MEH LAH KLIK...

Thursday, January 15, 2009

pisang persimmon di jual di sabah

tadi seperti biasa pergi ke pasar raya giant kingfisher. tiba2 ketika mencari buah lemon (tapi tak jumpa) saya terjumpa buah persimmon kering dijual di pasar raya Giant. pernah dalam blog chedet katakan bahawa pisang kaki atau persimmon ini ialah produk israel. saya juga pernah terjumpa satu forum milikan yahudi yang mengesahkan bahawa pisang itu memang barang dagangan israel. terdapat gambar buah pisang disusun2 menjadi bentuk bendera yahudi.

beberapa tahun lalu, saya pernah menjalani praktikal di jabatan pertanian. kakitangan sana katakan ada buah pisang sekaki, terdapat di Tawau, Sabah. popular untuk dijadikan kerepek pisang komersial kerana bentuknya yang panjang. saya tak tahu sama ada bagaimana buah itu ada di Tawau. Sama ada di import atau di tanam oleh pekebun tempatan. jika ditanam oleh pekebun tempatan, dari mana kah asalnya benih untuk buah pisang kaki itu. jika buah itu buah import, dari manakah negara asalnya.

saya tak tanya lanjut kepada kakitangan jabatan pertanian itu tentang pisang kaki yang kami perkatakan. perbualan hanya terhenti disitu. tapi ada maklumat tentang persimmon yang mengatakan bahawa pisang ini dari kawasan timur jauh (jepun, korea, china). pusat asal atau centre of origin buah ini mungkin dari timur jauh tapi tak tahu pula andai yang ada di pasaraya itu samaada dari tempat lain atau israel. click here

jika anda terjumpa dried persimmon atau pisang kaki yang dijual dimana2 pasaraya adalah lebih baik jangan beli.

mungkin untuk memboikot 100% adalah sangat sukar. tapi sila boikot apa yang terdaya. sebanyak yang mungkin. yang paling penting sentiasa doakan kesejahteraan penduduk Gaza, dan umat Islam di seluruh dunia. siapa yang ada lebih kemampuan boleh lah derma kepada AMAN dan Mercy Malaysia.

keep on praying for the safety of Gazzan.

No comments: