MEH LAH KLIK...

Monday, January 5, 2009

kain, baju, dan tuan punya badan....

tiba2 sahaja gambar mawi kawin masuk blog aku. aku bukan nak cerita pasal majlis atau mawi atau bunga telur aku cuma nak cakap dan komen pasal baju. sebab aku sangat suka baju2 yang dipakai oleh mawi dan ekin dalam semua majlis mereka.

gambar2 kat bawah ni bukan milik aku. ini bermakna aku cedok secara rawak dari mana2 laman web lain. aku tak untung apa2 pun. so kira halal lah gambar ni ya...


gambar mawi selepas nikah diambil di sini

gambar maya karin aku download secara random

ok mula2 sepanjang pembacaan aku di laman gossip. baju ekin sangat lah mahal.... dan sangat cantik. veil beliau sahaja dah cecah lantai. dan aku ada tengok gambar berkualiti tinggi dari laman blog lain, mengikut mata aku, kain baju mawi itu berkualiti tinggi. apa yang tak berapa aku kenan cuma ialah batu or manik or intan or mutiara kat baju ekin itu kurang praktikal untuk dipakai. terlalu sarat tapi nak kata cantik memang cantik. selesa tak selesa aku tak tau... itu korang kena tanya ekin. still cantik dan of khoz aku kena kata mahal.

ok meh aku nak komen pasal sampin atau samping (kalau kat kampung aku panggil ranchung). kain sampin songket yang dipakai oleh mawi sangat cantik. berbunga2 yang timbul sulam baik punya... dan aku rasa ni kurang2 sehelai ni beribu2 ringgit juga harganya. tapi hehe untuk tahun 2008, bagi aku busana perkahwinan terbaik haruslah jatuh kepada maya karin dan pasangan nya. dan wedding mereka pun simple n private (ya lah.. ada juga media datang tapi tak lah sampai dihurungi media berminggu2). korang nampak simple kan... tp kain sampin songket yang dipakai oleh suami maya karin tu pada mata aku lebih cantik dari yang mawi pakai.

still kain songket mawi pun cantik juga, cuma personally aku lebih suka kain songket suami kepada maya karin.

cerita pasal kain songket. jika korang pernah tengok upacara dato shah rukh khan pergi ambil pangkat bintang beliau di Melaka tempoh hari. huhu... itu sampin yang dato shah rukh khan pakai... lagi meletup... sulam benang emas gamaknya. aku suka kain sampin dato shah rukh khan tu. tapi still.... kalau nak kasi ranking aku suka lagi kain songket suami maya karin

Ranking kain sampin songket tercantik 2008

1. kain sampin songket yang dipakai oleh suami maya karin semasa mereka persandingan di kepong
2. kain sampin songket dato sahah rukh khan semasa beliau ambil pingat bintang di Melaka
3. kain sampin songket Mawi semasa pernikahan beliay di Johor Baharu.

ok next....

dah nikah2 kena sanding2 pulak...


gambar di ambil dari Ohbulan.com

aku dah kredit awal2. gambar ni bukan milik aku. ok baju ni cantik.. lain macam skit lah kan. selalu orang buat kain seluar sama warna dengan baju tapi seluar mawi warna hitam baju warna putih dan jacket warna hitam. minus the jacket pun ok... tapi. jaket tu lah feature yang paling menawan (sebab aku tak nampak sampin dia). baju ekin pulak.. ikut mata aku.. macam baju horang harab... sulam2 tu cantik lah gold dengan hitam.

apa yang aku expect lain dari lain disini ialah fabric. aku berharap bahawa fabric yang digunakan untuk jacket dan baju ekin yang part kaler hitam itu dibuat dari baldu. dan aku nak tulis juga bahawa, jacket mawi berwarna hitam bersulam kuning emas itu overshadow kain sampin beliau. apapun aku masih tegaskan busana pengantin ini still cantik menarik.
gambar di ambil dari hafreeze.com

ok.. ni kira baju barat. temanya tak tahu pulak aku.... kalau english wedding. aku rasa dah overdo baju mereka ni. still cantik cuma bagi aku bukan pure english theme. of khoz lah bukan sebab the bride pakai tudung. semua aku suka. tapi sayang nya ada strip gold or bronze tu kat jacket mawi. walaupun warna tu sepadan dengan rompi atau vest nya kat dalam tu. still aku rasa better dia kalau nak stripe macam ni, buat jaket 1 butang kat bawah sahaja. so nampak lebih lah rompi yang kat dalam tu... heheh... anyway still nampak menarik dan cantik.

pasal jaket berstripe di wing ni... korang kena tengok baju p. diddy. ha... dia ni selalu buat suit lain macam sikit. lain dia cuma sikit tapi menonjol, dan buat dia unik. selain dari itu... dia tak buat overdo kat suit dia. seperti pasang kerongsang atau brooch yang besar berkilat batu intan berjurai berantai kat knot neck tie. kalau nak pakai bling2 kat neck tie. guna yang pin tu. ala yang besar macam cuff link tu. pas tu ko bubuh lah butang dia intan berdarah dari sieree leone.. pasti menarik dan penuh konflik.

nak pakai bling2 pun boleh. but untuk tym kawin ni... bling2 terbaik untuk lelaki ialah cincin kawin dan jam tangan. untuk perempuan... emm.. pakai lah mana yang sesuai.. (read:semua pun boleh).

oleh kerana mawi ni kurus lah juga sesuai lah dia pakai baju single breasted mcam ni.. cuma tu lah bila kau pakai baju butang kat atas (walaupun nampak cuma 1 butang, tapi biasanya ni fesyen 3 butang), lepas tu pakai rompi. maka... kat malaysia ni fungsi rompi tersebut cuma bikin panas. so alang alang dah pakai rompi cantik2 dan panas biar lah dedah2 kan sikit supaya nampak lebih jelas dalam gambar (rompi itu). so sebab tu aku cadangkan satu butang kat bawah jacket... hehehe..

eh lupa pulak nak komen baju ekin.... emmm... tak tau nak komen apa.. aku kata cantik aja lah ye...

baju kawin mawi di sanding di felda taib andak pulak...

gambar tak ada. korang cari lah kat internet tu... part baju sanding di felda tu yang paling aku suka ialah..... warnanya. itu warna grey kah? silver kah? atau biru metalik.... warna macam semi precious stone yang aku tak tau nama nya apa... warna topaz kah? atau lapiz lazulli?? siapa tahu warna apa? anggap lah warna grey metalik.

selain dari itu... yang ni very the jawa punya baju. sesuai lah kot dengan pengantin. apa pun still cantik. macam biasa...yang part banyak batu intan melekat kat kain baju tu aku tak berapa suka walaupun cantik. tapi jika dilihat dari sudut praktikal nak gi makan, nak bergambar dalam hiruk pikuk org ramai agak tak praktikal lah baju tu. (jangan pulak lepas ni ada yang kata, 'nak praktikal pakai baju pagoda dengan kain pelikat aja time sanding').

kain sampin? kain tu sangat sesuai dengan tema jawa. nak ikut selera aku... aku lebih suka kain sampin semasa akad nikah.

apa pun still aku suka sangat dengan warna kain baju persandingan mawi dan ekin di felda tu. warna sangat menarik.

ok conclusion nya untuk majlis perkahwinan mawi dan ekin mengikut pandangan aku.

baju terbaik:
baju tema melayu yang ada kaler hitam+ sulam emas dan warna putih semasa majlis di stadium. (emm... selalunya aku akan pilih tema baju ala english wedding tu... tapi kali ni tidak).

warna terbaik: yeah... of khoz warna baju semasa persandingan di felda.

segala tulisan dalam entry ini ialah pendapat peribadi. maka tiada siapa terikat untuk mengikutnya. jika ada bertentangan dengan sesiapa, ketahuilah itu berlaku secara tanpa niat. aku menghormati citarasa pengantin dalam pemilihan busana, lagipun bukan aku yang nak bayar dan bukan aku yang pakai. secara keseluruhannya baju2 itu cantik2. walaupun aku cuma tengok dalam gambar sahaja.

2 comments:

Nama saya M said...

sedara aku tenun songket samping2 ni.. sedara kat terengganu.. kot2 la nikah ko nanti korang laki bini buntu nak pilih samping, ley aku tolong2. hehehehe

Jlascanteen said...

emm.... aku mmg minat kain songket2 ni. tp aku blom nak kawin lagi. tak apa nanti aku ada duit... dan nak beli kain songket terengganu, aku cuba hubungi kau