MEH LAH KLIK...

Thursday, January 22, 2009

makanan tiga peringkat dan starbuck


nak body macam heidi the body? sila kurangkan makan nasi (dan megi, mi, sosej, minuman bergula, karbohidrat, lemak2, santan, daging, dan hasil tenusu)

malam ini seperti biasa makan malam bertemankan kompite. (pathetic huh??? i know).

pembuka selera: 5 pieces cheezy sausages (WISE)
review: sebagai peminat sausage dan cheese maka gabungan keduanya adalah sesuatu yang dialu2 kan. actually sebungkus ada 10 pcs. 5 dah aku makan 2 hari lalu. bersama nasi. malam ni aku habiskan baki2. peliknya... the first 5 aku rasa masin sangat. yang 5 aku makan malam ni sedang2. mungkin kerana the first 5 tu aku makan dengan nasi dan aku cepat kenyang. so rasa dia masin lah atau 'menjadi masin'.

aku tak makan sekali harung. aku makan sikit2 sambil menikmati main course

hidangan utama: sebungkus megi kari (Maggi)
review: bukan tak nak boikot nestle. tapi... tu dah ada dalam simpanan. apa pun aku cuba sedaya upaya mengurangkan kebergantungan kepada produk yahudi. mengurangkan. aku tak kata boikot habis habisan. ok proceed. megi tu extra pedas. tak ada lah maveles... still ok. pendek kata cuma sebagai pemberat kepada sausages. makan mi supaya aku kenyang. nak harap sausages tu kena double portion baru aku kenyang.

makan perlahan2 kerana pedas, secara otomatik aku kenyang. semalam aku makan mamee mi goreng 2 bungkus. makan berdesup2 tapi tak sekenyang malam ni. petua untuk tak makan megi 2 bungkus. sila makan appetizer terlebih dahulu (appetizer pun 5 pcs sosej so tak ada makna sangat lah lebih kurang jak dengan kalori megi).

pencuci mulut: air milo 400 ml
review: tadi waktu berborak2 dengan kawan aku dia ada sebut milo 2 kali. selalunya aku minum tea. tapi bila terkenang borakkan aku tadi so aku pun letak plastik tea 3 in 1 aku ambil milo 3 in 1 sebanyak 2 bungkus (sebab tu 400 ml). sedapp... i know produk yahudi juga katanya kan nestle tu... aku cuba lagi. so far aku ngelak starbuck. walaupun ada satu masa aku teringin sangat nak minum produk starbuck.

kesimpulan: Alhamdullilah kenyang. aku ngelak nak makan nasi sebenarnya. walaupun aku rasa kalori intake lebih kurang. tapi satu masalah aku. aku tak boleh makan nasi sikit. means either aku makan the real portion untuk perut orang malaysia atau aku tak makan. tak ada nya aku nak makan nasi sesenduk sejemput. aku makan setengah periuk lagi ada...
..........................................................................................................................................................................

cerita pasal starbuck.

korang cuba click label 'conglomerate'. (malas nak buat link). sebelum ini aku ada tulis entry berkaitan starbuck. tapi bukan lah sebab dia produk yahudi. sebab aku rasa kota kinabalu ni dah terlebih starbuck dari populasi.

aku ingat dalam satu scene dalam episod the simpsons. si bart nak pergi buat tattoo/piercing. orang tattoo/piercing parlour tu kata buat lekas2 kejap lagi orang nak ambil alih kedai tu. nak buka francais starbuck. abis saja si bart buat piercing.. kat tangan dia ada cup starbuck. means tak menyempat2 dah starbuck ambil kedai tu. as si bart jalan2 nak balik rumah or something tu along the way tu kedai starbuck sokmo.

ha... kira nya scene dalam satira popular ini lah yang terjadi di kk. berlumba2 orang nak buka francais starbuck. adakah populasi kota kinabalu ini memerlukan kopi susu yang overprice secara berlebihan??? tu baru starbuck ko belum kira coffee bean and tea leaf, old town, dan san francisco. aku rasa ada beberapa lagi lah kedai kopi overprice yang dibuka di kk.

setakat kafe2 minuman bersusu biasa yang francais dari taiwan atau yang home grown seperti bubble tea, yoyo, easy way, atau kopicat... tu aku rasa ok. sebab tak overprice. at least minuman flavour bersusu berais dalam 3 ringgit-3.50 tu kira ok. tak lah murah. tapi still reasonable berbanding kopi susu 8 ringgit. ok some of you may prefer to call it latte. skinny latte or whatever. but we know it is coffee with milk.

apa pun dulu kegemaran aku lah tu yang kafe minuman flavour bersusu tu.. siap ada kupon. and 1 cup short untuk dapat minuman free. sejak outbreak melamine di china. aku jadi berhati2 dan dah sedaya upaya mengelak nak beli minuman bersusu dari kedai. even biskut pun aku dah kurang. sangat kurang. sedangkan aku suka snacking biskut dan cookies. setahu aku ada beberapa (banyak lah juga yang aku perhati) jenama biskut dan cookies yang disenarai mengandungi melamine berlebihan masih on shelf dan tersedia untuk dibeli oleh pengguna.

korang boleh google sendiri dan cari sendiri. ada 1 particular biskut company yang barangannya banyak disenarai hitam/ diban masih lagi terjual di pasaraya berhampiran rumah aku. adakah pihak pasaraya ni buat bodoh atau memang bodoh aku tak tahu lah. apa pun terpulang lah kepada pengguna. lagi pun melamine is not like arsenic... sudah nya ko google lah sendiri.

nanti aku cerita lah melamine ni aku nak cerita starbuck dulu...

selain itu starbuck juga pernah dilaporkan membazir air secara besar-besaran. bukan lah sebab air tu tercurah ke dalam cup dijadi kan kopi tapi mereka biarkan pipe tu running air. dengan alasan mereka ada polisi untuk mengelak bakteria berkumpul di lubang sinki. whatever lah kan. tapi pembaziran mereka ni walaupun pipe tu airnya skinny sahaja, oleh kerana polisi syarikat maka setiap cawangan starbuck didonia ini melakukan perkara yang sama. contoh: kira lah sehari 1 cawangan running 15 galon air. kali dengan seratus ribo cawangan. korang tak payah lulus termodinamik pun boleh tahu, jumlah air yang terbazir ialah banyak ratus galon setahun.

berita ini dilaporkan oleh sebuah akhbar di britain.

aku pernah juga minum starbuck. (nak juga kata pernah kan!!!) aku rasa kali terakhir masa aku 2nd year atau final year d ukm. kiranya sudah 2-3 tahun juga lah kan. bukan boikot. masa tu aku tak nak bazir duit untuk beli overprice drink. pendek kata aku tak lah berduit sangat. sekarang2 pun sama. cuma sekarang2 ditambah dengan dorongan kepada boikot memboikot ni lah.

just before the attack on Gazza. aku cuma tunggu masa saja nak beli secawan produk starbuck. tapi asyik terdelay. aku ada lah kompol sikit sen sen baki2 aku lunch tu aku nak minum starbuck. aku teringin sangat starbuck tu... tup tup.. delay punya delay.. Gaza kena attack boikot pun jalan. starbuck stuck.

still aku dalam dilema nak beli ke tak. aku takut bukan apa. secawan nanti jadi 2 cawan. macam aku makan nasi lah. the real deal. orang selalu lah aku terjumpa dalam blog tulis macam '.... so i spent my afternoon starbucking with Akak Paris Hilton...' (contohnya). emm... as much as i kutuk all those overprice coffee shop deep down nak juga sesekali merasa. (nak merasa).

tapi bila limpas (lalu) kedai2 tu tak juga masuk2 nya dengan nekad order secawan. macam apa hal besar pulak kan... padahal kopi jak pun. mungkin nanti (soon) aku beli juga lah secawan kopi mahal tu, tak tahu lah aku nak beli kat starbuck atau rival kedai tu. cuma memang sejak sebelum cuti xmas tahun lalu aku nak minum java frappucino. tak tahu lah apa barang tu... ntah2 dia letak biskot chipsmore dalam kopi. aku tak pernah minum ni java frappucino ni. setahu aku ni produk yang jual dalam starbuck. yang dulu aku minum tu macam ice blended saja (sebab aku tak pandai nak sebut menu lain kot... ke pasal termurah???).

aku tahu entry sangat pathetic dari start aku cerita aku makan malam bersama kompite sehingga lah kisah aku nak minum air kopi mahal. sesiapa nak minum kopi mahal2 kat starbuck ni aku tak lah nak melarang anda. nak menggalakkan pun tak juga. ikut suka. cuma tu lah aku kekal dengan pandangan bahawa kedai starbuck terlalu banyak di kk. (peminat starbuck senang lah ya bila ke kk ni).

No comments: