisah itu diletakkan diatas bar. setiap kali aku poketkan bola pool aku akan hirup tea lemon ais. (dapat bayangkan???).

15. aku suka terbayang aku mengajar murid didalam kelas berkaitan dengan pelajaran evolusi. dan aku kerap terbayang tempat aku mengajar itu ialah kolej matrikulasi labuan.

Friday, February 13, 2009

untuk lelaki dan wanita.

yeah entry fesyen kembali lagi... you can roll your eyes.. jlascanteen writes about fashion is like george w bush writes about world peace and love. thats another story. malas nak baca teks sila tengok gambar lah ya. hari ini fesyen untuk semua.

mesti ramai yang bosan pergi kerja. ok. sila berhenti kerja hehehe. untuk mengurangkan kebosanan. why dont you dress to kill. tak 'to kill' pun kasi lah stailo2 sikit. at least berubah2 citarasa lah. kalau kau nak dressing sampai seminggu 3 kali tukar warna rambut. kuku cat jadi hitam kejap jadi kuning. soka hati kau lah.


mula baju biru yang diatas. bosan kan. emm... aku rasa semua lelaki white collar. mesti paling kurang ada sehelai baju kemeja seperti diatas. lepas tu pakai pula dengan seluar warna hitam... boleh saja pakai cuma bosan lah kan.


boleh juga korang sesekali pakai strip pink shirt. nak nak pakai hari jumaat. tuck in. ini lengan pendek. sesuai lah untuk cuaca panas seperti di malaysia (tak silap ini spring collection). walaupun pink aku rasa ini sesuai untuk hari jumaat. pakaian formal untuk lelaki yang ini agak konservatif. ya lah baju untuk lelaki. tak plain, strip, tak strip plain. tak kan nak pakai floral print ke pejabat. nak juga pakai??? pakai lah. aku tak larang. yang ni warna merah. gelap sikit. nak pakai warna magenta pun boleh. tapi dengan syarat lah kau kena smell as sweet as roses... emm no. sweet as Masculine roses. dan hensem yang hammat.


cubavera 2 tone shirt. charlie sheen's character as charlie in two and half men wears this A LOT. oversize. i know. untuk santai2 gitu. pakaian casual. tengok... ini sesuai untuk semua lah yang kurus yang tak kurus yang sweet as roses yang sweet as bunga tahi ayam... yang penting hati mesti baik. ni ada macam2 warna.. kadang2 biru belang putih kadang2 merah belang hitam . korang tengok lah sitkom tu. lepas pakai mesti rasa macam charlie sheen.

entry kali ini special sikit. sebab ada fesyen untuk wanita or akak akak. atas permintaan sebenarnya. in case you wonder.. kenapa aku lebih suka buat fesyen lelaki dari wanita?? sebab aku tak berapa nak tahu fesyen wanita ni banyak sangat, dan sangat dinamik. minggu lepas tudung manik berbentuk misai dato K, minggu ni tudung dato siti, minggu depan tudung ekin, minggu depan depan tudung sinetron '3 kali haji 5 kali umroh belum pernah melihat kaabah' (insaf gitu tajuk sinetronnya kan?).

untuk hari ini aku nak tunjuk tunic dress. atau tunic shirt. baju ini lengannya panjang dan sesuai untuk muslimat. kainnya mungkin nipis lah. tapi boleh adjust dengan memakai undershirt atau singlet pagoda di dalam. (tak kan ini pun aku nak bgtau... ).

salah satu sebab juga kenapa aku tak atau jarang buat fesyen wanita sebab aku sukar nak berkenan dengan baju yang kontemporari tapi still tutup2 aurat gitu. yang ada semua nda cukup kain dan mahal. kecuali fesyen baju kurung lah kan... tapi aku jarang pakai baju kurung. selalu aku pakai kemeja, t shirt, kemeja t shirt. alternately.

ini baju bercorak flora. sikit jak pun. aku rasa ini ketat sikit lah baju ni. dah tau ketat kau ambil lah saiz besar sikit. tau kan.. ukur baju badan sendiri. macam t shirt juga cuma ada fesyen cekak dipinggang (or below the breast??). ini untuk casual.
a
ini pula warna putih. ha... tau pun. sila pakai undershirt didalam. tak nak pakai??dosa tanggung masing2 ok. kemeja ni pun untuk casual juga. ada tali dipinggang. actually i bought someting like this last week. tapi tak lah sama sebab baju aku ada corak2 sikit.
this is my favourite. look sooo military right... it is brown (my favret color). tak apa yang penting tutup tutup kan... pakai lah dengan tudung ekin korang (aku panggil tudung embak bakso), pas tu pakai skirt atau seluar putih (pakai kain dalam ok..). jangan lupa clutch atau tas tangan bercorak flora... harus nampak bergaya.. nak tempek muka dengan mekap.. tempek lah akak oi.. aku rasa ini boleh pakai pg ofis.

nasi sedap!!!

*awas entry panjang yang hammat....

cuba tengok entry di bawah yang bertajuk 'Legend-dary' cerita di sebalik nya ialah. malam kemarin (rabu malam khamis) aku mengikuti rejim mengurangkan makan nasi seperti biasa. aku makan 2 bungkus magi. tapi tak licin. ada tinggal segenggam. (mungkin kerana selalu sangat makan... jadi dah tak berapa sedap).

dipendekkan cerita 2-3 jam selepas dinner aku tak bertenaga tapi tak lapar. lepas aku cuci kain tu memang flat. kebetulan pula internet sangkut. mula2 plan nak buat kerja. tapi jangan kan nak buat kerja menaip2 ni. hatta nak dengar lagu mp3 pun aku tak bernafsu.

petang sebelum tu cuaca sangat baik. terang benderang setelah beberapa hari mendung. aku pun dengan cerianya lari extra lap. dengan kelajuan extra. lagipun masa tu kawasan jogging tu agak meriah dengan orang sekeliling dan anak2 mereka. maklumlah cuaca elok kan. aku buat kardio lebih kurang 30 minit. lepas tu sambung dalam 10-20 minit senaman otot. (crunching, squatting, kicking) semua aku buat extra.

dengan larian extra, tapi tak makan nasi. aku flat yang tak lah lapar. tapi penat. badan aku tak lah sakit2. tak tahu macam mana aku nak huraikan kepenatan itu. aku cuba divert perhatian dengan mencari bacaan ringan. masalahnya aku tak ada bahan bacaan ringan. semua yang ringan2 aku baca online. internet pula sangkut. nak selongkar dalam almari buku. aku tak bertenaga. lagipun yang bahan baca teringan didalam simpanan ku cuma lah buku 100 most influential person. last2 aku capai apa yang paling dekat. iaitu senaskah thesis.

try baca. nak divert lah konon supaya jangan fikir pasal makan. hahahaha.... kalau majalah urtv kah astro tv guide kah.. laman web gossip, atau omg yahoo logik jugalah aku terdivert. ini thesis. lagi lapar dan penat aku rasa. aku tutup thesis itu dan baring sahaja.

aku sms kaka kata keadaan aku macam mana. dia suruh minum susu. masa tu dalam pukul 11.00-11.30 pm.

lepas aku makan cookies 4 keping baru rasa tenaga datang balik. fuh... then aku tak lah buat kerja. tapi sambung aktiviti2 membaca. buku lain.. bukan thesis itu. itu aku rujuk2 macam tu sahaja... (hehehe..). kebaikkan internet teroffline ialah, aku membaca hard copy stuff. aku plan nak beli majalah di masa datang. at least almari buku ku nampak lebih berwarna warni.

malam ni, aku pun langgar lah pantang konon tak nak makan nasi malam. aku makan nasi goreng usa. tinggal bawang besar tu saja aku tak lahap. yang lain2 aku makan semua. nikmatnya lain dari biasa. hehehe... selalu minum air kosong dengan megi. tadi siap order air cincau. tapi manis sangat lah minuman tu. aku siap tambah air masak lagi depan2 tuan kedai tu. tu lah dinamakan diet hangat2 tahi ayam.

pantang makan nasi saja aku langgar. jogging, dan aktiviti mengurangkan extra luggage tetap diusahakan. hari ini tambah 1 lagi aktiviti skipping tanpa tali skipping. (nanti2 lah aku beli).

aku jadi angkasawan sekalipun, aku tetap akan bawa nasi untuk dimakan di angkasa.

.........................................................................................................................................................................

aku dah suka dengan 'buku' itu. bukan lah seceria atau serelax membaca novel cintaku tertinggal dirumah susun. tapi amat berguna untuk orang macam aku. banyak method2. aku dah check online harganya usd126.60 (yang paling murah lah~ dari india sebab tu murah sikit.) tak termasuk shipping. agak mencekik darah juga tu. harap2 ada lah yang sudi menghadiahkannya (read: jangan Harap! ada yang sudi menghadiahkannya).

memandangkan aku suka memipis lada untuk burung yang terbang, tadi aku check2 onibersiti disebrang laut kawasan hemisfera selatan. bidang ada. tapi spesifik tu aku tak tahu lah ada atau tidak. lagi satu sistem onibersiti tu tak paham sangat. ada 0.5 EST ada 1.0 entah lah apa benda. aku rasa kod2 rahsia tu tunjukkan kau full/part time dan requirement durasi pengajian (macam kredit hours lah rasanya). aku tak paham.

yuran aku tak pasti juga, duit mereka dalam 5000++. ni pun aku tak tahu lah per year atau per sem. cuma dia ada mention 1 tahun ada 2 semester. malas nak konvert ke nilai ringgit.

di east lansing, michigan 10 ribu usd setahun. bidang nya ada. tapi tak tahu lah. lagipun aku memang tak minat langsung nak ke east lansing. walaupun...

lagipun ekonomi tak berapa nak baik sekarang ni. senior aku sekarang berada di sana. sebab tu aku siap tahu bayaran sekali tu.

england atau UK sila lupakan serta merta. sebab masalah aku sekarang (ceh part 2 belum habis sudah mencanak plan part 3, tak apa.... cita-cita mesti ada) aku malas nak cari penaja. so you know what i mean. ada penaja kau terikat. itu saja disadvantagenya. advantage nya banyak... seperti FREE CASH. it is free because it is priceless.. (ingat tu para penerima sponsor... ko makan duit pembayar cukai tu.. sila finish on time.)

hemisfera selatan murah sikit. sebab tukaran duit yang tak berapa nak mencekik darah. england dan europe. hehehe... without sponsor, pengajian akan jadi tak ubah seperti melukut di tepi gantang.

oh ya lupa how about local??? memang lah aku ada pertimbangkan. tak berhati perut lah jika aku tidak. nanti2 lah aku cerita apa kisah disebalik dan disebalik. SE-asia macam mana? yes.. bogor pun nampak hokeh, nsu pun nampak ok.. even ubd pun nampak ok.

mula2 aku tiba2 pertimbangkan NYB. bila dia mention terletak di Bronx. aku terus-terusan suam2 kuku dah. aku tahu aku paranoid. tahukah anda berapa jumlah orang mati kena tikam di bandar NY?? tahukah anda walaupun milawaukee (tak tahu eja) bandar tak berapa besar, tapi disana pernah berlaku kes bunuh yang feymes... ingat jeffy?? ni lah bahana terlampau tengok rancangan TV amerika. yang aku tahu pasal amerika cuma yang dalam tv. dan yang aku baca...

siakap sinohong gelama ikan duri. cuba check dalam tong. apa yang disembunyikan jeffery.

sebut pasal america. mereka pun ada their own version of diana daniaelle and syamsul haslam... cuma dalam bentuk rihanna dan chris brown. stop aggression against woman and children ok!

ok lah nanti sambung balik mengarut... line internet agak tidak stabil.

p/s: soalan kuiz: berapa peribahasa kah yang digunakan didalam entry ini?

Thursday, February 12, 2009

kenapa kertas litmus bertukar warna

bila wanita bicara. mesti mahu cerita pasal membeli. beli bag beli kasut beli baju beli seluar beli makanan.

dan aku juga termasuk. (buat lah penaakulan mantik sendiri)

baru-baru ini aku nak beli satu yang jarang2 aku teringin. iaitu clutch, atau tas tangan, atau purse atau kampil. (guna lah mana2 perkataan yang kau suka).

sooo not me. but i like it. period. (baca dalam nada anti bimbo)

harganya yang original mahal. aku tahu. tidak mampu.

aku tak tahu satu habuk pun tentang jenama ini. adakah milikan orang china orang amerika atau orang orang. dan aku tak kisah tentang jenamanya.

cuma rekabentuknya telah buat aku tertambat. aku bukan brand freak. sekurang-kurangnya tidak lagi.

aku tahu tiub atau tops tanpa lengan MNG dan singlet pagoda itu ada bezanya. aku lebih suka tengok persamaannya. iaitu tanpa lengan dan seksi jika dipakai begitu sahaja. singlet cap buaya 10 ringgit 3 helai dari kain kapas pun sama dengan tank top dari adidas 100 ringgit sehelai. ada bezanya juga. dan aku tak beli tank top adidas.

sudah tentu anda tak akan kelihatan seperti jetsetter jika pakai singlet putih cap pagoda. kecuali anda sangat hensem/cantik seksi yang amat. maka pakai apa pun nampak umph.

stephen fowler dan lain lain.

just finished reading yahoo news about stephen fowler. he is crowned as the worst husband ever.

from the news, fowler appeared as rich-city (arrogant) husband in american tv reality show, wife swap. emm... havent see the show. and not really interested to. for more read here.

to fowler or city people around the world. come on.. i know you are earning more cash than us (me also rural people) but if you are that educated or genius such insults are unnecessary. ok enough about stephen fowler.

internet sangat lah mengecewakan yang amat. aku sampai membaca buku teks sistematik pleucaropous mosses. and strangely or not i find it really interesting especially the first article by W.R Buck. A Bryologist from NYB NY. and article about the architecture of mosses.

havent finish reading the whole book.. (mana boleh abis dalam 1 malam woo...) i dont think i will finish it. but i do think i will keep on reffering to the book. flipping pages, the final article is also quite interesting, because about biogeography. since recently, i am soo into biogeography. i dont know till when the interest will last. i am not really into ecology. well i can read ecology but i cant really do the practical. i think same thing apply to biogeography.

sku cuba sedaya upaya revive internet connection. aku terpaksa masukkan tangan ditingkap in order to reach the mdem and restart it. again and again. the connection is soo unstable. and i guess nobody care. but me.. i cant just ignore. internet tempat cari makan maa... dan yang paling penting tempat berhibur dan mencari informasi picisan.

kenapa aku masukkan tangan di tingkap? sebab modem tu terletak dirumah sebelah. kami share internet. period.

sebab tu lah aku blogging bila sempat. biasanya sambungan internet dalam keadaan memuaskan dalam pukul 5-8pm. after 8 tu memang lip lap. nak murah kan... nanti beli broadband tu mahal pulak. but i keep on considering to get myself the mobile broadband. well money always be the problem right.

ada cerita lain semalam. agak lucu dan memalukan. sebab utama aku baca buku teks. nantilah aku update lagi sebab gotta go.

Wednesday, February 11, 2009

Legend-dary


aku sekarang ni menjalani sedikit 'latihan disiplin dalam permakanan'. aku tidak makan nasi pada waktu malam. tapi bila waktu siang aku makan nasi dengan penuh semangat. siap dengan kuah gulai santan. malam aku gantikan nasi dengan 2 bungkus maggi. ya 2 bungkus maggi untuk menggantikan sepinggan nasi bukan lah diet yang baik dari segi kalori dan juga khasiat. malam tadi aku cuba ganti maggi dengan tuna mayo dan 3 keping cracker dan setin air soya. aku ingat ini berkesan. rupanya tidak. aku tambah lagi makan 4 keping cookies dan habislicinkan setin tuna itu. still belum kenyang cuma tidak lah berasa kebulur.

aku tak mahu makan roti (white bread) pada waktu malam. sebab kesannya sama dengan nasi. atau worse sebab ada yeast. whole grain bread terlalu 'ringan' aku hanya akan kenyang dan puas selepas makan sebuku roti. lepas tu lapar balik dalam masa 3 jam. jadi roti2 semua tolak tepi.

protein diet? aku nak. tapi mahal. (ayam lebih mahal dari magi atau nasi).

kini aku tak ubah macam will smith dalam i am legend. tertunggu2 waktu siang. bezanya will smith tunggu waktu siang sebab dia tak nak di makan oleh zombie. aku pula tunggu waktu siang sebab aku nak makan nasi.

p/s: minum kopi atau minuman berkaffien sebelum jogging adalah kurang baik. sebab anda akan berasa haus like hell.

Tuesday, February 10, 2009

berita baik kepada sesiapa yang mencari pekerjaan.

big phil scolari sacked!

hari ini aku semangat nak buat lab. ngam2 aku siap specimen ke-2 tiba ada juruteknik ketuk pintu. dia kata dia dari syarikat lensa, datang nak baiki apa yang patut. aku ingat seorang sahaja. rupanya berdua. yang satu lagi nampak macam boss lah.

sebenarnya baru 2-3 minggu lalu ada juruteknik dari syarikat yang sama buat servis. kali ini mereka nak servis bahagian software. juruteknik tu tanya apasal asyik rosak sahaja. sebab juruteknik yang datang ni bukan dari cawangan tapi dari syarikat lensa O*** Malaysia. aku rasa mereka install saja pun software tu. if i am not mistaken such software ada yang boleh download percuma. tapi yang masalah besarnya nak calibrate software tu dengan equipment syarikat lensa tu. mereka siap tinggalkan manual for dummies. bukan manual standard (aku rasa handbook manual dah hilang, sebab tadi mereka sibuk cari2 dalam kotak segala), hasilnya mereka buat manual sendiri. taip dalam ms words.

itu part biasa2. mari masuk part tak berapa best. masa buat manual tu ada lah bahagian yang dia kena taip bahasa Melayu. dia siap gelak2 sebab dia kena taip bahasa melayu. dia dengan kawan dia cong ceng cong ceng lah. aku tak lah paham.

aku tak kisah lah dia nak cong ceng cong ceng. tapi dia kan orang Malaysia. maka aku rasa tak patut dia ada masalah dalam menulis bahasa kebangsaaan, (bahasa Melayu yang biasa2 lah bukan yang lengakap nahu hukum tatabahasa semua). aku kasi contoh lah ya.. ini contoh sahaja. jennifer lopez tu anak imigran dari amerika latin (puerto rico). tapi dia bila jawab soalan wartawan sentiasa dia jawab dalam bahasa Inggeris tak ada pulak dia mencanak jawab dalam bahasa sepanyol. bila dia ditanya dalam bahasa sepanyol tu dia jawab lah dalam sepanyol, karang jawab inggeris orang kata lupa asal usul.

Lucy Liu, asian american, dia pun cakap Inggeris, ada lah juga masanya mereka berbicara dalam bahasa ibunda. tapi mereka masih menggunakan bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa utama. aku bukan lah nak rasis atau apa... cuma aku fikir, Bahasa Kebangsaan lah yang menyatukan rakyat yang berbeza latar belakang dan keturunan.

tengok Lucy Liu berketurunan asian, Jennifer Lopez berketurunan puerto rican. tapi kita dan mereka merujuk Lucy dan Jennifer sebagai american. aku kasi contoh amerika ni bukan sebab aku sudah diamericanized (ada kah perkataan ni???) tapi nanti aku kasi contoh ali, ah meng, rajoo, nanti ada pula yang tersinggung. memandangkan tiada atau sangat kurang yang berketurunan puerto rican di Malaysia maka aku ambil lah contoh jennifer lopez

so tak kisah lah asal usul bagai semua... selagi kau orang Malaysia, bahasa kebangsaan kau ialah Bahasa Melayu.

lagi satu contoh america. aku tak lah pernah merasa sampai ke amerika ni. tapi aku selalu tengok tv. contoh lah kan di bronx new york, penduduk nya ramai berketurunan imigran, dari america latin, dari africa, dari eropah dan macam2 lah. tak pula aku pernah dengar cerita atau berita pasal orang puerto rican-american nak tulis papan tanda jalan dalam bahasa sepanyol, orang afrika-american nak tulis papan tanda dalam bahasa swahili atau bahasa samburu, orang italy nak tulis dalam bahasa italy, orang ireland nak tulis dalam irish. bahasa dipapan tanda tetap Bahasa Kebangsaan yang menjadi bahasa utama. bubuh nama inggeris satu sahaja... hidup juga. nak tulis semua bahasa kat papan tepi jalan, tak boleh jalan lah, sebab jalan dah penuh dengan tanda.

beza nya ejaan inggeris ditulis dalam satu sistem tulisan sahaja, ni lah abjad2 rumi ni. Bahasa Melayu unik kau boleh tulis dalam tulisan rumi dan tulisan jawi. bunyi maksud semua serupa. B.U.K.U dan ba wau kaf wau, tu bunyi dan maksud dia sama, huruf tulisan saja nampak lain.

nampak tak betapa aku boleh divert. bukan anwar sahaja boleh divert aku pun boleh juga... hehehe

ok balik kepada cerita syarikat lensa tu. aku tak tunggu mereka siap buat kerja aku blah lah, sebab, aku nak buat kerja pun tak selesa dan tak fokus. walaupun boleh saja aku nak buat ignore dont know dont care dengan kehadiran 2 juruteknik yang membebel2 setting kompite tu.

petang, datang balik ada pula orang guna kompite tu (dah dibaiki kan). masalah lain pula, pin untuk power ada tiga. satu untuk lensa, 2 untuk kompite. so untuk lensa yang aku guna tak boleh nak plug and play lah. pin tu dah fully occupied. aku nak cabut macam tak best pula sebab member tu dah sampai dulu. lagipun aku memang tak ada mood sangat nak buat lab. kompite tu ada pelik sikit. selain dari saiz besar gedabak (juruteknik 2 orang tu bergandingan tangan nak angkat cpu tu tadi) dan reka bentuk konservatif, power supply pula kena ada 2 plug. juruteknik tu kata cpu tu bentuk macam server... aku rasa cpu tu untuk kegunaan heavy duty. sebab aku dengar dulu orang run data sampai 2 hari non stop. kompite tu ehsan orang asing sebenarnya. tak payah lah reveal siapa.

nanti aku sambung cerita2 lain pula. nak cuci kain... hehehe.

untuk lelaki juga, edisi senaman

sebelum ini ada dipaparkan fesyen untuk lelaki kurus. kali ini fesyen untuk lelaki edisi senaman. sebab i am so in mood to bersenam.

mula2 t shirt. waktu bersenam lah waktu paling sesuai untuk memakai koleksi jersi pasukan bola anda. dibawah ni contoh sahaja, t shirt MU.

pakai t shirt biasa pun boleh. nak lebih sengsara kepanasan pakai windbreaker. aku selalu tengok dalam tv, boxer yang ada masalah berat badan jogging pakai windbreaker. jadi berat badan lebih cepat kurang (rasanya). tapi aku rasa itu lebih menyejat air dalam badan.
kedua seluar. suka hati lah panjang atau pendek. (bertanggungjawab atas pilihan masing-masing). dibawah ni seluar pendek. adidas. biasa ni multi purpose short. pakai untuk gym, untuk futsal, lepak mamak, pergi cuci kereta, tidur dan sebagainya lah kan.

lepas tu mesti lah running shoe. elakkan pakai kasut street wear untuk jogging (walapun aku selalu guna). guna running shoes yang sesuai kerana berat badan akan memberi tekanan kepada kaki. ini untuk keselesaaan. jangan lupa pakai stokin. untuk keselesaan dan supaya kaki tak melecet. standard lah kan pakai kasut mesti pakai stokin.


aksesori tambahan seperti ipod/mp3 player, head band, cap, wrist band, sunglasses, pun boleh tambah. sebab ada yang suka sweat in style kan... hehehe. tapi aku tak suka jogging dengar mp3. setakat ini lah. nak letak besi pemberat dikaki pun boleh. kalau cedera tanggung sendiri.


ini cuma gambar tambahan. polo t shirt from lacoste.

photos are not mine, randomly downloaded.