MEH LAH KLIK...

Monday, January 12, 2009

hidangan rahsia


ha.... gambar atas ialah rendang itik nila (kampung aku kata 'patu') getaran jiwa. walaupun partner in crime ada mention rendang itik nila getaran jiwa ni.... tapi beliau tiada gambar eksklusif.

partner in crime pernah buat theory bahawa mungkin kami ini ada darah Saxon atau Viking kerana selera makan daging haiwan yang sangat berselera. segala jenis haiwan yang halal di makan akan cuba sedaya upaya dimasakmelayukan atau dimasak untuk dimakan. contoh yang lain yg pernah tersentuh tekak aku ialah.... ikan tropika berwarna biru bakar. huhu.... ternyata ikan berwarna warni sesuai untuk hiasan akuarium bukan hidangan makan malam.

yang lain2 lagi, payau (rusa) masak segala jenis dari panggang hingga lah gulai, daging kancil roasted, the worst would be... burger ostrich... (hahaha aku bau saja aku dah tak lalu nak makan). minta2 jangan lah ada syarikat nasional yang nak terokai pemasaran daging kangaroo... kerana... hampir pasti kami tersenarai sebagai pelanggan. pas tu merasa lah kanggaroo yang direndangkan. frankly, aku mmg berminatt nak makan daging kangaroo.

pasal itik... kepada yang tak pernah rasa, daging itik nila adalah tak sama langsung dengan daging ayam. walaupun kedua2 adalah burung. warna daging itik macam warna daging lembu atau kerbau, cuma teksturnya macam ayam (bergentian atau fibrous atau fibre). tulangnya juga of khoz macam ayam walaupun lebih keras. apa pun.... aku suka makan itik dan aku suka makan rendang. itik rendang bukan lah sesuatu yang susah untuk di makan. daging lebih liat tapi tak seliat daging unta (yang aku pernah makan).

pernah suatu ketika dahulu aku ketahui ada sebuah restoren di negeri sembilan yang menghidangkan daging landak. ehem.... tergoda. tapi sehingga hari ini aku belum lagi makan daging landak. rakan lama ketika di kolej dahulu, seorang gadis kenyah pernah beritahu aku, bahawa beliau tiada masalah ketika memakan daging landak. cuma selepas waktu makan... dia muntah superbly..... emmm...... ini membuatkan aku ada 2nd thought untuk mencari hidangan daging landak. kerana kawan yang begitu high tolerence terhadap bush meat pun boleh muntah, apatah lagi aku.

untuk beberapa resepi rahsia sila klik ini. aku tiada apa2 resepi untuk dikongsi. sebab aku cuma makan.

Lain2 hal berkaitan;

terima kasih kaka kerana belanja aku makan mcd. ini bermaksud aku telah melanggar tempoh abstinence atau prohibition untuk memakan fast food amerika. apa pun keep on praying for People of Gaza.

p/s: kaka yang disebut bukan pemain bolasepak brazil.

KEEP ON PRAYING FOR PEOPLE OF GAZA.

3 comments:

Nama saya M said...

Seawal umur 8 tahun aku dah ditipu oleh cousin aku utk makan burung merpati fresh punya dia masak. Dan binatang-binatang lain sperti belut ke apa ke aku tatau la dah baper kali aku kene tipu untuk makan. Bila dah kenyang baru org ckp binatang ape sbnrnye aku makan tu. Dan unta yg dtg malaysia selalunya unta tua sebab tu keras. hehehehe

Jlascanteen said...

belut pun ok... cuma masakan tu harus cocok dengan selera.... biasak lah ikan lumpur ni harus bau2 lumpur gitu.

ya aku pun rasa unta itu sudah tua

TEAM B.I.O.N.I.C said...

burung merpati sedp kalau di goreng madu cam burung puyuh