MEH LAH KLIK...

Friday, January 2, 2009

Helen asalnya ialah Greek tapi lari ke Troy.

Dalam sajak mereka kata Helen of Troy bukan Helen of Greek. emm... khabarnya Helen ini cantik rupawan menjadi adik ipar Raja Agamemnon. siapa nama adik nya itu aku kurang periksa. Lagenda Greek khabarkan bila orang Parsi datang mengugut orang Sparta dengan penghambaan dan perang jika Sparta enggan mengikut telunjuk mereka. kata orang Parsi, Athens sudah membuat pilihan bijak dengan mengikut telunjuk Parsi. tapi Raja Sparta dengan sinis berkata 'Ohh.. Athens? the boy's lover'. selepas itu semua pun tahu bahawa tanya sama pokok apa sebab goyang. nanti jawab pokok, angin yang kencang. tapi bila tanya sama Raja Sparta, Raja jawab 'THIS IS SPARTA!!!'.

apa yang aku pelik, Raja Sparta bicara dalam bahasa Inggeris. emm... bagaimana Spartan boleh bicara dalam Inggeris sedangkan ketika itu Inggeris itu mungkin cumalah dapat digambaran mereka beberapa kelompok barbarian pemakan daging. kenapa Spartan itu tak bicara dalam bahasa Greek? kerana ini bukan hasil kerja Mel Gibson.

berbalik kepada cerita Lady Helen. Helen sudah terpikat kepada Putera Troy, Paris. Paris bukan lah seorang gagah di medan perang seperti suami Helen. tapi Paris punya ciri penghibur, penghibur kepada isteri saudagar ketika saudagar berlayar. dipendekkan cerita Helen ada di kapal Troy.

Hektor, abang kepada Paris. Marah, tapi marah nya marah sekejap. nak patah balik hantar Helen bermaksud maut. langsung mereka ke Troy. bila di Troy, Raja Priam terus masyurkan Helen sebagai Helen dari Troy. walaupun hakikatnya Helen dari Greek tapi lari ke Troy. selebih cerita ialah, maka terjun lah Troy dengan kuda-kudanya. Moral: jangan percaya perkara tahyul.

bila ada seorang blogger bicara berkaitan hedonism di Rom, yang akhirnya menjadi salah satu punca keruntuhan Rom. aku teringat kisah Raja Commodus yang bicara dalam bahasa Inggeris, dan bukan dalam Latin. kenapa? jawapannya sama, ini bukan hasil kerja Mel Gibson.

jika suatu masa nanti ada cerita Raja Ashoka yang bicara dalam bahasa Inggeris dan bukan sanskrit, maka ketahuilah bahawa itu bukan hasil kerja Mel Gibson.

Gaelic sudah, Inggeris sudah, Hebrew sudah, Mayan sudah, kini aku tunggu Sanskrit.

p/s: jangan harap Achiles akan hidup selepas tempur, dan Agamemnon akan mati dalam tempur. kerana Agamemnon mati dalam kolah mandi. Achiles? jangan kisah kerana dia bukan Raja.

No comments: