MEH LAH KLIK...

Friday, January 2, 2009

i am not steven from sweden

oh.... my... (with bimbo sound effect....) i am... sooooo ........like...

ok begini, aku malas nak naip english ni. rojak lagi lah jawabnya. Mawi & Ekin dah kawin, semalaysia dah tau. tinggal nak sanding di Istana Kuda-kuda Emas. baru saja aku baca pelbagai gossip2 cerita after party. ada yang cakap membazir lah... ada tetamu tak puas hati dengan layanan, bodyguard terlebih sudu dari kuah. ada yang kata dah nak termuntah tgk rancangan psal couple ni (tp tengok jugakkkk). tak kurang yang kata perkahwinan bagai merai anak raja, meriah, hantaran cantik, pengantin tak lekang dengan senyuman... baju cantik, kerongsang cantik, pelamin grand, pasangan sepadan, nampak sangat bahagia.

harap2 lepas resepsi di Hotel nanti, semua orang akan kembali hidup secara normal. bukan mawi sorang saja yang baru kahwin. ni masa aku taip entry ni pun aku tengah makan gula2, yang merupakan buah tangan majlis perkahwinan kawan aku.

but i bet, lepas ni karang semalaysia pula sibuk nak tanya bila Mawi nak timang cahaya mata. biasalah soalan atau isu ini...

yang tak tahan tu ada banner digantung berdekatan khemah tetamu yang kira2 nya ada maksud tersirat atau sila baca between the lines atau pun disclaimer penduduk kampung. secara peribadi mungkin Mawi sendiri nak kahwin dengan skala normal, ala yang macam orang lain kawin tu... tapi ramai pihak tuang (poured) tajaan, sponsor, sponsor baju, sponsor bunga, sponsor chopper, sponsar katering. so kalau aku jadi mawi pun.. aku hambik.. rezeki katanya kan...

biasa lah ada pro ada kontranya.

secara peribadi aku suka semua pakian yang telah dipakai oleh Mawi & Ekin dalam semua majlis mereka.

..........................................................................................................................................................................

rakan2 ku ada yang dapat posting di sarawak, untuk update terkini, Sali (Mukah), Mek Jie (Kapit), Bie Rabiyahtul (Samarahan), Amira (Kuching). emm... ni semua Sali yang updatekan. walaupun aku risau kan Jie among them, i know most of them first time pergi Sarawak, jie dapat Kapit. tak apa korang jangan risau ada hikmah disebaliknya, gaji korang semua lebih tinggi dari cikgu2 biasa.

Sali tadi sms aku, tanya itu ini. kebetulan aku pernah pergi Mukah, aku tak lah explore, cuma aku pernah lah pergi sana. kawasannya bahagian coastal, memandangkan kampung aku pun di kawasan coastal, maka aku ok dengan tempat ni. kalau tak silap aku aku pergi dalam tahun 2005. aku beritahu apa yang aku tahu. harap2 mereka dapat menyesuaikan diri di sana. emm... walaupun aku risaukan mek jie, tapi aku kesiankan sali, she is newlywed, i think less than a month. tapi aku tahu mesti dia dah expect semua ni. dan sudah lebih dahulu bersedia untuk posting jauh.

amira di Kuching, emm... Kuching is one of my favourite city, beside kk of khoz, aku rasa dalam ramai2 ni amira lah yang untung skit sebab dekat dengan state capital. aku pun ada beberapa kenalan orang sana, cuma tak contact sangat, aku pernah pergi kuching 2 kali, n i really like it.

bie di Samarahan, aku tak tahu sangat pasal Samarahan, kalau kota samarahan tu aku pernah lah lalu lalang kot.. samarahan yang sama waktu buka puasa dengan Sri Aman dan Sareiki tu tak tahu pula. but still Samarahan pun tak lah jauh sangat dari Kuching. at least tak lah sejauh Mukah dan Kapit.

jie di Kapit, ikut dalam peta jauh dari coastal. aku tak pernah pergi. harap2 jie dapat menyesuaikan berkhidmat disana.. korang semua boleh lah explore2 tempat baru nanti.

diharap mereka akan jadi cikgu yang berdedikasi dalam berkhidmat untuk anak sarawak.

aku paham loghat melayu sarawak, nanti boleh lah kita berkomunikasi dalam loghat baru korang ya...

2 comments:

Nama saya M said...

"secara peribadi aku suka semua pakian yang telah dipakai oleh Mawi & Ekin dalam semua majlis mereka."

komen la siap gmbr mcm ko komen baju bunge & acap. hehehe. nanti senang nak buat reference baju kawen aku.

Jlascanteen said...

kejap lagi aku buat... hehehe