MEH LAH KLIK...

Thursday, January 15, 2009

madonna sings, anwar talks,........

this is my 300th post... wah... banyak betul ni.. walaupun demikian, duit nuffnang belum mencapai tahap berkepuk2. tak apa teruskan usaha.gambar atas ni di ambil masa pukul 2pm+. kelisa ni nak juga mencelah2 tukar2 lorong bagai... walaupun hakikatnya jalan sesak. semua pun nak cepat. tapi dah keadaan macam ni. sabar lah guna lah akal sikit. aku siap hon2 kasi alert dia agar dia boleh celah tanpa mencalar kereta... sebab tadi ruang sangat sempit. aku siap berhenti nak kasi chance dia walaupun dah mencarut2 juga aku tadi.

ini cerita jalan yang jam teruk. aku tahu yang tinggal kawasan penduduk padat lebih teruk kan... bukan lah apa. cuma minggu ni di kawasan aku jam yang amat teruk. hausmet aku kata... jam seawal pukul 7 dan nak sampai ums yang kat seberang jambatan tu saja boleh makan masa sejam (dengan bas) walaupun waktu biasa mengambil masa lebih kurang 15 minit. jam juga berlarutan sampai pukul 10 pagi... apa barang kf ni jam teruk2. kawasan penduduk sini bukan lah sesak sangat... kf ada 2 bahagian... kf lama (tempat tinggal sekarang), kf 2 (tempat tinggal dulu). lepas tu sebelah depan ada ujana kf. thats it. oh ya... ada maternal hospital di sebelah sini juga.

tak cukup 3 hours di waktu pagi. masa aku nak balik lab selepas lunch hour kira2 pukul 2 petang... yeah... jam lagi. rasanya lebih teruk dari pagi. sampaikan aku nak masuk round about pun susah lagi berdebar. nasib baik ada pemandu yang datang dari arah kanan bagi belas ihsan. aku angkat tangan, tanda terima kasih kepada pemandu tu. nasib baik. ikut aku... emm... memang tak masuk2 lah round about tu sampai jam reda.

masa jam2 tu juga lah segala lori trailer kontena, lori bancuh simen, truck besar segala yang machinery besar2 ni lalu kat jalan sama juga. ada lori besar... memang aku kasi chance saja... sebab dia besar... tak mengalah nanti tercalar balar pula kereta.

semua orang tak gemar jam ni. apatah lagi aku yang tak berapa cekap memandu. tambahan, minyak pun banyak terbazir....
..........................................................................................................................................................................

aku hari ini agak produktif juga. selalunya aku id 4 paket the most, hari ini 8 paket. huhu... peningkatan 100%. kuncinya ialah.... aku id spesies yang aku biasa buat. e.g. syrrhopodon... dari jauh aku dah tau syrrhopodon tu. ada sejenis syrrhopodon ni aku panggil 'tembikai' dan simpler nak id. selain tu Leucobryum.... pun biasa juga. aku cuba yang luar biasa tapi... masalah besar nya ialah nak buat kerat mengerat tu. batang aku boleh potong, walaupun tak cantik dan tebal2 belaka. still ada juga nampak sel2 at least tahu central strand absent atau present.

tak tahu lah betul ke tak nama yang aku kasi tu... yang penting aku dah cuba id. beginner macam aku ni memanglah id tu banyak salah2. nama pun beginner. lebih banyak rujuk rajah dari baca kekunci =) ya la... mula2 aku dah semangat cabut2 daun...buka kekunci... dia suruh tengok lamela lah... leukosis lah... tu semua kena kerat2 daun ok.. aku tak suka kerana aku tak pandai kerat mengerat ni. senang lagi ko nak potong drummet ayam.

daun kecil boleh guna mikroskop nak tengok. tapi jari besar dan pisau besar tu tak boleh nak dikecilkan.... nak lagi tangan aku yang tak stabil ni. menggelatar semacam saja nak potong2 daun tu. potong batang pun aku buat tebal2 ni kan pula daun.

aku memang pernah potong daun. daun yang kecil2 yang kena pakai mikroskop... sampai lah ke daun yang macam sireh (bukan sireh tapi adik beradik). so memang aku tak gemar anatomi2 ni. baca boleh lah. buat?? ko dapat daun pokok melaka (phyllantus???) ... ke daun pokok ati2 hahaha... boleh mencarut ok... buat benda ni. unless ko minat lah. aku setakat nak duduk dalam lab potong2 daun ni boleh. cuma macam aku kata tangan aku tak steady (tak boleh jd doktor orang, MD), nak ambil keratan tu guna berus... pas tu titis itu dan ini... semua ni mikroteknik ok. bukan tak boleh buat langsung. boleh. cuma aku tak cekap (nak jugakkk kata boleh). hasil kerja aku kasar2. kontra dengan teknik mikroteknik tu.

honestly, microscope enable you to see fascinating hidden beauty. do you know the leaves of moss are vary... unique and full with characters. the multi form of cell of stem, midrib and even leaf margin. and botanists have vast vocabulary and terminology to describe them, percurrent, excurrent... tufted, comal, obtuse, conspicuously pitted, teniolae (???), flexouse, even 'garang'. i use the word 'garang' to describe serratuos or scabrous leaf. 'abruptly pinching in'... hahahaha... sometime it do sound ridiculous. btw, in case you want to do what i do, keep the glossary near you..... (tiba2 pula tulis english)

kepada sesiapa yang terkesima dengan beberapa istilah diatas, istilah2 tersebut ada kaitan dengan botani. sila jangan rasa tersinggung.

p/s: madonna sings, anwar talks, me? i do taxonomy... (at least for today)

No comments: