MEH LAH KLIK...

Thursday, January 15, 2009

sejenis koktel tanpa alkohol yang overdose.

productive day of the week! yeah the access road to kf is back to normal. no more unusual heavy traffic. today, i met nicole, identified 10 (TEN) packets of ehem ehem.. yeah TEN yesterday i scored 8 today TEN!!!. but i just did stuff i familiar with, thats why my speed is accelerated. i tried 1 unfamiliar stuff. i guest i didnt really nail it. but almost.

most importantly, the unfamiliar stuff was mistakenly assumed as my favourite 'tembikai'. when i first look at it... it is grow like my 'tembikai'. i was like almost sure that it was 'tembikai daun garang tiga rank'. as i took a closer look, it was not. thanks to the crude note and my clumsy comical drawing. i dont think i have 'tembikai' in my box anymore, but today i did encounter 'tembikai's' sibling, and i really think i nail it by one hell shot. hole in one? perhaps.... wait and see...

emm.. actually... i kinda talked to 'them'. hahaha... really want to have some connection. feel much closer. feel the passion. after all this is something i can do, and i want to deliver my best.

..........................................................................................................................................................................

in case some of you wondering what the hell is written above? just stop thinking.
gamber hiasan

cuba2 saja tu tulis english. sebenarnya my D masih tertangguh. part 2 tu lah yang perlu banyak teks disana sini. banyak rujuk sana sini. susah tak lah sesusah mana. cuma kena ada seru yang baik punya, baru ada semangat. malam jumaat yang sejuk2 nyaman ni... rasa nak bersantai lah pulak, sambil bloghopping dan update blog sendiri.

MAKAN
emm... baik cerita pasal makan, malam ni skip makan malam. sebab tak berapa lapar sangat pun. lewat petang tadi dah makan sebiji mexican vanilla dengan satu lagi ciken bun something ntah apa... sedap nya tak lah sentaappppppppppppp.... tapi ok. tiap2 petang makan mexican vanilla, dalamnya ada butter bergula selain ada sedikit nuts. harga pun tak lah mahal sangat. biasa rm 1.50. yang ciken bun tu rm 1.80. ok lah kan. nak makan big apple, emm kena drive jauh, selain lebih mahal.

gambar hiasan
SAYA SUKA LAGU
aku suka lagu imran ajmain yang terbaru. selalu aku perasan2 nyanyi lagu tu masa driving. ya lah aku driving sorang2. bila sampai lampu isyarat merah, atau sangkut jam, kebetulan lagu tu main di radio... aku ikut lah nyanyi sekali. cuma... hehehe... aku suka intro nya saja.. yang belakang2 tu kira mcm biasa. sebab dia nyanyi intro tu macam suku kata ikut note sebiji2. soka soka sangat dengar....

yang tu-lus ikh-las ing-in se-ka-li se-ka-la di-ri-nya di-ba-las.

sekarang ni aku tengah dengar lagu 't-shirt'. emm.. lagu ni pun aku suka juga. typical saja pun lagu ni. still sedap.

sekarang ni juga aku sangkut dengan lagu2 dendangan faizal tahir. semua2 lah. suara bagus. dan aku syorkan semua stesen radio mansuhkan penyiaran lagu 'yang besar besar' sangat lah macam ntah apa2 lah lagu yang besar2 sahaja. macam perempuan yang menyanyi tu materialistik tahap merapu. dia ingat, mobil besar ni main sebut saja lepas tu gedebuk... dan dan tu terhidang sebijik depan dia. nak jadi materialistik jadilah materialistik secara elegan.

IDEA PERNIAGAAN
aku banyak tulis entry pasal yahudi sekarang ni, ni aku nak tulis lagi sikit, ni pasal gene simmon, dia ni selain main musik dia juga ahli perniagaan. biasalah yahudi kan multitalented. ada sekali tu masa ada orang nak purpose nak join venture berniaga dengan dia, dia kata dia bukan nak dengar idea perniagaan baru, tapi dia nak perniagaan yang boleh laku. means idea gempak berahak terburai pun tak guna jika hujung2 tak laku. yang penting boleh jual walaupun idea perniagaan tu dah usang. usang2 pun established. apa pun ada juga orang kata think big win big.. ha kira2 macam tu la. ada pro dan con.

so kiranya, janganlah bank2 tolak proposal peminjaman wang seorang yang nak pinjam wang sebagai modal untuk jual bawang. memang lah dalam paper work macam haremmm... saja bunyinya.. tak seglamour atau sefresh nak pinjam wang sebab nak ternak lintah. tapi perniagaan jual bawang lebih established. bawang dah berkurun berada di pasaran dan terbukti masih relevan. manakala penjualan lintah adalah satu penerokaan perniagaan baru. ada potensi besar tapi belum established. so jangan lah rule out yang nak jual bawang tu semata2 idea nya menjual bawang itu sesuatu yang usang.

dulu yang founder google pun think big, walaupun mula dari dalam basement. sekarang google dah jadi macam kaunter pertanyaan 24-7. sehinggakan ada yang search dalam google macam tanya kat tuan kedai, contoh sebenar: 'gitar bc rich berapa harganya?' pas tu tekan butang 'search' pas tu keluar lah segala barang pasal bc rich.

sekarang ni kan heboh lah jutawan internet. kononnya the first yang buat break away (betulkah istilah ni?) ialah seorang nama irfan khairi. aku tak pernah jumpa irfan khairi atau baca buku dia. aku cuma tahu buku jutawan hartanah azizi bakar or aziz something... tak ingat. dalam satu seminar dulu, orang yang kasi seminar tu mention nama irfan khairi ni. dia kata kawan dia. then baru aku tahu lah pasal irfan khairi ni.

pas tu aku tertarik juga bisnes internet ni. sebab... boleh buat home base. lagi satu idea perniagaan baru dan tak fresh sangat. baru2 ni partner in crime kegemaran ramai telah menerima email dari seorang peniaga internet. bila partner in crime click link yang diberikan... ada terpampang ebook untuk dijual. kononnya peniaga internet nak berkongsi rahsia dan teknik menjana kewangan melalui internet. so kau nak tahu rahsia sila beli ebook aku.... huhuhu... memang usahawan betul peniaga tu kan...

kini aku jadi pelawat tegar blog2 gosip yang menjana pendapatan beribu2 dengan hanya memaparkan cerita gossip seluar dalam dan kain dalam artis malaysia. segala gambar clubbing, cerita yang panas, dipaparkan dilaman web tu. walaupun mereka menjana wang melalui iklan. tapi perkara yang menggoda orang untuk masuk ke web (langsung menaikkn rating) ialah gossip yang mereka jaja. lagi satu idea perniagaan internet.

emm... aku harap aku boleh polish skill ict ku ni... sebab memang perniagaan internet ni boleh menjana wang. cuma banyak mana tu tak tau lah kan rezeki masing2. sebab utama aku tertarik dengan perniagaan internet ni ialah sifatnya yang home base. so... kiranya aku boleh berbisnes, berhibur, sendiri2. tak payah jumpa client, tak payah sterika baju, tak payah risau baju tak matching kaler dengan tudung....

sekiranya skill ict masih di takuk lama atau sukar untuk dipolish, perniagaan menjual bawang sentiasa menjadi opsyen menarik.
..........................................................................................................................................................................

tadi kan aku mundar mandir (sekali jak pun) berdekatan planet of the apes. tapi tak jumpa pun marky mark... mungkin dia sibuk lah tu menyelongkar celahan cambarian... (apa kaitan?) atau dia memang tak datang. aku dengar cerita, Bunga Bunga Cinta dah shuffle. tak boleh lah aku hurai panjang2, sebab aku tau ini melibatkan sedikit twist disana sini. takut nanti ada pulak orang bunga bunga cinta ni terjumpa blog ni... haru biru jadinya.

apa pun aku tahu masing2 nak jaga interest masing2 kan... lumrah lah tu. aku nak jaga interest aku juga. sekarang ni interest aku ialah planet of the apes, atau lebih tepat lagi... marky mark. hehehehe.... its been a while tak ada hanky panky kacau orang. al maklum lah sibuk buat permohonan pinjaman kewangan untuk pembiayaan perniagaan bawang.

ikut sejarah dulu aku memang tak ada harapan nak berkaitan dengan segala bunga atau daun dedalu dalam perigi bagai ni. dulu aku macam lebih kepada ekologi lah... senang saja, ko hapal isi kandungan dalam kolam tu dari ikan haruan sampai daphnia dan cyclop. dan of khoz segala jenis haiwan. dari cacing2 sampai lah tok nek gajah tu.(last time aku baca, beberapa tahun lalu, cacing ada 3 jenis, selomat, pseudoselom, aselomat).

malangnya masa matrik paper bio sem 2 dia tak soal pun pasal cacing 3 jenis tu. paper tu soal pasal burung atau rimau ntah apa ntah, selain dari apa ya.. kitar krebs... Kisah kitar krebs dan rubisco ni menghantui aku sampai tahun 2 d ukm hokeh... mula2 dorang suruh ambil physio, lepas tu biochem... dua2 paper ada menghadap kitar krebs ni... nak hafal bila carbon tu kejap ada 5 kejap ada 6.... physio dapat B+ (berkat pensyarah hensem) biochem dapat c+ (berkat belajar seminggu... tapi sebiji haram tak faham).

yang paling aku ingat ialah, aku ada hafal pasal soalan phenylkenoturia. kiranya... bukan lah aku hafal fotostat nota dalam hotak. tapi aku baca. bila ada soalan saja yang berlegar2 pasal phenylkenoturia... aku main taram tulis 'kencing hitam'..... tulis buta2 macam main tikam2 kencing hitam. cuma yang menyopankan jawapan aku tu ialah aku tulis english, so tak lah aku tulis 'KENCING' dalam kertas jawapan, ganti dengan 'black urine'. sedangkan soalan tu tanya pasal gen yang terkurang dalam badan penghidap penyakit tu... or something lah pasal chemical dalam badan tak silap jawapan dia CoA (tak pasti lah....).

nanti korang pegi supermarket, cuba tengok tin diet coke, atau any diet soda, dia tulis tak sesuai untuk penghidap phenylkenoturia. nak tau lebih lanjut sila rujuk buku teks biokimia berhampiran... voet & voet.

dulu dalam kelas biochem macam tu lah. pensyarah2 simple2 saja ajar. macam dia kasi tajuk... lepas tu kan... dia cerita lah tajuk ni kau mesti tahu what, when, where, how. nak tahu sila rujuk buku biochem citcit&comeli mukasurat 416. pensyarah bukan sorang ada 5 orang ajar ikut bahagian masing. so dalam exam aku dan rakan siap bercadang nak tulis jawapan 'sila rujuk buku citcit&comeli muka surat sekian2' yang hanya relevan dengan botany ialah tajuk fotosintesis. part tu saja aku boley jawab dalam exam. sebab tanya pasal tumbuhan c4 dan adalah sikit sebanyak pasal kloroplas bagai.

sebenarnya yang dulu aku beriya tak suka tu ialah anatomi tumbuhan, sampai sekarang aku tak berapa. bukan lah tak suka yang sampai tengok jak boleh berdarah hidung, tapi tak connect sangat. still lah juga aku kena tahu kolenkima, parenkima, arenkima, vascular bundle....

cuma mungkin berkat doa dan masin kata cikgu aku dulu. dia cakap 'ko jangan lah kata beriya2 tak suka tumbuhan, esok ntah2 kau jadi botanist'.(tak exact, lebih kurang maksud dalam tona lebih lembut)... dan betul bagai dia kata (doa). aku tak ada lah sekarang ni jadi botanis pangkat gred 41. tapi orang kata anwar pm in waiting, so aku nak kata aku ni not yet botanis yang still learning.

2 comments:

Queen S said...

thanks for drop by my blog..u have nice blog too..keep working on it..n keep earn money from nuffnang:P

Jlascanteen said...

terima kasih. singgah lah selalu...