MEH LAH KLIK...

Wednesday, January 7, 2009

jalan raya dan tempat meletak kereta


korang nampak tak kereta ni. sekarang hafal nombor plat kereta ni. aku bukan lah pemandu berhemah sangat. tapi pemandu kereta ni dengan sesuka hati nya parking double bay ketika waktu puncak makan tengah hari. nak double bay, buat lah masa malam2 atau petang2 masa yang orang tak ramai. masa orang nak berebut parking, masa tu juga nak bolot semua...

memandangkan kawasan tu sempit agak bodo lah juga kalau nak double bay. aku yang tak berapa pandai park kereta ni pun sedar diri. aku tahu kawasan tu sempit dan susah skit nak parking betul2, so aku parking lah jauh sikit supaya tak menyusahkan pemandu lain. aku selalu juga parking bengkok2 tapi masih dalam kotak parking juga. yang ni aku tak tahu lah.... mungkin dah lapar sangat, takut lauk habis, main hentam park saja. at least, kasi masuk lah kereta tu dalam kotak walaupun bengkok.

bukan kereta ni sahaja, ada sebuah myvi putih pun agak double bay parking tadi. tapi yang tu tak lah ketara sangat double bay nya... dan masih muat juga kereta masuk di bay sebelah walaupun sempit. aku tak sempat ambil gambar myvi putih itu.

..........................................................................................................................................................................

aku sebenarnya ni tengah study map untuk driving esok. hehehe... jangan salah sangka, aku bukannya nak drive sampai ke amsterdem, tawau pun bukan. cuma nak ke pusat bandar kk yang sibuk sentiasa di kala siang. tempat aku plan nak pegi besok ni betul2 in the heart of kk gitu.

walaupun aku orang sabah, tapi aku tak pernah drive sorang2 ke pusat bandar, kalau aku drive di kk cuma lah limpas (lalu) sahaja untuk ke putatan.

setakat nak pergi bangunan aku nak pergi tu aku memang tahu, masalah besarnya ialah mana nak parking. aku dalam minggu ni kalau bukan kerana aku tak tahu mana nak parking dah kemarin2 dah aku pergi setel kan segala urusan ni. aku tahu urusan dengan pejabat kerajaan bukan semudah kau google maklumat penyakit kawasaki.

so aku pun google lah map kk city terchenta ni. siap cari direction mana nak masuk mana nak keluar dalam google map. nasib baik ada google, hehehe...

mula2 aku nak ajak kawan pergi sama kiranya, aku berurusan, kawan tu pergi pusing2 cari parking, agak2 urusan dah selesai, parking pun tak jumpa2. tapi masalah pulak, kawan mana aku nak ajak ni.... semua pun kawan2 sibuk2 belaka, tak kan lah aku nak ajak kyle jefferson a.k.a KJ yang aku tak berapa biasa tu tiba2 ke kk. tak pasal skandalous. sebenarnya KJ pernah berurusan dengan pejabat yang sama dan berkaitan dengan hal yang sama, sebab tu nama dia ada dalam pertimbangan aku untuk aku minta tolong.

oleh kerana KJ pun menggeletar demam. dan aku pun dah nekad pergi sendiri2 maka, aku goggle aja map jalan raya bersam direction untuk pergi ke sana. emm.... pergi ke KK bersama encik goggle lah jawabnya ya...

emm... risau juga aku bab parking2 kereta ni. macam yang aku tulis tadi, aku tak pandai parking kereta sangat, parking simple2 boleh lah... nak parking tempat ngam2 muat badan kereta... emm.. mau mati enjin 2-3 kali.

aku cadang nak ke cp juga sekali esok. andai urusan cepat selesai. emm... dah lama dah aku tak ngesot ngesot di cp. dulu bukan main. asyik2 cp asyik2 cp. yang aku outing ngan family tempoh hari, tak lain tak bukan 1b 1b 1b. emm... mall kegemaran kelorga. ada juga... pergi warisan sq untuk tengok pokok krismas, kk plaza untuk beli talipon dan wisma merdeka untuk.... aku tak berapa ingat lah kenapa... cousin aku ajak makan kot....

aku sama macam rakyat malaysia yang lain suka menghabiskan masa cuti di shopping complex. aku tak lah shopping sangat. dan shopping mall tu pun bukan bagus sangat. tapi misi utama aku kalau pergi shopping mall tak lain tak bukan fast food fast food fast food. (eh... dah ramai pakat2 boikot kan...).

harap2 aku berjaya dalam misi drive ke pusat bandar kk dengan melihat map yang disediakan oleh goggle. emm.. aku cadang nak print lah map ni. sebab ada direction jalan mana nak masuk kanan, jalan mana lurus, jalan mana sehala.

nak gelak. sila gelak. nak kutuk. sila kutuk. aku buat persediaan ni semua supaya aku tak sesat tak tentu hala esok. nanti... sesat... pusing2 minyak pula surut. paham tak?

minyak aku ada lagi setengah tangki tu... sangat lah berharap urusan pun selesai, sebab aku dah prior inform dengan pegawai tu aku nak datang. huhu... satu lagi accomplishmet, kan aku ada tulis dalam entry dulu2 betapa aku tak suka cakap dengan orang yang aku tak kenal. dan aku tak suka cakap melalui telefon kecuali dengan famili2 aku sahaja. tadi, selepas kenyang makan nasi berkuah sambal untuk nasi kerabu, serta ciken wing bakar dan sayur manis masak lemak kaler kuning, aku pun kuat kan semangat untuk call pegawai yang nombornya dah seminggu aku tampal kat dinding.

guess how i got his number? goggle lah apa lagi... hehehe.... memang kawan baik lah goggle ni. siap no fax, no telefon pengarah. sayangnya maklumat aku nak nak sangat tu tak pula ada dia letak menjadi public domain. kalau tak... alamatnya... download sahaja. tak payah aku dub dab nak drive esok.

doakan urusan kecil ku ini dipermudahkan oleh Allah SWT. emm... siapa yang baca doakan juga ya. (aku tahu aku agak propa, macam gaya orang nak pergi Haji).
..........................................................................................................................................................................

result oh result bila nak keluar? sebab result ni lah benchmark bagaimana nak teruskan bab yang seterusnya (malas sebenarnya). aku berdoa yang baik2 sahaja hendaknya.

p/s: keep on praying for People of Gaza.

STOP KILLING PEOPLE OF GAZA. STOP BOMBING MOSQUE, SCHOOL, AND HOUSING.

No comments: