MEH LAH KLIK...

Monday, January 26, 2009

sesuai untuk lelaki kurus.

beberapa foto peragaan pakaian dibawah adalah sesuai dipakai untuk lelaki kurus. ya fesyen untuk lelaki juga mendiskriminasi lelaki tidak kurus.

oleh itu jika kamu tidak kurus pastikan kamu punya banyak wang. kewangan kukuh vs. kekurusan... sudah pasti ramai wanita yang memilih kewangan. bak kata Tony Montana, 'Mula-mula cari duit, ada duit ada kuasa, ada kuasa dapatlah perempuan '. Tony Montana tak sebut langsung pun 'Mula-mula kuruskan badan...'

apa pun saya menyokong pemakanan dan kehidupan yang sihat.

bosan dengan kemeja berbelang atau kemeja putih atau kemeja biru yang plain? boleh cuba kemeja seperti diatas. untuck kemeja ini dan pakai dengan jeans... emm.. satu mix match untuk pakaian casual

blazer yang menarik dan unik... nampak seperti baju panas. pandang kali ke 2 seperti jaket aviator.. tapi untuk cuaca di malaysia... cuma sesuai dipakai dalam pejabat yang berpenghawa dingin. satu gantian menarik untuk baju panas yang biasa.

kemeja warna biru gelap (navy???) dengan kolar dan cuff yang berwarna kotras. sila perhati seluar peragawan diatas... ya seluar itu sesuai untuk lelaki kurus sahaja.
photo taken from here
shades ini mungkin satu2nya item dalam entry ini yang sesuai untuk semua. saya tak suka oversize sunnies. maka saiz seperti ini nampak cukup cantik. juga nak puji kualiti kamera yang diguna untuk mengambil gambar ini. berkualiti tinggi!!

seluar. bukan jenis denim. tak tahu fabrik apa. tapi sesuai untuk pakaian formal. mungkin denim ialah staples for modern wadrobe. tapi saya tak gemarkannya.
akhir sekali all time favourite.. tentunya ada gambar jaket. sila perhati seluar peragawan sekali lagi. warnanya berlainan dengan jaket. tapi masih dalam julat tona yang sama. bukan formal. bukan kasual. lebih suka panggil separa formal dari separa kasual.

photos are randomly taken from here

p/s: mungkin cerita Tony Montana dan Jack Dawson dilayarkan dalam zaman yang berlainan. tapi endingnya hampir serupa. bukan happy ending.

No comments: