MEH LAH KLIK...

Monday, January 12, 2009

sedikit melalut dan juga review filem budak kelantan

emm... ni aku ni baru abis menulis (tak abis lagi sebenarnya), macam biasa lah english tahap belacan kan... 'muka bumi' dalam english pun aku siap ketuk 2 buah pintu bilik tanya orang. oleh itu aku sokong pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris dan juga ingat.... jangan matematik dan sains sahaja dalam bahasa inggeris, malahan sukatan pelajaran bahasa inggeris itu juga harus dipertingkatkan.

aku cadangkan perbanyakkan bahagian sastera inggeris, kerana dengan banyak membaca banyak lah kosa kata, selain dapat hands on penggunaan tatabahasa dan nahu. kalau asyik2 kasi nota seperti 'prepostion at, on, in' tu setakat bagi contoh ayat 2-3 baris sahaja tak cukup nak dihubungkait oleh otak murid masa nak tulis ayat. setakat nota bodo2 mcm tu aku rasa cikgu pun main google aja, tulis kat papan (atau lebih senang, copy paste kat power point) lepas tu suruh murid salin. abis 2 jam kerana salin perkataan demi perkataan dari papan tulis.

aisey... terbabas pula. aku ni mulanya bukan nak kritik atau nak ulas sistem pelajaran nasional, cuma nak kasi tau aku terkial2 tulis ehem ehem dalam inggeris. pergh.... terbuka segala kamus, thesaurus oxford segala... (ingat oxford ingat kerry).

sistem pelajaran ni kena ikhlas dan jujur. sebab... dah memang macam tu, atas kertas kita boleh lah kelentong, tapi hakikat sebenar tu dalam diri murid tu. adakah apa yang diajar tu meresap ke segala sendi murid. dan kena jujur, kalau peratus turun kata turun, jangan play with the number pulak.... peratus turun, pas tu graf diturunkan... peratus pun naik. nombor tak tipu orang, orang yang menipu nombor.

dah cukup membebel... nak lagi???
..........................................................................................................................................................................

review filem budak kelantan (dalam bahasa rojak)

aku tonton melalui saluran wayang ABO berbayar astro (credit to my bro and sis in law lah yang beriya beli channel ni). ari tu masa tayangan di panggung aku nak tengok tapi tak berkesempatan.

ok ceritanya korang dah tahu kan... pasal jaha tu yang jahat lagi bapak ayam. yang aku nak komen ialah aku rasa lost tengok filem ni, atau lebih tepat aku kecewa dengan filem ni yang tak sampai aku punya jangkaan (as usual). ntah lah.... yang aku tahu betapa filem ni stereotyping mat kelantan. emm... aku ada kenalan budak kelantan... tapi mereka ni perempuan2 atau mek2 yang lelaki... tak ada yang rapat.

setahu aku rakan2 aku yang kelantan ni molek saja semuanya. my ex rummie pun dari kelantan. ok saja dia ni... dan kami jadi rummie pun lama. maksud dia boleh terima aku seadanya dan vice versa lah kiranya, walaupun aku orang sabah. sedikit sebanyak aku pick up beberapa loghat kelantan lah. sebab tu walaupun tanpa subtitle aku boleh paham filem ni. my partner in crime tu dan dan give up nak tengok aku rasa... dia siap tanya aku apakah maksud ayat setiap kali aktor bercakap. aku nak faham boleh nak kecek... huhu bunyi mace ore kecek siam... (kawan aku kata lah).

dalam filem budak kelantan tu... sangat2 ditonjolkan provincial attribute yang sangat menebal. seperti geng2 Jaha semuanya mat2 kelantan, dia cakap dengan orang bukan kelantan pun main bantai cakap kelantan. selain watak baik (tapi agak bangang) si Din yang bergewe dengan che nor yang juga mek kelantan.

lepas tu kisah... kejahatan Jaha tu... agak jahat lah juga ya lah... siap main anakayamkan orang sesuka hati.. dan scene minum minuman berwarna hitam dari galon tu paling tak agak... tu apa sebenarnya? harga minuman tu sebotol mineral 500 ml ialah rm100... warna hitam tapi cair, pas tu dorang minum campur coke. (tapi Jaha kata dia minum mentah or absolut). aku dan my bro siap spekulasi. agakan yang paling hampir mungkin ialah nira kelapa... tapi warna hitam macam kicap cair... nak kata stout, aku tak tahu pula ada stout jual dalam galon plastik yang untuk isi petrol. lagipun tiada bubble. tekaan ke-2 terbaik ialah ubat batuk atau kodin.. tapi kalau kau minum ubat batuk 100 ml dalam masa 15 minit pengsan semua sekali... (sebab 500 ml bahagi 4). janggalnya pulak scene selepas minum minuman hitam tu ialah scene memandu sambil minum coke... so... agak tak logik lepas minum kodin pas tu boleh drive. kecuali dah immune lah kan.

rm100... emm.... mungkin itu cuma sarsi basi yang memeningkan dan dicampur sedikit serbuk mutiara sebab tu 500ml berharga rm100.

scene lain, scene bila motor Jaha terjatuh dijalan raya... (dihujung cerita) scene stunt nampak real lah mamat tu terbongkang terseret. tapi hahahaha... part shoot kamera tu. (aku tak tahu bab teknikal kamera ni) aku rasa bunyi enjin lori yang hangkut abang kamera dan kameranya tu boleh didengar. kurang kemas. nasib baik tak ada bayang2 kamera sekali. apa pun scene tu mmg real juga lah dia terseret... bedebuk debuk tu.

part aku suka ada juga.... (bukan sokmo tak suka, asyik tak suka tok seh tengok lah macam tu). part itu haruslah bila ada scene dikir barat, bukan kerana dikir barat itu tapi lokasi penggambaran ialah di panggung seni, dectar ukm. my alma mater. tahun kejadian, 2006. maksudnya aku masih kat sana lagi, sepatah haram aku tak tahu ada orang bikin filem di dectar. aku pun bukannya aktif berpersatuan dulu, aku cuma rajin tengok tv bersama jiran tetangga blok 12. dan ukm memang sesekali dijolok dengan gelaran universiti kelantan malaysia. kerana komposisi kelantanese yang agak ramai.

terbangga aku seketika, sebab my alma mater lah.... hahaha. ada lagi part yang aku menyampah, seperti kisah yang aku klasifikasi sebagai deux of machina (ewah ewah...) iaitu kisah amoy yang diselamatkan oleh din.. bila din selamatkan dia. sempat lagi amoi tu minta nombor telefon dan lepas tu konon2 dah lama ada fantasi bahawa ada orang selematkan dia. dah masuk cerita macam puteri fiona dan shrek si ogre lah pulak.

tak yah lah nak stereotype orang kelantan sebegini rupa. apa pun aku fikir ini cuma wayang yang bertajuk budak kelantan. so sesuai dengan tajuknya its all about kelantanese lah kan.... setakat yang aku kenal orang kelantan yang dikalangan rakan2 aku semuanya okay, tak ada lah yang bukan2. aku tak tahu lah kalau yang orang kelantan aku tak kenal.

tak kira siapa kita, sedikit sebanyak mesti ada sifat provincial dalam diri. macam aku ni... lantak lah siapa.. aku belasah cakap brunei sebanyak mungkin. tapi agak2 lah kan. nanti aku berapi2 cakap orang tak faham, komunikasi tak berhasil juga.

orang sebelah utara mungkin, akan tersasul sepatah dua loghat utara, dan begitu lah lain2. kita juga sudah tentu lebih selesa bergaul dengan komuniti yang sama macam kita. macam contoh orang malaysia tercampak ke liverpool england. mesti dia akan mingle sedikit sebanyak dengan melayu2 atau malaysian2 yang tinggal di liverpool tu kan??

sifat provincial tu sedikit sebanyak menjadi reminder siapa asal usul kita. tak kan lah masuk liverpool asyik2 lah nak gaul dengan steben jerat alike kan.... nanti orang kata lupa darat bagai. dan jangan lah juga bersifat provincial tegar. nak gaul dengan kita2 saja.... pusing2 dalam gelung yang sama. ada peluang gaul dengan orang lain (orang luar) ambil lah peluang tu kan...

pengajaran filem; pengajaran nya apa ya... jangan bunuh orang nanti kena tangkap polis. atau secara general jangan jadi jahat kerana perbuatan jahat itu sangat berdosa. selain tu... jangan minum arak kerana arak itu syaitan yang punya

selebihnya korang ambil lah iktibar melalui pemikiran korang.

akhir sekali... jeng jeng jeng... orang kelantan ni ramai yang comey comey... so.. hehehe rest my case.

p/s: aku suka makan nasi kerabu minus the budu of khoz....

2 comments:

Nama saya M said...

Sila makan murtabak diraja kelantan. Osmet aku bawak balik hari tu. Sedap gila.

Jlascanteen said...

aku mmg cadang nak g klantan kawan aku kata kuih muih sebutir cuma 20 sen.