MEH LAH KLIK...

Monday, January 19, 2009

siri berbual dengan encik telefonis

tiada apa yang menarik hari ini. seperti biasa.

hari ini tiba2 saja hp ku tak dapat send msg. mulanya ku ingat masalah network yang tak stabil. lalu biarkan. lepas tu bila nak check baki kredit pun tak boleh. baru aku perasan (selepas beberapa jam.. siap lunch, tidur, pergi kedai) bahawa tertera di skrin itu sim inactive. aku off hp. aku on. msg masuk dari abg. cuba balas tak dapat. pending.

tak lama kaka telefon. dia tanya kenapa hp tak dapat di telefon??. aku nyatakan masalah. try on off on off.

biarkan saja hp sambil menghantar beberapa msg percubaan. terima msg boleh hantar msg tak boleh. hairan. dan bimbang. kerana my hp bau kedai lagi. =)

try buka casing. buka bateri, buka sim card. insert semula. on. hantar msg percubaan lagi. tak dapat. terima cadangan abg, call talian bantuan.

dail ***** dan diangkat;
terima kasih kerana menghubungi kami. tekan 1 untuk bahasa melayu.

tekan 1

terima kasih. tekan 1 untuk kasi konfem kau nak bahasa melayu.

tekan 1

terima kasih. untuk mengetahui produk terkini tekan 1, untuk pertanyaan bill dan bantuan perkhidmatan teknikal tekan 2, untuk bantuan cpr tekan 3, untuk mendengar dendangan lagu promosi menyakitkan telinga tekan 4, untuk memanjangkan masa untuk menerima layanan tekan 5, untuk bercakap dengan telefonis tekan 0. untuk dengar semula mana nombor nak ditekan tekan #

tekan 0.

suara encik telefonis dihujung talian. cuba untuk mengentertain. dia tanya nama penuh, nombor ic, alamat rumah, dan tak lupa nombor telefon. akhirnya dia suruh tunggu di talian.........
..
..
..
..
..
..
..
terus menunggu dengan ditemani lagu2 promosi yang menjengkelkan hati.

akhirnya....

encik telefonis: tiada masalah dari pihak kami. saya boleh mencadangkan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah cik. (mencadangkan beberapa langkah)

jlasyko: thank you.

aku tak cuba pun langkah yang dicadangkan kerana sudah aku cuba sebelum telefon dia. kecuali langkah yang aku tak boleh cuba ialah, masukan sim dalam hp lain dan cuba hantar msg. sebab aku cuma ada 1 hp saja.

selang beberapa ketika tup tup msg sudah boleh dihantar. Alhamdullilah. Syukur.

aku periksa, talian ku dail **** adalah bebas toll tapi untuk talian 1-300 dan 1-800 ialah 30 sen/minit.

ada masalah dengan penghantaran msg??? sila dail **** dan berasa sakit hati seketika. tak lama kemudian msg boleh dihantar seperti biasa.

2 comments:

syafiqnazmi said...

salam...

kawan...apa khabar?lama ye xdgr berita...how's life?


ps:kena sabar ng telefonis tuh...=)

Jlascanteen said...

life is ordinary but still... GOOD!!!

ordinary is good