MEH LAH KLIK...

Friday, January 16, 2009

koktel tanpa alkohol overdose lagi...


cerita pasal dia di perenggan2 bawah.

adoiii... just finish writing draf for my D... oppss.... sudah2 sudah lah tulis english.. penat aku nak ngatur susun ayat. aku tengah susun semua rekod2 dari tahun 1972 sampai lah tahun 2008... tak lah tiap2 tahun. cuma banyak lah juga. yang baik nya aku dah baca dah lama dah kertas2 tersebut. maka sekarang ni nak kena susun lah maklumat2 dari kertas tu untuk tulis kertas aku lah pulakkkk..... sukar lah sikit. sebab tu bukan blog yang boleh main taram bantai sahaja. tu kertas saintifik. ko taram masa tulis, balasannya ko kena taram sampai lunyai time viva.

aku pelik lah, apasal lah asal time2 bentang2 atau defend hasil kajian ni kan student selalu jadi sandbag. kena bantai. bantai itu ini ntah pendek katanya yang bantai tu selalu bantai dengan mode 'macam bagus'. aku faham lah nama nya pun viva kan... tapi boleh tak bantai dengan berhemah tanpa perlu menyebabkan air mata bergenang ditepian mata tunggu masa saja nak menyembur keluar. after all kita semua ada kelemahan masing2. paling tak tahan dengan ayat seperti ni 'buang saja thesis dalam tong sampah' apasal lah nak buang2 thesis. suruh lah letak dalam almari atau shelf. kiranya siapa nak baca, silakan, nasib tak baik dan tiada siapa berminat dengan kajian tu, apa nak buat.... kan? buang dalam tong smpah tu bukan kah membazir senaskah thesis namanya??? tak ilmiah betul cadangan tu. at least teruk sangat pun suruh lah orang tu simpan thesis dia untuk kegunaan dia mengimbas kenangan silam dimasa depan.

itu kira cerita yang tukang bantai ialah jenis yang sudah bertauliah. yang paling aku geram lagi ialah bila ada tukang hentam tak bertauliah dan juga mengaktifkan mode perasan bagus. biasa lah kan.. bila study2 buat2 lab... bila kumpul2 dengan kawan2 sembang2 mesti lah terkeluar 'ko buat apa, aku buat apa'. kira level2 sama lah ni iaitu 'study belum siap'. biasalah ada yang progress baik, ada yang nasib tak baik sangkut sana sini.

so kalau ko punya progress baik punya sampai dengan boss berkait jari punya kamcheng.. jangan lah sampai kata thesis/study orang tu 'rubbish'. ya lah orang tu sangkut. tapi engkau siapa nak kata 'rubbish'. ko dah baca meh dia punya writing??? pergh... haram jadah betul. aku yang tiada kena mengena ni tiba2 sentap. at least ko nak beri komen tentang study orang yang sangkut, komen lah elok2 sikit. contoh: 'buat lah semula...' atau 'cuba lagi' atau beri cadangan seperti: 'cubalah tukar tajuk'.

geram ok... bila study ni cuba lah berbelas kasihan sikit. hari ini hari orang, hari kita siapa tahu.... memanglah study tanggungjawab masing2. bagi aku selagi kau tak disahkan lulus masa viva, selagi tu ko belum boleh kata kau dah secure. no matter how good your progress is. ini bukan nak menghidang persembahan yang baik, ini semua ialah macam mana nak menghantar hasil akhir yang baik. macam main bola.... dribble dah power berdesup2. segala kick dah buat.. hantaran tepat... rembatan berapi. main rancak, sorak sorai pun rancak...rambut dah bubuh gel... tup tup bola tak masuk gol juga. tak juga menang kan? paling bagus pun seri 0-0.
saja aku letak gambar cristiano ronaldo ni... sebab aku tak suka dia.

cikgu aku pernah berpesan. 'kau berhempas pulas ikat kaki ikat tangan masa buat lab tu semua tak penting orang tak akan nampak yang orang nak tahu ialah kau punya hasil (writing, naskah thesis) dan masa viva'. (lebih kurang lah dia kata macam ni). pesan ni memberikan aku idea untuk menjadi rajin dengan smart, buka membuta tuli.

kena tau kat mana kena slow and steady, kat mana kena full blast like your whole life depends on it.
..........................................................................................................................................................................
gambar hiasan

hari ini skip lab. malas, mula2 pagi tadi mentari menyinar... panas.. around pukul 11 dah suram. sampai lah ke petang. gerimis lah 2-3 kali. tak lah hujan. tapi masih sejuk2 saja keadaan suhu. aku tak lah ambil termormeter sukat. cuma rasa guna kulit.

pas tu line internet pula agak lip lap. lepas heavy lunch aku lepak... ingat nak nulis2 taip menaip. sudahnya aku tidur.... dah terbukti lama dahulu bahawa aku tak berapa boleh menulis/study/membaca diwaktu siang. ikutkan dulu memang aku pernah menaip siang dan malam ada lah kira2 sebulan aku macam tu. tu pun aku menaip dalam lab. masuk pukul 10 pg balik pukul 6 ptg. malam, either menaip atau study...... huhu hidup yang agak membosankan. tapi aku rasa sekarang ni lagi bosan. sebab dulu buat macam tu beramai2. 'adik beradik' aku saja ada 4 orang. roomate pun buat benda sama. geng2 seperguruan lain pun sama. sekarang sorang. aku buat lab sorang2 dan menaip2 pun sorang2.

MAKAN
sebagai manusia biasa aku memang makan, dan aku soka tulis pasal makan2. tadi lunch macam biasa beli makan kat kedai pak ngah (bukan nama kedai sebenar). aku tak berapa kenan dengan nasi biru tu. tapi nasi yang kaler biru tu saja aku tak kaut. aku kaut nasi putih biasa. isi kandungan campurannya semua sangat lah campuran nasi kerabu minus budu dan ulam2an. aku ganti ulam dengan bergedil daging, ciken wing pula disirami dengan sambal cili yang banyak. tapi sekali aku makan... ayam tu tak berapa best. sebab masin tambahan pula aku letak kicap. lagi masin lah kan.

nasi kerabu rulezzz!!

malam mulanya aku nak skip. tapi last night dah skip mana boleh aku skip 2 nights in row.. perghh... mencanak naik ke ulu hati asid dalam perut nanti. so aku mula2 ingat nak masak. tapi tiba2 teringin nak makan mi. so beli lah kuey teow goreng. yang biasa plain punya. rasa biasa2... oily dan lebih kicap ntah apa.. tapi still ok.. aku kasi abis juga. tak elok membazir. lagipun apa lah susah sangat nak makan kuey teow oily tu... tak payah komplen lebih2. sekarang lapar balik... biasalah makan mi. kejap aja kenyangnya. so aku taip sambil tonggang susu coklet rendah lemak

KF
aku tinggal betul2 dekat dengan maternal hospital. dulu rumah semi d (nak juga kata pernah tggl semi d kan...) kawasan tu ke belakang sikit.. tersorok. sekarang ni aku tggl betul2 depan jalan besar. nasib baik bilik aku yang belakang, so boleh lah aku beristirehat dengan aman. oh ya... kaitannya dengan maternal hospital.... ambulans selalu lalu lalang. siap bersiren siren lagi so bising lah sikit. beside nasib tak baik... ntah2 ada kereta atau motor yang berbunyi bising dan tajam lalu depan ni.. biasanya tak ada lah mat rempit nak merempit kawasan aku ni sebab... hujung tu jalan belum siap. dan jalan pun berlubang2. nak tergolek hanjeng... ha rempit lah kat sini.

anak buah aku lahir kat hospital depan tu. hehehe.. sebab tu lah aku ada attached sikit dengan hospital tu. aku rasa lebih rasa attached dari hospital tempat aku lahir. selain tu aku pernah menggelupur pukul 2 pagi masuk di emergency ward... bukan lah atas sebab2 maternal (aku still bujang hokeh!) tapi sebab aku gastrik, so tu lah hospital terdekat yang ada. kawan2 aku hantar aku kat situ lah kan.. maternal hospital pun maternal lah... hospital juga. ok gak... treatment dia mcm hospital biasa. cuma kes2 teruk dia hantar lah hospital queen. dah specialty dia maternal kan...

HAL HAL LAIN

baru hari ini aku tahu david beckham dah pindah milan. nampak sangat lah aku dah tak ambil kisah sangat kat dia.... tapi E! selalu juga keluarkan berita hot2 pasal dia ni. dan bini nya juga lah kan. seingat aku, kisah beckham nak ke milan ni dah ada sejak tahun 2000... long before madrid rumours (and eventually, he moved to madrid first). masa tu kan dia jantan terhot on pitch kiranya... dan dia ngan sir alex memang dah tak berapa baik. aku rasa oleh kerana dia ni billboard boy... sbb tu MU kept him for another few seasons.

masa tu rumors gila ada 2 tempat lah kiranya si beckham ni nak pindah, 1 milan, satu lagi aku tak ingat lah apa...time tu rebutan ramai. aku tak pasti lah. tapi yang aku dengar, victoria memang soka laki dia pindah ke milan, atas sebab milan tu kota fesyen lah kiranya. tup tup beckham tak pindah2 dari MU... last2 pindah madrid. victoria pulak tak soka. emm.. madrid??? ada apa dengan madrid. ada real madrid la...

so beckham di madrid, anak bini di london. victoria pindah madrid hanya selepas kisah beckham berskandal dengan perempuan lain. huhuhu... sampai sms segala kena publish di tabloid. dulu owen pun camtu gak... dia di madrid family di england. kesian (kat owen). aku rasa kopak juga lah beckham nak pujuk bini sebab kes skandal dia dengan perempuan2 tu. lepas sorang, sorang ngaku berskandal dengan beliau. selepas beckham belikan beli intan berlian, rumah dikawasan pergunungan alps, bersumpah janji setia tak akan curang lagi, dan tadah muka kena slap bini.
in the end victoria terima dia balik.

next up pindah LA. ni dreamland victoria ni. kan dia bekas pop star. soka lah dia pindah hollywood. lagi rancak lah hidup mereka. siap ajak kawan2 dia mcm eva dan katie nonton laki dia main bola. padahal aku rasa perempuan ni semua tak tahu pun pasal bola. saja nak gi berjalan dengan kawan2 kot... hehehe... beckham pun jadi model seluar dalam.

hari ni beckham dah ke milan. mesti LA galaxy sakit hati kan... ya lah banyak ratus juta juga habis nak bawa beckham ke states. alih2 budak europe tak tahan tinggal kan europe lama2 lah ni kes nya. lu pindah states kalu... itu national team lu jangan harap nak masuk>>> alasan ini lebih relevan. kiranya masih bernafsu lah beckham nak main dalam team england.

tapi aku rasa kes milan ni, dah macam kes madrid balik. beckham di milan, victoria di LA. lagi teruk dari madrid. sebab kali ni across atlantic. victoria dah tak pandang dah milan walaupun dulu dia soka... sebab sekarang dia ada LA.

aku harap mereka bahagia dengan cara hidup yang cross continents mereka.

No comments: